Ibadah Haji Nik Aziz dan Baiah PAS


Berikut merupakan laporan Harakahdaily tentang pembatalan niat TGNA ke tanah suci:

KOTA BHARU, 13 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji ke tanah suci 18 November ini.

Menurut laporan beberapa blogger Kelantan, Nik Aziz mengumumkan perkara itu sewaktu menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu pagi tadi.

Perkembangan terbaru itu didakwa ada kaitan dengan serangan pihak tertentu yang mempolemikkan tajaan untuk beliau mengerjakan haji.

Namun difahamkan, Nik Aziz tidak menyatakan sebab sebab pembatalannya itu dan hanya menyatakan beliau dan menantunya telah di fitnah dan di khianati.

Nik Aziz sebelum ini dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu.

PAS kelantan sebelum ini mempertahan Nik Aziz yang menerima tajaan tersebut kerana menganggapnya biasa berlaku kepada orang alim dan guru-guru pondok di negeri itu.

Mereka juga yakin, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membangkitkan isu itu adalah sekadar mencari modal politik.

Bagi saya, elok juga TGNA membatalkan niatnya menunaikan ibadah haji tahun ini yang mana dilaporkan bahawa beliau ditaja untuk ke sana. Bukannya saya gembira dan suka keadaan dan keputusan yang diambil, tetapi tindakannya itu setidak-tidaknya mengurangkan kritikan terhadapnya berkenaan tajaan yang diterima.

Saya tahu, tindakan menaja ke tanah suci itu baik, dan menunaikan ibadah haji itu juga salah satu yang dituntut. Akan tetapi, jika apa yang dinukilkan oleh Parpukari ini BENAR, maka eloklah juga dibatalkan untuk mengelakkan tohmahan daripada berterusan. Mungkin ada yang mempertikaikan sumber khabar ini, dan tidak dapat tidak saya tidak dapat menjamin 100% kebenaran apa yang ternukil tentang perkaitan syarikat yang menaja TGNA. Akan tetapi, jika ianya lebih membawa keburukan, eloklah dilupakan niat untuk ke tanah suci.

Pada saya, isu ini timbul kerana ianya TGNA, bukan orang alim dan guru-guru pondok biasa di negeri Kelantan. Beliau adalah salah satu watak penghias politik Malaysia yang membawa imej Islam dan PAS. Dengan Pakatan (di mana PAS merupakan sebahagian daripada pakatan tersebut) selalu melaungkan dan melemparkan isu rasuah terhadap Barisan, perkara ini menjadi isu kerana hubung kait dan punca tajaan ke Makkah. Salah satu komentar (yang mana saya fikirkan ada logiknya juga) berbunyi begini:

Bro, inilah perbezaan konsep Islam dan Islam PAS

INI KONSEP ISLAM
Bila sorang Hakim pergi cuti dengan duit sponsor Lawyer yang fight dalam kamar Hakim tu kita kita panggil RASUAH.

INI KONSEP ISLAM PAS
Bila seorang Menteri Besar bertaraf Tok Guru & Keluarga pergi Haji ditaja oleh sorang businessman yang dapat kontrak dari syarikat kerajaan negeri yang diketuai oleh menantunya sendiri kita panggil Sho-Do-Kah (Idram tu biar betul).

Silap haribulan dia kategorikan sebagai Zakat hehehe

Saya akui, bahasanya mungkin kurang sesuai pada sesetengah individu (mungkin kerana mengikut amarah), tetapi isi komennya perlu saya ambil kira. Selama ini, yang buruk hanya pada Barisan. PAS dan Pakatan seolah maksum daripada melakukan kesalahan. Hampir setiap isu tajaan dan kontrak yang memihak kepada mereka yang rapat dengan Barisan dikatakan kroni dan rasuah. Akan tetapi tidak pada PAS dan Pakatan. Mengapa begitu?

