Bagan Pinang: Isu PPSMI Masih Dipolitikkan?


Berikut adalah laporan yang diperolehi daripada Harakahdaily.net:

 

 

Mansuh PPSMI atau berdepan GMP!
Dzulfikar Mashoor
Wed | Oct 07, 09 | 9:06:32 am MYT
TELOK KEMANG, 7 Okt: Seperti dalam beberapa pilihan raya kecil lepas, Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) turun bertemu rakyat bagi menjelaskan pengkhianatan Umno terhadap bahasa ibunda, di sini

Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said malam tadi, menegaskan perjuangan memansuhkan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tetap relevan selagi ada anak bangsanya sendiri berusaha mematikan budi bahasa ibunda dalam sistem pendidikan negara.

Beliau juga mengakui perjuangan GMP berada dalam suatu periodisasi yang lama – sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Januari lalu.

Bagaimanapun, usaha memansuhkan akta itu perlu dilakukan serta-merta, demi menyelamatkan survival bahasa, pendidikan serta pelajar sendiri dari menjadi korban dasar itu.

Beliau yang lebih dikenali khalayak sebagai Pak Samad berharap kempen GMP kali ini akan memberi impak yang lebih besar dalam kalangan rakyat.

Beliau juga berharap Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengetuai Kementerian Pelajaran agar kembali meletakkan bahasa Ibunda (bahasa Melayu) pada luhur perlembagaan.

ImageSetiausaha GMP Hasni Abbas yang ditemui kemudian memaklumkan, sukarelawan GMP akan berkampung di N31 sehingga Jumaat ini.

Mewakili Pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad, Hasni telah menghantar surat janji temu kepada Muhyiddin, yang juga Pengerusi Jentera Umno BN, di sini.

Selebihnya, terpulanglah kepada Timbalan Perdana Menteri itu untuk membuat perhitungan.

Jika PPSMi tidak dimansuhkan serta-merta, beliau berharap pengundi N31 sekali lagi memberi pengajaran pada parti pemerintah; sama seperti beberapa pilihanraya kecil Lalu.

Ditanya tentang mekanisma kempen kali ini, Husni berkata,fokus GMP adalah rakyat Melayu luar bandar.

Dalam perkembangan berkaitan, didapati calon Pakatan Zulkefly Mohamad Omar atau calon Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masing-masing masih tidak menyentuh isu nasional itu, dalam siri-siri kempen mereka.

Pun begitu, kempen GMP yang dilaporkan bermula semalam, dijangka sedikit banyaknya mengganggu emosi 66 peratus pengundi Melayu, di sini.

Keputusan kabinet Julai lalu, memansuhkan akta itu secara berperingkat sehingga 2012 ini nampaknya masih meletakkan Umno BN terus dalam tanggapan bersalah. – mks.

Sila hantar komen untuk berita di atas ke: urespons@gmail.com Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _______________________

KOMEN PEMBACA

1. Inilah pembelot dan pengkhianat bangsa…sapa lagi kalau bukan puak-puak umno-bn…terbukti masa depan anak-anak bangsa hancur akibat dasar yang tak relevan. – teropong jauh, shah alam.

2. Miinta PAS SAMAD kempen terus di pentas PR…minta umno-bn tunaikan janji. – ajit, kulai.

3. ini semua taktik-taktit yahudi israel yang nak hapus islam dengan menjahanamkan bangsa yang dominan kuasai/anuti islam disesebuah negara. –jali, kanpus sintok._

Nukilan OnDaStreet: Setahu saya, pemansuhan PPSMI telahpun diumumkan berbulan dahulu. Kenapa harus dibangkitkan lagi?

Jika ya pun mahu dibangkitkan lagi, bukankah seharusnya dilakukan sejurus selepas pengumuman pemansuhan yang tidak seberapa memperjuangkan Bahasa Malaysia (harus diingat, dengan pemansuhan PPSMI, Sains dan Matematik bukan kembali kepada Bahasa Malaysia secara keseluruhan, tetapi kepada pelbagai bahasa etnik). Kenapa tidak isu pemansuhan secara terus ini tidak diungkit sebegini rupa ketika PRK Permatang Pasir yang lalu?

Saya tidak dapat lari daripada berfikir.. apakah Pak Samad Said sudah mahu menjadi ahli politik kini?

