Ahli Parlimen Barisan Boikot atau “Tidur”??? (Pakatan’s Perfection, Barisan’s Quicksand)


Berikut adalah laporan Berita Harian dengan tajuknya “Taktik Pembangkang Gagal“:

Ahli Parlimen BN lulus Bajet 2010 dengan majoriti 3 undi

KUALA LUMPUR: Cubaan pembangkang menggagalkan Bajet 2010 daripada diluluskan Parlimen malam kelmarin diketahui lebih awal Barisan Nasional (BN), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Katanya, beliau memberitahu Ahli Parlimen BN sentiasa berada di Dewan Rakyat ketika persidangan berikutan pembangkang akan menggunakan proses undian belah bahagian untuk menggagalkan Bajet 2010.

Beliau berkata demikian di lobi Parlimen ketika mengulas bacaan kali ketiga Bajet 2010 yang diluluskan dengan majoriti tiga undi iaitu 66 menyokong daripada BN dan 63 menolak daripada pembangkang.

Turut mengambil bahagian dalam undian jam 11.15 malam itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bergegas ke Parlimen selepas menghadiri majlis makan malam sempena ulang tahun ke-90 Sekolah Menengah Chong Hwa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Parlimen dari majlis di ibu kota malam kelmarin.

BN mempunyai 137 wakil rakyat di Dewan Rakyat manakala pembangkang 82 dan Bebas (tiga).

Sebelum itu, undian belah bahagian diusulkan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) untuk bacaan kali ketiga Bajet 2010 kerana kehadiran kedua-dua pihak tidak ramai.

Terdahulu, undian belah bahagian turut dilakukan selepas perbahasan peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan BN menang dengan kelebihan satu undi.

Nazri berkata, beliau mengesyaki sesuatu sedang dirancang pembangkang apabila melihat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih berada di Parlimen kira-kira jam 8 malam, Isnin lalu tidak seperti kebiasaannya.

“Ketika itu ramai Ahli Parlimen pembangkang juga masih di Parlimen. Kami meminta semua Ahli Parlimen BN berada di Parlimen kerana mengesyaki pembangkang akan melakukan sesuatu,” katanya.

Bagaimanapun, Nazri berkata, kejadian malam kelmarin itu adalah pengajaran berguna untuk BN.

“Kita tidak boleh mengharap bernasib baik setiap waktu. Kita mesti berfikiran setapak ke depan dan sentiasa bersedia,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, menyifatkan pembangkang diketuai Anwar mengamalkan politik samseng mempergunakan Bajet 2010 bagi menggulingkan kerajaan.

“Pembangkang mengamalkan politik kotor. Mereka seperti gangster menggunakan apa saja cara untuk mendapat kuasa termasuk dengan menghina Dewan Rakyat.

“Mereka patut memaklumkan di Dewan Rakyat jika hendak mengadakan undian belah bahagian penentuan sokongan Bajet 2010 bukan meminta pada saat akhir untuk berbuat demikian,” katanya, semalam.

Namun, bagi PAS pula, kegagalan kehadiran Ahli Parlimen Barisan pula diandaikan sebagai boikot. Harakahdaily melaporkan:

KUALA LUMPUR, 15 Dis: Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad  menganggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak bajet berkenaan.

Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir.

Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi.

“PAS melihat bahawa komitmen yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN semakin rapuh dan mereka kini sudah tidak memperdulikan lagi kehendak dan keperluan rakyat.

“Parlimen gagal dimanfaatkan sebagai tempat untuk membela rakyat dan mereka boleh hadir atau tidak sesuka hati sedangkan gaji serta elaun mereka dibayar penuh mengunakan wang rakyat,” katanya.

PAS, katanya, berharap agar penyakit ini tidak berjangkit kepada ahli-ahli parlimen Pakatan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat di masa hadapan.

Blogger Nobisha pula menulis sebagai Wakil Rakyat Barisan Lena Diulit Mimpi.

Disini, walaupun belanjawan lulus, namun perkembangan ini bukanlah sesuatu yang menyihatkan, terutama kepada mereka yang sedang memegang tanggungjawab sebagai wakil rakyat, mahupun mereka yng berangan-angan bertanding di Pilihan Raya akan datang. Kenapa? Kegagalan menghadirkan diri menyokong belanjawan tanpa sebab yang kukuh akan menjejaskan kredibiliti ahli-ahli Parlimen sendiri. Kesungguhan anda yang berkhidmat sebagai wakil rakyat akan lebih  mudah dipersoalkan.

