Adakah Ini Contoh Penerimaan Qada dan Qadar, wahai pemimpin PAS?


Maaf jika ada yang merasakan tajuk artikel ini kurang wajar. Namun, pada pandangan saya, pemimpin ini antara yang gagal menterjemahkan penerimaan qada dan qadar dalam erti kata perbuatan mahupun percakapan. Saya sebenarnya mengharapkan reaksi yang lebih baik daripada mereka yang berjuang atas nama parti yang memperjuangkan Islam.

Berikut adalah laporan Harakahdaily.net:

Antara maruah dan rasuah, pengundi terpilih rasuah – Dr Lo’ Lo’
Harakahdaily
Mon | Oct 12, 09 | 11:47:40 am MYT

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah.

“Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan,” kata beliau kepada Harakahdaily.

Lo’ Lo’ yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas keputusan pengundi Bagan Pinang yang memberikan kemenangan besar kepada calon Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad semalam.

Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.

Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

Image Mengulas lanjut, Lo’ Lo’ percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia.

“Malah kita tetap yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia masih menolak rasuah demi menjaga maruah negara,” katanya.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan pilihyan raya semalam sebagai ‘Umno menang tetapi kalah dalam melawan rasuah’.

Calon PAS, Zulkefly pula berkata, beliau menerima keputusan pengundi dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan undi kepada beliau.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS, Salahudin Ayub pula berkata, pihaknya akan terus menekankan agar sistem undi pos diperbaiki dan yakin ada perkara tidak kena dalam pilihan raya ini.

Nukilan OnDaStreet: Sebagaimana yang saya jangkakan, akan ada suara yang agak sumbang bunyinya.. cuma saya agak tidak menyangka ianya akan datang daripada ahli yang perjuangannya berlandaskan Islam. Cuma calon PAS , Zulkefly yang berterima kasih dan tidak pula menyalahkan pengundi Bagan Pinang (dalam banyak-banyak yang memberi kenyataan dalam artikel Harakah tersebut).

Jangan disalah fahami maksud saya. Saya menghormati PAS kerana asas perjuangannya. Memang cantik, memang indah. Namun, maaf saya katakan, jangan asas sahaja yang indah, tetapi perlaksanaan tidak seberapa.

Kenyataan “”Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan,” itu sahaja sudah seakan menghukum pengundi Bagan Pinang yang keluar mengundi. Bagaimana pula mereka yang mengundi PAS? Bukankah mereka juga pengundi Bagan Pinang?

Saya juga dapat melihat komentar-komentar di blog-blog lain yang mahukan PAS menang, baik sebelum dan selepas PRK Bagan Pinang. Boleh saya katakan, agak sedih dengan isi kandungan sesetengah komen yang diberi. Kenapa?

Semasa PAS menang 100% sejak PRU12, tidak pula disalahkan pengundi pos. Tidak juga mengatakan pengundi tempat tersebut bodoh dan tidak terdedah kepada dunia luar. Senjata ampuh ceramah dan media blog dinyatakan sebagai antara penyumbang kemenangan PAS dan Pakatan. Tidak juga mencaci maki mereka yang bertugas.

Akan tetapi, apabila kalah, pengundi juga yang salah, bodoh dan tidak terdedah kepada media lain dan hanya terdedah kepada media massa utama. Walhal, saya rasa sama sahaja.. malah terasa kurang “hangat” liputan tentang apa yang Barisan lakukan berbanding PRK-PRK yang lain. Apakah pengundi Bagan Pinang tiada akses internet? Apakah pengundi Bagan Pinang tidak disebarkan maklumat rancangan ceramah PAS dan Pakatan? Kenapa pula kali ini undi POS menjadi pertikaian?

Pengundi yang salah? Apakah ini cara penerimaan PAS yang memperjuangkan Islam? Atau ini hanya penerimaan sebegini daripada sesetengah individu dalam PAS? Jika hanya sebahagian, alhamdulillah.. tetapi harapnya, biarlah kita bersama menjadi lebih baik.. bukankah begitu?🙂

Maaf, tetapi saya kurang senang dengan cara begini. Mungkin ilmu agama saya tidak setinggi ahli PAS, tetapi Islam yang diajar kepada saya tidak mengajar saya untuk menuding jari dahulu ke arah lain apabila keadaan tidak seperti yang diharapkan.

Jangan kerana tewas di Bagan Pinang, komentar yang diberi hilang nilai murni pekerti sebagai Muslim. Menang atau kalah sudah menjadi lumrah. PAS sudah berusaha, dan pengundi sudah memberikan undi mereka. Jika PAS masih tidak berpuas hati, tawanlah hati pengundi dengan menyerlahkan lagi nilai indah dan murni Islam, sebagaimana yang seharusnya seorang muslim dan muslimah tunjukkan.

