Manipulasi media punca ramai keliru isu doa – Nik Aziz


Perhatian: Artikel ini bukan ditulis dengan niat untuk menghentam Tuan Guru Nik Aziz, tetapi lebih kepada persoalan yang bermain-main di kepala seorang hamba Allah yang tidak diajar mendoakan kehancuran sesama umat Islam.

Berikut merupakan laporan Harakahdaily.net:

KOTA BHARU, 3 Dis: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan manipulasi yang dimainkan media punca ramai keliru isu doa yang disebutnya sebelum ini.

“Saya sendiri tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, dalam doa tu saya sebut dua perkara, meminta Allah perbetulkan pemikiran Perdana Menteri serta menteri-menterinya supaya membayar royalti kepada Kelantan.

“Dan sekiranya Perdana Menteri masih enggan menyerah royalti kepada kerajaan negeri barulah saya mendoakan sesuatu yang tidak baik, itu kaedah biasa,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Semalam segelintir penyokong Umno yang berselindung di sebalik Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di depan Kota Darulnaim bagi mendesak Menteri Besar supaya meletak jawatan.

Sebelum itu, akhbar melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendoakan supaya dimusnahkan masa depan politik pemimpin Umno sekiranya enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan.

Oleh itu Menteri Besar hari ini melahirkan rasa dukacita kerana doa yang disebut sebelum ini tidak ditulis secara betul sehingga menyebabkan ramai tidak faham.

“Sekiranya ingin mengulas tentang doa, ia harus diambil isi doa tersebut secara keseluruhan iaitu meminta kepada Allah supaya memperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri agar menerima Islam yang syamil (menyeluruh),” katanya.

Malah kata beliau mana mungkin seseorang yang dikhianati mengambil sikap berdiam diri tanpa dilakukan sebarang tindakan.

Beliau menjelaskan Islam tidak pernah melarang umatnya mendoakan sesuatu yang buruk terhadap musuh atau atau kepada mereka yang berniat jahat.

“Jika kita rajin membaca sejarah doa-doa yang dilakukan para Nabi, kita tentu akan berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.

“Saya juga merasa hairan kenapa sesuatu yang tidak baik sahaja digambarkan, yang elok tidak diperbesarkan,” ujarnya.

Katanya juga memandangkan Perdana Menteri agak terasa apabila berdoa menyebut namanya maka tidak perlu disebut sewaktu berdoa beramai-ramai kecuali secara individu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menempelak demontran yang mendesaknya melepaskan jawatan.

Kata beliau Umno Pasir Mas menggunakan topeng Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan untuk berselindung di sebalik perhimpunan tersebut.

“Ini lagi peliklah, kenapa dah malu ke nak menggunakan nama Umno sehingga terpaksa berselindung di sebalik nama lain pula.

“Malah CD yang disebutkan ada bersama memorandum tersebut untuk dijadikan bahan tidak pula disertakan.

“Biar pun tidak membaca kesemua kandungan bantahan itu, saya sudah dapat menyukat betapa tidak terurusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan,” katanya.

Menurut beliau juga isu membabitkan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman  di Perbandanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan haji sudah selesai.

Katanya juga mustahil baginya meletak jawatan semata-mata mengikut kerenah beberapa orang ‘budak nakal’ yang berhimpun semalam.

Sehingga laporan ini diterbitkan, saya masih menganggap TGNA tidak berdoa sebegitu rupa. Saya akui ilmu TGNA lebih tinggi. Begitu juga ahli-ahli PAS yang saya fikir lebih arif tentang ilmu agama daripada saya yang tidak seberapa.

Maka, dengan ini, inginlah saya ingin meminta para pembaca yang sudi memberikan nas dan dalil berdasarkan ayat yang dipetik daripada TGNA (yang dipekatkan tulisannya). Soalan saya mudah dan seperti berikut:

  1. Apakah dalil dan nas bahawa kita dibolehkan mendoakan kehancuran sesama umat Islam?
  2. TGNA disebut sebagai berkata “Jika kita rajin membaca sejarah doa-doa yang dilakukan para Nabi, kita tentu akan berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam”. Apakah isi kandungan doa tersebut dan adakah doa itu dimasukkan sekali dengan kehancuran umat Islam sekali?
  3. Adakah DS Najib dan umat Islam dibawah pimpinannya musuh Islam (jika diambil dari konteks ayat yang dituturkan)?

Hanya 3 soalan mudah buat mereka yang lebih arif daripada saya yang lebih jahil tentang Islam. Dan saya mengharapkan maklum balas yang boleh mengajar saya untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.

