Balik Kampung! – “Reload”


Pada 11 September yang lalu, saya telah memberi ulasan tentang tawaran yang diberi oleh pihak PLUS yang diharapkan dapat mengurangkan kadar kesesakan lalulintas di waktu puncak. Di dalam artikel tersebut, saya menyatakan akan ada pro dan kontra dalam cadangan tersebut, dan, walaupun saya agak skeptikal tentang cadangan tersebut, saya mengharapkan cadangan tersebut membawa hasil kerana saya pasti ramai yang mengharapkan perjalanan yang lancar pulang ke kampung.

Namun, sebagaimana yang dilaporkan pada hari terakhir Ramadhan tahun ini, lalulintas terlalu sesak sehinggakan berkilometer jauhnya. Berikut adalah laporan daripada Harian Metro bertarikh 20 September yang lalu:

Aliran sesak

Oleh FUAD HADINATA YAACOB dan MOHD AZAM SHAH YAACOB
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seperti biasa, pergerakan kenderaan dari ibu kota menunjukkan peningkatan mendadak semalam berikutan keputusan warga kota untuk pulang ke kampung pada saat akhir bagi menyambut Aidilfitri.

Begitupun, sedikit kejutan berlaku apabila aliran trafik menghala ke timur lengang berikutan orang ramai pulang awal bermula Khamis lalu.

Tinjauan di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong bermula jam 12 tengah hari semalam mendapati trafik ke timur sama ada Kelantan, Terengganu dan Pahang bergerak lancar tanpa ada kesesakan mahupun kemalangan.

Situasi itu berbeza dengan pergerakan trafik ke utara yang menunjukkan peningkatan luar biasa pada saat akhir menjelang lebaran.

Menurut petugas di Plaza Tol Gombak yang tidak mahu dikenali, aliran trafik ke timur meningkat bermula Khamis hingga awal pagi semalam sebelum lancar selepas itu.

Katanya, kelancaran itu ada kaitan dengan kelulusan kerajaan membenarkan sekolah mengambil cuti pada Jumaat, menyebabkan orang ramai merancang pulang awal ke kampung.

Sementara itu jurucakap Pusat Kawalan Trafik (TMC) Plus Expressway Bhd (Plus) berkata, sehingga jam 4 petang semalam empat kawasan membabitkan tiga di arah utara dan satu menuju selatan mengalami kesesakan.

Katanya, laluan arah utara yang mengalami kesesakan sejak jam tujuh pagi itu membabitkan laluan dari Slim River ke Sungkai berikutan pertukaran laluan daripada tiga lorong kepada dua lorong, Gopeng ke Simpang Pulai serta Jelapang ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak berikutan laluan berbukit.

Ini pula laporan daripada Berita Harian:

Hentian Puduraya, Jalan Duta sesak

Oleh Sharifah Salwa Syed Akil
inasalwa@bharian.com.my


PEKAN Masjid Tanah sesak apabila ribuan orang membanjiri gerai jualan bagi mendapatkan keperluan untuk persiapan terakhir sempena Aidilfitri di Bazar Ramadan Taman Cempaka, Peringgit, Melaka, semalam.

WArga kota bukan Islam turut balik kampung sempena cuti Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Hentian Puduraya dan Hentian Jalan Duta, di sini semalam sesak dengan warga kota yang mahu pulang ke kampung pada saat akhir untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

Tinjauan Berita Harian di Hentian Puduraya mendapati peluang bercuti panjang sempena Aidilfitri turut digunakan warga kota bukan Islam untuk pulang ke kampung.

Pelajar, Nuraishah Ahmad Suhaidan, 18, berkata setiap tahun dia dan keluarga tidak ketinggalan pulang berhari raya di Parit, Perak yang jauh lebih meriah dan seronok berbanding menyambut lebaran di ibu kota.

“Beraya di sini tidak begitu terasa kerana rakan dan jiran pulang ke kampung. Lagipun, raya di kampung lebih meriah kerana boleh berkunjung rumah sanak-saudara yang sudah lama tidak ditemui. Inilah masanya untuk berjumpa dan bermesra,” katanya.

Kakitangan swasta, Rozita Jamaluddin, 24, berkata dia dan adiknya terpaksa menaiki bas untuk pulang ke kampung di Perak kerana cutinya hanya bermula kelmarin, manakala ahli keluarga lain sudah pulang lebih awal dengan kereta.

KENDERAAN berbaris panjang menyebabkan jalan sesak di Ipoh Utara menuju ke utara ekoran orang ramai pulang ke kampung, semalam.

“Menggunakan bas bukan masalah besar kepada kami kerana Aidilfitri hanya setahun sekali dan jika tidak balik kampung, pasti tidak berasa kemeriahannya. Walaupun tinggal di ibu kota, setiap kali hari raya, destinasi kami pastinya kampung halaman,” katanya.

Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Afalid Yusof, 20, berkata dia tidak sabar bertemu keluarga, terutama ibu bapa di Sungai Besar, Selangor dan bernasib baik kerana perjalanan pulang ke kampung hanya mengambil masa dua jam.

Kakitangan swasta, Yap Wei Long, 29, berkata dia turut mengambil kesempatan sempena cuti Aidilfitri untuk pulang ke kampung di Kelantan, sekali gus meraikan hari raya bersama rakan beragama Islam.

“Setiap tahun, saya tidak ketinggalan berkunjung ke rumah rakan beragama Islam di Kelantan kerana memang sejak kecil didedahkan dengan Aidilfitri. Kami juga tinggal berdekatan kawasan penempatan Melayu,” katanya.

WARGA kota membeli tiket bas pada saat akhir di Hentian Puduraya untuk pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri, semalam.

Dan ini pula yang dilaporkan apa yang berlaku pada hari Selasa (hari di mana ramai yang pulang kerana bekerja pada hari Rabu):

Lebuh raya alami kesesakan

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Keadaan beberapa laluan di lebuh raya utara-selatan mulai sesak dengan pelbagai kenderaan berikutan warga kota sudah beransur pulang dari kampung halaman masing-masing.

Jurucakap Plus Expressways Berhad (PEB), berkata kenderaan mula menyusur lebuh raya kira-kira 2 petang dan keadaan semakin sesak sehingga lewat petang semalam.

“Walaupun tidak semua lebuh raya mengalami kesesakan namun pengguna di beberapa laluan terpaksa berhadapan dengan kesesakan di beberapa lokasi,” katanya.

Menurutnya, laluan dari Senawang menghala ke Kuala Lumpur mengalami kesesakan difahamkan berikutan berlaku kemalangan membabitkan penunggang motosikal, kereta dan bas ekspres berhampiran Plaza Tol Nilai.

“Keadaan di laluan itu agak sesak namun masih terkawal dan usaha mengawal trafik segara dijalankan,” katanya.

Menurutnya, laluan di Changkat Jering agak sesak berikutan keadaan jalan raya berbukit di samping lebuh raya yang berubah daripada tiga menjadi dua lorong.

“Kenderaan yang banyak menyebabkan trafik perlahan ditambah pula dengan keadaan lebuh raya berbukit menyebabkan pemandu mengambil langkah berjaga-jaga dan memandu lebih perlahan,” katanya.

Menurutnya, kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah turut sesak berikutan banyak pengguna memilih berhenti seketika di lokasi berkenaan menyebabkan berlaku masalah tempat meletak kenderaan.

“Terdapat juga pengguna yang meletak kenderaan di bahu jalan menyebabkan trafik agak sesak dalam kawasan R&R berkenaan,” katanya.

Apa yang berlaku untuk dua hari tersebut seharusnya menjadi satu isyarat kepada pihak PLUS samada perlaksanaan tawaran 20% yang dianjurkan itu boleh dikatakan berjaya atau tidak. Saya percaya pihak PLUS punya pegawai-pegawai yang berupaya mencari jalan dan cadangan yang lebih baik untuk mengurangkan kadar kesesakan lalulintas pada waktu kemuncak.

Walauapapun, tahniah juga diucapkan kepada pihak PLUS, polis, bomba, ambulans dan RELA kerana dapat memberi perkhidmatan yang baik dalam memastikan rakyat Malaysia dapat pulang ke kampung. Persediaan awal dalam menghadapi waktu kemuncak amat dihargai, terutama “membersihkan” kawasan kemalangan. Al-maklumlah, rakyat Malaysia ni suka melihat kemalangan, walaupun ianya berlaku diseberang jalan.

Saya menjangkakan bahawa cabarana lalulintas raya kali ini belum selesai. Pada waktu hujung minggu ini merupakan cabaran yang seterusnya. Kenapa tidak, mereka yang bercuti sepanjang minggu akan pulang. Begitu juga sesi persekolahan akan bermula kembali..

Apa kata anda?

2 thoughts on “Balik Kampung! – “Reload”

  1. benar, kerana hujung minggu ini juga baru cuti sekplah berakhir. mungkin ada keluarga yang ambil cuti extra sehingga hujung minggu ini, termasuklah para guru yang juga masih bercuti sehingga hujung minggu ini.

    1. Kita tunggu dan lihat. Cuma, harapan saya pihak PLUS dapat mengambil iktibar perbezaan pergerakan rakyat Malaysia bergantung kepada perayaan apa yang disambut, bukan mengambil kesimpulan yang terlalu umum.

      Terima kasih diatas komen saudara.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s