Sekolah Satu Aliran & Satu Sekolah Untuk Semua


Berikut merupakan laporan yang dipetik daripada Berita Harian:

Persatuan Cina, Tamil tak setuju sekolah satu aliran

KUALA LUMPUR: Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Persatuan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan melaksanakan sekolah satu aliran di negara ini.

Timbalan Pengerusi Dong Zong, Chow Siew Hon, berkata cadangan itu tidak boleh diterima kerana setiap bangsa di negara ini mempunyai warisan kebudayaan, termasuk bahasa ibunda yang perlu dipertahankan menerusi pendidikan asas.

“Sebaliknya, ada pelbagai pendekatan lain yang boleh dilaksanakan dan berkesan untuk mengukuhkan perpaduan nasional, termasuk menerusi pelaksanaan politik yang adil dan saksama,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, saranan tokoh akademik, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disokong ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Guru Besar SJK Tamil Malaysia, Doraisamy Perumal menyifatkan cadangan Khoo tidak rasional.

Prof Diraja Ungku Aziz pula berkata, cadangan untuk memenuhi agenda perpaduan itu sukar direalisasikan kerana akan mendapat tentangan berterusan pihak yang mahu mempertahankan warisan budaya kaum mereka.

Dari segi logik, beliau berpendapat tidak mungkin pihak berkenaan menerima cadangan itu, sebaliknya akan membantah habis-habisan sehingga boleh mencetuskan suasana yang menyulitkan kepada kerajaan.

Maaf jika saya katakan alasan “cadangan itu tidak boleh diterima kerana setiap bangsa di negara ini mempunyai warisan kebudayaan, termasuk bahasa ibunda yang perlu dipertahankan menerusi pendidikan asas tidak boleh diterima berasaskan rasional di Malaysia ini terdapat lebih daripada sekadar Melayu, Cina dan India yang hidup di Malaysia ini yang berstatuskan rakyat Malaysia. Jika begitu alasan yang diberikan, kenapa tidak diwujudkan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Melayu, Sekolah Jenis Kebangsaan Iban,  Sekolah Jenis Kebangsaan Kadazan, Sekolah Jenis Kebangsaan Dusun dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Orang Asli (sebagai contoh)?

Pada pendapat saya, tidak dapat tidak, apabila kedua belah pihak politik bertentangan ideologi bersetuju dengan satu usul demi perpaduan rakyat, alasan yang diberikan oleh Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Persatuan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Malaysia menunjukkan mereka ini pentingkan diri mereka sendiri. Sekolah satu aliran mahupun Satu Sekolah untuk Semua tidak bermatlamatkan penghapusan budaya dan warisan sesuatu bangsa. Jika ya, saya pasti dengan model Sekolah Kebangsaan, warisan dan budaya masyarakat etnik lain di Malaysia, terutama di Sabah dan Sarawak telah lama pupus dan tidak diteruskan lagi.

Adakah itu yang berlaku, wahai Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Persatuan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Malaysia?

Tidak beberapa lama dahulu, idea untuk menyatukan semua sekolah dalam satu aliran telah pun dicetuskan kembali oleh sekumpulan blogger – Satu Sekolah Untuk Semua (SSS). Malah, satu laman juga telah dilancarkan bagi tujuan tersebut – http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com. Di dalam laman tersebut juga diselitkan soalan lazim berkenaan idea SSS. Matlamatnya juga jelas demi perpaduan rakyat Malaysia.

Saya juga turut menyokong usul ini dan telah pun menulis beberapa siri artikel untuk perbincangan dan perhatian pembaca, pihak yang mengusahakan SSS dan pihak yang berkaitan dengan sistem dan perlaksanaan pendidikan kebangsaan (seperti di sini, sini dan sini).

Di dalam siri-siri artikel tersebut, saya menyentuh tentang kenapa saya menyokong kempen SSS. Saya menyatakan:

Satu Sekolah perlu untuk semua kerana pada hemat saya, kaum lain juga berhak untuk jenis bangsa/kaum/etnik mereka. Mungkin ketika ini tidak timbul, tetapi tidak mustahil jika satu hari kaum Iban juga mahukan Jenis Iban, Kadazan dengan Jenis Kadazan dan mungkin Jenis Orang Asli juga akan kedengaran.

Saat itu, jangan terkejut jika saya katakan, laungkanlah apa jua jenis kempen untuk menyatukan rakyat, kebarangkalian sedikit sahaja yang bersahut.

