Balik Kampung!!!


Pertama sekali, mohon ampun dan maaf kerana tidak sempat menyiarkan Tazkirah Jumaat seperti sediakala kerana tidak berkesempatan untuknya.

Berikut merupakan sedikit berita gembira buat mereka yang dapat pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfitri nanti:

Plus tawar diskaun tol 20 peratus sempena Aidilfitri

PETALING JAYA: Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menawarkan diskaun tol sehingga 20 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Elite untuk enam hari sempena perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Pegawai Operasi Plus Expressways, Nik Airina Nik Jaffar, berkata tawaran diskaun itu adalah antara jam 12 tengah malam dan 7 pagi pada 16, 17, 18, 22, 24 dan 25 September.

“Diskaun itu adalah tambahan kepada diskaun 10 peratus yang sedia ada yang sedang dinikmati oleh pengguna kenderaan Kelas 1 di kedua-dua lebuh raya tersebut di luar waktu puncak setiap hari,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, diskaun itu adalah sebahagian daripada Program Insentif Perjalanan untuk menghargai pengguna lebuh raya seperti yang disaran Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, baru-baru ini.

Nik Airina menasihatkan pengguna mematuhi Cadangan Jadual Waktu Perjalanan (JWP) yang ditetapkan Plus Expressways yang diperkenalkan sejak dua tahun lepas.

Beliau berkata, JWP yang dikuatkuasakan adalah untuk enam hari iaitu pada 18, 19, 22, 23, 26 dan 27 September ini.

“Kami menjangka jumlah trafik di lebuh raya kendalian kami terutamanya Lebuhraya Utara-Selatan akan meningkat secara mendadak kepada 1.3 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding satu juta kenderaan pada hari biasa.

“Jadi kami berharap agar pengguna dapat mengikuti jadual tersebut yang terbukti menjadi faktor utama menyumbang kepada kelancaran trafik di lebuh raya,” katanya.

Beliau berkata, semasa perayaan Tahun Baru Cina lepas, kira-kira 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti JWP.

“Risalah JWP akan diedar kepada pengguna lebuh raya bermula minggu depan di semua plaza tol utama di negara ini,” katanya.

Sejumlah 2,500 kakitangan PLUS dan 400 anggota Polis dan St Johns Ambulans ditempatkan di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya bagi menghadapi peningkatan jumlah trafik. – Bernama

Pendapat OnDaStreet: Langkah promosi ini merupakan sesuatu yang menarik buat rakyat Malaysia. Diskaun sehingga ke 20% bagi mereka yang mengikuti JWP ini. Memang jimat.. apa lagi poket bakal sakit diserang angkatan tentera kecil di bulan Syawal.

Namun, pada pandangan saya, ada pro dan kontra tentang JWP yang dicadangkan ini. Memang betul ianya menjimatkan. 20% diskaun bagi sesetengah daripada kita memang nikmat apalagi kita masih dalam tempoh pemulihan ekonomi.

Sebagaimana suara-suara yang berbunyi tentang diskaun 10% pada hari biasa di waktu yang sama, mungkin begitu juga pada kali ini. Berapa ramai yang akan mendapat manfaat daripada promosi ini? Berapa ramai yang sanggup bersengkang mata dimalam hari untuk mendapat diskaun sehingga 20% ini? Bagaimana pula dengan ibubapa dan keluarga di kampung yang terjaga pukul 3, 4 pagi menerima kepulangan anak perantauan? Apa lagi kalau keluarga dikampung bersengkang mata menanti anak perantauan tak kunjung tiba…

Sebagaimana yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar tersebut, semasa perayaan Tahun Baru Cina lepas, kira-kira 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti JWP. Namun, ingin juga diketahui, 50% daripada berapa? Perlu juga diambil kira, pecahan umat Islam yang akan pulang beraya ke kampung pastinya jauh lebih ramai berbanding mereka yang menyambut Tahun Baru Cina.

Walauapapun, setidak-tidaknya PLUS telah mengambil satu inisiatif yang baik. Paling tidak, ada pilihan untuk mendapat diskaun. Mungkin masa untuk diskaun sahaja yang agak menjadi perhatian saya.

Pendapat dijalanan: Yang penting dapat balik kampung! Yeay!!!

