Melayu majoriti di SJKC Kua Hua ~ Berita Harian


Begitulah tajuk laporan Berita Harian, 24 November 2009. Berikut adalah laporan akhbar yang disiarkan:

Kebanyakan ibu bapa mahu anak kuasai bahasa Mandarin

KUALA NERANG: Biasanya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan mempunyai pelajar yang majoritinya daripada kaum itu, tetapi berbeza pula dengan SJKC Kou Hua di sini kerana lebih 70 peratus pelajarnya adalah Melayu dan Siam.

Guru Besarnya, Kok Hooi Chin, berkata daripada 104 pelajar sekolah itu, 54 adalah pelajar Melayu, Cina 29 dan Siam 21 orang.

Katanya, minat waris pelajar Melayu menghantar anak mereka di sekolah itu bermula pada 2002 apabila bilangan pelajar Melayu mula melebihi pelajar bangsa lain.

“Mungkin waris sekarang mahukan anak mereka menguasai lebih daripada dua bahasa, selain bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

“Mereka juga mahu anak mereka menguasai Bahasa Mandarin yang menjadi bahasa perdagangan,” katanya.

Beliau berkata, hasil usaha keras guru sekolah dengan mengadakan kelas tambahan dan mengarahkan pelajar membuat karangan serta bercakap di dalam kelas selama 10 minit setiap pagi membolehkan pelajar kini menulis, membaca dan mengira dalam bahasa Mandarin dengan baik.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Lim Thoh Lee, 44, berkata ramai ibu bapa Melayu di daerah itu kini menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan kerana mahu anak belajar Mandarin.

Katanya, penekanan guru dalam mata pelajaran Matematik melalui kaedah yang mudah difahami pelajar juga menyebabkan ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke SRJK.

“Selain itu bilangan pelajar yang sedikit mungkin juga mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke situ kerana mudah mendidik anak mereka.

“Bagi melahirkan pelajar yang bijak terutama dalam bahasa Mandarin, pergaulan sesama mereka adalah kunci kejayaan kerana ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan sendiri oleh mereka,” katanya yang juga bekas pelajar sekolah itu.

Malah, subjek Agama Islam turut ditawarkan untuk pelajar Islam di sekolah.

Bunyinya amat menggalakkan. Melayu majoriti di SJK tersebut. Itu belum termasuk pelajar Siam yang jumlahnya cuma 8 orang kurang daripada jumlah pelajar Cina. Ini bermakna, tiadalah salahnya jika akhbar melaporkan bahawa lebih daripada 70% jumlah pelajar tersebut. Tambah menarik apabila subjek Agama Islam turut ditawarkan untuk pelajar Islam. Menarik!!!

Namun, terdapat beberapa kemusykilan daripada saya. Antaranya:

  • Berapa jumlah sebenar di SJK tersebut? Benarkah cuma 104 pelajar?
  • Jika benar cuma 104 orang, tidak hairan kerana 54 orang Melayu + 21 orang Siam = 75 orang. 75/104 = 72%. Maka, logiklah lebih daripada 70%! Anak-anak penduduk di Kuala Nerang yang lain ke mana perginya?
  • Dengan lebih 70% adalah Melayu Islam (dengan mengandaikan murid berbangsa Siam juga berkemungkinan beragama Islam), logik akal seharusnyalah subjek Agama Islam ditawarkan. Boleh diterima? Tidak?
  • Akhir sekali – apakah motif laporan ini ditulis sedemikian rupa?

Walauapapun, tahniah diucapkan kepada murid-murid SJK Kua Hua kerana anda membuktikan bahawa kita memang boleh jika mahu seribu daya. Manakan tidak, demi menguasai Bahasa Mandarin, anda sanggup hadir ke kelas tambahan yang diusahakan secara sungguh-sungguh oleh guru-guru sekolah tersebut tanpa menjejaskan identiti anda. Tahniah!!!

