Jangan Diusik dan Ditanya mengenai YB Hj Khairy Jamaluddin…


Artikel kali ini lebih kepada “pengajaran” buat saya (dan mungkin anda yang tidak memihak mana-mana ahli politik mahupun parti politik). Tiada niat untuk mencari musuh atau memihak sesiapa. Anggaplah ini satu pandangan ikhlas kepada mereka yang menyokong YB Hj Khairy supaya berbicara secara bijak dan berbudi apabila orang berbahasa.

Saya telah lama memerhatikan perkembangan perdebatan penyokong YB Hj Khairy dan mereka yang tidak begitu memihak kepada YB Hj Khairy. Yang dapat saya lihat, sebarang perkara yang kurang menyenangkan akan ditepis dengan cara menyerang peribadi pemberi komen, mengalih isu dan terkadang sampai dah tak tahu isu mana yang diperdebatkan.

Sebagai contoh, sebuah artikel telah ditulis mengulas apa perlunya “Hidup KJ!!!” disebalik kemenangan Malaysia ke atas Thailand. Malah saya turut memberi komentar saya di blog tersebut dan komen-komen (sejak komen saya yang pertama di artikel tersebut sehinggalah komen saya yang terakhir) adalah seperti berikut:

ondastreet said…

WJK,
It’s too early to celebrate.. and I don’t think you’ll say “Hidup KJ” if our squad do not qualify to the semis.. right?

Remember back then when we were badly beaten (when coach B Sathianathan coach our national side)? Who was to blame? B Sathia.. and now, since we qualify, should not Rajagopal being credited?

Afterall, KJ went to his Hajj, not on the field training the players…

just my two cents worth of opinion.🙂

Have a nice day WJK.

~ OnDaStreet

December 12, 2009 5:46 PM

Wenger J Khairy said…Yes ODS, when the team was performing poorly you slammed KJ on Waziboy. So how now?

December 12, 2009 5:52 PM

ondastreet said…WJK,
I slammed on the reactions of KJ, you and other KJ supporters for not being that fair.

Just be fair on the praise, will you? It is K Rajagobal coaching the team. While KJ was in his Makkah performing his Hajj. How can because of this one match, KJ gets the credit?

Afterall, the tournament ain’t finish yet. With Laos and possibility of meeting Vietnam or Singapore in the finals, we aren’t done yet.

A long way to go, my friend..🙂

~ OnDaStreet

December 12, 2009 6:06 PM

Wenger J Khairy said…Fair in what sense, on one hand you support a leader who is the father or racism and whose mouthpiece condemns Indians as being noisy and unruly. And on the other hand you want to extend credit to K Rajagopal who is 100% DKK. Can you be consistent?

Really I am confused.

I am merely following the father of racism in ignoring the contribution of the coach.

December 13, 2009 12:41 AM

ondastreet said…WJK,

I’m merely asking the sense of logic why it should be “Hidup KJ!!!” when it is our boys and coaches in Laos carrying out their job.

And my friend, do stay on topic. I’m talking about football, not from politics. On which point do I make this matter from politics point of view?

and my friend, what’s with:
“Fair in what sense, on one hand you support a leader who is the father or racism and whose mouthpiece condemns Indians as being noisy and unruly. And on the other hand you want to extend credit to K Rajagopal who is 100% DKK. Can you be consistent?”????

Are you reading from politics point of view? Kindly read from football point of view. No politics.

And that’s why, for Malaysian team, I say “Malaysia Boleh!!!” NOT “Hidup KJ!!!”. Why?

Because the boys is not playing for KJ. They are playing for Malaysian team, bearing the Malaysian flag.

Thank you.

~ OnDaStreet

December 13, 2009 1:46 AM

ondastreet said…Pembetulan grammar.😛

“Because the boys ARE NOT playing for KJ. They are playing for Malaysian team, bearing the Malaysian flag.”

~ OnDaStreet

December 13, 2009 1:51 AM

Wenger Fan said…Wenger said Hidup Malaysia as well..
But nice one, maybe he should take over TDM in terms of sarcasm

December 13, 2009 2:40 AM

Setiawan said…Dear ODS:

I just wish to say something that I think I am right.

Regarding the usage of “hidup KJ” in the post up there I don’t see any false credit is given. Should KJ is part of the process he has the right to be given such credit. Just like what u may see on the film when it ends… even the name of supplier of nasi lemak will be printed as a credit. From my personal view, I think it is ok to give such credit to KJ, with subject-to he must be in the process of making the victory as at now. Be it on the primary or during the game or at any time frame given to such victory is in the making.

