Tazkirah Jumaat: Taat & Setia (Dari Mimbar Brunei)


Buat ketika ini, saya terkadang sibuk, terkadang tidak. Masa kadangkala tidak mengizinkan saya menulis sebagaimana yang ingin diharapkan, termasuklah perkongsian ilmu dan artikel yang saya baca.

Minggu ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca khutbah dari negara jiran, yang berkaitan dengan taat setia. Boleh dikatakan, tazkirah kali ini ada sedikit kena mengena buat renungan berkenaan dengan rakyat Malaysia yang “membuang” kerakyatan mereka, terkandas, dan kini mengharap Malaysia menerima mereka kembali. Khutbah ini saya ambil dari sini, dan sama-sama lah kita menghayati isi kandungan khutbah tersebut.

SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA
BERPEGANG KEPADA AJARAN ISLAM

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah subahanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya, dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Sebagaimana yang sama-sama kita maklum bahawa agama Islam telah mula bertapak di Negara Brunei Darussalam ini semenjak enam ratus tahun atau lebih. Oleh itu kita perlu bersyukur kepada Allah Subahanahu Wata’ala kerana mengurniakan agama Islam sebagai agama rasmi kita yang menjadi anutan raja-raja dan pembesar-pembesar negara serta rakyat negara ini sejak zaman-berzaman, bahkan ia telah mempengaruhi cara dan corak kehidupan orang-orang Brunei dari dahulu hinggalah sekarang. Di antara pengaruh yang paling menonjol sekali ialah pemerintahan beraja. System inilah yang diguna pakai dan kekal sehingga sekarang di negara kita, sehingga rakyat terlatih dengan budaya taat beraja iaitu ketaatan yang berpegang kepada ajaran agama Islam sebagaimana firman Allah Subahanahu Wata’ala surah An Nisaa’ ayat 59, tafsirnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amir (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu”.

Di dalam tafsir Al-Munir dan tafsir Al-Raqi ia menyatakan tentang maksud lafaz Ulil Amir itu. Ulil Amir secara umumnya bolehlah diistilahkan sultan-sultan, pemerintah-pemerintah, cerdik pandai, ketua angkatan bersenjata dan semua pemimpin-pemimpin, penganjur-penganjur, iaitu mereka ini dijadikan tempat orang ramai berurusan permasalahan mereka dan kepentingan-kepentingan umum. Maka jika mereka itu telah bersetuju di atas sesuatu perkara atau membuat sesuatu keputusan atau hukuman, maka pengikut-pengikutnya hendaklah mentaati dan setia kepada mereka.

Dalam Sistem pemerintahan beraja yang berteraskan ajaran agama Islam, raja itu mempunyai kedudukan tertinggi dalam negara dan menjadikannya berkedaulatan dan berkedudukan. Dan kedaulatan inilah yang menjadikannya toggak pemerintah dan pemegang amanah untuk manjaga dan memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Dalam kehidupan bermasyarakat, bernegara dan berkerajaan, kekuatan dan kemantapan pemerintahan negara bergantung kepada sikap rakyat dan penduduk negara itu terhadap pemerintahanya. Dalam erti kata sejauh mana kmitmen dan kesetiaan rakyat terhadap kata-kata taat dan setia itu diamalkannya. Begitu juga sejauh mana amanah yang dipertanggungjawabkan oleh pemerintah itu ditanai dan dilaksanakan dengan penuh jujur, adil lagi bertanggungjawab. Bukankah menanai amanah itu perintah Allah yang amat penting dalam Islam, yang dengannya membezakan kita dari perbuatan golongan orang munafik dan khianat. Sedangkan khianat itu pula adalah sifat yang dibenci oleh Allah Subahanahu Wata’ala, seperti mana firman-Nya dalam Surah Al-Anfaal ayat 58, tafsirnya:

“Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum yang mengikat perjanjian setia denganmu maka campaklah perjanjian itu kepada mereka dengan cara terus-terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.”

Begitulah halnya dalam pentadbiran negara, jentera pentadbiran dan keberkesanan pengurusannya telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan ke atas bahu ketua-ketua kerajaan dan ketua-ketua pejabat bagi melaksanakannya dengan penuh jujur, adil lagi amanah.

