Anti-ISA: Siapa Mahu Bayar?


Berikut adalah laporan Berita Harian susulan daripada Perhimpunan Anti-ISA yang menyesakkan ibu kota Kuala Lumpur Sabtu lalu:

Penganjur demonstrasi perlu bayar RM500,000

KUALA LUMPUR: Peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini yang mengalami kerugian besar berikutan perhimpunan haram pada Sabtu lalu akan menuntut ganti rugi daripada penganjurnya.

Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman yang mendakwa kerugian kira-kira RM500,000 bercadang mengemukakan tuntutan itu daripada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang menganjurkan perhimpunan itu.

Pengerusinya, Kamarudin Ibrahim, berkata pendapatan kira-kira 200 ahli terjejas teruk kerana kebiasaannya kawasan berkenaan dikunjungi ramai pelanggan pada hujung minggu.

“Perniagaan mereka biasanya meningkat pada hujung minggu, terutama menjelang musim perayaan tidak lama lagi. Kita akan membuat tuntutan tetapi tidaklah yang keterlaluan,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, persatuan akan berjumpa dengan ahli yang terbabit sebelum menemui Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah bagi meminta bantuan Biro Pengaduan Awam (BPA) untuk menyaman GMI.

Murugiah berkata peniaga dan orang ramai yang mengalami kerugian boleh menuntut ganti rugi daripada penganjur perhimpunan itu.

“Mereka yang terbabit boleh membuat aduan kepada pejabat BPA terlebih dulu di Jalan Sentul di ibu negara. Kita akan mencari cara supaya kerugian peniaga dapat dituntut daripada organisasi yang menganjurkan perhimpunan itu.

“Kita akan mengambil tindakan terhadap penganjur tidak bertanggungjawab yang mengabaikan kesejahteraan dan pendapatan rakyat,” katanya kepada Bernama.

Perniagaan lain yang terjejas ialah dua pasar raya borong Mydin di Jalan Masjid India.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin mendakwa kerugian kira-kira RM300,000 akibat pengurangan 50 peratus jualan yang sepatutnya diperoleh dua pasar raya itu.

Beliau juga mendakwa menanggung kerugian pada Jumaat dan Ahad, iaitu sehari sebelum dan selepas perhimpunan kerana nilai jualan merosot 20 hingga 30 peratus.

Jurucakap pusat belah belah Kompleks Pernas Sogo pula berkata pengurusan syarikat akan mengadakan mesyuarat esok bagi menilai anggaran kerugian dan sebarang tindakan lanjut akan diambil selepas mesyuarat.

Kelmarin, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata perhimpunan itu menyebabkan peniaga kecil dan pusat beli-belah serta sektor pengangkutan awam dan pelancongan mengalami kerugian sehingga RM200 juta.

Sementara itu, Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Pembela Negara (Magaran) mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi membantu peniaga dan orang awam menyaman serta menuntut ganti rugi daripada GMI.

Penasihat Undang-Undangnya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, berkata peniaga serta orang awam yang terjejas dan mengalami kerugian, sama ada dalam bentuk kerosakan harta benda atau kecederaan fizikal boleh menyalurkan maklumat kepada jawatankuasa berkenaan.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengumpulkan semua maklumat yang boleh disalurkan melalui emel ke alamat demorugi@gmail.com atau hubungi telefon 012-9770412.

“Kita mahu mengumpulkan semua data kerugian dan akan melantik peguam. Kita akan menyaman penganjur di mahkamah, menuntut ganti rugi setiap sen yang peniaga serta orang awam rugi pada hari itu. Kita akan saman GMI di mahkamah,” katanya.

 

Bagi saya, ini bukan sesuatu yang menghairankan. Mengambil kira tempat perhimpunan berlangsung, sudah tentu kegiatan perniagaan di tempat tersebut terjejas. Dan ramai yang sedia maklum bagaimana sesaknya tempat tersebut dihari minggu (malah hari-hari biasa) dengan aktiviti yang menjana pendapatan bagi golongan peniaga di tempat tersebut. Bukan sahaja Sogo dan Mydin, golongan peniaga kecil juga sudah tentu terjejas.

Adilkah perhimpunan tersebut kepada peniaga kecil? Apakah dosa mereka kepada golongan yang datang ke perhimpunan anti ISA kerana mahu kerajaan memansuhkan ISA? Jika ya pun kerajaan itu berdosa kepada semua yang berkumpul pada hari tersebut atas hukuman ISA (saya ragui kesemua yang berkumpul pernah ditahan dibawah ISA), apakah wajar peniaga-peniaga tersebut dihukum sama?

Bagaimana pula ya peniaga-peniaga di kawasan masuk Kuala Lumpur yang saya rasa turut terjejas dek perhimpunan anjuran GMI?

Persoalan di jalanan: Adakah wajar kita membawa isu ke jalanan? Lebih banyak keburukan atau kebaikan?

 

4 thoughts on “Anti-ISA: Siapa Mahu Bayar?

  1. Salam ODS,

    Saya faham ia isu serius kerana saya juga berniaga kecil2an…tapi dalam soal nak menyaman penganjur ni… tak payah buat lawak la. Siapa nak tanggung kos mahkamah sedangkan ia akan drag forever.. menuduh dan sebagainya, another episod layar lara. Isn’t that what anwar wants – another diversion ?

    What started as an attack strategy could be turned into their advantage. Not good.

    To ur street question – jawapan berbeza bergantung kepada which side u on. Oya, balik to my previous comment about the ‘returning soldier’ dari medan perang di KL, saya ada tanya bagaimana dengan kerugian orang awam kesan demo itu…. jawabnya ‘collateral damage’ to a greater cause ( dia jawap dalam BM, saya saja nak tunjuk terer gak speaking )

    ODS: Kalau diikutkan keadaan, saya rasa memang kurang masuk akal, melainkan penganjur “gentleman” nak bayar ganti rugi kepada para peniaga.