And

Regarding the pouring out the word “Malaysia Boleh !!!” I agree u can say that. And I will say that too. But I will certainly say “Hidup KJ” after that as an extra credit to the team and to the person who involve the making of the victory. If u don’t wish to say “Hidup KJ” as an extra credit after “Malaysia Boleh!!!” it is ok.

One more thing… I am not good in grammar. So I hereby make a disclaimer that if I am wrong. Do correct me. Thank you.

December 13, 2009 8:15 AM

ondastreet said…Wenger Fan, Setiawan, and dear readers,
Yes, I do see WJK wrote “Hidup Malaysia!!!”. No doubt about it, and for that, I have no issue.

As you said Setiawan, “Should KJ is part of the process he has the right to be given such credit. Just like what u may see on the film when it ends… even the name of supplier of nasi lemak will be printed as a credit.” and I agree with that.

However, why I raised the question is due to the fact when Malaysian performed badly, suddenly “even the name of supplier of nasi lemak is NOT printed as a credit.”

Well, I respect all of the opinions given.

Thank you.

~ OnDaStreet

December 13, 2009 6:01 PM

Wenger J Khairy said… This post has been removed by the author. December 13, 2009 9:44 PM

Wenger J Khairy said…

But in Waziboy, you attacked KJ when the team was doing badly and some fellas from FAM stood up to say that KJ was prepared to die by the sword.
Or are suffering from a case of Mudah Lupa-titis?

Do you remember REMEMBER THE TIME?

Do you remember the time
(Oh I)
When you kutuk KJ
Do you remember the time
When we first met
Do you remember the time
(Oh I)
When we argued on FAM Manager role
Do you remember the time

Whoo!

December 13, 2009 9:47 PM

ondastreet said…Oh yes I do remember my friend Wenger…

That was the time it was to be said the role has been passed to Datuk Soh and Coach B Sathianathan.

Considering that argument, I believe that for this SEA games, since YB Hj KJ was in preparation of performing his Hajj, performing his Hajj, I am pretty sure that the role of managing the team is passed to someone else.

Or are you saying he is taking care of the football team while preparing and performing his hajj?

Okla Mr Wenger. Macam nilah..I merely ask the logic of “Hidup KJ!!!” slogan for Malaysian football team’s performance in Laos. Why credit to him all of sudden? Why don’t you say something when Malaysia lose to Vietnam 3-0 few days ago? That’s all.

But you seem unease with my question.

As a Malaysian, I do hope Malaysia will win gold medal. Which in a way, once that happens, your “Hidup KJ!!!” may suit well.

In other words, by your statements, you are signing that whatever happens in Laos, KJ has something to do with it. Success or failure..

~ OnDaStreet

p/s: I don’t get it.. I don’t use harsh words, I don’t condemn KJ politically.. I just about teh rationality of the slogan..

why you need to be defensive????

December 13, 2009 10:48 PM

Saya ingin mengajak para pembaca menilai artikel yang telah saya tulis dan komen-komen yang telah diberikan dalam artikel Wenger J Khairy. Setahu saya, saya mengulas dari pandangan bola sepak, bukan perjalanan politik YB Hj Khairy Jamaluddin. Langsung tidak menyentuh siapa “lawannya” di arena politik atau mana-mana pihak yang tidak “sebulu” dengannya.

Cuba lihat reaksinya apabila saya bertanyakan bagaimana YB Hj Khairy diberikan kredit, padahal beliau dalam urusan Hajinya ketika pasukan Malaysia dalam persiapan ke Sukan SEA dan bermain dalam peringkat kumpulan. Saya cuma memberikan pandangan, biarlah adil dalam memberikan pujian, kerana ketika persembahan Malaysia tidak memberangsangkan, senyap sunyi sahaja tanpa komen. Malah salah orang lain pula kerana Malaysia tidak bermain dengan baik.

Yang menghairankan saya, kenapa perlu memberi komen yang lari dari topik dan antara sedar atau tidak, berbau perkauman. Sila baca komen yang dimerahkan tulisannya.

Kenapa perlu mengaitkan isu perkauman dan politik dalam bicara bola sepak Malaysia? Sila tunjukkan kepada saya bahagian mana yang saya kaitkan perkembangan bola sepak Malaysia dengan perkauman? Saya cuma rasa perlunya bersikap adil dalam memberi pujian dan kritikan. Dalam pasukan Malaysia, terdapat bangsa lain selain Bumiputera dan mereka adalah rakyat Malaysia. 

Seterusnya, saya ingin menarik perhatian pembaca tentang bicaranya yang diwarnakan dengan warna biru.