Mungkin masing-masing ada jadual dan temu janji. Ya, ianya berkemungkinan. Namun, perlu juga difikirkan logik akal, jadual pengundian belanjawan seharusnya sudah lama diketahui oleh ahli-ahli Parlimen, terutama sekali ahli-ahli Parlimen daripada Barisan. Kalau ya pun telefon tidak canggih (setakat pakai telefon jenama paling “cokia” sekalipun), saya pasti “Planner” ada. Kalau tidak, masakan boleh menghadiri mesyuarat sana sini.

Untuk saya, ini menampakkan lagi imej baik Pakatan dengan kehadiran yang baik, dan mengkelabukan imej Barisan kerana dilihat kurang serius.

Satu lagi Pakatan’s Perfection, Barisan’s Quicksand. Cuma kali ini Pakatan tidak perlu berbuat apa-apa. Barisan yang tersadung sendiri.

Cakap-cakap dijalanan: Apalah nak jadi dengan politik Malaysia ini? PRU dah lama lepas..siri PRK pun dah berhenti seketika.. nak tunggu apa lagi? Dah terhantuk baru nak terngadah???

7 thoughts on “Ahli Parlimen Barisan Boikot atau “Tidur”??? (Pakatan’s Perfection, Barisan’s Quicksand)

  1. lepas ni habislah semua yg tak hadir kena panggil masuk office. biar mereka rasakan. perkara begini ambil mudah lagi.

    ODS: Kalau masih tidak tahu berubah, 2013 tak perlu masuk ofis lagi dah. Buat siri ceramah pulak.😀

  2. Salam ODS,

    Samalah macam kes tak hadir DUN di Kedah, apeketahnamanya yang dilucut jawatan. Yang sibuk2 nak pertahankan dia buat apa ? Patutnya biar je PRK dan segala kos bilkan pada ex Adun tu sebab kalau dia bertanggungjawab, takadalah jadi semua tu. Baru yang lain buka mata dan belajar !

    ODS: Salam dinturtle.

    Hmm.. boleh difikirkan.. mungkin kalau buat macam tu, agaknya baru segala jenis wakil rakyat “cergas” menghadiri sidang Parlimen dan DUN. Tetapi, takut pula asyik duk bersidang sahaja sampai kerja susah nak jalan..

    1. Salam ODS,
      ‘asyik duk bersidang sampai kerja susah nak jalan’…. maaf, i dont agree. Bersidang itu IS their main job as a wakil rakyat. Masa berkempen kehulu kehilir menjanjikan macam2 asal dapat menjadi wakil kepada rakyat di parlimen. Makanya kehadiran mereka diparlimen adalah tugas utama sebagai wakil rakyat.

      Sekiranya ada kerja lain, kerja2 lain itu yang harus ditunda bukannya skip sidang. Priority !? Apapun kerja lain yang ada, semuanya adalah hasil perlantikan mereka sebagai wakil rakyat. Dan jika mereka punya alasan lain yang katakan, lebih penting – WHY YOU APPLY TO BE ELECTED IN THE FIRST PLACE ??

      ODS: dintrutle,
      Bersidang is part of the job. Kenapa saya tulis sebegitu adalah risau nanti bagi alasan “dulu suruh orang bersidang, mana nak sempat laksanakan apa yang sudah disidangkan” (ini alasan yang mengundang lagi kemarahan orang)..

      Apapun, bersidang di Parlimen bukannya setiap hari, dan bersidang untuk Belanjawan bukan sebulan sekali.. setahun sekali sahaja.

      Minta belanjawan tahu.. nak sokong Belanjawan macam susah sahaja…

      Terima kasih dinturtle.🙂

  3. Mana-mana YB BN yg tidak hadir elok lah berhenti terus dari jadi ahli parlimen. Biar BN kalah pun tidak mengapa asal kewibawaan dan intergriti BN tidak dipersoalkan gara-gara MP BN yg tidak sedar diri.

