Hassan Ali, Ronnie Liu sepakat isu ‘Arak’ selesai ~ Harakahdaily.net


Berikut adalah khabar yang dibawa oleh Harakahdaily.net:

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) – Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.

Kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicanna dekat sini petang tadi.

Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.

Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.

Turut hadir di sidang media yang dibuat sejurus selepas Seminar Pakatan Rakyat di Tropicana, ialah Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali beserta barisan pimpinan parti masing-masing.

Dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat akan ditubuhkan di peringkat pusat bagi memantapkan lagi dasar dan pelan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat.

Seminar itu juga adalah bertujuan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekaligus cuba menangkis pelbagai tohmahan dan serangan ‘pyswar’ yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno mutakhir ini. – azm

(Berita lanjut menyusul) _

Ulasan OnDaStreet: Selesai sudah satu isu dari sudut perlesenan. Daripada pemahaman saya, ini bermakna tiada lesen baru yang akan dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor, dan saya harapkan ianya benar-benar berlaku. Bukan mahu bersikap skeptikal, tetapi saya pasti semakin ramai yang mahukan pemimpin-pemimpin (baik Barisan atau Pakatan) “walk the talk”, bukan sekadar menanam tebu di tepi bibir. Harap pembaca janganlah menyalah ertikan pandangan saya.

Kepada pemimpin-pemimpin Barisan, nah, satu isu Pakatan selesai. Harap anda juga “up to the standard” dan jangan jatuh “standard”.🙂

Kepada pemimpin Islam Pakatan, banyak lagi yang perlu ditegakkan sebagaimana yang telah dilaungkan. Jangan berhenti. Jauh lagi perjalanan anda.🙂

OnDaStreet juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Asri (penyanyi nasyid daripada kumpulan Rabbani) yang telah pulang ke penciptaNya tengahari tadi. Al-Fatihah.

Persoalan dijalanan: Bukankah elok kalau masing-masing bersaing berbuat kebaikan. Oh ya, Ramadhan hampir tiba… apakah umat Islam sudah bersedia?

4 thoughts on “Hassan Ali, Ronnie Liu sepakat isu ‘Arak’ selesai ~ Harakahdaily.net

  1. Yang dikatakan selesai itu, tak ada yang baru pun. Jika arak masih dijual di kawasan majority Islam, PAS masih gagal. Ingat itu janji PAS!

    ODS: Selesai peringkat awal, belum penghabisan. Kerana itulah saya tulis:

    “Kepada pemimpin Islam Pakatan, banyak lagi yang perlu ditegakkan sebagaimana yang telah dilaungkan. Jangan berhenti. Jauh lagi perjalanan anda.”

    Saya masih menunggu arus perubahan yang dijanjikan. Dan dalam masa yang sama, saya pasti rakyat menantikan perubahan yang sihat daripada Barisan dan Pakatan.

    Terima kasih diatas komen pakcik Dal.🙂

  2. Semoga roh beliau dicucuri rahmat ALLAH s.w.t.
    Hilang yang tiada berganti…

    SJ mengenalinya sebagai seorang yang soft-spoken dan sgt beradap. Kenangan bertemu beliau dahulu tetap terpahat.
    ……………………………………………………….

    Saya amat berharap agar pengusaha2 premis yg beroperasi 24 jam dapat mematuhi peraturan yang ditetapkan

    ODS: InsyaAllah, mudah-mudahan..🙂

  3. Salam ODS,

    Keyphrase – ‘tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu’. Permit baru:
    1- adakah ia bermaksud permit yang sedia ada tapi perlu diperbaharui setiap tahun atau 2- untuk permohonan baru saja yang tidak dikeluarkan tapi yang sedia ada boleh diperbaharui ?
    -jika yang pertama, adakah ia bermaksud mulai tahun depan penjualan arak akan diphase out
    -jika yang kedua, adakah ia bermaksud kedai yang sedia menjual sekarang akan tetap menjual arak sampai bila2 ? cuma tidak ada tambahan kepada bilangan premis menjual arak daripada yang ada sekarang

    Saya fikir mungkin yang kedua..apa yang ubah?

    ODS: Pemahaman saya, permit untuk perniagaan baru. Jika seperti perkara “1)”, lagi bagus. Jika “2)”, setidak-tidaknya penambahan perniagaan baru untuk arak dapat disekat. Kiranya “ubah” dalam konteks tiada permit baru..kut?

    Akan tetapi, jika langsung tiada kesan, bermakna ini cuma sandiwara. Dan yang hebatnya, umat Islam Malaysia ditipu oleh umat Islam Pakatan.🙂

    Saya nantikan perubahan yang positif dan kata-kata yang pemimpin Islam dalam Pakatan yang harus dikotakan.

    Terima kasih di atas komen saudara dinturtle.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s