Nik Aziz dakwa DAP terima penubuhan negara Islam ~ Berita Harian


Begitulah bunyi tajuk satu laporan akhbar daripada Berita Harian, 28 Disember 2009. Laporan akbar tersebut adalah seperti berikut:

MACHANG: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan Pas selama ini.

Katanya, kesediaan pemimpin DAP membawa lambang Pas dalam pakatan pembangkang itu, ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan Pas.

“Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkan kepemimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islam yang akan dilaksanakan oleh Pas dalam usaha melaksanakan sebuah negara Islam, sekiranya berkuasa kelak.

“Lo ni (sekarang) Alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan (DAP) terhadap hasrat Pas untuk melaksanakan dasar negara Islam itu sudah diterima oleh mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan di sini.

Nik Aziz mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas, untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yang dijalin antara mereka dalam pakatan itu ketika konvensyen di Selangor, baru-baru ini.

“Semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambang tiga parti, termasuklah Pengerusi DAP, Karpal Singh dan (Presiden Pas, Datuk Seri) Hadi Awang, di majlis itu dengan tanpa dirancang.

“Apa salahnya, menggunakan lambang roket. Dulu DAP menentang Pas pasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukum hudud,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yang penubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan Pas dikuatkuasakan terhadap orang Islam saja.

Katanya, selain membantah cadangan itu, DAP juga pernah menuduh Kerajaan Pas Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islam tetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.

“Itulah hikmahnya jika kita sabar dan bercakap perkara yang benar dalam semua hal termasuk dalam urusan kehidupan seharian,” katanya.

Setakat ini, belum ada sumber rujukan daripada Harakahdaily semasa artikel ini ditulis. Bukan menidakkan kebenaran laporan ini ditulis, tetapi lebih kepada mengambil kira apakah ini satu berita yang baik, yang kurang baik atau “status quo” yang akan dipandang sepi.

Dari satu sudut, jika benar DAP menerima idea negara Islam seperti yang PAS cadangkan, alhamdulillah. Nampak gaya, PAS sedang mengotakan janji yang dilihat paling sukar. Mungkin DAP boleh mengurangkan pendapat-pendapat yang ala-ala “Malaysian Malaysia”.

Akan tetapi, harapnya biarlah dilaksanakan dan dipraktikkan sebagaimana yang dibayangkan. Kata-kata penerimaan sahaja belum cukup. Mungkin cukup bagi sesetengah, tetapi, tidak bagi yang lain. Biarlah kata itu dikota. Mengapa?

Tika ini, sejak PRU12, terlalu banyak kata yang dijanjikan oleh kedua pihak, baik dari Barisan mahupun Pakatan. Janji-janji yang ditabur, amat manis untuk santapan minda rakyat. Al-maklumlah, kalau kurang janji, susah nak dapat undi.

Akan tetapi, kesan laporan ini bergantung kepada reaksi yang diambil oleh penyokong PAS dan Pakatan.

Jika penyokong PAS menjadikan berita ini sebagai modal, ianya menjadi satu benteng yang kukuh kepada PAS tetapi kurang kepada DAP jika terdapat isu-isu yang membabitkan urusan Islam. DAP perlu lebih berhati-hati dalam memberikan ulasan dan reaksi kepada mana-mana perkara berbangkit mengenai urusan agama. Apatah lagi jika ianya berkaitan dengan ideologi DAP.

Jika laporan ini didapati dimanipulasikan, ini sudah tentu bukan sesuatu yang memberikan kesan yang baik kepada Barisan. Barisan akan dilihat menggunakan “taktik kotor” dalam melaga-lagakan DAP dan PAS. Cukup-cukuplah tohmahan yang dilemparkan terhadap Barisan berkenaan dengan kepincangan Pakatan. Jika dilihat, sebarang tindakan yang diambil terhadap Pakatan, biarpun ianya datang daripada rakyat sendiri, Pakatan akan mengatakan ianya didalangi Barisan.

Soalan OnDaStreet: Jika benar laporan ini, apa yang dikompromikan dan diterangkan oleh PAS untuk DAP memahami dan menerima idea negara Islam?

8 thoughts on “Nik Aziz dakwa DAP terima penubuhan negara Islam ~ Berita Harian

  1. kalau benar, Alhamdulillah. tapi kami mahu mendengar pengesahandari pihak DAP pula. kalau karpal singh sorang je setuju pun tak guna jugak. tu tu anak beranak tu pun kena setuju jugak.