Apa kata Dong Zong?

Apa kata anda?

 

7 thoughts on “Melayu majoriti di SJKC Kua Hua ~ Berita Harian

  1. Sepatutnya, bahasa malaysia jadi bahasa perdagangan bukan mandarin.

    Depa di kuala nerang tu berniaga dgn orang dari China ka sampai nak kena belajar mandarin?

    Dah tau melayu majoriti, tukar je lah jadi sekolah kebangsaan. Apa tunggu lagi?

    ODS: Mungkin sekolah ini boleh menjadi model Sekolah Kebangsaan? Bahasa Malaysia bahasa pengantar utama, dan bahasa lain (selepas Bahasa Inggeris) boleh diajar sebagai mata pelajaran tambahan (sebagaimana yang cuba disampaikan dalam kempen Satu Sekolah/Sekolah Satu Aliran).

    Terima kasih untuk komen anda.🙂

  2. lohhh, ingatkan sekolah dibandar, jumlah pelajar lebih dari 1000.rupa-rupanya 104 saja?macam la semua budak-budak kuala nerang belajar di SJKC Kua Hua.

    ODS: Mungkinkah ada kebarangkalian tersalah taip? 104 sepatutnya 1004/1040? Atau benar-benar 104? Entahlah…

  3. Sdr ODS,

    Benar persoalan Sdr ODS it, apakah motif disebalik berita ini? Ia hanya sebuah sekolah drp beratus buah sekolah srjk(c) yg ada.

    Bukan nak menentang penguasaan bahasa-bahasa lain selain drp bahasa kebangsaan. Memang bagus kalau dapat menguasai bahasa lain selain drp Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris (Bahasa Kedua).

    Persoalannya, sebagai seorang rakyat Malaysia yang sejati, patutkah kita fasih dlm bahasa-bahasa lain sedangkan Bahasa Kebangsaan tidak kita kuasai terlebih dahulu? Patutkah kita meletakkan bahasa lain di depan Bahasa Kebangsaan itu sendiri? Saya rasa, merek ini sudah memutarkan belitkan keadaan apabila mereka membuat alasan bahasa mandarin itu bahasa perdagangan, bahasa mandarin itu penting, ibubapa mahu anak2 mereka menguasai bahasa mandarin etc.

    Sebagai rakyat Malaysia, yg benar-benar cintakan negara, kita wajib jawab soalan pokok terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai penguasaan bahasa-bahasa lain. Sudah fasihkan kita dgn BM? Adakah kita meletakkan BM dihadapan bahasa-bahasa lain dalam segenap perkara dan keadaan? Soalan ini hanya tertuju kepada rakyat Malaysia sahaja, bukannya kepada rakyat negara asing, hatta berketurunan melayu sekalipun.

    Saya sendiripun pernah menimbang dgn serius utk mendaftarkan anak saya ke sebuah sekolah srjk(c). Perkara pokok bagi saya ketika itu adalah, saya beranggapan supaya anak saya lebih berjaya dlm bidang akademik. Tapi apabila saya menimbang semasak-masaknya, saya membatalkan hasrat saya. Ringkasnya, sekiranya Sdr pernah menonton filem “Talent Time”, saya terbayang sikap budak cina tersebut apabila ayahnya bersifat “kiasu” dlm akademik. Banyak perkara lain dikorbankan seperti pergaulan, watak & peribadi budak itu sendiri apabila terlalu “kiasu” terhadap akademik sehingga lupa bahawa budak itu perlu hidup didunia bukan hanya dengan skill akademik. Bagaimana pula pergaulannya? Bagaimana pula semangat patriotismanya? Semua nampaknya terkorban dek terlalu mahukan kejayaan akademik.

    Anak kampung berusia 4 tahun sudah pandai menangkap ikan keli disawah. Anak bandar yang berumur 17 tahun dan berpontensi score 20A (50A) dlm peperiksaan, nak masak mee maggi segera pun tak tahu. So yg mana satu yg anda inginkan bagi anak anda?

