Dia (Mahathir) ini nak jadi Perdana Menterikah – Nazri Aziz ~ Harakahdaily (Pakatan’s Perfection, Barisan’s Quicksand)


Berikut merupakan laporan Harakahdaily, 9 Disember 2009:

KUALA LUMPUR, 9 Dis: Perdebatan kontroversi berhubung modul Biro Tata Negara menyaksikan Datuk Seri Nazri Aziz dan Tun Dr. Mahathir saling bertikam lidah.

Nazri menuduh Mahathir sebagai rasis Melayu kerana tidak menyokong cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merombak modul BTN agar selari dengan konsep 1Malaysia.

Sebagai maklum balas, Mahathir pula meminta Nazri meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana didakwa tidak petriotik Melayu.

Nazri pagi tadi menyifatkan kritikan Mahathir belakangan ini seolah-olah mahu menjadi Perdana Menteri semula, menggantikan Najib.

“Waktu Tun Abdullah (Ahmad Badawi) jadi Perdana Menteri dulu, semuanya (polisi kerajaan) tak betul. Seolah-olah dia (Mahathir) saja yang betul. Dia (Mahathir) ini nak jadi Perdana Menterikah,” soalnya.

Beliau turut mengkritik tindakan Mahathir mempertikai kepemimpinan Perdana Menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Dulu masa kita (Umno) kata jangan berhenti (dari jadi Perdana Menteri), dia juga yang nak berhenti. Bila dia (Mahathir) dah berhenti, dia mula suruh orang lain (Abdullah) pula berhenti.”

Beliau juga menasihatkan Mahathir supaya menyokong kepemimpinan Najib.

“Dulu, masa orang sokong kita (Mahathir), sekarang masa kita (Mahathir) sokong orang (Najib) pula,” soalnya.

Beliau juga menganggap kritikan Mahathir belakangan ini banyak menguntung pembangkang.

“Bila dia (Mahathir) dah berhenti, dia serang kita (Umno) pula, lebih teruk daripada pembangkang,” sindirnya lagi.

“Hari ini, pembangkang tidak perlu buat kerja, cukup dengan Dr. Mahathir saja, semuanya (polisi kerajaan) tidak betul.”

Pun begitu, Nazri mengakui sumbangan Mahathir dalam Umno dan kerajaan sebelum ini.

Terdahulu, Mahathir menyifatkan kepemimpinan Umno sekarang seperti usus yang sudah busuk.

Kenyataan Mahathir itu dipercayai umum ditujukan kepada Najib.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin dilihat lebih menyokong Mahathir berbanding berbanding Najib-Nazri.

Pertikaman lidah antara dalam kalangan beberapa pemimpin terbabit tersebut sekaligus menyaksikan bahawa Umno sedang mengalami dilema sama ada untuk kekal memperjuangkan rasis-Melayu atau mengubah ideologinya pada pluralisasi kaum melalui konsep 1Malaysia.

Melihatkan kepada laporan Harakah ini kelihatan DS Nazri Aziz seperti tidak mengendahkan nasihat TS Muhyiddin untuk tidak berdebat secara terbuka. Malahan menambah perisa dalam isu BTN ini. Boleh sesiapa menjelaskan apa yang sebenarnya yang berlaku antara DS Nazri Aziz dan Tun Dr Mahathir sehinggakan DS Nazri Aziz mengabaikan nasihat TS Muhyiddin semata untuk melepaskan amarahnya kepada Tun Dr Mahathir?

Cuma, saya kurang pasti samada Harakah benar-benar memetik kata yang betul, iaitu “tidak petriotik Melayu”. Bila pula Tun Dr Mahathir menuduh DS Nazri Aziz tidak petriotik Melayu? Setahu saya “patriotik” itu berkaitan dengan kenegaraan, bukan perkauman atau bangsa.

Begitu juga dengan bahagian “Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin dilihat lebih menyokong Mahathir berbanding berbanding Najib-Nazri”. TS Muhyiddin cuma meminta pemimpin Barisan supaya tidak berdebat secara terbuka dan tidak begitu bersetuju dengan kenyataan DS Nazri Aziz yang melabelkan Tun Dr Mahathir sebagai “bloody racist”. Bukan pertentangan antara TS Muhyiddin dan DS Najib. 

