Doa dan Rokok


Beberapa hari kebelakangan ini, politik kita dihidangkan dengan berita doa Tuan Guru Nik Aziz yang berkaitan dengan minyak, DS Najib dan kerajaan pimpinan DS Najib. Pada mulanya, saya tidak berniat untuk percaya 100% tentang apa yang didoakan oleh TGNA, kerana ada yang mengatakan ianya fitnah orang UMNO untuk memburukkan TGNA. Maklumlah, isu tajaan hajinya masih suam-suam dan perkara berkaitan dengan menantunya pun belum betul-betul selesai.

Akan tetapi, apabila membaca laporan Harakahdaily, saya mula berfikir, apakah benar seorang Tuan Guru yang disanjung kerana ilmu dan peribadinya mendoakan kehancuran orang yang seagama dengannya? Laporan Harakahdaily bertarikh 1 Disember 2009 adalah seperti berikut:

IPOH, 1 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat bersetuju kaedah yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menghapuskan kezaliman dengan doa.

Menteri Besar Kelantan semasa berkhutbah Hari Raya Korban telah berdoa supaya Allah Taala palingkan hati Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia supaya memberi royalti petrol kepada Kelantan.

Sekiranya Datuk Seri Najib enggan berbuat demikian, katanya beliau (Datuk Nik Aziz) tidak akan teragak-agak untuk mendoakan agar Datuk Seri Najib dan kerajaanya dimusnahkan Allah Taala.

“DPPN Pk akan terus menyokong usaha ini dan terus menggunakan kaedah yang sama sebagai Umat Islam terutamanya rampasan kuasa oleh UMNO di Negeri Perak ini.

“Malah DPPN Pk juga telah meminta semua Ahli PAS agar mendoakan supaya Allah Taala juga memalingkan hati Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang tidak sah agar menyerahkan kembali hak rakyat Perak bagi menentukan siapakah kerajaan yang sah.

“Jika sebaliknya perkara yang sama juga dituntut kepada seluruh rakyat supaya Datuk Seri Zambry dan pakatannya akan dimusnahkan oleh Allah Taala,” kata Salman Salleh (gambar), Naib Ketua Pemuda PAS Perak dalam satu kenyataannya.

Beliau menegaskan bahawa senjata utama Umat Islam adalah berdoa kepada Allah Taala bagi memastikan kezaliman dapat dihapuskan dan keadilan dapat ditegakkan.

Oleh yang demikian, Pemuda PAS Perak meminta supaya seluruh rakyat meneruskan doa yang telah di ajar oleh Islam bagi memastikan hak rakyat negeri Perak ini dikembalikan segera.

Benar, seperti yang dipekatkan dalam laporan ini iaitu “senjata utama Umat Islam adalah berdoa kepada Allah Taala bagi memastikan kezaliman dapat dihapuskan dan keadilan dapat ditegakkan”. Namun, tidak pula saya diajar dan diberitahu bahawa kita mendoakan kehancuran sesama Islam. Apa yang saya tahu adalah mendoakan semoga diberi petunjuk hidayahNya dan diberi kekuatan menegakkan yang hak. Mungkin sesiapa boleh memberikan dalil daripada Al-Quran mahupun sunnah Rasulullah yang membolehkan kita mendoakan kehancuran sesama Islam.

Dalam masa yang sama, unsur lain yang memusnahkan juga dilaporkan di akhbar. Berita Harian hari ini melaporkan bahawa rokok kurang 20 batang dilarang dijual mulai 1 Jun 2010. Laporan akhbar adalah seperti berikut:

Penjualan rokok kurang 20 batang dilarang mulai 1 Jun

KUALA LUMPUR: Penjualan paket rokok yang mengandungi kurang daripada 20 batang adalah dilarang mulai 1 Jun tahun depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata sejajar dengan keputusan itu, pihak syarikat rokok diberi masa tujuh bulan mulai sekarang hingga 31 Mei ini untuk menghabiskan stok paket rokok yang kurang daripada 20 batang rokok di pasaran.

“Kerajaan tidak akan melayan sebarang rayuan ke atas perkara ini dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menguatkuasakan sepenuhnya larangan pengilangan dan penjualan paket rokok kurang dari 20 batang rokok mulai 1 Jun 2010,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu telah dipersetujui oleh semua syarikat rokok dan kerajaan berterima kasih di atas sokongan dan kerjasama syarikat terbabit.

