Tazkirah Jumaat: Al-Quran dan Ramadhan


Pada minggu lepas, saya tidak tersempat untuk “online” untuk edisi tazkirah jumaat saya buat renungan saya dan para pembaca. Saya pohon maaf kerana gagal berkongsi tazkirah buat bacaan kita bersama.

Minggu ini, saya ingin kongsikan sebuah artikel nukilan seorang hamba Allah. Mudah, namun menarik. Artikel tersebut bertajuk “Perlahankanlah Bacaanmu

Semalam, seorang sahabat saya berkata:

“Hebat lah ada orang tu. Dia khatam Al-Quran dalam dua hari je”

Ya. Perkara lazim apabila Ramadhan menjengah adalah mengkhatamkan Al-Quran. Saya lihat, ada macam-macam ragam orang yang cuba mengkhatamkan Al-Quran. Kebanyakan yang saya lihat, mereka akan berusaha mengkhatamkan Al-Quran secepat mungkin. Ada juga yang mengkhatamkan Al-Quran sebanyak mungkin.

“Aku khatam dalam masa 15 hari je. Hebat gila”

“Ramadhan kali ni, aku khatam tiga kali. Sehari aku baca 3 juzu’”

Tahniah saya ucapkan. Semoga amal-amal anda dikira.

Tapi di sini, saya hendak mengajak anda kepada satu dimensi baru.

Bukan khatam berapa banyak atau berapa cepat.

Tapi saya hendak mengajak anda, memperlahankan bacaan. Bukan perlahankan suara anda agar menjadi rendah. Tetapi perlahankan kelajuan bacaan anda.

 

Masuk je Ramadhan, biasanya tubuh kita akan menjadi ringan. Ringan nak buat baik, ringan nak beramal. Ya lah, bayangkan ya, di bulan-bulan biasa, nak baca satu muka surat Al-Quran pun susah. Tapi bila masuk Ramadhan, kebanyakan manusia berlumba-lumba mengkhatamkan Al-Quran.

Ada yang sanggup baca sehari dua-tiga juzu’ semata-mata nak khatam Al-Quran banyak atau cepat. Walaupun dia sebenarnya pada bulan-bulan, Al-Quran pun susah nak sentuh.

Ini adalah sebahagian daripada kelebihan Ramadhan.

Jadi saya mengajak diri saya dan anda, apa kata kita perlahankan bacaan kita?

Ya, mungkin pelik ajakan saya ini. Perlahankan bacaan? Nampak macam tak best kan? Nampak macam amal jadi sikit.

Tapi saya mengajak kita perlahankan kelajuan bacaan kita.

Cuba kita fikir, kita khatam 3-4 kali dalam Ramadhan ini, apakah yang kita faham akan isi Al-Quran?

Bukankah itu satu kerugian? Kita khatam la 10 kali pun, apakah khatam Al-Quran kita itu bermakna?

Saya tak nafikan, kita dapat pahala. Tetapi apakah maknanya kita membaca Al-Quran semata-mata tanpa mengambil peluang mentadabbur isinya?

Pada saya, siapa yang melepaskan peluang ini, maka dia dalam kerugian yang nyata.

Ya lah, di bulan Ramadhan, tubuh kita diringankan dalam berbuat kebaikan. Kita dapat khatam 2 kali. So, kenapa kita tak ubah sikit. Mungkin sekali kita khatam dengan membaca ayat-ayatnya, dan sekali lagi kita khatam dengan membaca maknanya. Tak pun, kita perlahan-lahan, baca dua-dua.

Ada pula sebahagian manusia lain, bila khatam sahaja Al-Quran, dia tak sentuh dah.

“Ha, habis pun 30 juzu’, selesai” Seronoknya dia. Kemudian tak pegang dah Al-Quran walaupun Ramadhan masih berjalan.

Seakan-akan, mengkhatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan, menjadi satu bebanan yang mesti dilangsaikan segera. Kalau tak selesai, hidup tak senang. Kalau tak habiskan, nanti bila kawan tanya, malu.

Maka, apa guna kita baca Al-Quran?

“Eh tak boleh. Kita kena khatam, baru namanya Ramadhan. Ramadhan apa kalau tak khatam Al-Quran”

Ya ke?

Saya teringat akan seorang lagi rakan saya. Saya pernah bertanya dia semasa bulan Ramadhan tahun lepas.

“Enta dah berapa juzu’?”

Dia jawab: “Ana kali ini tak baca macam tu. Ana baca perlahan-lahan sambil baca makna dan sambil buka kitab tafsir. Sekarang baru masuk Surah Ali Imran”

Sedangkan hari itu adalah hari ke 23 Ramadhan.