Dalam masa yang sama, isu baiah talak tiga PAS mungkin berterusan selepas sesi media hari ini (seperti yang dilaporkan Harakahdaily.net):

KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS hari ini mendedahkan bai’ah (janji setia) dengan lafaz menceraikan isteri dengan talak tiga adalah bukan lafaz rasmi dari parti itu.

Penafian itu dibuat Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali setelah beliau sendiri menyiasat dakwaan tersebut sebagaimana diarah Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, kesemua negeri menggunakan lafaz bai’ah rasmi tersebut kecuali sedikit berbeza bagi wakil rakyat mereka di Selangor.

“Presiden kata benda ini (bai’ah talak tiga) tidak berlaku dan dia minta saya siasat semua negeri.”

“Semua negeri mengikut rasmi, ikut pusat kecuali Selangor, ada kelainan sedikit.” jelasnya.

Dalam sidang media di pejabat Agung PAS pagi tadi, beliau turut mendedahkan beberapa skrip baia’ah rasmi PAS yang diguna Abdul Hadi, beliau sendiri dan Mohammad Sabu.

Kesemuanya adalah sama dan tiada langsung berkait ‘cerai talak tiga’ kecuali yang ada hanya lafaz laknat jika mengkhianati parti.

“WaLlahi wa biLlahi wa taLlahi. Bahawa saya, Hj. Mustafa bin Ali yang diamanahkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk bertanding dalam pilihanraya umu kali ke-12 dalam kawasan DUN N17 Alor Limbat bersumpah dengan nama Allah sama ada saya menang atau kalah di dalam pilihanraya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini,iaitu Islam.

“Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan ini (iaitu Islam), maka saya akan dilaknat oleh Allah, para Malaikat dan para pelaknat, ” lafaz baiahnya dibaca di hadapan wartawan.

Jelasnya, bai’ah yang dilakukan PAS sekadar mekanisme biasa bagi mengikat wakil rakyat parti demi memastikan para mereka tidak mengkhianati amanah parti.

“Oleh kerana PAS memperjuangkan Islam, maka menggunakan bai’ah…sama seperti BN sendiri, wakil rakyat yang menang diminta tandatangan satu surat tanpa tarikh yang ditujukan kepada Speaker (Dun dan Parlimen) memaklumkan bahawa dia meletak jawatan. Jadi, Surat itu digunakan bila wakil rakyat lompat parti.”

Tambahnya lagi, bai’ah PAS Selangor beberbeza dengan negeri-negeri lain mungkin disebabkan bimbang para wakil rakyatnya dibeli BN kelak.

“Ada kebimbangan akan ada wakil rakyat lompat parti sebab yang beli biasa parti pemerintah (Umno dan BN).”

Beliau juga menjelaskan bahawa beberapa pemimpin PAS yang menggunakan media untuk mengulas isu ‘bai’ah talak tiga’, telah pun diberi nasihat agar tidak mengeruhkan keadaan lagi.

Beliau juga menasihatkan pihak media agar tidak memanjangkan isu tersebut, setelah mendengar penjelasannya hari ini.

Jika tiada, bagaimana boleh timbul isu baiah ini? Dan berdasarkan kenyataan akhbar:

“Semua negeri mengikut rasmi, ikut pusat kecuali Selangor, ada kelainan sedikit.” jelasnya.

Kenapa Selangor sedikit berbeza? Apa yang berbeza? Apa yang dilafazkan? Bagaimana pula dengan klip video yang telah tersebar? Siapa punya kerja?

Mungkin saya bukan seperti saudara Azli yang menjangkakan nada keputusan siasatan, tetapi saya mengharapkan penjelasan yang lebih baik daripada PAS. Terus terang saya katakan di sini, saya harap isu ini diselesaikan secepat mungkin sebagaimana isu arak di Selangor pertengahan tahun ini (walaupun berlanjut kepada kisah Dr Hassan Ali). Jelaskan apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang terkandung dalam video klip tersebut. Tidak kurang juga dengan beberapa kenyataan yang telah dibuat (seperti yang dinukilkan di blog Des).

