My Malaysia: Akhirnya Kemarau 20 Tahun Berakhir


Kemaskini 2.46 petang, 18 Disember 2009:

Wenger buat lagi dan lagi.. saya malas dah nak layan.. susah kalau nak meng”KJ” segala hal.. eloklah tu.. muakkan rakyat Malaysia dengan retorik KJlah segalanya.

Artikel asal:

Alhamdulillah, akhirnya pasukan bola sepak Malaysia berjaya mengakhiri kemarau pingat emas bola sepak Malaysia selama 20 tahun. Walaupun 1-0, ianya cukup untuk menggembirakan rakyat Malaysia.

Aksi permainan sepanjang 90 minit + 6 minit sememangnya mendebarkan. Apatah lagi dengan diulas oleh Hj Hasbullah Awang. Cukup klasik kedengaran. Pada sesetengah bola sepak Malaysia, ianya seolah-olah mengimbau zaman bola sepak Malaysia yang boleh dibanggakan. Agaknya, jika Datuk Rahim Razali mengulas bersama, ianya lebih klasik.

Apapun, tahniah buat kedua pasukan untuk permainan yang menarik dan mendebarkan. Hanya satu gol yang memisahkan pemenang pingat emas dan pemenang pingat perak. Satu gol yang menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas Sukan SEA untuk acara bola sepak.

Apapun, tumpuan selain kejayaan Malaysia adalah “kedegilan” penjaga gol Vietnam yang sudah cedera yang masih mahu meneruskan permainan. Dua kali penjaga gol simpanan siap memanaskan badan, namu tidak juga dimasukkan.

Apakah mungkin dengan menukar penjaga gol sebenarnya memberi kelebihan kepada Vietnam untuk lebih menumpukan perhatian kepada serangan lebih daripada mempertahankan penjaga gol yang sudah cedera? Saya memandang ianya lebih kepada kesilapan taktikal Vietnam kerana apabila pertahanan terlalu memikirkan dan mahu mempertahankan penjaga gol, tambahan tekanan boleh diberikan untuk mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya. Kerana gol sendiri pemain Vitenam itu berpunca daripada salah satu usahanya untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Pertahanan Vietnam tahu penjaga golnya tidak dapat menangkap bola dengan baik akibat kecederaan.

Walaubagaimana sekalipun, tahniah pasukan bola sepak Sukan SEA Malaysia kerana berjaya mengakhiri kemarau pingat emas yang berlanjutan selama 20 tahun. Bak kata pengulas di TV2, ianya menarik kerana ia merupakan satu permulaan yang baik dikala kita melangkah ke tahun baru Hijrah. Persembahan anda memang membanggakan. Kesungguhan anda mengasak dan bertahan dengan baik sememangnya menggembirakan rakyat Malaysia.

Tahniah Pengurus pasukan Malaysia di Laos, K.Rajagobal, para jurulatih dan juga pastinya pasukan bola sepak Malaysia! Akhirnya, lagu Negaraku akhirnya berkumandang semula di arena bola sepak…

Cakap-cakap dijalanan: Semoga kecemerlangan ini diteruskan..🙂

6 thoughts on “My Malaysia: Akhirnya Kemarau 20 Tahun Berakhir

  1. Salam ODS,

    YES ! First half memang puas la maki hamun. Saya bagi 10 min je for 2nd half, kalau sama cara main mcm 1st half, tukar channel ! But it was a 50 min long of 10 min.. Whatever they did in the lockerroom, they came out a different team. Kalaulah kalah pun tadi, i wont mind. But win they did, and i was so proud !

    MALAYSIA BOLEH !

    hidup kj! hidup kj! hidup kj!🙂

    ODS: Separuh masa pertama Vietnam lebih bermain fizikal dan mencari gol awal. Kerana itu Malaysia tampak kurang menyerlah.

    Tahniah buat mereka.. “Hidup KJ!!!”??? Tidak pula kedengaran di podium…

    “hidup kj! hidup kj! hidup kj! :)”.. ini gurauan atau serius???😀

  2. Hidup KJ? KJ mana tengok pun match tadi. beliau ada kat masjid sambut tahun baru huahaha

    salam ODS, apa yg kita harapkan ialah pengekalan prestasi yg berterusan dan TOLONG jangan dipuji sangat, nanti naik lemak.

    masih igt kepada hafiz hashim? lepas menang All-England pada 2003 pada usia 21 tahun, terus disambut seperti pahlawan melayu. naah, memang MELAYU terus lepas tu tak kembang-kembang.

    ODS: Semoga kecemerlangan malam ini diteruskan dan diminta agar bola sepak kita tidak dipolitikkan..

  3. Si bangsat penyokong KJ ni bolasepak pun depa nak politikkan jugak kan ods? Takde kata-kata yang hina boleh aku cakapkan kepada mereka melainkan ini saja, they are bunch of morons!

    ODS: Setakat ini belum lagi. Akan tetapi, berdasarkan perkembangan dua tiga minggu kebelakangan ini, termasuk apa yang berlaku minggu ini, ianya tidak mustahil.🙂

  4. A SALUTE TO K.RAJAGOPAL & AIDIL ZAQUAN

    Tahniah buat seluruh skuad bolasepak Malaysia di vietnam. apabila zaquan adha berlepas ke laos 2 hari lalu, saya yakin ianya bagi menajamkan gerakan serangan. Dan ya..kemasukan beliau dalam separuh masa kedua sememangnya mengubah corak permainan malaysia.

    SJ juga hairan dgn kedegilan penjaga gol vietnam dan menganggapnya sebagai mementingkan diri sendiri walhal 2nd goal keeper is ready to take over the job. Dan kedegilan itulah yang memakan diri sendiri.

    Pada kali ini, strategic game lebih ditonjolkan oleh K.Rajagopal. Cuma, pemain bola sepak kita masih lemah dalam menghantar secara tepat ke kaki. Sweeping yang bersih dan kemas menarik minat saya.

    Seperti yang pernah saya katakan, Wan Jamak, K.Rajagopal dan Azraai Khor boleh dianggap sebagai jurulatih tempatan terbaik.

    Aidil Zaquan pula sememangnya pemain pertahanan yang kental. Apakah beliau akan mampu menjadi seorang pertahanan sehebat Zainal Abidin Hassan?
    Beliau juga telah memikul tugas kapten pasukan dengan penuh tanggungjawab sepanjang temasya.

    Syabas dan Tahniah kepada semua pemain, seluruh skuad bolasepak negara dan kontinjen Malaysia ke Sukan SEA di Laos.
    Kejayaan kalian membanggakan kami rakyat Malaysia.
    Semoga kita tidak leka dibuai kejayaan ini.

    Semoga bolasepak di Malaysia akan menunjukkan prestasi yang benar-benar super dan profesional, bukannya hambar seperti sebelum ini.

    Apakah stadium akan dipenuhi penonton pada musim depan?
    Sama-sama kita nantikan..

    “Majulah sukan untuk negara”
    “Malaysia Boleh!!”

    ODS: InsyaAllah. MUdah-mudahan..🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s