Dengan menyatakan kesediaan KJ “die by the sword”, slogan “Hidup KJ!!!” dan menulis seolah-olah YB Hj Khairylah orang penting disebalik kejayaan Malaysia, secara tidak langsung “mengikat” YB Hj Khairy untuk segala jatuh bangun bola sepak Malaysia, terutamanya persembahan di Sukan SEA Laos 2009.

Maka, apakah salah jika saya meminta supaya adil dalam memberikan pujian?

Malah, Wenger sendiri pernah mengakui KJ tersilap langkah diarena bola sepak. Komennya pada 15 Disember 2008 (genap setahun esok) adalah seperti berikut:

Wenger J Khairy permalink

Hey ODS,
I was surprised when KJ started to play the football card around a couple of weeks ago. Once again, another ill advised approach, and right now it looks so shallow.
Sometimes, KJ may be his own worst enemy!
As to the state of football, hmm…, everything and a lot of money has been thrown at the problem and yet there are no solutions.

I think its more symblomatic of the general lack of competitiveness around here.
No solutions from me, just an observation

Mungkin ada perlunya kita menilai kembali. Wenger sendiri menyatakan YB Hj Khairy tersilap langkah setahun yang lalu. Dan sejak setahun yang lalu, tiada banyak perubahan yang dialami bola sepak tempatan. Malah MyTeam yang merupakan “baby project” nya juga entah apa ceritanya.

Oleh itu.. mungkinkah semata mempromosikan YB Hj Khairy Jamaluddin, Wenger telah memilih topik yang salah. Jika mahu mempromosikan YB Hj Khairy, TOLONGLAH jangan libatkan bola sepak Malaysia. Jangan dipolitikkan segala perkara.

Saya tidak menyentuh pun perjalanan karier politik YB Hj Khairy. Hanya daripada sudut pandangan bola sepak Malaysia semata (kerana YB Hj Khairy adalah Timbalan Presiden FAM dan juga pengasas MyTeam). Saya amat tidak berminat mencampur adukkan bola sepak dengan politik.

Sekadar pandangan ikhlas. Terpulang kepada anda untuk menilai samada saya “menyerang” YB Hj Khairy atas kapasiti politik atau sengaja mencari salahnya. Artikel ini pun ditulis bertitik tolak daripada Wenger dan YB Hj Khairy sendiri. Hanya pandangan seorang yang lemah diperjalanan hidup ini…

 

Cakap-cakap dijalanan: Jangan “over-promote”. Silap-silap orang makin muak.*

* Tidak tertakluk hanya kepada perkara berkaitan promosi politik.🙂

9 thoughts on “Jangan Diusik dan Ditanya mengenai YB Hj Khairy Jamaluddin…

  1. ALLAH MAHA BESAR TUAN, SEGALA YANG BERMULA DENGAN TIDAK BAIK MAKA PENGAHIRANNYA JUGA SAMA!

    HARI INI KITA DAPAT MELIHAT BAGAIMANA PENCACAI KJ TENGAH GILA MEROYAN! INIKAH KUALITI PENYOKONG SEORANG YANG BAKAL NAK JADI TIMBALAN MENTERI, KALAU TUAN NAK TAHU, BLOG WENGER INI KETUANYA ADALAH ANUAR KASSIM, SEORANG TUA YANG BERUSIA 60 TAHUN DAN DIA MENJAGA REMBAU, ADA BEBERAPA ORG LAGI YANG MENGENDALIKAN BLOG INI BERSAMA DENGAN SI TUA KUTUK NAK MAMPOS TU!

    MINTAK IZIN COPY ARTIKEL INI,….

    ODS: Silakan bro Parpu. Harap dapat digunakan artikel ini untuk kebaikan bersama dan perbincangan yang membawa kepada perubahan yang lebih baik.🙂

  2. salam … apa lagi yang boleh mereka katakan untuk promote KJ? Tidak sangka KJ perlu dipromote begitu sekali… Kita ada Kementerian Belia dan Sukan. Penyertaan Malaysia adakah membawa bendera Malaysia atau FAM? Wenger easily confused! Atau mungkin kali ini pasukan Malaysia membawa bendera KJFC… Sehingga hari ini, MyTeam tenggelam, kenapa Wenger tak focus ‘baby’ KJ???

    ODS: Salam…

    Begitulah adanya.. Saya tidak tahu apa yang bermain difikiran mereka, terutama Wenger. Dia bijak, tetapi seperti orang yang berbeza apabila mencampur adukkan bola sepak dan politik.🙂

  3. haih. sindrom PAS dah start wujud kat penyokong KJ. menyokong IDOLA mereka membabi buta. walaupun tak kena pada tempat. harap-harap perkara ni tak melarat sampai KJ sanggup ‘menyurgakan’ penyokong beliau dan ‘menerakakan’ orang lain. heh.

