Anti-ISA v Pro-ISA: Jangan Susahkan Rakyat


Seharusnya hari minggu merupakan hari yang tenang, hari yang membolehkan keluarga keluar bersama, mengeratkan silaturahim kerana sepanjang minggu bekerja. Namun, hari ini, penduduk Lembah Klang tidak senang duduk. Saya pasti banyak perancangan yang terbantut dan terlewat, dek kerana kesesakan yang melampau di bandar Kuala Lumpur. Bayangkan kenderaan yang bertali arus di sepanjang Lebuhraya Persekutuan. Saya rasa sesiapa yang ingin ke Mid Valley untuk menonton wayang mahupun bersantai bersama keluarga pasti terganggu ruang masa mereka. Apa lagi pasangan-pasangan yang sedang mencari dan membeli barang-barang untuk majlis perkahwinan mereka di Kuala Lumpur pasti lebih banyak meluangkan masa dalam kereta daripada melihat-lihat barang di kedai.

Akan tetapi, bagi sesetengah daripada kita, itu tidak penting. Apa yang lebih penting adalah agenda mereka yang pada mereka “akan menyelamatkan” rakyat Malaysia. Benarkah?

ISA pada saya seharusnya perlu, berdasarkan prinsip “mencegah lebih baik daripada mengubatinya”. Akta itu perlu bagi membolehkan anasir-anasir yang boleh memporak perandakan kestabilan dan keselamatan rakyat dicegah sebelum merebak. Pemansuhannya seumpama membiarkan sahaja apa jua “penyakit” daripada merebak, barulah kita cuba “mengubatinya”.

Jika rakyat Malaysia merasakan ISA itu perlu dimansuhkan, silalah lakukan secara intelektual, bukan secara jalanan. Ya, anda berhimpun “secara aman”, tetapi tempat dan cara anda berhimpun menyebabkan aktiviti-aktiviti mereka yang tidak terlibat terbantut. Anggota keselamatan melakukan apa yang difikirkan wajar bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Jika anda berhimpun secara aman, saya pasti tika ini, kuasa rakyat yang anda laungkan pasti berduyun-duyun menyokong anda. Pasti ramai yang tidak melangsungkan perkahwinan, bersantai bersama keluarga, pergi menonton wayang, berlibur bersama teman-teman, berekreasi di pusat-pusat sukan dan pergi ke perhimpunan awam menyokong pergerakan anda (baik pro dan anti ISA).

Adakah itu yang berlaku? Jika setakat beribu, tetapi kurang 10,000, saya rasa majoriti tidak begitu kisahkan agenda anda. Mengapa? Kerana yang ditahan di bawah akta ISA itu yang segelintir kecil daripada berjuta rakyat Malaysia. Yang tidak ditahan dibawah ISA itu adalah berjuta rakyat Malaysia yang menjalani hidup secara normal, menjalankan tanggungjawab seharian mereka, memastikan perut keluarga mereka terisi dan kesihatan keluarga mereka terjaga.

Tika dan saat ini, rakyat Malaysia lebih risaukan keadaan ekonomi daripada perkara yang lain, bukan ISA yang kononnya menyusahkan mereka. Apakah mencari sesuap nasi dengan menjalankan kerja kampung boleh ditahan dibawah ISA? Apakah berborak dengan rakan-rakan berkenaan mengenai BPL mahupun mutu persembahan bola sepak tempatan boleh ditahan ISA? Jika ada yang ditahan dibawah ISA sebab mengkritik atau memberi komen tentang bola sepak Malaysia, sila beritahu saya.

ISA tidak menyebabkan majoriti rakyat Malaysia “dalam kesusahan”. Mereka yang “susah” adalah mereka yang mempunyai agenda yang dilihat boleh menyusahkan rakyat Malaysia. Jika ideologi anda itu baik, aman, bersih, saya pasti, jika ditahan dibawah ISA sekalipun, rakyat Malaysia akan berada dibelakang anda. Rakyat Malaysia boleh menilai samada perjuangan anda itu membawa kebaikan mahupun keburukan. Jika ya ISA ini kejam, silalah lakukannya dengan mengundi pihak yang boleh memansuhkan ISA di PRU13.