Oleh yang demikian kita selaku pegawai kakitangan kerajaan mahupun orang awam hendaklah taat kepada segala perintah, peraturan, arahan atau disiplin yang telah ditetapkan oleh mereka. Bukankah Islam telah menjelaskan kepada umatnya tentang kedudukan dan syarat taat setia sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Umar Radiallahuanhu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda, maksudnya :

” Mendengar dan taat (kepada ketua) adalah menjadi kewajipan ke atas orang-orang Islam dalam apa jua perkara pun samada yang disukainya dan yang tidak disukainya selagi ia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, maka jiaka ia diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat maka tidaklah boleh mendengar dan taat.”

Taat kepada pemerintah dalam konteks bernegara mempunyai pengertian yang amat luas. Ianya bukan saja terhad kepada mematuhi segala perintah dan arahan yang diberikan secara lisan sahaja bahkan ketaatan yang dimaksudkan meliputi mentaati segala peraturan dan dasar negara, undang-undang dan fatwa-fatwa kerajaan mahupun peraturan-peraturan pejabat. Perkara ini telah diingatkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada umat Islam supaya mentaati perintah ketua-ketua, tidaklah kira, samaada perintah itu disukai atau sebaliknya, asalkan perintah itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Apa yang penting dalam menghadapi situasi seperti ini, kita harus bersikap tenang, sabar dan jangan emosi apatah lagi derhaka terhadap perintah yang di pertanggungjawabkan.

Dari Ibnu Abbas Radiallahuanhu : Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya :

“Barang siapa yang benci terhadap sesuatu dari tindakan penguasanya maka hendaklah ia bertaubat, kerana sesungguhnya orang yang meninggalkan raja (penguasanya) walaupun hanya sejengkal maka matinya seperti mati pada zaman jahiliah.”

Sebenarnya dalam konteks taat ini, Islam bukanlah menghalang sesiapa dari bersuara atau memberikan pandangan atau pendapat, kerana Sayyidina Ali Radiallahuanhu sendiri pernah berkata :

“Aku ini hamba kepada sesiapa yang mengajarkanku walaupun satu huruf.”

Tetapi sebaliknya, suara, pandangan dan pendapat yang hendak dikemukakan itu biarlah membina dan mendatangkan kebaikan yang disertai dengan kejujuran dan keikhlasan. Terserahlah ke pada ketua tersebut untuk menimbangkannya, sesuai dengan anjuran bermesyuarat seperti mana Allah Subahanahu Wata’aladalam Surah Ali ‘Imran ayat 159, tafsirnya :

“Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam sesudah bermesyuarat untuk membuat sesuatu, maka bertawakallah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”

Oleh itu, marilah kita menjadi hamba-hamba yang sentiasa taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya Ulil Amir (raja atau pemimpin) dan marilah kita berdoa semoga raja kita yang dikasihi akan terus-menerus memerintah negara ini dengan adil dan saksama di bawah perlindungan Allah Subahanahu Wata’ala. Jadikanlah dan tanamkanlah pada dirikita sebenar-benar hamba yang sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kepada Ulil Amir, semoga dengan ketaatan itu, kita akan selamat di dunia dan di akhirat.

Dari Surah An Nisaa’ ayat 59, tafsirnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil Amir (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunah Rasul-Nya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih elok pula kesudahannya.”

Nukilan OnDaStreet: Sesungguhnya saya tidak tahu samada terdapat muslim di kalangan BOC yang terkandas. Saya juga tidak tahu pendapat agama BOC-BOC ini tentang ketidak setiaan mereka. Cuma, saya mengharapkan kita dapat mengambil iktibar daripada khutbah di atas.

Walahualam…

Dan oh ya, seorang rakyat Malaysia telah menghantar sepucuk surat kepada beberapa pihak di London berkenaan dengan isu ini. Buat pengetahuan, surat tersebut bukan dikarang oleh saya dan ianya telah dimajukan kepada saya buat tatapan umum.

Salinan dalam format pdf boleh didapati di sebelah kanan blog ini.

Sekian, terima kasih.

 

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s