Selangor, BTN, Nazri Aziz, Tun Dr Mahathir, Perkauman & TS Muhyiddin (Pakatan’s Perfection, Barisan’s Quicksand)


Berikut merupakan petikan mutakhir Berita Harian 8hb Disember 2009:

TOKYO: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai perkauman.

Beliau berkata, Dr Mahathir sudah banyak berjasa kepada negara dan masih mampu menyumbangkan idea.

“Jadi hendak menyebut beliau sebagai perkauman itu agak terlampau. Dia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) kawan saya juga tetapi tidak tahu kenapa perkara itu terkeluar.

“Dalam situasi politik negara hari ini macam-macam pihak boleh menyalahtafsir,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Muhyiddin yang dalam misi perdagangan dan pelaburan khas ke Jepun mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam yang melabelkan Dr Mahathir sebagai perkauman kerana mempertahankan modul kurikulum Biro Tata Negara (BTN).

Dr Mahathir sebelum itu berpendapat kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga perlu merombak modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN dan telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di Malaysia.

Muhyiddin berkata, semua pihak terutamanya pemimpin seharusnya tidak terperangkap dengan strategi pembangkang sehingga berlaga-laga dan berdebat sesama sendiri.

Beliau berkata, adalah lebih berfaedah sekiranya semua pihak mengambil pendekatan kurang bercakap.

“Jadi sebaik mungkin, supaya kita tidak dilihat berdebat secara terbuka, saya rasa tidak perlulah berdebat atau berpolemik mengenai agensi-agensi kerajaan seperti BTN,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sejak berkuasa di beberapa negeri, pembangkang mempunyai strategi untuk “memperlekehkan” semua institusi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), institusi diraja mahupun BTN supaya semua rakyat akan buruk sangka terhadap kerajaan dan pemimpin.

“Ini strategi mereka. Selama ini kita tidak berdebat soal-soal begitu. BTN adalah untuk kepentingan negara dan bukan bertujuan membawa kesan buruk kepada negara.

“Jadi kalau kita terperangkap dengan agenda pembangkang, saya rasa ia mungkin membawa kesan yang tidak baik seperti kes ini di mana pemimpin terpaksa berlaga sesama sendiri dan mereka tersenyum sahaja apabila agenda mereka berhasil,” katanya.

Muhyiddin berkata, apa yang lebih ditakuti ialah jika ada gerakan tertentu yang dibuat secara halus oleh pembangkang untuk melaga-lagakan pemimpin dan memperlekehkan institusi dan agensi kerajaan.

Beliau berkata, rakyat sudah bosan dengan politiking yang terlalu banyak dan pemimpin sepatutnya menghentikan debat politik dan menumpukan soal-soal yang lebih penting seperti pembangunan.

“Tapi kita kadang-kadang terperangkap dan bergaduh sesama sendiri yang bagi saya ia tidak berfaedah,” katanya. – Bernama

Beberapa blog telah membuat liputan susulan dengan tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh Dato Seri Mohd Nazri Aziz (seperti rocky, BigDog, Des, tranungkite, tunku aisha dan ulasan mudah Wenger J Khairy). Pelbagai pandangan dan pendapat juga diutarakan oleh pelawat-pelawat blog mereka.

Pada pandangan saya, tindakan Dato Seri Mohd Nazri tidak lebih daripada seorang yang begitu cepat melatah. Hanya kerana kerajaan negeri Pakatan melarang pegawai dibawah pentadbiran negeri ke kursus anjuran BTN serta alasan tindakan tersebut (yang menuduh apa yang disampaikan didalam BTN sebagai bersifat perkauman), DS Nazri begitu mudah menyelar Tun Dr Mahathir yang memberikan pendapatnya sebagai “racist”.

Tidakkah DS Nazri sedar, sebagai salah seorang yang dikatergorikan sebagai pemimpin dalam negara ini, kenyataan, tindakan, cara hidup menjadi perhatian umum? Apalagi dengan dirinya berstatus MENTERI, tindakannya telah mencetuskan ketidak selesaan sehinggakan TS Muhyiddin terpaksa mengulas untuk menenangkan keadaan. Seharusnya kata-kata TS Muhyiddin difikirkan oleh DS Nazri Aziz dan mana-mana pemimpin dari Barisan. TS Muhyiddin berkata:

“Saya bimbang ada gerakan tertentu yang dibuat secara halus atau kasar yang dilakukan pembangkang untuk melaga-lagakan kita dan memberi gerakan menjatuhkan dengan mempertikaikan institusi supaya akan terbenam dalam benak dan pemikiran rakyat betapa jahat dan buruknya kerajaan.

Oleh demikian, kita kena berhati-hati dan tidak bergaduh sesama sendiri dan mereka duduk tersenyum macam perjuangan mereka sudah berhasil,”

“Berhenti debat politik dan tumpu soal pembangunan dan ia adalah isu yang utama tetapi kita kadang-kadang terperangkap dan bergaduh sesama sendiri dan bagi saya ia tidak ada faedah,”

Pada pandangan saya, itulah yang seharusnya dilakukan. Kenapa harus kecoh? Kenapa harus melatah? Tidakkah dengan hiruk pikuk ini boleh memberi gambaran kepada rakyat bahawa terdapat pemimpin daripada kerajaan yang mudah melatah apabila dicucuk? Apalagi terus melabel orang lain sebagai bersifat perkauman, padahal tidak pula saya baca kata-kata Tun Dr Mahathir bernada perkauman.