    Tindakan menyaman ini pada saya satu “gesture” atau isyarat kepada penganjur demonstrasi supaya jangan suka hati berdemonstrasi kerana orang lain juga punya perasaan dan harus dihormati.

    Bagi saya, tunjuk perasaan dijalanan bukan cara yang sesuai. Apatah lagi dengan cara yang dilakukan oleh GMI. Tidak menunjukkan kebijaksanaan yang seharusnya dimiliki oleh orang yang berilmu.

    Tentang “returning soldier” itu, saya tidak terkejut dengan jawapannya, kerana dia merasakan kerosakan itu perlu. Jika benar ianya perlu, saya rasa ketika ini, ramai yang akan mengutuk kerajaan daripada mengutuk GMI. Akan tetapi itukah yang berlaku? Adakah peniaga menyaman kerajaan..atau penganjur?

    Ahli politik (Barisan dan Pakatan) kata rakyat bijak. Gunalah kebijaksanaan untuk menilai.

    Terima kasih saudara Dinturtle.🙂

  2. Salam ODS,

    Walaupun saya anggap tindakan menyaman hanya sia2 tapi kerajaan tetap perlu bertindak keatas penganjur demo tersebut. Secara terang, mereka mengingkari arahan polis dengan meneruskan demo, saya rasa jika tiada apa2 terhadap mereka/penganjur, perkara ini akan tetap berulang, on a regular basis. Kerana mereka akan menganggap remeh arahan polis dan rakyat akan melihat ini sebagai satu kelemahan pihak berkuasa.

    Bukan saya mahukan negara diperintah secara ‘keras’ tapi jika saya sendiri hormat pada authority figure seperti polis dan ‘takut’ pada polis trafik, saya expect perkara sama juga dari orang lain. Dan jika tiada tindakan dikenakan keatas mereka yang telah dengan sengaja mengengkari arahan polis, melakukan sesuatu tanpa permit kebenaran pihak berkuasa, memaki hamun polis secara berdepan (no respect whatsoever), saya yakin selepas ini bila berjumpa polis, sedikit kalau tak banyak pun, akan hilang rasa respek pada authority mereka. Dan bukan saya seorang, mungkin ramai lagi law abiding rakyat akan punya rasa yang sama.

    Bukan merujuk kepada demo itu atau apa signifikannya pada mereka yang menyokong tapi perbuatan mereka yang melanggar undang2 itu pada dasarnya perlu dihukum mengikut undang2 juga. Itu saja, tidak ada sentimen politik atau perkauman tapi law and order yang kita pertahankan selama ini.

    Kalaupun kita hendak bebaskan mereka atas dasar kemanusiaan atau untuk mengelakkan masalah yang lebih besar, tetap tunjukkan bahawa SETIAP RAKYAT MESTI PATUH PADA UNDANG2.

    ODS: Salam saudara Dinturtle.

    Ya, dari satu sudut, penunjuk perasaan ini perlu “ditunjukkan” undang-undang bukan sekadar catatan di atas kertas, tanpa mengira daripada mana kumpulan penunjuk perasaan ini.

    Yang pasti, pada hari Sabtu hari itu satu kejayaan telah dicapai – mereka berjaya menyusahkan rakyat yang berada di Lembah Klang, terutama sekitar Kuala Lumpur.

    Terima kasih diatas komen saudara Dinturtle.🙂

  3. peniaga2 ni ada lesen meniaga yg sah ke?

    ODS: Kalau yang tiada lesen, jangankan dapat gantirugi, silap haribulan kena saman kembali.

    Setidak-tidaknya, peniaga-peniaga yang sah ada lesen pun terjejas. Bagaimana dengan mereka?

    Terima kasih a.🙂

  4. I support Anti-ISA march. Simply because the govt does not listen and don’t want to abolish. Review is just an empty promise which I know how to pay lip service if I am the Home Minister.

    You are a pro-govt and pro-ISA and that’s the reason why you condemn the marchers. If the police did not use force to break up, isn’t that just a peaceful march. What the fuss of police setting roadblocks and inconvenient people like us?

    Cut all this rhetoric and bullshit about suing and wanting GMI to pay. The people have the right to voice their discontent and they did not rush to the shop to loot others’ properties. It was the police who turned it into an ugly protest.

    the UMNO also protested a lot and caused havoc. Then the peniaga should also sue the govt and UMNO since UMNO is the govt? Am I right?

    ODS: I do support the act for safety reason, not because who rule, who are not. The act has served majority of Malaysians since it being created. As I wrote, there are millions of Malaysians’ life that are not affected by ISA as they live in a normal life. If ISA disturb a normal life, then something is wrong. But does that happen?

    Try to think of this – even if the police is there and GMI claim it to be peaceful, should normal people be mad at the protestors or the police? If it is a peaceful march, is it deemed appropriate to be done in the middle of the city where traffic is heavy? Isn’t this peaceful march will cause traffic even though police is not there?
    An accident can cause such heavy traffic, whatmore thousands of people marching on the streets?

    And my friend,
    PDRM is not UMNO. UMNO is nowhere near the cause of the scene. How can you pin this to UMNO? And my dear friend, I did write an article entitled “Anti-ISA v Pro-ISA: Jangan Susahkan Rakyat”, which in a way, if really both of the group caused trouble for Malaysians for their act, I disagree with such act.

    If you happen to notice, I do not agree to such act that is/are against good values. Even I do not agree with any insults, by wat of article or comments.

    Thank you.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s