“Larangan pengilangan dan penjualan rokok paket rokok yang mengandungi kurang dari 20 batang sebenarnya telahpun diwartakan pada 23 September 2004 melalui peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

“Bagaimanapun penguatkuasaan terhadap larangan tersebut telah ditangguhkan selepas kerajaan mempertimbangkan rayuan daripada syarikat-syarikat rokok,” katanya.

Liow berkata, sehubungan penguatkuasaan itu, sesiapa yang didapati melanggar peraturan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun.

Katanya, larangan itu juga selaras dengan saranan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Larangan penjualan paket rokok bungkusan kecil ini adalah bertujuan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan golongan kanak-kanak dan remaja untuk membeli dan memulakan tabiat merokok yang tidak sihat dan merugikan,” katanya. – Bernama

Setidak-tidaknya langkah yang diambil boleh mengurangkan kebarangkalian kanak-kanak(?) dan remaja untuk membeli dan memulakan tabiat merokok. Cuma, apakah tindakan selanjutnya daripada golongan kanak-kanak (?) dan remaja yang ingin merokok atau dipengaruhi untuk merokok? Dan apa pula tindakan orang dewasa dan perokok yang berkemampuan untuk membeli rokok 20 batang sekotak dalam “kitaran hidup perokok”?

Dan yang menarik, lanjutan daripada berita rokok ini, seorang pendengar sebuah stesen radio tempatan telah memberi pandangannya yang walaupun agak kelakar, namun ada logiknya juga. Pendengar tersebut memberi pendapat pengeluaran rokok ini dihadkan. Bicaranya berkisar dengan kebiasaan kita mendengar kekurangan gula, tepung, dan ayam. Akan tetapi tidak pula kekurangan rokok.

Betul juga. Bila agaknya kita mendapat khabar bekalan rokok kurang di pasaran?

Persoalan dijalanan: Apakah benar TGNA betul-betul mendoakan kehancuran sesama Islam? Apakah pula kisah dan pendapat perokok-perokok Malaysia tentang larangan penjualan rokok kurang daripada 20 batang?

4 thoughts on “Doa dan Rokok

  1. ods, saya bukan perokok.

    hm, bagaimana ya? senang cerita, kalau saya yang berkuasa, akan saya naikkan harga rokok kepada RM3 sebatang. saya tau memang ramai akn belinya lagi. tapi biar mereka tanggung akibatnya..he he he

    ODS: RM3 sebatang? Saya pasti ramai yang akan mengeluh. Silap hari bulan suami isteri boleh gaduh sebab rokok sebatang RM3! Hehehehe

    Terima kasih atas komen anda.🙂

  2. pasal nik aziz: huh. mendoakan kehancuran sesama islam. tak mau komen.

    pasal rokok: kengkawan saya ada berborak, kalau rokok jadi lagi mahal, baik kita isap ganja. lagi murah. haha. tapi tu cuma borak kosong. harap tak jadi kenyataan. setakat ni, saya kurang bersetuju dengan tindakan kerajaan menaikkan harga rokok dan mengharamkan pek kurang dari 20 batang. menaikkan harga rokok akan merugikan ekonomi dari segi kuasa membeli pengguna. perokok akan terbeban dengan harga rokok, akan mengurangkan perbelanjaan untuk barang lain, dan setelah merasa tertekan dengan harga rokok yang tinggi, diorang akan isap rokok lagi banyak. oh! the irony. bebudak pulak akan menunjuk-nunjuk yang diorang mampu beli rokok, kemungkinan boleh jadi ‘status symbol’ bagi golongan pelajar, memangkinkan lagi pembelian rokok di kalangan pelajar.
    “ko ada iphone 3gs? apa class? aku ada ROKOK SEKOTAK!”
    “wow, ko memang kaya dan kelas tinggi. aku pun nak jugak.”
    and so on…
    berkenaan gambar mengerikan di kotak rokok? might work. tapi bebudak skang pun hati kering. bawak motor macam takde esok. setakat gambar je… haha.
    kempen TAK NAK? berdasarkan pengamatan saya kat rakan-rakan, diorang banyak yang kepala rebel. lagi kerajaan buat kempen berkenaan diorang, lagi la diorang tanak ikut. heh.

