Kisah Baiah Politik dan PAS


Berikut adalah laporan berita daripada Berita Harian pada hari ini (bertarikh 9 November 2009):

‘Baiah Pas bertuhankan politik’

Oleh Haspaizi Mohd Zain dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Amalan baiah atau sumpah taat setia akan jatuh talak tiga terhadap isteri wakil rakyat Pas yang mengkhianati parti itu dengan menyertai parti lain, adalah tindakan mempertuhankan politik dan demokrasi.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata tindakan itu jelas mempersendakan kemuliaan isteri apabila menjadikan pasangan sebagai barang gadaian dan jaminan politik.

“Isteri bukannya barang gadaian dan jaminan, sewaktu hendak kahwin kita ambil dengan cara baik dan kita memperisterikannya dengan perjanjian yang besar di hadapan Tuhan,” katanya ketika mengulas mengenai pendedahan beberapa pemimpin Pas melakukan baiah talak tiga yang akan jatuh ke atas isteri wakil rakyatnya yang mengkhianati parti itu termasuk melompat parti.
Bagi Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, menyifatkan baiah sehingga talak tiga akan jatuh ke atas isteri pemimpin Pas yang melompat parti adalah tidak bertamadun dan boleh menjatuhkan imej Islam.

“Talak juga dibenci oleh Allah, baiah seperti ini adalah budaya orang yang tidak bertamadun. Perempuan mahal harganya dan bukan boleh dijual beli dan bab agama jangan dipolitikkan sehingga isteri menjadi mangsa.

“Sanggupkah dengan politik kita biarkan rumah tangga yang dibina hancur. Bagaimana jika pemimpin itu melompat parti pada usia 65 tahun, sudah punyai ramai cucu, anak dan menantu. Apa yang berlaku jika mereka bercerai, cuba bayangkan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen pembangkang, Zulkifli Noordin, berkata amalan baiah itu adalah satu dasar yang paling tidak masuk akal dan begitu mengejutkannya.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu berkata, amat malang bagi gerakan yang mengambil Islam teras perjuangan menjadikan baiah itu sebagai dasarnya.

“Dasar ini mengembalikan kita balik ke zaman jahiliah, wanita menjadi bahan dagangan, pajakan dan gadaian,” kata beliau dalam blognya http://zul4kulim.blogspot.com.

Katanya, beliau yang pada mulanya tidak percaya dengan laporan media terbabit berasa terkejut selepas perkara itu diakui rakannya dalam Pas yang pernah mengangkat baiah itu.

“Malah ada di antara mereka menceritakan bagaimana mereka sendiri menggigil apabila mengangkat baiah berkenaan.

“Yang paling sedih, ada di antara isteri yang dikehendaki hadir dalam majlis baiah ini menangis dan menggeletar mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi untuk kepentingan politik kepartian yang terlalu sempit dan jumud,” katanya.

Zulkifli berkata, beliau terkejut apabila beberapa tokoh politik Pas yang dihubunginya bukan saja tidak merasa bersalah dan berdosa dengan baiah itu malah mempertahankannya dengan alasan dangkal yang tidak bersandarkan al-Quran, sunnah Rasulullah dan sahabat baginda serta khalifah.

Beliau mempersoalkan tindakan Pas yang tidak membangkitkan isu itu secara dalaman dan mencari penyelesaiannya secara muzakarah sebaliknya memilih untuk mendedahkannya kepada umum.

“Saya khuatir dengan isu seperti ini, mereka yang menyokong Pas selama ini akan menjadi ragu-ragu, malah akan menukar sokongan mereka,” katanya.

Dan ini pula kenyataan yang diperolehi daripada Harakahdaily yang berwajah baru:

Bai’ah talak: PAS Pusat sedang siasat PDF  | Print |  E-mail
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 9 Nov: PAS sedang menyiasat amalan bai’ah yang dibuat oleh sesetengah pihak dalam parti itu kerana tidak pernah ada sebarang arahan rasmi dari PAS Pusat untuk berbuat demikian.”Kita memang ada bai’ah untuk memberikan taat setia kepada parti sebelum kita melantik mana-mana pihak mewakili parti tetapi tidaklah sebagaimana yang dilaporkan itu,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengarahkan beliau sebagai Setiausaha Agung PAS untuk menyiasat perkara itu.

Mustafa membuat kenyataan ini bagi mengulas laporan media sejak kebelakangan ini yang mendakwa PAS mewajibkan para calonnya untuk berbai’ah (ikrar) untuk taat setia kepada parti.

Antaranya dilaporkan, calon PAS berbai’ah jika beliau menyeleweng dan mengkhianati PAS, maka terjatuhlah talak ke atas isterinya.

Ia dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger.

Laporan ini pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Menurut laporan, PAS menjadikan bai’ah sebegini untuk memastikan tidak ada calon atau wakil rakyatnya yang mengkhianati PAS dengan cara berpaling tadah dan menyokong parti lawan.

Sehingga kini, terbukti tidak ada satupun wakil rakyat PAS yang mengkhianati parti itu dengan menyokong parti lawan.

 

Baru beberapa hari yang lalu, kecoh mengenai Dr Asri ditahan kerana tiada tauliah memberi ceramah agama. Kini, timbul pula isu baiah yang membabitkan penceraian isteri kerana politik.

Isu ini telah diwar-warkan sudah beberapa hari, dan bagi saya, saya lebih suka menantikan kenyataan penuh kepimpinan PAS di peringkat Pusat. Apakah benar baiah itu atau hanya sekadar kisah rekaan semata-mata? Jika rekaan, siapa pengarang dan pengarahnya? Individu dalam PAS atau isu dalaman PAS ini dituding kepada UMNO juga?

Jika ianya BENAR dilakukan oleh individu dalam PAS, kenapa lakukan sedemikian rupa? Lebih sayangkan PAS daripada isterikah? Atau yang menganjurkan baiah itu terlalu taksub dengan politik atau bujang terlajak? Hairan juga apabila terdengar perkara sebegini daripada kumpulan yang membawa imej Islam.

Walauapapun, satu sahaja komen saya berkenaan laporan Harakahdaily tersebut, iaitu yang dipekatkan tulisannya:

Sehingga kini, terbukti tidak ada satupun wakil rakyat PAS yang mengkhianati parti itu dengan menyokong parti lawan.

Logik akal, memang patut pun. Siapa yang tidak sayangkan isteri? Apatah lagi muslimah contoh peneman hidup. Apatah lagi sekarang lagi susah nak cari penyeri hidup sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

Dan harapan saya, jangan pula kisah ini dilaporkan kemudian ianya kerja UMNO pula kerana ini urusan dalaman parti PAS. Jika benar ianya perbuatan UMNO (padahal baiah itu urusan dalaman PAS, dan janji itu antara orang PAS dengan orang PAS), apakah begitu mudah urusan dalaman PAS dicampuri pihak luar? Apakah begitu mudah “musuh tradisi” menganggu gugat saf kepimpinan (dan rumahtangga) PAS?

Aduhai…

Soalan dijalanan: Benar? Tidak? Siapa punya kerja berkenaan kisah baiah PAS ini?

 

 

One thought on “Kisah Baiah Politik dan PAS

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s