Dengan menyatakan begitu, apakah Harakah tiada beza dengan media lain yang dikatakan memutar belitkan cerita?

Tidak dapat tidak, jika benar DS Nazri Aziz mengulas sedemikian, ianya tidak mententeramkan keadaan, tetapi mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada. Sesuailah jika saya berpandangan ini tidak lain daripada “Pakatan’s Perfection, Barisan’s Quicksand”.

Pendapat OnDaStreet: Baca, fahamkan betul-betul, fikirkan dan nilaikan seberapa banyak sumber. Tidak lupa juga jangan mudah melompat, apatah lagi jika bergelar pemimpin.🙂

Oh ya DS Nazri Aziz.. Tun Dr Mahathir sudah pun merasa menjadi Perdana Menteri. Bukan “nak jadi” lagi.😀

8 thoughts on “Dia (Mahathir) ini nak jadi Perdana Menterikah – Nazri Aziz ~ Harakahdaily (Pakatan’s Perfection, Barisan’s Quicksand)

  1. “Terdahulu, Mahathir menyifatkan kepemimpinan Umno sekarang seperti usus yang sudah busuk.

    Kenyataan Mahathir itu dipercayai umum ditujukan kepada Najib.”

    Part ni pun dia spin juga. Tun Mahathir kata:

    “Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata “UMNO is rotten to the core””

    Penipu. Harakah penipu. Lagi teruk, mereka menggunakan nama Islam untuk menipu. Semoga mereka bertaubat.

    ODS: Entahlah lordapes. Nak mengata Harakah, penyokong Pakatan akan kata media yang lain sama sahaja. Mungkin di mata mereka, “kalau kau boleh buat jahat, aku pun boleh”.

    Terima kasih atas komen anda.🙂

    1. Betul. Mereka akan mengatakan “depa jahat, kita pun boleh buat jahat jugak!”.
      Personally, saya takde masalah kalau akhbar-akhbar menggunakan teknik spin untuk politik. Memang itu seni berpolitik pun. Menunjukkan kat masyarakat yang kita ni bagus, pihak lain tak bagus. Harakah spin atas nama ‘memperjuangkan Islam’. Tu yang saya tak boleh terima.

      ODS: Dan kerana itulah ada yang kurang selesa dengan PAS. Bukan kerana dasarnya, tetapi caranya. Matlamat tidak menghalalkan cara. Jangan jadi umpama periuk mengumpat belanga..🙂

      Terima kasih atas komen anda.

  2. ooohhhh…please get someone else to replace DS Nazri.
    why do i feel that he sound stupid everytime he open his mouth?

    ooohhh…please DS Nazri..stop showing your stupidity to the public…

    ODS: and he does not want to apologise (as at now, 10th December 2009)…

  3. ODS,

    Macam manalah kita nak sokong Nazri? Rasanya Melayu anggap memaki hamun orang tua itu sebagai biadap. Bukan sahaja orang tua, TDM bbekas PM. Bukan sahaja bekas PM, dia yang mula-mula beri peluang siNazri ini masuk Kabinet. Nak menepis bidas TDM pun perlulah berhemah. Ini lebih dari biadab.

    Budak Nazri ini pemanas hati. Cakap secara lepas pulak tu. Macam mana dia disimpan jadi Menteri oleh Pak Lah saya pun tak faham. Saya faham dia melompat mempertahankan Pak Lah pada masa masanya. Tapi semua orang tahu Pak Lah banyak buat yang tak betul dan tak buat benda yang betul.

    Sekarang DS Najib pulak simpan dia lagi. Saya fikir menjejas nama baik Najib. Menjadi beban kapada Najib. Nazri komen fasal drebar teksi pun, Persatuan Drebar Taksi sudah marah. Dia sudah tiada kredibiliti lagi, banyak orang menyampah dengan dia. Sepatutnya Najib tendang dia keluar.