    ODS: Terima kasih atas komen anda.🙂

  4. Ini maknanya bahasa melayu hampir nak layu..tersungkur.
    70 % itu maknanya bahasa melayu kuala nerang telah tersungkur atau disingkir oleh generasi yang bakal menjadi pemimpin satu hari nanti.

    Hidup SRJK ….semoga berjaya.

    ODS: Tersungkur? Hmm..

    “Hidup SRJK ….semoga berjaya.”.. adakah ini ayat sarkastik?

    Terima kasih atas komen anda.🙂

  5. Najib: Learn Mandarin, China important

    means only chinese schools are able to educate people like you Ondastreet and JMD. same for me too.

    so, not only i am against SSUS but so is najib.

    ODS: jebat’s fren,

    Can you provide to us the full context when DS Najib said that? Because, I don’t see we argued like that when we say “memartabatkan Bahasa Malaysia, memperkasakan Bahasa Inggeris”. Plus he wanted to see Malays to learn Mandarin for better understanding. However, never he said that we should neglect our Bahasa Malaysia. Ain’t it?

    Furthermore my friend, he said that “Jika kita belajar bahasa kaum lain, kita akan lebih mempelajari budaya kaum lain dan menghormati sesama kita,”.

    So to speak, if we put it in the context of learning Bahasa Malaysia, would not it be when we learn in Bahasa Malaysia, we will learn others and respect each others.

    In terms of SSUS/SSS, it is suggested that the main medium of language is Bahasa Malaysia, and Mandarin and Tamil will also be taught too. Still, it still jives with what DS Najib wants, and what is in SSUS/SSS.

    Thank you.

  6. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/46526-najib-learn-mandarin-china-important

    And he has promised to have independent chinese schools.

    “Jika kita belajar bahasa kaum lain, kita akan lebih mempelajari budaya kaum lain dan menghormati sesama kita,”.
    Onda, we have learned BM and we have also learned how to respect other races but not UMNO. I can read and write in BM and how about you? But, have you learned mandarin yet to understand the chinese? Maybe you can consider sending your children to those additional classes to learn mandarin/tamil in elite/SK schools so that they are able to impress India and China. How much do you understand a Chinese/Indian? Do you really think the Chinese/Indians are power crazy to rule Malaysia? And how many UMNO shows respect to “migrants”? Now Najib gaberah, without China coming in (economically, it can be India or any other country depending on the season), Malaysia will lag behind.

    Do you think Najib want SSUS or China? Think economically.

    I for ONE will ensure that SSUS won’t be implemented not because I don’t respect BM and Bahasa Kebangsaan because the same group that wants SSUS do not display fairness and insists to have their elite schools. Do you think the chinese in Malaysia doesn’t cast any influence to the China Leaders over how they view Malaysia?

    I bet you were one of those who were from elite schools.

    ODS: You surely have learn Bahasa Malaysia.. but by your own words:

    “I don’t respect BM and Bahasa Kebangsaan”

    “Nicely done” I would say.🙂

  7. Read …. “not because I don’t respect BM and Bahasa Kebangsaan ..”

    Are you quoting correctly? Or you don’t understand the sentence? Doesn’t even dare to answer question? Typical UMNO boy.

    ODS: jebat’s fren, yes, I did read it wrongly.

    But, my comment by You surely have learn Bahasa Malaysia.., you failed to understand the culture and what has been agreed by our forefathers. Why? You have been questioning this and that. Not just in this blog, but also in JMD’s.

    If you really understand, my friend, you should have known that Bahasa Malaysia is the National Language and by suggesting that English should be in first language and followed by Bahasa Malaysia, you clearly not undertstand and respect what have been agreed (refer to your comment on 14th July 2009).

    In terms of learning Mandarin, I have no problem. I even learn French years ago. It would be interesting to learn more languages.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s