    ODS: Begitulah adanya. Artikel ini pun ditulis berdasarkan sumber Berita Harian. Saya sedang menantikan ulasan daripada Harakah (dan juga apa-apa artikel susulan).πŸ™‚

  2. Sdr,

    Baguslah kalau dakwaan itu betul, sekurang-kurangnya ada harapan untuk DAP berubah perangai dari sebuah parti chauvinis, racist and ultra kiasu kepada sebuah parti yang lebih beradab.

    TGNA yang sudah banyak “makan asam garam” hidup pun haruslah juga sedar yang tidak semua orang jujur dan lurus dalam segala tindak tanduk mereka. Mereka boleh “begini dan begitu” hari ini, tapi tidak semestinya mereka mengotakan kata-kata mereka itu pada esoknya. Ada yang mengatakan bahawa inilah kelemahan TGNA. Beliau anggap semua orang jujur dan lurus macam dia, apa lagi orang-orang yang rapat dengan beliau serta selalu menyanjung beliau. Bagi yang tidak bersetuju dengan beliau, mereka itu akan “di cap” sebagai “musuh agama” oleh TGNA.

    Baru semalam saya terbaca tentang TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) yang dianggap masih memberi bayangan bahawa orang-orang Melayu perlu bersatu apabila beliau mengatakan, walaupun ada perbezaan pendapat di anatara kita, itu tidak bermakna kita tidak boleh bersatu. Dan hari ini pula saya terbaca dakwaan TGNA pula seperti yang Sdr paparkan, yang nampaknya seperti suatu “hujah balasan” yang tidak selari malah bertentangan dgn TGHH.

    Cuma saya berharap kepada TGNA, fikir-fikirlah dalam membuat sesuatu kenyataan itu kerana kenyataan TGNA ini agak berpengaruh dikalangan pengikut-pengikutnya. Silap langkah hari ini, generasi anak, cucu, cicit akan menanggungnya. TGNA sendiripun sudah sepatutnya “melepaskan” urusan dunia dan menumpukan lebih perhatian kepada diri sendiri dalam usia yang sudah lanjut, umpama seperti menanam pokok yang TGNA tidak mungkin sempat untuk menikmati buahnya. Kalau tersalah baja TGNA guna, maka tiadalah buah hatta pokok sekalipun untuk ditinggalkan kepada anak cucu. Usahlah begitu bergiat sangat menanam pokok. Naiklah ke atas rumah dan abdikan diri. Biar anak cucu yang dah besar panjang pula menjaga kebun itu kerana merekalah yang akan menikmati hasilnya di dunia ini, bukan TGNA.

    Tapi orang seperti TGNA tidak akan menganggap baja itu tidak sesuai. Baginya, segala tingkah lakunya adalah b etul dan mesti diikuti oleh semua, jangan sekali-kali dibantah. Mungkin orang-orang seperti Karpal Singh sahaja yang TGNA dapat mendengar bantahan, seperti “langkah mayat kami dulu sebelum menubuhkan negara Islam”.

    “Jangan kita terlalu lurus bendul, betul kayu”

    Semerah Padi

    ODS: Ya. Seharusnya TGNA juga beringat. Harapnya janganlah kerana prejudis terhadap UMNO, apa-apa yang bertentangan dengan UMNO senang diterima tanpa usul periksa. Lagipun, perlaksanaannya lebih penting.. bukan sekadar bicara. Jika tidak, ianya sekadar “populist statement”.

  3. Ini kira macam DAPiggy dah dapat hidayat la ni ya? Hmmm kita tunggu dan lihat apa kata Parti Komunis langkah mayat saya dulu punya komen la…he he he

    ODS: Kita nantikan maklumbalas daripada pihak-pihak dalam Pakatan, terutama Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan juga DS Anwar Ibrahim.πŸ™‚

  4. dan bila pula LIM KIT SIANG, KARPAL, LIM GUAN ENG dan yang lain lain nak memeluk agama ISLAM pula ?

    ODS: InsyaAllah.. jika dibuka pintu hati untuk memeluk Islam.πŸ™‚

  5. Salam ODS,

    Hahahahaha……. lawak, lawak…. Mati hidup balik 4x pun, kira lawak lagi !