Soalan OnDaStreet: Apakah pernah, apabila perjuangan Islam itu tumpas, “musuh” yang disalahkan? Jika anda mempunyai dalil dan nas yang membuktikan Rasulullah, para rasul, para sahabat dan pemimpin Islam yang sebelumnya menyalahkan “musuh” akibat kegagalan, sila berikan.

3 thoughts on “Adakah Ini Contoh Penerimaan Qada dan Qadar, wahai pemimpin PAS?

  1. slm bro,

    refer quran 3:19 for the real meaning of islam ..submission to the will of GOD.., some version may not explicit point this out.

    with nik aziz contorting the words of the quran out of shape to serve his political goal giving false safaat to every PR sinners misdeeds and this lo lo joker comments which sounds like a GODless moron, i have long been not as forgiving as u, i question the very islam that they are preaching, remnants of teaching that cause the fall of the islamic empire and the source of what ails the muslims today. our society will be better off without these holier-than-thou idiots who think they got a monopoly of heaven.. hampeh semua!!!

    wslm

    ODS: salam bro wah,

    Thank you for your comment. It is indeed without any doubt, that some of the PAS members are very well versed, well taught on Islam.. it is just I am hoping that some of those who thinks they are hollier thou to actually practice what they preach… That is the reason I highlight such words.. for me and the readers to think back.. sometimes, we got to be reminded..🙂

    Thanks for your thoughts and comment bro.

  2. Very sore LOSER indeeed! A sore loser who lost in every count!

    ODS: Perhaps they were just forgot something in between…

    Thank you for your comments Kenn🙂

  3. Salam ODS,

    1-Kekalahan Pas di BP adalah satu tamparan hebat kepada mereka. Malu tak terkira beb ! Saya beri pandangan berdasarkan apa yang berlaku sekeliling saya di Kuala Terenganu. Sebelum keputusan, ahli2 Pas 100% yakin Isa akan kalah terduduk, BP sebagai kesinambungan arus kemenangan mereka. Bila saya cuba gugat kenyakinan itu dengan mengatakan BP tidak sama dengan tempat2 lain, calon Bn kali ni lain sikit bla bla bla…. teruk saya dihentam. ‘Mu tahu benda? Kita ni berjuang atas nama Islam, atas nama kebenaran. Orang dok pakai doh Umno le ni…bla bla bla’ ( kenapa bila kita lawan Pas kita akan di cop Umno ?? )

    2- Pagi isnin lepas diumumkan Pas kalah, direstoran kebiasaan saya, 100% mereka yang ahli Pas disitu tidak dapat menerima kekalahan mereka. Seperti yang tuan katakan, hinggakan pengundi BP dituduh bodoh, makan rasuah. Pendekata, semua orang salah kecuali diri sendiri. Saya terpaksa diam, kalau senyum sekalipun, mesti kena pukul waktu tu !! Rumusan saya tika itu, mereka tidak faham maksud ‘bertanding’. Bagi mereka, bertanding MESTI menang. Kalah tak masuk dalam book mereka. Rata2 mereka tidak dapat menerima kekalahan secara gentleman, tercalar ego bilamana kekebalan ditembusi. Makanya timbullah segala macam tuduhan untuk justifikasikan kekalahan Pas itu. Saya lihat ia lebih ditujukan kepada diri mereka sendiri, supaya keyakinan dan sokongan ahli tetap utuh, tidak goyang dek kekalahan itu.

    3- Selepas 3 hari Prk, episod BP bagaikan tidak pernah terjadi. Senyap, tidak kedengaran post mortem warung. Semuanya kembali pada asal. Sayang, tidak ada kesan positif atau pengajaran yang dapat mereka ambil dari kekalahan itu. Hanya ego yang tercalar.

    4- In the end, sama saja.. Ahli Pas masih dengan ‘fallacy’ mereka – Kerana Pas punya perlembagaan bersifat Islam, mereka yakin segala tindak tanduk pemimpin dan ahli melambangkan Islam.

    ODS: Terima kasih saudara dinturtle,

    Saya sememangnya kecewa dengan reaksi-reaksi susulan kekalahan mereka. Lebih kecewa kerana mereka gagal menterjemahkan nilai-nilai yang baik apabila yang berlaku tidak menjadi seperti yang dirancangkan.

    Dan saudara.. walaupun “Kerana Pas punya perlembagaan bersifat Islam, mereka yakin segala tindak tanduk pemimpin dan ahli melambangkan Islam”, itu tidak menjadikan mereka itu sendiri terlepas daripada melakukan kesalahan, apalagi tindak-tanduk dan percakapan yang menunjukkan nilai Islam.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s