Ya, kita mungkin nampak macam amal dia sikit. Tapi pada saya, amal dia yang sikit itu berkualiti. Kenapa? Amal dia yang sikit itu, berjaya memberikan tenaga tambahan dalam dirinya bagi menjadi hamba Allah sepanjang 11 bulan yang lain. Mungkin dia terkesan dengan beberapa ayat Al-Quran yang ditelitinya, menyebabkan dirinya tertingkat.

Berbanding kebanyakan orang, dia khatam di bulan Ramadhan, di bulan lain tak sentuh Al-Quran. Khatam di bulan Ramadhan berkali-kali, bila tanya fasal Al-Quran, tak tahu apa-apa.

Di sini saya melihat, kita tidak perlu tergesa-gesa mengkhatamkan Al-Quran.

Perlahankan bacaan anda. Al-Quran ini adalah mukjizat. Jangan kita gopoh dalam berkomunikasi dengannya. Kita perhatikan ayat-ayat Allah SWT dengan teliti, kalau ada kitab tafsir, kita buka. Barulah pembacaan kita bermakna.

Kita bukan nak jadi hamba Allah pada bulan Ramadhan sahaja. Saya agak kesal dengan sikap sebahagian orang yang masuk bulan Ramadhan, sikapnya tak ubah seperti malaikat. Bila keluar, dia jadi orang yang lain.

Akhirnya, kita nampak orang melayan Ramadhan ini seakan-akan lesen untuk buat dosa di bulan lain.

“Ramadhan haritu aku amal banyak dah. Banyak pahala aku. Ya la, siapa puasa kan pahalnya ganda dua. So, boleh la buat stok untuk back up dosa-dosa aku masa bulan lain ni”

Em… Ada pernah terfikir macam itu?

Sepatutnya, Ramadhan ini kita ambil peluang di dalamnya untuk membantu peningkata kita pada bulan-bulan lain.

Hadiah Ramadhan adalah taqwa.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Al-Baqarah 183.

Dan taqwa itulah bekalan kita sepanjang 11 bulan nanti.

Berbekal lah kamu, dan sebaik-bekal adalah taqwa. Al-Baqarah ayat 197.

Jadi, hendak dapatkan taqwa itu, bukan hanya lapar dan dahaga. Kita perlukan pengisian. Antara pengisian wajib di bulan Ramadhan adalah Al-Quran. Kita menjadi ringan membaca Al-Quran di bulan Ramadhan. Rasa tubuh ni macam kapas je mencari Al-Quran. Punggung tak panas pula duduk lama-lama baca Al-Quran di bulan Ramadhan.

So, apa kata kita ambil peluang ini. Kita perlahankan bacaan kita. Sehari satu juzu’, tapi sekali dengan baca maknanya.

Mungkin, di situ ada sesuatu yang lebih besar untuk kita, dari sekadar mengkhatamkan Al-Qurann semata-mata.

Sekadar perkongsian.

Mari kita berdoa, agar Allah memberikan kita rezeki, untuk menjadikan Ramadhan kali ini sebagai titik perubahan kehidupan kita, dalam menjadi hamba-Nya yang diredhai.

ps: dah berapa juzu’ baca Al-Quran?

Nukilan OnDaStreet: Satu artikel yang menarik pada pandangan saya. Tidak dapat tidak, saya bersetuju, terkadang antara kita berlumba siapa habis awal membaca kalam Allah, walhal tidak dapat memahami walau terjemahannya.

Dan perlu diingat, menterjemah dan mentafsir ayat-ayat Al-Quran bukan boleh dilakukan secara terus, kerana disinilah indahnya Al-Quran. Bergurulah kalau betul-betul mahu mengkaji Al-Quran.. dan pastikan tempatnya betul.. jangan sesuka hati mengambil bulat-bulat terjemahan menjadi tafsiran. Bahaya!

Semoga apa yang ternukil oleh penulis asal artikel ini dapat diambil pengajaran dan tindakan yang sewajarnya.

Wallahualam..

2 thoughts on “Tazkirah Jumaat: Al-Quran dan Ramadhan

  1. Salam ODS,

    Bagus artikel ni. Buat saya terfikirkan diri sendiri🙂 Banyak dosa selama ni, jadi bila ada peluang dapat pahala berganda masa Ramadan ni, buatlah..cover sikit dosa2 tu !!

    Sebenarnya ramai dari kita punya niat baik, mahu beribadat. Tapi kita jarang nak berfikir apakah cara yang kita lakukan itu adalah yang terbaik. Yang penting kita rasa niat kita tu betul dah.. wallahualam..

    ODS: Mudah-mudahan kita dapat mengambil iktibar daripada artikel ini.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s