Barisan Nasional: Menang “Home” Bolehlah!!!


Saya pasti ketika ini ramai yang sedang memberi pendapat dan analisa masing-masing susulan keputusan PRK Bagan Pinang. Barisan berjaya mengekalkan kerusi DUN dengan majoriti pengundi BaganPinang memilih TS Isa. Tahniah buat pengundi kerana berjaya keluar mengundi.. dan tahniah juga kepada mereka yang terlibat dalam proses demokrasi hari ini. Cuma, yang kurang enak, kenapalah perlu gaduh-gaduh. Nak tengok juga ada kesan tetak dan lebam sana sini seperti beberapa hari yang lalu. Akan tetapi, sepertimana yang saya nukilkan sebelum ini, PRK Bagan Pinang boleh memenangi Wayang Aksi bagi tahun 2009 – penuh aksi sepak terajang dan tetak menetak.

Dengan keputusan ini, saya menjangkakan akan ada dakwaan yang timbul selepas ini.. bak rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Kita tunggu sahajalah dalam beberapa hari ini…

Sebagai rangkuman, mari kita imbas kembali PRK-PRK yang lalu dengan sebab diadakan PRK dan keputusannya sekali:

Permatang Pauh: PRK diadakan berikutan DS Dr Wan Azizah meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada DS Anwar untuk bertanding. Permatang Pauh dimenangi oleh Parti Keadilan semasa PRU12.

Sebelum PRK: Pakatan; Selepas PRK: Pakatan.

Kuala Terengganu: PRK perlu diadakan berikutan kematian Allahyarham Datuk Razali Ismail. Kuala Terengganu merupakan kawasan Parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional ketika PRU12.

Sebelum PRK: Barisan; Selepas PRK: Pakatan.

Batang Ai: PRK perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato’ Dublin Unting Ingkot. Batang Ai ialah kawasan DUN yang dimenangi oleh Barisan semasa PRU12.

Sebelum PRK: Barisan; Selepas PRK: Barisan.

Bukit Gantang: PRK perlu diadakan berikutan kematian Roslan Shaharum, daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung.

Sebelum PRK: Pakatan; Selepas PRK: Pakatan.

Bukit Selambau: PRK diadakan berikutan kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meletak jawatan.

Sebelum PRK: Pakatan; Selepas PRK: Pakatan.

Penanti: PRK diadakan berikutan perletakkan jawatan Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Penanti dikuasai PKR semasa PRU12.

Sebelum PRK: Pakatan; Selepas PRK: Pakatan.

Permatang Pasir: PRK diadakan susulan ADUN Permatang Pasir kembali ke rahmatullah.

Sebelum PRK: Pakatan; Selepas PRK: Pakatan.

Manek Urai: PRK diadakan berikutan ADUN yang memenangi kerusi Manek Urai meninggal dunia kerana sakit jantung.

Sebelum PRK: Pakatan; Selepas PRK: Pakatan.

Dan yang terbaru…

Bagan Pinang: PRK diadakan susulan ADUN Permatang Pasir kembali ke rahmatullah.

Sebelum PRK: Barisan; Selepas PRK: Barisan.

Secara umum, 9 PRK, dan Pakatan menang 7, Barisan menang 2. Secara zahirnya kelihatan Pakatan lebih dipercayai. Akan tetapi, benarkah?

Sengaja saya menjelaskan kedudukan sebelum dan selepas., supaya kita dapat lihat siapa punya kawasan selepas PRU12. Siapa “tuan rumah baru”, “siapa tuan rumah lama”. Jika kita ambil faktor ini, hanya satu PRK Barisan kalah dengan Pakatan, bukan 7-2 sebagaimana ramai yang membuat kesimpulan.

Walau apapun, ini sekadar pandangan saya yang tidak seberapa. Mungkin kerana saya menilai siapa empunya kawasan terdahulu dan tidak begitu hairan pengundi masih memilih Parti Gabungan mana yang dipilih dahulu kerana jarak PRK dengan PRU yang lalu tidak begitu jauh.

Bak permainan bola, tiada hairan kalau Arsenal menang di Emirates, Manchester United di Old Trafford atau Liverpool di Anfield.. tetapi jika Manchester City menang di Stamford Bridge, itu yang harus dihairankan dan dianalisa lebih…

Cuma, apa yang saya dan ramai rakyat Malaysia inginkan adalah hasil kerja YB YB sekalian untuk rakyat. Cukup-cukuplah berpolitik. Ada juga yang jadi macam EGM MCA, “dua-dua kena campak ke laut”!!!

Apa kata anda?

3 thoughts on “Barisan Nasional: Menang “Home” Bolehlah!!!

  1. salam tuan,
    macam PKR juga, yang menang semua lubuk dia.BN menang kat lubuk dia juga…

    ODS: salam tuan cekodokmasin,

    Saya tahu itu.. sengaja saya tulis sebegini.. kerana selama selepas PRU12, Pakatan cuma mempertahankan kerusi mereka sendiri, tapi laungan dan lagaknya macam menang di kawasan Barisan..🙂

  2. Apa yg penting,BN menang.. apa yang penting, BN menang.. iikh..ikh..
    ______________________
    View Profile: Rantong™

    ODS: Ya, BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang..dan yang lain, semua yang masih dengan kerusi dan jawatan masing-masing bolehlah teruskan tugas untuk rakyat.🙂

  3. Hopefully there’ll be more of “grass-root” leaders, rather than leaders who only want to “meragut rumput”. It is possible to “cucuk hidung” these kind of “pemimpins”. At the end, they worth only for “ditarik hidung” instead of “memimpin”.

    ODS: InsyaAllah.. hopefully Barisan will improve after so much critics of poor performance and low quality deliverables.

    And hopefully Pakatan too will improve their quality of service to rakyat by carrying out duties and trust given by the people too. Remember that Pakatan is now have their own state to govern.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s