Sesungguhnya saya hormatkan TGNA kerana ilmu, latar belakang dan gaya hidupnya sebagai tuan guru, bukan sebagai ahli politik ataupun Mursyidul Am PAS. Namun, kerana TGNA di”pakej”kan lebih Islamik daripada mana-mana pemimpin di Malaysia (lebih-lebih lagi daripada kem PAS sendiri), setiap tuturkata dan budi bicaranya diberi perhatian yang lebih. Apatah lagi bukan beliau bukan sekadar Tuan Guru, tetapi pemimpin parti politik yang memperjuangkan Islam. Sudah tentu, dengan majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, kita akan meluangkan sejenak masa apabila TGNA mengeluarkan pendapatnya.

Ada sesiapa yang sudi merungkaikan kekusutan 3 persoalan di atas?

3 thoughts on “Manipulasi media punca ramai keliru isu doa – Nik Aziz

  1. Salam..

    Saya bukan hendak merungkai permasalahan doa Tok Guru kerana saya ini jahil orangnya tetapi ingin berkongsikan sedikit idea. Supaya kita lebih berwaspada kepada berita-berita yang dimainkan oleh media arus perdana di negara ini. Setiap butir kata yang keluar dari dua bibir Tok Guru perlu diperhalusi dengan bijaksana dan berasaskan tiga perkara, iaitu umur, negeri dan ilmunya.

    1. Umur Tok Guru bukanlah muda. Jadi boleh jadi butir kata yang diucapkannya agak kurang jelas. “Islam Plastik” yang diucapkan, “Islam Palestin” yang didengar. Boleh jadi juga beberapa sendi kata turut tenggelam timbul dari ayat-ayatnya. Jadi, setiap perkataannya perlu dianalisis berkali-kali. Bagi mengelakkan fitnah terhadap Tok Guru.

    2. Tok Guru pula berasal dari negeri Kelantan. Kita semua tahu yang Kelantan merupakan negeri yang antara loghat yang paling pekat. Apa yang anda tafsirkan dengan “bulane”?. “Bulan Enam” atau “Bulanan”? Perkataan “papade” membawa maksud “papan dam” ataupun “papadom”?

    3. Tok Guru tinggi ilmunya. Jadi banyak hujahnya perlu dinilai oleh orang yang tinggi ilmu juga. Isu “Tuhan Samseng”, “Tuhan Mencarut” dan lain-lain memerlukan penafsiran para Ulama. Tok Guru sering guna perkataan “Jahil”, “Munafiq” dan perkataan kasar yang lain tetapi harus diingat, Tok Guru mungkin lebih selesa menggunakan istilah-istilah arab tersebut merujuk perkara “bodoh”, “penipu” dan lain-lain.

    Seharusnya, Tok Guru diberi ruang dan peluang untuk menjelaskan segalanya. Mufti-mufti serta Tok Ayah Pondok hanya memberikan komen mereka hanya berdasarkan fakta yang disampaikan oleh wartawan kepada mereka. Bukan dari mulut Tok Guru sendiri.

    Doa kehancuran. Pendapat saya, “kehancuran” bukan bererti DS Najib akan hancur badannya serta ditimpa malapetaka dasyat. Boleh jadi “kehancuran” tersebut merujuk kepada kariernya. Sebab itu disertakan dengan UMNO. Mungkin Tok Guru mendoakan supaya DS Najib dan UMNO tewas teruk dalam PRU akan datang.

    Allah sendiri mencelakakan orang Islam yang sembahyang. Dalam surah Al Ma’un surah 4-5. Maksudnya, “Celakalah orang yang solat. Iaitu orang yang lalai dam solatnya.” Orang Islam yang lalai atau tidak khusu’ dalam solat dicelakakan atau lebih mudah dimusnahkan oleh Allah. Ada juga surah yang mana Allah mencela orang yang menipu dalam sukatan timbangan. Inikan pula orang yang menganiaya serta mungkir kepada janji serta merampas hak. Tidak kira Islam atau tidak, doa orang yang teraniaya itu tidak dihalang dari terus berjumpa Allah. Samada dimakbulkan atau tidak, terpulang kepada Allah. Saya bukan menggalakkan, tetapi merasakan tidak salahnya.

    Musuh Islam atau tidak, samada Islam atau tidak, doa itu hanya Allah yang menilai. Kita umat Islam diajar supaya mendoakan yang baik-baik. Tetapi mungkin Tok Guru lebih tahu kaedah doa yang betul. Sebab itu didahului dengan bermohon supaya hati DS Najib dibukakan supaya menunaikan janji royalti. Jika DS Najib mempunyai niat yang tidak baik, Tok Guru mendoakan agar ditimpakan kemusnahan.

