Nik Aziz yakin Allah makbulkan doa rakyat yang dizalimi ~ Harakahdaily


Perhatian: Sekali lagi, artikel ini bukan ditulis dengan niat untuk menghentam Tuan Guru Nik Aziz, tetapi lebih kepada persoalan yang bermain-main di kepala seorang hamba Allah yang tidak diajar mendoakan kehancuran sesama umat Islam. Cuma OnDaStreet sedikit kecewa dengan pendekatan yang diambil dengan mendoakan kebinasaan sesama muslim.

OnDaStreet sebenarnya mengharapkan ianya hanya sekadar fitnah (kerana kerapkali media lain dituduh memfitnah TGNA sebagai mengatakan yang bukan-bukan. Media seperti Utusan dan Berita Harian dianggap memutar belitkan tutur kata TGNA, tetapi mungkinkah Harakah yang memfitnah Mursyidul Amnya sendiri?

Buat kesekian kalinya, isu doa masih belum selesai. Berikut adalah laporan Harakahdaily bertarikh 6 Disember 2009:

 

GOMBAK, 6 Dis: Menteri Besarnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam melahirkan rasa yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa rakyat Kelantan yang dizalimi disebabkan kerajaan pusat enggan memberi wang royalti minyak pada kerajaan negeri.

“Kalau orang kafir (berdoa) pun, Allah janji akan makbulkan doanya kerana dizalimi, inikan pula orang Islam dan berjuang Islam di Kelantan,” jelasnya dalam Himpunan Perpaduan Ummah ‘PAS For All.

 

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan bahawa beliau tidak kecewa jika ada pihak tertentu mengkritik saranannya bahawa rakyat Kelantan akan berdoa agar Najib dibinasakan.

Beliau juga melahirkan rasa tidak kisah dengan laporan negatif beberapa media massa, sebaliknya suka dengan beberapa kritikan tersebut.

“Hari-hari surat khabar (arus perdana) caci saya, saya sengeh (kerana) suka.”

Baginya, berdoa sama ada memohon sesuatu hajat atau menolak sesuatu kezaliman merupakan sesuatu yang digalakkan oleh Rasulullah s.a.w.

“Bila kita ikut Nabi, jadikan doa sebagai senjata mukmin, maka ada orang yang marah.”

Dalam ceramah selama 20 minit di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, Beliau turut melafazkan doa khusus kepada Najib.

“Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan),” doa Nik Aziz

“Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya.”

“Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat.”

Sebelum pada itu, Kelab Penyokong PAS berbangsa India, Bala Subramaniam berpendapat bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melahirkan rasa terkejut dengan saranan doa Nik Aziz agar Najib dibinasakan disebabkan kezaliman Perdana Menteri itu.

Ujarnya lagi, sepatutnya Muhyiddin menasihatkan Najib agar segera bertaubat dari melakukan kezaliman.

Nada yang sama turut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

“Saya orang bukan Islam pun percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, kenapa Muhyiddin dan Najib tidak percaya doa Tok guru,” ujarnya.

Tidak dapat saya nafikan, doa orang yang dizalimi insyaAllah akan dimakbulkanNya. Saya juga setuju bahawa doa merupakan sebahagian daripada “senjata” orang mukmin.

Akan tetapi saya belum pernah diajar supaya sesama Islam dibinasakan melainkan dibukakan pintu hati orang Islam yang menzalimi agar diberi petunjuk dan hidayahNya. Kerana itu, doa TGNA di Taman Melewar itu hanya sebahagian saya setuju, iaitu bahagian mendoakan DS Najib dibukakan pintu hati. Akan tetapi tidak pula bahagian memusnahkan. Kenapa?

Bagaimana jika selepas satu persatu pemimpin Islam itu dibinasakan (dimulakan dengan DS Najib) , tetapi hati pengganti-pengganti itu masih “tidak terbuka” kerana sebenarnya bukan isu hati tidak terbuka, tetapi lebih kepada teknikaliti yang menjadikan Kelantan bukan sebahagian daripada pembahagian royalti minyak hanya disebabkan satu perjanjian?

Walauapapun, 3 soalan mudah saya masih belum terjawab, iaitu:

  • Apakah dalil dan nas bahawa kita dibolehkan mendoakan kehancuran sesama umat Islam?
  • TGNA disebut sebagai berkata “Jika kita rajin membaca sejarah doa-doa yang dilakukan para Nabi, kita tentu akan berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam”.  Apakah isi kandungan doa tersebut dan adakah doa itu dimasukkan sekali dengan kehancuran umat Islam sekali?
  • Adakah DS Najib dan umat Islam dibawah pimpinannya musuh Islam (jika diambil dari konteks ayat yang dituturkan)?
  •  

    Mungkin mereka yang lebih arif dalam bab agama ini dapat menjelaskan dalam bahasa orang awam yang pengetahuan tidak sedalam dan setinggi ilmu mereka. Bukan apa, apa guna ilmu itu dipelajari jika tidak diamalkan dan tidak disampaikan untuk kegunaan umat yang lain. Jika bahasa TGNA itu terlalu tinggi, mudahkan supaya mereka boleh memahami apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh TGNA atau mereka yang lebih ahli daripada mereka yang jahil.

    Dalam masa yang sama, saya tidak dapat lari daripada melahirkan rasa kagum dengan ahli Kelab Penyokong PAS berbangsa India memberi komen agar TS Muhyiddin menasihatkan DS Najib supaya bertaubat. Begitu juga dengan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang percaya bahawa Tuhan akan membantu rakyat yang dizalimi, dan melahirkan rasa hairan dengan mengapa perlu TS Muhyiddin dan DS Najib tidak percaya doa TG Nik Aziz. Semoga mereka ini dibuka pintu hati memeluk Islam, insyaAllah.🙂

    Doa dijalanan: Semoga iman dan taqwa umat Islam dipelihara dan diperkukuhkan lagi dan semoga Allah tidak memalingkan kita daripada jalanNya yang lurus. Amin…

    p/s: bacaan ringan untuk renungan bersama di sini, sini dan mungkin juga sesuai yang ini..

    You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s