Saya benar-benar berharap agar kisah baiah PAS ini tidak berlaku. Mengapa? Tidak elok mengorbankan rumahtangga semata parti. Walaupun parti itu memperjuangkan Islam, tetapi tidak bermakna individu yang keluar PAS tidak boleh memperjuangkan Islam.

Persoalan di jalanan: Apakah benar kisah disebalik tajaan ibadah haji Nik Aziz dan apa pula kisah seterusnya tentang baiah PAS ini?

8 thoughts on “Ibadah Haji Nik Aziz dan Baiah PAS

  1. Sdr ODS,

    Bagi saya, walaupun bai’ah rasmi PAS tidak ada melibatkan soal “talak 3”, tetapi ianya masih nampak “tidak kena” apabila soal agama & Ketuhanan dilibatkan secara langsung dengan politik.

    “Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan ini (iaitu Islam), maka saya akan dilaknat oleh Allah, para Malaikat dan para pelaknat, ” lafaz baiahnya dibaca di hadapan wartawan.

    Bagaimana kalau datangnya “ilham” untuk berubah? Segarang-garang Sayidina Omar memusuhi Nabi, sampai ketika beliau berubah pendirian. Bagaimana kalau perkara seperti ini terjadi kepada ahli PAS yang berbai’ah rasmi yang melafazkan nama Allah, untuk dilaknat semata-mata di atas dasar kepentingan politik? Bagaimana kalau sampainya “ilham” kepada ahli PAS tersebut untuk berubah pendirian?

    Walau apapun, kesucian bai’ah yang sebenarnya, yang dilafazkan demi Allah & Rasul (bukannya demi politik) sudah tercemar dengan permainan politik ini yang sanggup mempergunakan agama & nama Allah untuk kepentingan perjuangan politik yang belum tentu sahih “fisabilillah”nya. Atau ada sesiapa yang berani jamin bahawa perjuangan PAS ini adalah perjuangan sepertimana yang diperjuangkan oleh Rasul?

    “Demi Kesucian Agama”

    Semerah Padi

    ODS: Kerana itulah saya tulis: “Walaupun parti itu memperjuangkan Islam, tetapi tidak bermakna individu yang keluar PAS tidak boleh memperjuangkan Islam.” Saya kelu dengan langkah yang diambil. Mungkin ada penyokong PAS boleh menjelaskan rasional baiah ini?

    Terima kasih diatas komen anda, Semerah Padi.🙂

  2. Saya berharap TNGA teruskan berbendang walaupun riuh pipit sekampong. Dia sendiri tahu niatnya. Dia sendiri tahu halal haramnya bekal ka ibadah haji itu. Dia sendiri tahu tuhan menyaksikan urusannya bersangkutan haji yang ini. Dia tahu – dan kita pun tahu – pendirian budaya Melayu Islam bersangkutan orang berinfak akan harta dalam bab menyucikan hartanya. Ini amalan Islam. Orang tak faham Islam mentafsiran perkara begini mengikut kebiasaan dan andaian mereka sahaja – bukan ilmu pun. Ibadah adalah antara dia dengan tuhannya … tak boleh faktur lain ketuhanan dimasukkan kedalam ibadah apa pun. Lillahi taala. Bismillah … dan melangkah.

    Jangan tak jadi berbendang kerana dengar bunyi pipit.

    Wallahu a’lam

    ODS: Ya, yang tahu niatnya cuma Allah dan dirinya sendiri. Dan TGNA sendiri juga harus tahu tepuk tampar politik kerana beliau sudah lama dalam politik. Dan beliau juga harus tahu bahawa satu hari orang akan menepuk tampar PAS untuk perkara-perkara sebegini kerana pemimpin dan ahli PAS lebih banyak mengkritik Barisan daripada menumpukan kepada berlumba siapa yang lebih baik tanpa memburukkan satu lagi pihak.

    Wallahualam…

  3. Salam OnDaStreet,

    Selama ini memang saya tahan diri daripada bercakap tentang Pas. Tapi disebabkan Pas semakin lama semakin nampak nyanyuknya, kenalah juga hentam. Bagi saya Pas sudah menampakkan sikap hipokritnya.