    Dalam doa Tok Guru terhadap Najib dan Zahid dalam krisis Perak lebih berkaedah. Pertama, Tok Guru berdoa supaya jika Allah mengetahui yang DS Najib akan lembut hatinya, maka lembutkanlah hatinya. Jika Allah mengetahui yang hati DS Najib tidak boleh diubah lagi, makanya, turunkanlah bala agar ianya menjadi pedoman kepada orang lain supaya takut hati mereka melakukan kejahatan.

    Semoga Allah mengembalikan kemulian kepada bukan sahaja Tok Guru Nik Aziz tetapi juga Ulama’-ulama’ kita yang dihina, dipermainkan serta difitnah saban hari, saban minggu, saban tahun.

    ODS: Terima kasih atas komen anda. Bagaimana pula pandangan anda tentang doa sampai pecah perut orang itu?🙂

  2. salam ODS,

    Sedikit pandangan peribadi keatas komen Tuan Fazli diatas. Secara kasarnya saya setuju dengan pendapat beliau. Tapi bahagian ‘hujahnya perlu dinilai oleh orang yang tinggi ilmunya juga’ saya kurang bersetuju kerana hujahnya bukan dalam bentuk satu tesis atau tajuk satu forum yang memerlukan pandangan ahli2 tertentu tapi ditujukan kepada orang ramai. Apa yang orangramai fahami dari kata2 TGNA itulah yang ODS cuba huraikan disini. Orangramai adalah seperti saya yang bukan ahli dalam bidang apapun. Sekiranya perlu hujah2 TGNA dinilai ahli2 yang tinggi ilmunya untuk difahami, janganlah terus berucap kepada khalayak ramai. Selepas dinilai para ahli yang tinggi ilmunya,barulah TGNA berucap supaya mudah difahami rakyat biasa seperti saya yang tidak tinggi ilmunya.

    Bayangkan – Ditakdirkan TGNA menjadi ketua PR sepertimana dicadangkan,dan PR menang PRU, dan seterusnya menjadi PM. Dan tika berucap di PBB,TGNA berdoa yang seumpama keatas AS dan sekutunya,adakah tika itu kita dalam mempertahankan beliau akan berkata seperti Tuan Fazli ?

    Pendapat saya pula, dalam memperkatakan TGNA,kita tidak harus melupakan fakta bahawa beliau juga adalah seorang ahlipolitik. Maaf saya dahului, tapi dari amatan saya pemimpin2 PAS bila berucap akan sering membayangkan kepada pengikut2 bahawa mereka (PAS) lebih Islam dari UMNO. Jadi bila TGNA tuduh Najib/UMNO sebagai musuh Islam (dalam perumpamaannya), ia memberi gambaran bahawa Pas adalah Islam tulin. Ini menjadikan pengikut Pas lebih bersemangat dan yakin mereka sedang berjuang dijalan Allah.

    Satu lagi, TGNA sering terbawa2 dek semangatnya dalam menghentam UMNO. Biasalah dalam ceramah, penceramah perlu menghidangkan isi2 yang ‘graf tarikan ‘ semakin naik supaya penonton akan terus ditiup semangat, dan laungan2 takbir semakin kuat. A one liner tidak akan mengundang takbir ! Dan pastinya tidak ketinggalan ucapan2 menyindir UMNO yang mengundang gelaktawa sinis dari pengikut PAS. Tika ini selalunya TGNA dan pemimpin lain akan terbawa2 dek semangat ceramah yang sedang hangat,dan mengucapkan kata2 panas. Dan bila kata2 itu diambil oleh pemberita,dan diquote diluar ceramah tanpa mengambilkira situasi panas ceramah waktu ia diucapkan,akan kedengaran ‘teruk’nya ucapan tersebut.

    Bila diasak media,TGNA yang jarang sekali meminta maaf atau menarik balik kata2nya,akan cuba mempertahankan ucapan panas itu dengan memberi contoh2 tika Rasulullah menentang musuh. Atau potongan ayat2 Allah yang diambil secara pendek untuk menjustifikasikan ucapan panasnya.

    Secara ringkasnya – semuanya hanya ceramah politik !

    ODS: Terima kasih dinturtle untuk komen anda.

    Hmm.. masih belum terjawab lagi 3 soalan mudah saya itu.. aduhai..

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s