Nuzul Al-Qur’an… antara ilmu dan amal…


17 Ramadhan merupakan satu tarikh yang tidak asing lagi bagi muslimin seluruh dunia, iaitu tarikh dimana Kalam Allah mula diturunkan, bermula dengan surah Al-Alaq.

Bertahun sudah berlalu, dengan Islam yang mula berkembang di Tanah Arab mula tersebar ke seluruh dunia. Selama detik itu, umat Islam melalui zaman susah dan senang, gemilang dan mundur.. dengan pelbagai pengajaran yang boleh diambil oleh umat yang kemudiannya. Namun, adakah kita benar-benar belajar daripadanya? Dan apakah kita mengamalkan apa yang kita sudah pelajari?

Bersempena dengan Nuzul Quran kali ini, saya ingin mengajak para pembaca dan diri saya sendiri (terutama ahli poltik dan penyokong fanatik politik kita yang berdegar ucapnya) untuk mengambil masa sejenak, berfikir dan menilai DIRI SENDIRI (lebih-lebih lagi yang cuti  kerana ianya cuti umum negeri di sesetengah negeri di Malaysia). BUKAN menilai apa yang orang lain telah lakukan.

Islam yang saya pelajari dan ketahui itu indah.. ianya tidak disertai dengan perkara-perkara tidak baik..

ia menganjurkan keamanan dan perpaduan, bukan perpecahan dan rusuhan…

hukumannya pula bukan untuk menyiksa, tetapi sebagai pengajaran..

hukum hakamnya untuk kebaikan dan kesejahteraan, bukan untuk kemudaratan dan kemusnahan…

Dan perlu diingat.. menegakkan hukum Allah bukan semesti dengan satu cara sahaja. Ianya berhikmah bergantung kepada masa dan keadaan. Bukan semberono berdakwah dan menegakkan hukum. Lain orang, lain cara…

Mungkin soalan-soalan yang ternukil di blog Tunku Aisha boleh membantu (juga tazkirah yang sudah disiarkan sebelum ini.. seperti ini dan ini). Renungkan dan bertindaklah.. dan harapnya berterusan sehingga ke akhir hayat…

Buat Menteri Besar Selangor dan kerajaan Selangor di bawah kepimpinannya.. saya doakan agar kemelut di Selangor dapat diselesaikan dengan baik. Pada pendapat saya, jangan dipilih untuk menuding jari kerana ianya tidak dapat menyelesaikan masalah. Saya pasti YB dapat bertindak sewajarnya dengan sokongan Pakatan Rakyat yang bijak dari segenap sudut.

Dan kepada yang lain, jadikanlah apa yang berlaku di Selangor itu satu pengajaran dan iktibar. Sesungguhnya bukan mudah untuk menjadi pemerintah. Kata seorang yang tidak memikul tugas dan kata orang yang memikul tugas beza timbangnya. Bagi yang membangkang pula, jadilah pembangkang yang membawa kebaikan kepada rakyat dan yang ada nilai. Bukan mencari kesalahan kepimpinan yang ada dan mencari keburukan semata.

OnDaStreet mengharapkan Nuzul Quran kali ini dapat menjadi titik tolak untuk kita menjadi lebih baik.. dan mendoakan ianya menjadi titik tolak kepada politik Malaysia yang lebih sihat. Cukup-cukuplah…

Persoalan dijalanan: Ramadhan kali ini lebih baik, sama atau kurang daripada yang sebelumnya?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s