    Berkenaan dengan pelantikan anak menantunya, Pas boleh cakap dan pertahan dengan alasan merit. Tapi jika BN yang sebegitu sudah tentulah tohmahan dan laungan ‘kronisma’ ‘nepotisma’ yang akan dicanang. Bagus tindakan mereka sebegitu kerana BN akan menjadi lebih berkualiti. Tetapi akhirnya mereka pula berkelakuan sebegitu.

    Jika BN yang terima sponsor mereka canang rasuah. Saya puji kerana bagus untuk diingatkan ahli politik dan sesiapa sahaja agar negara menjadi elok. Tapi Pas bersikap hipokrit dengan menghalalkan sponsor yang bukan main hebat dikritik oleh mereka. Mereka kilas pula bukan rasuah tapi sedekah dan amal jariah sesama Islam. Tak ke haru?

    Pas makin punah sejak Anwar dan konco-konconya meresap ke dalam Pas.

    Terima kasih.

    ODS: Disinilah saya mengharapkan PAS dapat menunjukkan contoh yang lebih baik dengan mempraktikkan apa yang sebetulnya harus dilakukan, bukan menunjukkan buruk orang lain tetapi kurang berjaya menunjukkan teladan.

    Dalam erti kata lain, mengkritik lebih mudah, melakukannya lebih susah. Maka, apabila mengkritik, mengutuk, beringat-ingat sedikit… apalagi kalau melabel diri lebih Islamik dari yang lain…

    Terima kasih diatas komen anda, saudara Kembara Politik.

  4. Salam Tuan ODS;

    Itulah. Bila TGNA batalkan niat dia … kredibility ‘keguruannya’ takes a harder knock … wait … wait … wait …. saya bukan mempertahankan dia … more to mempertikaikan niat dia sebenarnya … more to mempertahanklan kesucian hubungan seseorang/sesuatu dengan Allah as against PAS punya tindak tanduk kebelakangan ini yang menggambarkan hubungannya dengan kepartian takes precedence over its hubungan dengan perjuangan keagamaannya. The name ‘PAS’ exudes an understanding of a commitment to Islam, but lately its actions says otherwise.

    ODS: Salam Tuan Dal,

    Disebabkan cuba menonjolkan imej lebih Islamiklah, PAS dan TGNA lebih harus berhati-hati (imbas kembali kutukan PAS apabila UMNO berkerjasama dengan bukan Islam).

    Saya pasti ada hikmah disebalik insiden-insiden ini.. cuma adakah kita mengambil teladan atau tidak dan bertindak sewajarnya..

    Terima kasih Tuan Dal atas komen anda.🙂

  5. Beza PAS dengan UMNO, di mata saya.

    UMNO meng’agama’kan politik. Dilihat dari pelbagai dasar yang mengambilkira kaedah Islam dalam pemerintahan. Total Islamic Conversion (contoh terbesr: hudud) tidak mampu dilakukan kerana kita merupakan masyarakat majmuk yang terdiri dari hampir 50% bukan Islam. Walaubagaimanapun, institusi Islam dijaga dengan rapi dan tidak dicemari dengan politik. Dengan cara ini, maruah Islam dapat dijaga dan mereka yang bukan Islam juga dijaga kebajikan mereka. Bila pemimpin rosak: itu kerana politik. Bila pemimpin cemerlang: itu kerana Islam.

    PAS mempolitikkan agama. Perspektif yang dilihat sudut PAS ialah mereka tidak boleh melakukan kesalahan kerana semua yang dilakukan adalah dengan nama “Islam” (atau isle…). Segala yang mereka lakukan; terutamanya dengan kebenaran TGNA; adalah betul dan dimestikan dalam “Islam”. Pemimpin mereka tidak pernah dan tidak akan membuat apa-apa kesalahan. Malahan, bai’ah juga dilaksanakan dengan nama politik.