    ODS: Berhenti terus? Baik kata buat terus PRU 13 sekarang.. sebab yang tak datang tu hampir 1/3 Dewan Rakyat!😀

  4. Mungkin baik mereka buatkan sistem bayar elauns MP berdasarkan kehadziran dimesuyuarat Parlimen dan ADUN kehadziran mesyuarat DUN. Ambil kira sedikit berapa lama mereka dalam dewan. Jangan beri berdasarkan bulanan semata-mata.

    Mungkin mereka tak kisah sangat sebab boleh sebat dari elauns pembangunan dan sebagainya, atau gaji Menteri, Timbalan dan sapertinya. Tapi sekurang-kurang kita puas hati mereka hadzir diDewan.

    Kemudian, pasangkan CCTV, yang tidur dalam dewan masukkan gambarnya dalam berita ke hapa ke. Singapore masukkan TV mereka yang curi tanaman lanskap ditepi jalan, disuruh mereka letak balik atau tanam semula dengan TV camera rolling.

    Tapi pulak, pembikin undang-undang Malaysia mungkin buat undang-undang melarang peraturan-peraturan saperti itu. Blardy ….

    ODS: Setahu saya, memang disiarkan mereka yang bersidang.. kerana itulah kita boleh melihat bagaimana Ahli Parlimen kita “beraksi”.. termasuklah yang lena diulit mimpi. Banyak sahaja gambar-gambar YB-YB kita yang tidur di majlis-majlis dan sidang.. contoh klasik – gambar Tun Abdullah lena..

    Saya melihat disini lebih kepada sikap mereka sendiri dan apakah aspirasi mereka. Rakyat makin “nampak” disebabkan perkembangan teknologi. Dan sidang dewan kali ini bukan dakyah Pakatan, tetapi hasil kesilapan mereka sendiri. Tiada langsung dengan Pakatan, melainkan mereka sendiri (lainlah kalau lepas ini timbul Pakatan kunci pintu tak bagi MP Barisan masuk ke, pancitkan tayar MP tak bagi MP sampai Parlimen ke.. hehehe)

    Terima kasih atas komen anda, Abu.

  5. hhmmm… apa pasai sampai 60 org lebih ahli ponteng ni? 60 lebih?

    Saja ponteng ke, atau ada sesuatu yang nak disuarakan tanpa menggunakan suara?

    Cuba baca ni:-

    http://antihipokrit.blogspot.com/2009/12/teguran-untuk-pentadbiran-ds-najib.html

    http://antihipokrit.blogspot.com/2009/12/teguran-untuk-pentadbiran-ds-najib-part.html

    Budget Najib tu elok sangat ke? Hang pa yang ada banyak-banyak kredit kad tu, eloklah han pa terminate. Tinggalkan satu aja. Kerajaan Najib berdegil juga nak cas RM50 setiap satu.

    Aku sangsilah dengan Najib ni, ye lah, 100 hari pemerintahannya orang Melayu merintih apabila Najib umumkan dasar liberalisasinya.

    “PM:We are liberal on Chinese school”
    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/12/15/nation/5305278&sec=nation

    Apa maksud liberal ni? Tendang org Melayu, dakap org China? Bila Prof Khoo bercakap pasal Sekolah Satu Aliran, ramai yg menyokong termsuk bloggers pembangkang. Tapi Najib? Nak juga sekolah China?

    1Malaysia Najib got delayed.
    “It is understood that the strongest objections came from Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and Datuk Seri Rais Yatim.

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/46648-najibs-1-malaysia-initiatives-delayed

    Padan pun agaknya 60 lebih ponteng! Najib ni betul ke kepala otaknya ni?? Tanya aku, bagus juga undi budget kalah, at least aku tak payah terminate kad kredit, he..he..he..

    HIDUP RAIS!!!! HIDUP MUHYIDDIN! HIDUP AHMAD ISMAIL!! HIDUP IBRAHIM ALI!! HIDUP AWANG SELAMAT!!!

    (Najib, kau turunlah dari kerusi UMNO, ganti Ong Tee Keat kat MCA pulak! heret si Nazri tu sama)

    Aku tak turun ngundi. Tak tau mana satu parti Melayu aku nak pangkah!

    ODS: Terima kasih atas komen anda.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s