Aspirasi kebangsaan harus dimulakan dengan pendidikan kerana melalui pendidikanlah kita boleh maju sebagai satu bangsa Malaysia. Jika “Iqra” permulaan penyebaran Islam (yang mana tidak pula saya ketahui sistem sekolah zaman kerajaan Islam berjenis-jenis kebangsaan), rakyat Malaysia juga perlu sahut kempen Satu Sekolah Untuk Semua.

Di dalam artikel yang seterusnya, saya mengambil pandangan dari sudut pembangunan minda anak-anak kita. Saya menyatakan:

I wonder who instill hatred among racial lines if it were not for some of us. Who would instill racist views, if it not for some of us as the adults?

Please do note that I do not specifically mention parents, as I believe, the surrouding factors also include adults – teachers, parents’ friends, community, etc. Also not to mentioned their own friends under the influence of other factors.

We play a role in our children development, and thus, by our views, thoughts and actions will influence our children’s development. We influence their growth and psychology.

Apakah bukan kita yang mencorakkan mereka? Apakah bukan kita yang mempengaruhi tumbesaran minda dan persepsi mereka?

Siri ketiga merupakan sesuatu yang kebetulan diperkatakan oleh ahli politik kita. Saya telah menyatakan bahawa secara tidak langsung kempen ini (atau konsep sekolah satu aliran sebagaimana dalam akhbar) menyokong aspirasi 1Malaysia. Di artikel tersebut, saya telah menulis:

Secara umum, nilai-nilai ini boleh dicapai dan dibentuk dimana-mana sahaja. Malah sebenarnya, ianya sudah tersemai sejak kita dibangku sekolah lagi. Apakah kita tidak diajar untuk tabah? Apakah kita tidak dididik untuk menerima (dalam konteks pergaulan, percampuran, komunikasi, interaksi)? Apakah kita tidak diajar tentang intergriti? Apakah kita tidak diasing-asingkan kelas berdasarkan keupayaan akademik kita (secara “lembut” untuk meritokrasi)? Apakah kita tidak dididik untuk rendah hati? Bukankah kita diajar untuk setia (rasanya banyak lagu sekolah yang letak perkataan “setia”)? Dan sudah tentu, nilai kelapan – pendidikan sudah dimulakan sejak kita lahir.. apatah lagi melalui pendidikan secara formal di sekolah…

Bezanya, samada kita menghayatinya atau tidak. Kerana itulah saya katakan di awal tadi, “setidak-tidaknya membolehkan saya dan anak-anak Malaysia lain yang menghargai aspirasi pendidikan kebangsaan, bercampur gaul dan menghormati satu sama lain, tidak mengira etnik dan agama. Setidak-tidaknya rakan-rakan saya yang bukan bumiputera dapat memahami budaya dan adat bumiputera dan begitu juga bumiputera memahami bukan bumiputera melalui tutur bicara menggunakan Bahasa Malaysia”.

Di atas faktor perpaduanlah, saya menyokong kempen Satu Sekolah untuk Semua atau idea Sekolah Satu Aliran oleh ahli-hali politik kita. Malah, saya berharap kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agam dan etnik meyokong idea Sekolah Satu Aliran/Satu Sekolah Untuk Semua.

Berikut adalah kenyataan akhbar TS Muhyiddin Yassin yang disiarkan di Bernama pada 29 Oktober lalu:

29 Oktober, 2009 15:22 PM

Muhyiddin Harap Isu Sekolah Satu Aliran Terus Dibincang

KOTA TINGGI, 29 Okt (Bernama) — Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perbincangan mengenai cadangan agar sekolah satu aliran dilaksanakan perlu diteruskan bagi mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh daripada semua pihak.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun secara peribadi beliau bersetuju dengan sekolah satu sistem itu tetapi pada masa yang sama beliau faham bahawa daripada segi sejarah, sistem persekolahan negara ini mempunyai pelbagai aliran.

“Jika diikutkan fakta dalam Laporan Razak, itulah antara matlamatnya supaya kita ada satu sistem tetapi disebabkan keadaan dan sejarah, kita mempunyai sekolah pelbagai aliran.

“Soal ini adalah soal yang besar, jadi elok kita teruskan polemik perbincangan, biar kita mendapat gambaran yang jelas di peringkat pemimpin politik dan masyarakat,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Ilham Desa Peringkat Kebangsaan 2009 di Kampung Mawai Baru Khamis.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian sebagai mengulas cadangan tersebut yang dikemukakan oleh tokoh akademik dan sejarawan negara Tan Sri Prof Khoo Kay Kim yang disokong oleh pemimpin politik termasuk daripada pembangkang.