    Indah bahasa tuan, dalam hati tak percaya, tapi kena cover dengan bahasa yang ‘selamat’πŸ™‚ For that, i respect u.

    Dap menerima negara Islam Pas ? Hahahahaha…. sebut balik pun dah tergelak lagi…. Maaf, tuan, bukan gelakkan tulisan tuan, tapi laporan BH tersebut.

    Dap sedar Pas menerima tekanan hebat dari orang Melayu sendiri kerana bergabung dengan Dap dalam PR. Malah ramai ahli Pas sendiri tak terjawab bila diajukan soalan2 berkaitan. Hanya kerana taksub dengan TGNA, makanya dicari sejarah/sunnah/hadis dan digunakan bagian2 yang tertentu saja untuk justifikasikan kerjasama itu. Bagi saya, kenyataan BH itu cuma kenyataan politik, untuk membantu Pas yang semakin tertekan.

    Sekarang Pas bolehlah berkata – Nah! Kita telah berjaya didalam dakwah terhadap puak2 Dap. Orang Kafir sendiri sanggup menerima Islam, kenapa Umno tidak .

    U might be right, Dap akan menafikannya dan Umno pula akan disalahkan kerana memanipulasikan berita. But still, Pas will look stupid kalau mereka jajakan berita ini. Akhirnya yang menang…….Dap juga..!

    ODS: Salam dinturtle.

    PAS belum berjaya sepenuhnya lagi. Setakat faham tetapi tidak berbuat apa-apa pun tiada gunanya. Jika benar faham, seharusnya isu arak di Selangor tidak lagi menjadi persoalan dan masalah. Apalagi perlunya sebarang tindakan disiplin (jika ada) terhadap Dr Hassan Ali.

    Terima kasih atas komen anda.πŸ™‚

  6. Salam ODS,

    Mungkin Dap akan katakan bahawa mereka bukannya menerima Islam sepenuhnya tapi konsep2 dalam Islam yang bagi mereka menepati aspirasi perjuangan Dap seperti yang tertulis dalam perlembagaan Dap. Konsep samarata, demokrasi dan lain2… konsep terpilih kerana pastinya Dap tidak akan menerima hudud/qisas dan apa2 yang tidak sehaluan dengan mereka. Maknanya tidak ada apa yang berubah, its all a game of words… orang Melayu Pas jugalah yang bersorak gembira tak terkata kerana kononnya Pas telah berjaya berdakwah kepada Dap..

    Yang terbaru pula, TGNA berkata Kelantan/Pas sanggup menerima muallaf jadi MB. Maybe u’ll come up with another article about it, sorry to jump the gun. Tapi nak cakap juga … Bagi saya, semuanya masih cakap politik. Nak bagi sedap bercakap/ceramah. Cuba fikir probability ia bakal berlaku ….

    Nak jadi MB, kenalah dicalunkan Pas dulu, kena menang dan jadi Adun, dan biasanya keutamaan kepada Pesuruhjaya Negeri dan menurut hierarki parti. Dalam keadaan begitu, what are the chances seorang bangsa cina yang Islam mampu menjadi MB ? Itu belum ambilkira perkenan Sultan tapi thats beside the point, kerana Pas cuba tonjolkan diri sebagai parti yang tidak mengenal kaum. Makanya TGNA hanya katakan diKelantan saja, bukan negeri2 lain. Negeri2 lain walaupun tipis juga peluang tapi mungkin lebih sikit dari Kelantan.

    Satu lagi tentang cabaran TGNA Umno keluar dari BN kalau tetap nak desak Pas keluar PR….. bahagian ni saya tak nak komen sebab saya bukan Umno

    ODS: Salam dinturtle,

    Sudah semestinya, saya lebih berminat menantikan langkah-langkah yang diambil dalam kerjasama PAS dan DAP dalam melaksanakan hukum Islam dan merealisasikan negara Islam kerana berdasarkan TGNA, DAP sudah faham.

    Tentang muallaf menjadi MB, isu ini tiada bezanya apabila Barack Obama menjadi Presiden USA tidak lama dahulu. Cuma bezanya, TGNA meletakkan syarat MB itu mesti Islam. Di sini, apakah DAP dan PKR mahu menerima cadangan itu?

    Terima kasih atas komen anda.πŸ™‚

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s