    “Oleh kerana PAS memperjuangkan Islam, maka menggunakan bai’ah…sama seperti BN sendiri, wakil rakyat yang menang diminta tandatangan satu surat tanpa tarikh yang ditujukan kepada Speaker (Dun dan Parlimen) memaklumkan bahawa dia meletak jawatan. Jadi, Surat itu digunakan bila wakil rakyat lompat parti.”

    Diingatkan bahawa PAS dan BN TIDAK sama!! BN suruh tandatangan surah letak jawatan kepada speaker. PAS suruh lafaz depan TUHAN.

    SPEAKER BUKAN TUHAN!!!

    Apa akan jadi kalau wakil dah tak nak berjuang demi PAS, tapi nak berjuang demi ISLAM dengan cara yang lain? Kena la’nat? Astaghfirullah.

    ODS: Terima kasih diatas komen anda, Lordapes. Ayat terakhir komen saudara senada dengan ayat saya:

    “Walaupun parti itu memperjuangkan Islam, tetapi tidak bermakna individu yang keluar PAS tidak boleh memperjuangkan Islam.”

    Saya mengharapkan keadaan menjadi lebih baik… demi kesejahteraan bersama…

  6. berpendapat bahawa perlantikan seseorang spt Datuk Seri Anwar Ibrahim sbg Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah merupakan ‘JALAN BELAKANG PENGUASAAN SECARA LANGSUNG’ ke atas Menteri Besar Selangor. HalimTuah menambah bahawa ianya adalah perlantikan ‘DERHAKA’ yg membelakangi DYMM Sultan Selangor yg berkuasa melantik Menteri Besarnya sendiri! DAULAT TUANKU!

    1. ODS: Perlantikan DS Anwar sememangnya satu langkah yang boleh diperbincangkan. Baik kepada Selangor atau tidak, wallahualam..

      Mungkin persoalan kenapa Selangor, tidak Kelantan, Pulau Pinang mahupun Kedah adalah kerana ketua ketiga negeri tersebut bukan daripada PKR. Dan mungkin juga kerana Barisan telah mula bersuara untuk menawan semula Selangor…

      Jangan rakyat Selangor jadi rusa tersepit dicelah gajah, sudahlah…

      Terima kasih atas komen anda, saudara Halim Tuah.🙂

  7. Salam Sdr ODS,

    Tok Guru Nik Aziz ni saya nak panggil Tok Guru pun sudah susah.

    Dia kata “Pergi jahanam UMNO”, PAS (dia ke) kata siapa mengundi kafirun tak boleh masuk syurga tapi dia sebantal dengan DAP kafirun, dia lantik menantunya Ketua Eksekutif suatu perbadanan Kerajaan Kelantan, kata Nabi Muhammad pun kroni dan sebagainya.

    Pulak dia terima tawaran pekej Haji dari kontrekternya. Kesian dia asalnya Guru sekolah pondok, pandangan nampaknya sekongkong. Tapi sebagai Menteri Besar dia tak tahu rasuah dari segi undang-undang sivil macam mana? Banyak lagilah tingkah laku dan tindakannya yang mungkin berbentuk rasuah sebab dia mungkin ikut mana-mana fatwanya sendiri dan tidak mengikut undang-undang sivil. Teruklah rakyat negeri Kelantan.

    Dia patut undur, bersara, sudah tua, kesian hari tu berdarah dalam mulut dan terpaksa dikejarkan ke IJN. bila bersara, dia boleh dapat pencen MB. Lumayan juga tu untuk menyara keluarganya.

    ODS: Sememangnya saya pun agak keliru dengan tindakan dan percakapan TGNA. Entah lah..

    Akan tetapi, saya fikir bukan pencen MB yang difikirkan. Saya rasa lebih kepada merasa bertanggungjawab diatas perjuangan dakwahnya melalui cara pentadbiran negeri dan politik. Cuma, sebagaimana yang kita lihat, dengar dan baca, saya secara peribadi memikirkan bahawa sudah tiba masanya TGNA berundur dari arena politik.

    Terima kasih atas komen anda.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s