Muhyiddin berkata beliau tidak menghalang jika terdapat badan-badan bukan kerajaan ingin mengadakan perbincangan mengenai sekolah satu sistem untuk mendapatkan gambaran yang menyeluruh.

“Biar kita mendapatkan gambaran yang menyeluruh dan bukan daripada satu pihak sahaja, sama ada Tionghua, India dan Melayu,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata sekolah satu sistem itu adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia.

— BERNAMA

Persoalan dijalanan: Kenapa perlu menentang jika satu usaha itu boleh membawa kepada keharmonian dan perpaduan disuarakan dan diusahakan? Satu Malaysia, Negara Islam, dan Malaysian Malaysia adalah ideologi yang berteraskan perpaduan rakyat (cuma berbeza prinsip dan pandangan)

Bukankah Satu Sekolah Untuk Semua/ Sekolah Satu Aliran boleh dijadikan alat untuk mencapai perpaduan dan keharmonian yang lebih baik lagi??

7 thoughts on “Sekolah Satu Aliran & Satu Sekolah Untuk Semua

  1. ““Sebaliknya, ada pelbagai pendekatan lain yang boleh dilaksanakan dan berkesan untuk mengukuhkan perpaduan nasional, termasuk menerusi pelaksanaan politik yang adil dan saksama,” katanya ketika dihubungi semalam.”

    A subtle way to blame the government. I say these people are the true racist. Tak mahu mewujudkan perpaduan dengan menyalahkan kerajaan. Mereka tak dapat nampak yang apabila kita sudah benar-benar majmuk, tidak mustahil tarian naga akan dikendalikan oleh orang melayu, kompang di hari perkahwinan melayu akan dilakukan oleh orang india, dan perayaan deepavali dilakukan dengan kompang dan rebana ubi. Budaya bangsa tidak akan hilang. Ia akan lebih meriah dengan kehadiran bangsa lain. That will be truly a Malaysian culture.

    Hendak dilentur buluh, biarlah dari rebungnya.

    ODS: In a way, yes, I agree with you. Weird isn’t it?

    Thank you for your comment lordapes.🙂

  2. Salam ODS,

    Alasan mereka – pengikisan budaya dan bahasa ibunda tidak dapat diterima. Sepatutnya dari terus melulu membangkang, kenapa tidak diutarakan kerisauan mereka itu dan diadakan perbincangan dengan KemPel bagaimana budaya kaum mereka masih dapat diperkukuhkan DALAM sistem satu aliran ini. Blueprint apa pun takde lagi dah terus bangkang…hmm.. makes u wonder what are their real motives.

    Lebih terpisah hubungan antara kaum maka akan lebih kuat pengaruh mereka yang berpaksikan perjuangan berasaskan kaum. Makanya tentangan membabibuta mereka kerana takutkan pengaruh dan pegangan mereka keatas kaum mereka makin terhakis.

    Inilah penentangan sebenar seruan 1Malaysia Najib. Bukannya tentangan itu datang dari luar ( parti pembangkang ) tapi dari dalam.

    ODS: Terima kasih diatas komen saudara. Ya, secara tidak langsung, bangkangan tanpa menghalusi cadangan merupakan langkah yang kurang elok..

  3. It’s a matter of reasonableness on the part of the SSS opponents, a matter of leadership on the part of the Government.

    It’s unreasonable for Dong Zong and the likes of them not to agree to streamline into SSS when it is aimed at bringing about national unity and the creation of a strong and cohesive Bangsa Malaysia.

    It’s unreasonable for them to point their fingers at NEP and equality issues when the Social Contract among the leaders at Merdeka and the Constitution clearly spell out the Special Position of the Malays in exchange for non-Malay citizenship.

    It’s unreasonable for them to cling to Mandarin and Tamil as media of instruction when the Constitution clearly states that Bahasa Melayu is the official language and schools are the official business of the country.

    The Government must provide leadership on this matter. True, it’s democratic to want to let the people decide but the people have decided at general elections and the Government, being the majority of the elected representatives of the people, must lead.

    True, this is a controversial matter, but it has been so for some 50 years. Your question becomes very relevant: until when do we have to wait?

    ODS: Thank you for your comment Abu. As a supporter of SSS, I’m following the development of one stream school with great interest.

  4. Blog ODS ini menjadi intro perbualan rancangan Di Luar Lingkungan Sayed Munawar semalam.
    Congratulations!! Keep up the good word.

    ODS: Terima kasih Suarajagat. Ianya tidak disangka, namun mengharapkan perbincangan tersebut membawa lebih banyak faedah kepada usaha ini.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s