    ODS: Sebenarnya ada satu komen yang saya jumpa di facebook yang mengatakan dosa besar tidak mempertahankan KJ.

    Entahlah lordapes…

  4. SJ sendiri tidak setuju dengan slogan “Hidup KJ” hanya kerana kemenangan pasukan bola sepak kita di arena ASEAN.
    seperti yang saya tanyakan dalam komen di artikel ODS semalam, semasa di bawah kejurulatihan Wan Jamak Wan Hassan pasukan bola sepak tanahair pernah mencapai ranking ke-60 dalam senarai dunia.. Di mana KJ pada waktu itu?

    Oleh yang demikian, adalah lebih sesuai jika kita berikan credit kepada K.Rajagopal dan anak buahnya yang berusaha mengharumkan nama negara. Tak ketinggalan juga kepada pihak FAM keseluruhannya. Bukan hanya kepada KJ seorang.

    Sememangnya Wan Jamak Wan Hassan, K.Rajagopal dan Azraai Khor Abdullah boleh dikatakan sebagai jurulatih tempatan terbaik.

    Tactical game Wan Jamak dan Azraai Khor amat sukar di baca manakala K.Rajagopal dengan gaya berhati-hati.

    Apapun, saya harapkan persembahan yang lebih mantap di final nanti..

    slogan “Malaysia Boleh!!!” lebih siknifikan. bukan “Hidup KJ!!”

    ODS: Cuma nak tambah.. tidak kedengaran pun pengulas perlawanan semalam, Hj Hasbullah Awang menyebut tahniah KJ selepas Malaysia menang 3-1 ke atas Laos. Yang disebut adalah tahniah K Rajagobal dan anakbuahnya.

    Melainkan KJ anak buah K. Rajagobal (kalau nak tumpang sekaki juga lah..)

    Terima kasih SuaraJagat.🙂

  5. YB Haji KJ hahahhaha haji menda kalu dok teguk air kencing setan…rasuah dan paling penting tindak menjalankan tugas sebagai ketua pemuda….woi penyokong kj…hangpa ni laa yang tarak akai…bodo cam basikal… kj tuh bukan lulusan oxford…tp lulusan oksford….silap universiti tuh… aku ingat pegang FAm nak jd bagus… kalau Malaysia menang pon KJ tak ada sangkut paut pasai dia tuh tak layak jd warga malaysia sbb dia tuh girlfren gelap DSAI

    ODS: Zam Penang, terima kasih atas komen anda.

    Mungkin jika benar pun YB Hj KJ teguk arak sebelum ini, harapnya dengan dah pergi menunaikan ibadah haji di Makkah, biarlah benar-benar dibukakan pintu hati untuk bertaubat dan beramal kebajikan.

    Jika tidak, ianya tiada lain selain daripada memperalatkan agama untuk hidup di dunia.

    Minta kita dijauhkan daripada berbuat begitu..🙂

  6. YB Haji KJ???

    hehehe… suh jadik imam tgk…

    ODS: InsyaAllah dia boleh jadi imam (walaupun saya tidak pernah tengok beliau mengimamkan solat) kerana paling tidak pun beliau telah pun menunaikan ibadah haji di Makkah.

    Makanya, dengan masyarakat kita yang majoritinya Islam, kegagalan menjadi imam setelah bergelar haji bukanlah sesuatu yang elok untuk imejnya..🙂

  7. Tolong bagitau:
    1.Result PMR,SPM atau Olevel atau Alevel KJ!
    -kalauboleh result penuh.
    2.Jurusan yang diambil diUniversiti.

    Terimakasih!

    ODS: Penyokong KJ, silakan. Saya tidak tahu.🙂

  8. Biarlah apa WJK nak tulis, hampa ni sikit2 pon mau attack. Sawan ka apa?

    ODS: Tak sawan. Dan ianya bukan “attack”. Hanya sekadar bertanya apa rasionalnya dan sekadar memberi pendapat. Itu sahaja. Kalau tak boleh jawab, tak perlulah nak alih topik atau nak buat seolah-olah kita yang bersifat perkauman.

    Terima kasih.

  9. hahaha kelakar la korg. benda mcm ni pun nak digado gado kan. Grow up.

    ODS: Betul juga. Terkadang kita tidak sedar, dewasa pun macam budak-budak. Apa lagi bila tua bangka gaduh.

    Terima kasih atas komen dan peringatan anda.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s