 

4 thoughts on “Balik Kampung!!!

  1. Kat Malaysia ni, sering kali terasa macam depa tu “bagi tak nak bagi” aja diskaun tu. Macam-macam lak syaratnya. Kalau ikhlas nak bagi, napa tak buleh bagi saja diskaun tu tak kira siang malam?

    Macam juga hotel, harga diskaun tak buleh pakai hari minggu, cuti sekolah, cuti umum. Habis tu berapa kerat sangat yang nak pergi bercuti kalau bukan waktu cuti?

    ODS: Itulah yang agak menghairankan saya.. terkadang rasa macam tak berapa ikhlas nak bagi sahaja… atau semata syarat tanngungjawab sosial korporat agaknya…

    Terima kasih di atas komen anda.🙂

  2. hmmm. diskaun pra-kondisi ni jadi kalau depa nak promote penggunaan di luar peak hours. memang kalau nak fikir, “ceh, kalau nak bagi diskaun, bagila kat semua orang!”, tapi kalau tengok on the bright side dia cuma nak promote penggunaan di luar waktu puncak.

    soal dia kat sini bukan ikhlas tak ikhlas. ni semua strategi pemasaran. katakan hotel yang bagi diskaun bila luar waktu puncak, siapa yang akan datang? most probably orang bekerja, tak bawak budak kecik. most probably cost untuk maintain hotel kurang sket (ie, swimming pool jarang pakai, bilik tak sesemak mana, makanan pun kurang dihidangkan) which in turn dia boleh bagi diskaun. in addition, dia juga boleh promote kewujudan hotel tersebut by word-of-mouth. pelanggan datang sebab diskaun, tapi bile blah, diorang bgtau kat sedara-mara/kengkawan yang hotel ni agak best untuk menginap…

    PLUS pun sama. bukan dia tak ikhlas, dia nak promote perjalanan di luar waktu puncak. kalau sebelum ni orang tak suka travel after midnight (kecuali students and bujangs), maybe lepas ni peratus pengguna di luar waktu puncak naik 10-20%. ni boleh kurangkan kesesakan di waktu puncak. kalau dia bagi diskaun setiap waktu, beats the purpose. orang akan travel waktu sesuka hati diorang (which is usually starting around noon) dan akan berlaku MASSIVE traffic jam sampai midnight.

    so, pada pandangan saya, diskaun bersyarat ni ada guna dia. memancing pelanggan menggunakan perkhidmatan diorang di waktu-waktu orang tak ramai pakai. tapi kalau dia buat diskaun setiap waktu pun, apa salahnya, ye tak?🙂

    selamat hari raya. drive safely.

    ODS: Pandangan saudara ada juga logik akalnya, dan sebagaimana pandangan saya, tawaran ini ada pro dan kontranya.

    Tidak mengapa.. saya mengharapkan cadangan ini berjaya, sebab saya juga pengguna lebuhraya (macam iklan Esso Mobil pula rasanya). Kalau berjaya, alhamdulillah.. kalau kurang, boleh diperbaiki. Betul tak?

    Apapun, Selamat Hari Raya dan Maaf zahir batin. Berhati-hati di jalan raya dan di hari raya!🙂

  3. ODS,

    It may be late and hope this comment on the “This is Indonesian” language is in the right place.

    This is the problem when those at Google in charge of the Malaysia operations are not Malaysian or Malaysian at heart. Though Bahasa Indonesia and Bahasa Malaysia come from the same family tree, they are either not aware or hardly bother to differentiate the difference in use of the language in Indonesia and in Malaysia.

    Surely they can devise some means whereby those blogs with IPs emanating from Malaysia be written “This is Bahasa Malaysia” instead of “This is Indonesian”? And organise better and accurate translation. They are a vast organisation and must have the capabilities to do so.

    Perhaps you could drop Google a line or two regarding this. (My computer knowledge is so limited that I’m unable to even locate Google email address for such communication).

    Selamat Hari Raya.

    ODS: Well my dear friend, it is up to us, both Malaysians and Indonesians how to go about this with Google.. the hard way, soft way, intellectual way or not…

    However I do hope that if one of us are on this.. hope do not do like the sweeping incident in Indonesia..🙂

    Selamat Hari Raya to you, Isa.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s