Takirah Jumaat: Adab dalam Islam


Saya menemui blog ini ketika cuba mencari tazkirah yang berkaitan dengan bulan Ramadhan dan Syawal. Mengenangkan beberapa peristiwa yang melanda negara kita terutama sekali sejak PRU12, adalah elok kita renungi beberapa adab dalam nukilan ini.

Kepentingan Adab Dalam Masyarakat
Adab atau akhlak bererti budi pekerti,perangai,tingkahlaku,dan tabiat. Budi pekerti ada yg baik dan ada yg buruk,yg baik di gelar sifat mahmudah dan yg buruk pula di gelar sifat mazmumah.

Adab yang baik akan membentuk masyarakat yg harmoni dan yg buruk pula akan mengkucar-kacirkan keadaan

Adab yg baik adalah penting,oleh yg demikian nabi diutuskan oleh Allah untuk memperbaiki akhlak dan adab manusia,sebagaimana sabdanya;

’’Sesungguhnya Aku diutuskan untuk menyempurnakan Akhlak yang mulia”

Antara adab yang saya ingin kongsi adalah:

ADAB (HAK) MUSLIM KEATAS MUSLIM•  Menutup keaibannya
•  Meringankan kesusahannya
•  Membantu segala yang penting dan perlu
•  Memenuhi hajat dan keperluannya
•  Menghapuskan duka nestapanya
•  Membelanya jika teraniaya
•  Menolongnya jika lemah
•  Meringankan beban hidupnya
•  Menghormati orang tua
•  Kasih terhadap yang kecil
•  Tidak menyusahkan
•  Tidak mencaci atau mengejek
•  Tidak menipu saudaranya yang muslim
•  Tidak dengki,dendam dan sangka jahat
•  Mengasihani sebagaimana mengasihani dirinya sendiri

 

ADAB DUDUK DI DALAM MAJLIS•  Hendaklah bersalaman dengan semua orang yg di temui di dlm majlis
•  Hendaklah duduk di tempat yang di tunjukkan oleh tuan rumah
•  Hendaklah duduk di samping orang ramai , bukan di tengah-tengah mereka
•  Tidak boleh duduk antara dua orang melainkan dengan izin keduanya
•  Hendaklah orang datang lewat duduk di akhir majlis/dibelakang
•  Hendaklah memohon izin jika ingin keluar dari sesuatu majlis

 

 

ADAB BERMASYARAKAT•  Menghindari diri dari menyakiti hati kawan
•  Merendahkan diri
•  Tidak bermasam muka
•  Memberi layanan sama rata
•  Meminta izin jika ingin masuk rumah
•  Mengasihi anaknya dan hormati orangtua
•  Menepati janji
•  Mengamankan perselisihan
•  Merahsiakan keaiban
•  Membantu sesama islam
•  Berbaik sangka
•  Mententeramkan yang ditimpa musibah
•  Tidak meremehkan orang lain
•  Membantu golongan miskin
•  Mudah memberi maaf
•  Sentiasa bermanis muka

 

ADAB SESAMA ISLAM

•  Memberi salam apabila bertemu
•  Menziarahi apabila sakit
•  Melawat jenazah apabila mati
•  Menberi nasihat apabila diminta
• Menyukai sesuatu yang disukai oleh saudaranya dan membenci sesuatu yg dibenci saudaranya
•  Hendaklah sentiasa bersedia menolongnya dan jangan menzaliminya
•  Tidak menyakitinya samaada dengan perkataan atau perbuatan
•  Tidak membesar diri angkuh dan sombong
•  Haram hukumnya tidak bertegur sapa lebih tiga hari sesama islam
•  Jangan menghina , mencaci , mengumpat atau merendahkan mereka
•  Tidak membuat tuduhan palsu kepada yg hidup atau mati
•  Tidak berlaku hasad dengki, sangka buruk atau mengintip rahsia saudaranya
•  Tidak menipu atau membohonginya
•  Hendaklah bergaul dengan baik
•  Hendaklah menghormati yg lebih tua dan mengasihi yg lebih muda
•  Hendaklah menutup keaiban dan kecacatannya
•  Hendaklah menolongnya bila ia memerlukan pertolongan
•  Hendaklah melindunginya dan memberi bila dia meminta

Nukilan OnDaStreet: Agak-agaknya.. daripada beberapa ciri adab ini.. berapa banyak yang kita lakukan dan masih lakukan?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s