Apa yang bermain dikepala DS Nazri Aziz ketika menuduh Tun Dr Mahathir sebagai “racist”? Apa yang DS Nazri Aziz baca, dan bahagian mana yang menunjukkan Tun Dr Mahathir sebagai “racist”? Ingin juga saya ketahui apa yang bermain di dalam fikiran menteri yang unik ini.

Paling menarik, menurut laporan The Star, Tun Dr Mahathir mencabar DS Nazri Aziz untuk keluar dari parti “perkauman”. Berikut adalah laporan the Star:

 

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad has challenged Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz to resign from the ‘racist party’ Umno.

The former prime minister said Nazri “belongs to a party that is only meant for the Malays and no one else can join in.”

“He is a member of a racist party and he is anti-racist so he should just resign from Umno,” Dr Mahathir said after giving a keynote address at a seminar on Malaysia-Indonesia economic cooperation.

Dr Mahathir was responding to Nazri’s comment that he (Dr Mahathir) ‘is a racist for defending the National Civics Bureau (NCB training modules.’

“(He) must be right if he said so,” said Dr Mahathir.

“I must be a racist if Nazri says I am racist. Don’t ever say that I am not. He knows everything,” he added.

Dr Mahathir had previously said criticisms against the NCB modules were exaggerated.

The course, he said, should be retained as it taught valuable history lessons and instilled good values such as discipline and integrity. Nazri however reiterated his stance yesterday that the NCB should be revamped as patriotism was for all Malaysians regardless of race. He said the syllabus should not focus on patriotism for one community alone.

Aduhai.. maaf jika saya katakan bahawa pancing mudah Pakatan sudah mengena. Hanya kerana tindakan melarang pegawai negeri menyertai kursus BTN, pemimpin Barisan kelam kabut.

Tiada lain daripada apa yang saya terbayangkan – “Pakatan’s Perfection, Barisan’s Quicksand” dimana dikala Pakatan kelihatan “maksum”, Barisan pula gagal menangani isu yang mudah dengan baik, bak berada diatas pasir jerlus.

Antara yang bermain difikiran OnDaStreet: Cuba-cubalah bawa bertenang.. kamu tu pemimpin, DS Nazri Aziz. Jangan cepat melatah. Padanlah ramai yang tidak mahu kamu menjadi menteri. Haru!

4 thoughts on “Selangor, BTN, Nazri Aziz, Tun Dr Mahathir, Perkauman & TS Muhyiddin (Pakatan’s Perfection, Barisan’s Quicksand)

  1. I’m looking at the Malaysian Insider report again. If I remember correctly, The Star had reported along similar lines too. Has Nazri responded to these reports?

    There’s something going on here – Nazri *might* have said it, but you have to consider the context when he uttered the words: What had transpired before that? Sometimes there were some jestings and jokings between the reporters and a VIP, so whatever follows should not be taken seriously word for word. It’s like I’m joking with you, and then I said “Aku nak bunuh Mahathir ni” (or whatever).

    But sometimes there are mischievous reporters – they pretend the previous situation didn’t exist and they place the spotlight onto the words said alone. Of course, they’ll get a better story. But the fact is, CONTEXT must be taken this into consideration too, especially in matters like this.

    ODS: Perhaps your theory can be right, but I wonder what was the conditions during the words being uttered.. and will there be more to come from DS Nazri Aziz? Well my friend, it has been few times around DS Nazri Aziz gave “unique” responses everytime Tun Dr Mahathir gave his comments.

    Joke? Serious? Hmmm…

    Thank you for your comment. It has been quite sometime since we last interact. Haha🙂

  2. Ataupun mungkin si Nazri ini jadi ‘peralatan’ pembangkang di dalam UMNO utk menterbaraikan UMNO? Najib pun lembik saja… org Melayu & Bumiputera nampaknya sudah duduk kat back seat dgn dasar liberalisasi Najib. Kaum-kaum yang tak bernama yang Najib lebih sayang sekarang ni…time yg bagus utk tenggelamkan UMNO kedlm quick sand! Nanti Nazri dapat jadi menteri kanan bila UMNO terbarai..

    ODS: “Nazri dapat jadi menteri kanan bila UMNO terbarai..” Masih adakah tempat untuknya menjadi menteri apabila UMNO terbarai? Sekarang ini pun masih Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jika UMNO hendak terbarai atau nak terbarai, mungkinkah Nazri boleh menjadi memegang satu kementerian? Jika ya, apa pula persepsi dan pandangan rakyat? Yakinkah rakyat jika DS Nazri Aziz menjadi Menteri mana-mana kementerian?

    Terima kasih atas komen anda.🙂

  3. Salam bro, saya dah masukkan link tuan ke dalam blog saya, maaf terlepas pandang tempohari, very good article bro!

    ODS: Terima kasih bro.🙂

  4. salam..
    DS Nazri Aziz sudah beberapa kali membuat kenyataan yang mengeruhkan keadaan. Ini bukan kali pertama perdebatan antara beliau dan Tun Mahathir berlaku.

    I hope that our PM and TPM will do something about this.
    Should he (Nazri) be replace by someone else?

    ODS: Benar.. dan setakat ini tidak memperbaiki lagi keadaan.. sila baca artikel yang baru disiarkan.

    Terima kasih atas komen anda.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s