    kalau kerajaan betul-betul serious, haramkan je rokok terus. atau naikkan had umur beli rokok setiap tahun. tahun ni under 18 takleh isap rokok. tahun depan under 19, next year under 20… by 30 tahun, rokok dah diharamkan untuk under 50 years old. budak muda dah takleh isap rokok. yang dah tua dan isap rokok, dah nak mati dah pun. huhu.

    all jokes aside, rokok memang memudaratkan. but that should not be the greatest worry in Malaysia. enforce HEAVY punishment should be enough to deter bebudak sekolah from buying them ciggies. kasi penjara ke, social works ke. ni saya tengok bebudak sekolah yang kantoi rokok, setakat kena rotan je. tak pernah lagi dengar bebudak ni kena denda berat-berat.

    ODS: Lordapes, mengenai doa TGNA, saya masih belum dapat terima jika benar beliau bebuat begitu (kiranya ini kes TGNA cakap lain, orang dengar lain).

    Tentang rokok – saya pun ada dengar mengenai itu (gurauan lebih murah hisap ganja dari hisap rokok). Malah pagi ini pun saya dengar lagi.

    Akan tetapi, saya tidak boleh bayangkan jika “status symbol” dimasa depan terletak kepada rokok sekotak lebih dari iPhone. Dan saya pun agak bersetuju dengan remaja kini ramai yang hati kering (atau terlalu mengikut nafsu hati). Kalau merempit, seks bebas sudah menjadi program seharian, rokok itu cuma sebahagian kecil sahaja (jika hendak dibandingkan asap rokok, asap ekzos motor lagi banyak. :D)

    Terima kasih atas komen anda.🙂

  3. TGNA……….. itu NO Comment….
    sebab title tinggi..pengikut yang setuju ngan TGNA ramai…Semoga sentiasa dilindungi Allah yang maha mengetahui segalanya…..

    Bab Rokok …..Nafsu manusia individu…jangan salahkan kerajaan..

    Dinegara ini semua masalah Nafsu manusia rakus penghisap rokok..penyebabnya yang disalahkan kerajaan.Semua salah kerajaan..
    Mat rempit ..pon kerajaan yang salah..

    kerajaan hanya mampu membantu untuk kebaikan , mengikut kemampuannya.Tapi kalau TAK NAK…dah lah…itu saja.
    Hisaplah rokok banyak banyak..

    Dan seharusnya harga rokok biarlah murah..sebab barang murah selalu dihina masyarakat.dikeji, dan tidak standard.Biar harga sekotak atau seikat batang rokok berharga 10 sen.semua jenis rokok yang hendak dijual dinegara ini mestilah murah..macam daun sireh..dan penagih rokok boleh lah bertukar kepada mengunyah daun sireh.Semua petani daun tembakau akan dipaksa menjadi petani Bio daun sireh.

    Jutaan ringgit telah kerajaan belanja untuk mencegah ketagihan rokok.Dan jutaan ringgit juga kerajaan dapat kutip cukai dari rokok.Fikir fikirlah .Penagih dan penyedut asap rokok adalah penyumbang kepada ekonomi negara. Disamping penjana ekonomi yang paling efektif.

    ODS: Terima kasih atas komen anda.🙂

  4. Pendekatan yang basi dan salah…

    Rokok yang berjenama mungkin kurnag dihisap, bagaimana pula dengan rokok rokok haram yang berleluasa..

    Seperti juga didikan terhadap masalah lain seperti dadah, pelacuran, mat rtempit, arak dan sebagainya, masalah rokok juga harus ditangani dengan cara didikan dan pendekatan yang betul..

    Pengambilan rokok berjenama yang dapat dikawal ‘bahannya’ tetapi dinaikkan harga memaksa pengguna beralih kepada rokok haram yang murah dan tidak terkawal bahannya.

    Mana yang lebih merbahaya..

    ODS: Ada kebenarannya juga… bak kata lordapes, lagi murah kalau hisap ganja.. walau itu mungkin hanya gurauan, tetapi mungkin juga ada yang lakukannya…

    Terima kasih atas pandangan anda.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s