Tazkirah Jumaat: Ramadhan Pergi, Syawal Tiba


Dalam beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut 1 Syawal 1430H. Samada kita telah melakukan ibadah kita dengan baik, terbaik atau terbalik,  hanya Allah dan tuan empunya diri yang tahu. Walauapapun, OnDaStreet mengharapkan dalam hiruk pikuk peristiwa sepanjang Ramadhan ini menjadi renungan dan tindakan bersama. Sedikit nukilan buat renungan yang saya ambil dari blog ini.

Berkatalah Ramadhan…..
“Kamu semua, kaum muslimin dan muslimah telah menunggu kedatanganku, Bulan Ramadhan

Kamu semua, telah menyambutku dengan bisikan-bisikan zikir,bersujud dahimu ke bumi, tidak kira siang dan malam menangisi dosa-dosamu dan mengisi penuh harapan memohonrestu dan keampunan kepada Allah Rabul Jalil..

Kamu semua telah bertekun melipatkan amal jariah dan kebajikan untuk merebut peluang menambah saham sebagaimana di janji Allah SWT…

Dan kini aku, Ramadhan, kian meninggalkan kamu…Untuk memberi laluan kepada Syawal….

Ingatlah…Ramadhan telah mengajar kamu bersederhana dalam makanan dan minuman serta segala perbelanjaan

Janganlah…Syawal menjadi pembuka nafsu selera dengan berlebih-lebihan dan membazirkan

Ingatlah…Ramadhan telah mengajak kamu mendirikan solat-solat fardhu dan sunat

Janganlah…Syawal menjadi titik noktah untuk meneruskan segala ibadah

Ingatlah…Ramadhan telah mensucikan jiwa kamu untuk membuat kebajikan dan amal jariah

Janganlah…Syawal menjadi penghalang untuk menghulurkan bantuan

Ingatlah…Ramadhan telah membasahkan lidah-lidah kamu dengan bertasbih, bertahmid dan berzikir

Janganlah…Syawal mengeringkan lidah-lidah dengan kata-kata yang jahat

Ingatlah…Ramadhan telah mendidikkan akhlak kamu agar lebih mulia

Janganlah…Syawal menukarkan akhlak kamu dengan segala sifat yang menjijikkan

Ingatlah…Ramadhan telah datang untuk mengubah diri kita agar lebih mendekati Allah SWT

Janganlah…Syawal membawa kita jauh daripada Allah SWT…Semoga kita menjadi insan seperti baru lahir ke dunia agar dapat membina cara hidup yang lebih baik selepas Ramadhan ini.

Nukilan OnDaStreet: Secara umum, saya merasakan ramai yang agak gagal menghayati Ramadhan, terutama yang memberi komen-komen yang gagal menunjukkan mencerminkan keperibadian mulia seorang muslim. Ya, mereka semua berpuasa, menahan lapar dahaga.. tetapi rasanya gagal menahan amarah dan gagal menggunakan akal sebaiknya.

Bagi saya mencerca, memaki hamun bukan cara muslim. Mungkin kerana guru saya tidak mengajar saya sedemikian rupa. Jangankan guru agama, guru Bahasa Inggeris juga pernah menghukum saya kerana menulis kata nista.

Hayatilah kata-kata mudah ayat-ayat diatas. Entahkan kita masih berpeluang menempuhi Ramadhan yang seterusnya..

Malah, entah esok masih ada untuk kita…

Wallahualam…

Dan dengan kesempatan ini juga OnDaStreet ingin memohon ampun dan maaf andai nukilan dan pandangan yang diberikan mengguris hati dalam erti kata adab berbicara, penggunaan bahasa, dan tatacara.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.🙂

5 thoughts on “Tazkirah Jumaat: Ramadhan Pergi, Syawal Tiba

  1. Mata kadang kala salah melihat….
    Maka Jari kadang kala salah menaip….
    Mulut kadang kala salah bercakap….
    Hati kadang kala salah menduga…..
    Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada….

    ““` Mohon Maaf Zahir dan Batin ““`

  2. salam..

    hmm ingat ada yang tak kena dgn bait sajak nie..atau mungkin saya yang tersalah baca..

    “Janganlah…Syawal menjadi titik noktah untuk meneruskan segala ibadah”

    1. salam im,
      Saya rasa mungkin cara pembacaan yang menampakkan seolah-olah ada yang tidak kena. Jika saudara dan pembaca perhatikan, “Janganlah” akan disertai dengan beberapa titik, seolah-olah ruang masa untuk penulis dan pembaca mengambil sejenak masa untuk berfikir..

      Bait itu lebih kepada bermaksud janganlah Syawal menjadi penamat ibadah yang dilakukan ketika Ramadhan yang lalu, bukan Syawal menjadi bulan terakhir meneruskan ibadah.

      Terima kasih di atas komen saudara.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s