PAS dijangka ulangi 5 amanat di Permatang Pasir ~ Harakahdaily.net


Berikut adalah laporan daripada Harakahdaily.net:

Oleh ANUAR AHMAD
Sun | Aug 16, 09 | 12:44:51 pm MYT

PERMATANG PAUH, 16 Ogos: PAS dijangka akan terus menggunakan prinsip �5 amanat pimpinan PAS kepada ahli PAS� untuk pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, 25 Ogos ini. Prinsip ini telah digunapakai semasa Pilihanraya Kecil DUN Penanti hujung Mei lalu.

“Kita akan terus menggunakan prinsip itu dan akan ditambah lagi dengan pelbagai agenda dalam usaha kita memenangi pilihanraya itu nanti,”kata seorang pegawai Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang.

5 prinsip itu ialah:

1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah
2. Memperlihatkan akhlak mulia sebagai muslim
3. Menjadi ahli yang patuh kepada arahan pimpinan parti
4. Istiqamah dalam memenangi Pakatan Rakyat
5. Turun mengundi bagi yang layak untuk mengundi.

Pada PRK DUN Penanti, Mei lalu, PAS telah bekerja keras bagi memastikan calon Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mansor Othman menang dengan bergaya.

Kali ini, PRK DUN Permatang Pasir yang juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh, Persuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man telah terpilih menjadi calon dan awal-awal lagi kesemua saf kepimpinan Pakatan Rakyat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi.

DAP merupakan komponen PR yang pertama menubuh jentera pilihanrayanya dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Taman Ciku, Bukit Mertajam kelmarin (15 Ogos) manakala PKR pula menggerakan secara rasmi jenteranya malam ini (16 Ogos).

Sementara itu, Rabu lalu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ir Nizar Jamaludin (gambar) telah memulakan kempen PRK Dun Permatang Pasir di Masjid Batu berhampiran pekan Permatang Pauh.

“Saya berasa bertuah kerana berpeluang memulakan kempen pilihanraya di sini. Marilah kita jadikan kemenangan PRK ini sebagai satu mesej penolakan terhadap keangkuhan Barisan Nasional, dan kebiadaban UMNO yang terang lagi nyata,”katanya.

Nizar yang juga Menteri Besar Perak yang digulingkan BN mahukan setiap ahli PAS atau penyokong Pakatan Rakyat berkerja keras bagi menjamikan kemenangan calon PAS dengan lebih hebat lagi bergaya.

Baginya terdapat pelbagai strategi yang boleh disusun bagi menghadapi ranjau UMNO/BN.

“Saya harap setiap ahli PAS akan berjaya `menakluk� 5 rumah penyokong atau ahli UMNO/Barisan Nasional. Pujuklah mereka dan pastikan mereka mengundi kita,” katanya. Dia juga mengingatkan yang UMNO/BN akan lakukan apa saja untuk memuaskan nafsu mereka. Mereka akan curahkan jutaan ringgit untuk memenangi calon mereka seperti yang dilakukan di Manek Urai, Kelantan bulan lalu.

“Sebab itulah pemimpin UMNO/BN memukul canang yang mereka akan menggunakan strategi yang dilakukan di Manek Urai untuk meranap PAS,”katanya.

Nukilan OnDaStreet: Amat bagus 5 prinsip yang diberikan oleh Tuan Haji Hadi, dan saya harapkan parti-parti lain serta penyokongnya dapat mengambil contoh daripada 5 prinsip itu. Dan harapnya bukanlah sekadar untuk pilihanraya, kerana setahu saya, kita harus istiqamah dalam melakukan sesuatu yang baik.

Namun, satu yang saya musykil… dahulu di suatu ketika Tuan Guru Nik Aziz kata Tuhan pun mencarut…dan sejak itu, saya rasa semakin ramai suka mencarut (walaupun tabiat mencarut ni sudah lama..cuma bezanya, kali ini dengan seorang yang alim dan arif tentang agama mengatakan begitu, secara tidak langsung “mengizinkan” orang mencarut.). Apakah mencarut itu termasuk dalam perkara no.2 di atas iaitu memperlihatkan akhlak mulia sebagai muslim? Muliakah mencarut?

Janganlah disalah fahami artikel ini. Apa yang cuba saya sampaikan adalah, tiada siapa yang sempurna ketika ini. Tiada siapa yang boleh mengatakan dia lebih Islam daripada orang lain, samada dengan cara menuding keburukan yang dibawanya. Janganlah berlumba-lumba menuding keburukan orang lain. Bukankah lebih baik kita sesama umat Islam saling ingat-mengingati dalam keadaan yang baik dan positif.

Dari segi politik, Barisan dan Pakatan, kedua-duanya ada kelemahan. Tiada siapa yang sempurna. Jangan kerana gagal sebahagian, keseluruhannya terus dianggap busuk dan tiada langsung kebaikan. Panduan Islam bukan terletak pada parti UMNO atau PAS, apalagi Barisan atau Pakatan, tetapi Kalam Allah dan As-sunnah. Jangan dipolitikkan agama.  Tiada salahnya bercanggah pendapat, tetapi jangalah sampai berlumba isu siapa yang lebih menghina Islam kerana ianya membawa lebih banyak keburukan. Tolonglah!

2 thoughts on “PAS dijangka ulangi 5 amanat di Permatang Pasir ~ Harakahdaily.net

  1. isu mencarut itu sudah dijelaskan oleh nik aziz. mungkin kita boleh memaafkannya oleh kerana bahasa yang digunanya agak kasar dan “gila” sedikit. tidak mengapalah, org tua. tapi sokong umno masuk neraka itu lagi mencuit pankreas saya! huihuihui

    ODS: Terima kasih Doc Sid di atas komen saudara. Saya hormati TGNA kerana ilmu dan peribadinya, tetapi tidak berapa setuju dengan cara berpolitiknya kebelakangan ini.

  2. Dr. Sid

    did tgna really utter those words or it’s being spinned by the racist utusan and some berita harian? i don’t know whether he did or did not, but i hope truth will prevail.

    tgna’s remark aside, let’s see how UMNO will be stripped into embarassment this coming by-election.

    UMNO will be nothing but history.

    ODS: jebat’s fren, yes, if not mistaken, those were the words… and if not mistaken caught by camera (audio/visual, but I have none).

    For me, come this by-election, it has no significant change in Penang Government or seats controlled as to the seat was won by PAS of Pakatan, not Barisan. Win or lose, Penang will still be under Pakatan. That is why, I am not excited with all by-elections since GE12. The matters that concerned me are the work done and carried out for the people by both of the coalition.

    Thank you for your comments.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s