Cukup-cukuplah tu…

Persoalan dijalanan: Apakah dengan laporan ini, menunjukkan pendidikan anak-anak Malaysia boleh dipolitikkan mengikut keperluan kepartian?

2 thoughts on “Bagan Pinang: Isu PPSMI Masih Dipolitikkan?

  1. Sdr ODS,

    Pada pandangan saya, perjuangan untuk memertabatkan Bahasa Kebangsaan ini adalah merupakan perjuangan sepanjang masa sehingga Bahasa Kebangsaan itu benar-benar diletakkan ditempatnya sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan Akta Bahasa.

    Perjuangan ini tidaklah perlu “menunggu” atau “mencuri kesempatan” untuk disuarakan di pentas-pentas yang tidak berapa kena tempatnya (mengikut pandangan saya) seperti pentas-pentas politik. Adalah diragui samada GMP ini benar-benar memperjuangkan Bahasa Kebangsaan ataupun memperjuangkan ideologi politiknya tersendiri apabila memilih event seperti event pilihanraya Bagan Pinang untuk menyuarakan desakan mereka.

    GMP juga perlu memperjelaskan perjuangan mereka, samada mereka berjuang untuk memertabatkan Bahasa Kebangsaan ataupun memertabatkan Bahasa Ibunda? Terdapat perbezaan yang amat ketara di antara kedua-dua itu.

    Sekira ianya melibatkan perjuangan Bahasa Kebangsaan, maka GMP sepatutnya “mengetuk pintu” DBP daripada mengetuk pintu BN di Bagan Pinang.

    Drp artikel di atas, GMP nampaknya menyerang PPSMI dan menggunakan pilihanraya sebagai pentas. Mempertahankan Bahasa Ibunda (Bahasa Melayu) digunakan sebagai alasan untuk menyerang. GMP perlu memperjelaskan sekurang-kurang perkara-perkara ini:-

    1. Adakah Bahasa Kebangsaan merupakan suatu agenda nasional ataupun suatu agenda politik (walau apapun ideologi politik masing-masing)?

    2. Kenapa pentas pilihanraya digunakan untuk bersuara?

    3. Apa yang hendak diperjuangkan? Penghapusan PPSMI? Bahasa Ibunda? atau Bahasa Kebangsaan?

    4. Apakah yang dimaksudkan dengan “Bahasa Ibunda” itu? Setahu saya, bahasa ibunda ini banyak bilangannya di Malaysia ini berbanding dengan dengan Bahasa Kebangsaan (yang hanya satu, iaitu Bahasa Malaysia)

    Setakat ini, GMP nampaknya lebih mirip kepada mempolitikkan agenda Nasional (Bahasa Kebangsaan) daripada memperjuangkan kedudukan Bahasa Kebangsaan itu sendiri.

    “Bahasa Jiwa Bangsa”

    Semerah Padi

    ODS: Terima kasih diatas komen anda, saudara Semerah Padi.. tetapi, yang menjadi pokok persoalan saya.. kenapa timbulkan secara jelas sekarang? Bukankah kita punya siri pilihanraya sebelum ini..

    Dan setahu saya, memperjuangkan bahasa tidak perlu pentas kepartian.. kenapa GMP tidak menyampaikan suara mereka di pentas yang neutral?

  2. Salam ODS,

    Nampaknya kita berkonsi memikirkan isu yang sama di sini. Saya ada menyentuh perihal Pas mengheret pejuang bahasa dalam setiap kempen politik dalam artikel saya pada hari ini (7 Okt 09).

    http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/10/perkara-152-perlembagaan-persekutuan.html

    Para pejuang bahasa di dalam GMP berhutang penjelasan kepada semua rakyat Malaysia.

    ODS: Salam Kembara Politik,

    Pada saya, tiadalah salah mereka untuk berkempen, cuma janganlah “menari” di atas pentas politik. Lagipun, pemansuhan PPSMI sudah pun diumumkan.. kenapa tidak mengambil kira kesan mendadak jika mahu ianya dimansuhkan secara serta merta? Mereka juga seharusnya memperjuangkan Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Kebangsaan.. dan mungkin juga seharusnya menyokong Kempen Satu Sekolah Untuk Semua.. kerana, setahu saya kempen tersebut menganjurkan pembelajaran dalam Bahasa Malaysia..

    Bukankah ini juga satu cabang memartabatkan bahasa? Kenapa harus pentas politik juga yang dipilih dan berdasarkan ras atau bahagian tertentu??

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s