Tazkirah Jumaat: Adakah Anda Bermulut Celupar?


Dalam beberapa hari yang lepas, kita dihidangkan dengan pertikaman lidah antara ahli politik kita, yang antaranya melibatkan penggunaan perkataan yang kurang sesuai. Boleh dikatakan ramai yang memberi reaksi terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan.

Namun, untuk tazkirah kali ini, saya ingin mengajak para pembaca merenung sejenak diri kita sendiri. Dalam urusan seharian, terdapat antara kita terkadang mengucapkan perkataan yang kurang sesuai, atau celupar. Mungkin artikel berikut yang saya ambil dari laman ini boleh dijadikan untuk renungan bersama.

Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.

Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Wallahu’alam. Selamat mencuba.

Nukilan OnDaStreet: Bagaimana pula antara kita? Terdapat rakan-rakan saya begitu mudah menutur kata “babi”, “pukimak”, “binawe”, “pantat” dan sebagainya walhal terdapat perkataan-perkataan yang lebih baik yang seharusnya terpacul daripada mulut. Malah melatah pun dengan perkataan sebegitu.

Mungkin kita boleh mencuba sedikit demi sedikit untuk menuturkan kata-kata yang lebih sesuai sebelum lidah betul-betul keras.

Wallahualam…

 

5 thoughts on “Tazkirah Jumaat: Adakah Anda Bermulut Celupar?

  1. perkataan dan ayat yang anda asterisk didalam nukilan anda diatas adalah sesuai untuk mereka yang menggadaikan ugama untuk politik..termasuk jugalah pengkhianat negara dan bangsa Melayu Anwar aka BABI(Brader Anwar Bin Ibrahim!!!)

    ODS: Terima kasih atas komen anda. Cuma, harapnya janganlah pula diambil artikel ini semata kerenah politik kita. Ianya untuk lebih dari sekadar bagi mereka yang menggadaikan agama untuk politik.. yang tidak berkait dengan politik juga tidak terlepas.🙂

  2. kalau ikutkan memang itulah perkataan yang akan saya gunakan. namun kita masih waras bukan apa, kalau org baca penulisan kita begitu kan tak manis.

    ODS: Doc, kalau boleh, bercakap pun jangan celupar.. sebab pepatah sendiri ada mengatakan “Terlajak perahu boleh diundur, telajak kata, buruk padahnya”.🙂

  3. Tapikan…kadang-kadang perkataan kotor ni jugaklah yang paling sesuai untuk gambarkan sikap manusia. Lihat sahaja novel SHIT yang di tulis oleh SN Shahnon Ahmad. Itulah perkataan yang paling tepat untuk gambarkan sikap pemerintah dalam novel tersebut.

    Untuk penulisan, saya kira masih ok w/pun tak di galakkan tapi dalam pengucapan, sangatlah tidak manis kerana budaya kita mementingkan budi bahasa.

    ODS: Peipanlization, tiada siapa yang maksum melainkan Rasulullah. Namun, tidak perlulah kita berbicara dengan celupar. Malah dengan penulisan sekalipun.

    Maniskah bila dibaca ayat-ayat celupar?

    Terima kasih atas komen anda.🙂

  4. Salam ODS,

    Lari topik sikit.. Team Malaysia menang ngan Thailand ! What a great surprise ! Tapi yang bagi potong stim tu, apa kena mengena dengan Hidup KJ ! ???

    ODS: Agak juga la.. kurang faham.. akan diulas lebih panjang..🙂

  5. ooopppss sorry, ada kena mengena gak dengan mulut celupar tu…:)

    ODS: “Hidup KJ!” = celupar??? Maaf dinturtle. Gurauan semata.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s