    ODS: Abu, terkadang saya terfikir, perlunya ada seseorang yang agak “gung-ho” atau “ganas” sedikit untuk berdepan dengan sesetengah isu, namun perlu bijak “ganas” ditempatnya.

    Dalam kes DS Nazri vs Tun Dr Mahathir, saya tidak tahu apa yang DS Nazri Aziz baca dan faham sampai nak tuduh Tun Dr Mahathir “bloddy racist”. Manakala untuk kes pemandu teksi, mungkin perlu ditegur, tetapi janganlah sampai tahap kata teksi lebih teruk daripada tandas.

    Terima kasih atas komen anda.🙂

  4. UMNO is gone and so is Mahathir. Still can’t let go of past glory under mahathir’s administration. Not only he is a racist, he created more rift in the country. Mahathir created blind loyal supporters like you too.
    So, just say it, mahathir’s machai.

    So, don’t tell me about your unbias view of SSUS, UMNO and bla bla. Just say it you sayang UMNO and Mahathir too.

    What a letdown, Onda? Another Mahathir’s horse.

    ODS: jebat’s fren, can you provide us in what words that Tun Dr Mahathir uttered those words that show he is racist in the BTN issue? As I recall, I don’t see any, except DS Nazri Aziz labelled Tun Dr Mahathir as “bloddy racist” when Tun commented on BTN issue.

    What was written in Harakah as “petriotik Melayu” is totally out of context. Why? “Patriotic” as an adjective of Feeling, expressing, or inspired by love for one’s country. So, obviously Harakah added “Melayu” behind “petriotik”.

    I love this country, Malaysia.

    For any right reason, I’ll give credit and vice versa. Don’t you see how many articles that I criticized Barisan and UMNO?

    Thank you.🙂

  5. I love this country too, therefore I loath Barisan and UMNO. No one is perfect and angel but that kind of mess created by Barisan led by UMNO is far more heinous than those done by PR.

    Has UMNO thought of patriotics when they are “raping” the citizens and their trusts and their money?

    A patriot who truly loves this country gives themselves to the country and not slaying their fellow comrades. And slicing us like we are even worst than Indonesians? Just because the govt wants to shore up the number of Malays in the country, they can go to the extent of inviting Indons/Philipinos and give them citizenships. Did the Indons/Philipinos really contributed in independence and nation building? (other than they are coming in here to work in construction or a few sectors)

    We are Malaysians but just because we are not Malays or muslims (that’s why the govt gives first class citizenships to Indon and Philipinos who are muslims. Khir toyol?) that doesn’t mean we are not loyal to the country. No wonder mamaks generally are so desperate to be classified as bumiputera instead of being called “mamak” (you know who lah. The one that really creates trouble and called chinese pendatang and painted a really bad image for the malays). (side tracked a bit)

    If Mahathir and UMNO is not racist, then you tell me who. The chinese/indians that are being surpressed?

    ODS: For matters relating to corruption and slaying comrades for selfish reasons instead for the country, I’ll agree with you. Be it Barisan or Pakatan or politically neutral, no one is excepted.

    However, to say that chinese/indians are being supressed, that sounds not that quite right.. if chinese, indians are supressed.. then why do top 10 richest (even top 100 richest) is majority consist of non-Bumis?

    For me, it’s not fair. I know that there are poor among chinese, indians.. but so do bumis. Let’s not dwell on “supression”, shall we?

    Thank you.🙂

  6. However, to say that chinese/indians are being supressed, that sounds not that quite right.. if chinese, indians are supressed.. then why do top 10 richest (even top 100 richest) is majority consist of non-Bumis?

    Supression is measured on the govt’s policies and what they do. Money/riches or who is top 10 (i am sure they are well linked to BN) has nothing got to do with a policy that institutionalised racism. I hope you will have good understanding on the correlation between the 2.

    ODS: So, you are saying that government policies are suppressing people. Interesting..

    In what terms do people being supressed, if you may share with readers? Since our government is that racist and having institutionalised racism, what do you suggest how to improve things?🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s