Dan saya mahu lihat, pihak yang tidak mahu sebarang pencegahan menguruskan rakyat. Sebagai permulaan, oleh kerana majoriti yang anti-ISA itu datangnya daripada yang menyokong Pakatan, saya mahu 4 negeri Pakatan jangan gunakan sebarang akta dan undang-undang yang boleh mencegah sebarang pergerakan mahupun aktiviti yang boleh menyusahkan rakyat. Jangan gunakan sebarang langkah yang boleh mengelakkan daripada rakyat merana, baik secara sosial mahupun secara ekonomi.

Jika dakwaan harakah bahawa polis tidak menghormati Agong kerana anti ISA mahu menyerahkan memorandum, mengapa perlu berkumpul secara beramai-ramai? Apakah yang menyerahkan memorandum itu beribu-ribu tangan? Apakah yang akan menghadap Agong itu beribu orang itu? Saya rasa yang mengetuai dan merencanakan usaha ini pun tahu jawapannya.

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Jangan terhantuk baru nak terngadah. Fikir-fikirkanlah…

Pendapat dijalanan: Hari ini, baik pergerakan Anti ISA mahupun Pro ISA, anda telah berjaya menyusahkan rakyat yang berurusan di Lembah Klang. Tahniah diatas “kebijaksanaan” anda!

 

5 thoughts on “Anti-ISA v Pro-ISA: Jangan Susahkan Rakyat

  1. Saudara On De Street
    “Yang tidak ditahan dibawah ISA itu adalah berjuta rakyat Malaysia yang menjalani hidup secara normal, menjalankan tanggungjawab seharian mereka, memastikan perut keluarga mereka terisi dan kesihatan keluarga mereka terjaga.” Saya amat setuju.

    Syabas saudara Ibrahim Ali kerana akur pada arahan pihak berkuasa.

    Orang yang dikenal pasti yang hadhir dan memberi ceramah diperhimpunan haram ini mesti dihukum.

    They Are not above the law of this country

    mohamed

    ODS: Terima kasih di atas komen saudara Mohamed.🙂

  2. Sdr ODS,

    Ingin berkongsi pengalaman.

    Pada 1 Ogos itu, saya sekeluarga terlewat untuk menziarahi keluarga arwah. Sampai kerumah keluarga simati pun sudah hampir maghrib.

    Dalam berbual dengan anak si mati, beliau menceritakan bahawa beliau tidak sempat ke kubur untuk menyemadikan arwah ayahnya. Beliau terbang dari Sabah. Tidak sempat sampai akibat kesesakan jalan dari Airport.

    Harap-harap yang berdemo tu membaca nukilan Saudara kali ini. Soal ISA, telahpun di ambil perhatian. Ini bukan soal nak menyerahkan memorandum kpd Raja. Ini soal “mempolitikkan” keadaan. Siapa yang nak mengalih “spot light”? Siapa yang diperkudakan? Siapa pula yang susah?

    Mungkin anak si mati tidak rasa puas hati dalam hal ini.

    “NEGARA INI NEGARA BERDAULAT”

    Semerah Padi

    ODS: Terima kasih diatas komen saudara.

    Saya tumpang simpati kepada ahli keluarga tersebut. Cuma saya harapkan, jangan disimpan dendam terhadap mana-mana yang berkumpul untuk perhimpunan anti-ISA pada hari tersebut. Terimalah ianya sebagai satu ketentuanNya. Diharap ahli keluarga Allahyarham sentiasa dapat mengingati pemergiannya dengan sedekah Al-Fatihah, bukan kerana pergerakan anti-ISA.

  3. Salam ODS,

    Seperkara yang perlu kita terima, banyak mana kutukan, makian atau nasihat cara diplomasi, ia tidak akan mengubah pendirian mereka yang berdemo atau mereka yang punya niat berdemo tapi tak kesampaian. Tidak ada perasaan menyesal atau bersalah sedikitpun malah mereka berbangga dengan ‘pergorbanan’ yang telah mereka lakukan. Berjihad kata mereka..anytime, anywhere, we’d do it again.

    Setiap tuduhan yang kita lemparkan, mereka punya alasan sendiri. Ini saya tanya sendiri pada salah seorang dari pejuang demo yang pulang kekampung. Bangga giler kau ! Jadi hero sekejap bila dikerumuni orang di kedai kopi. Cerita yang pastinya di tokoktambah ajinomoto bagi tambah menyedapkan sajian halwa telinga pendengar.

    At the end, sesi menjadi gelanggang mengutuk Umno. Dan sipejuang menjadi hero of the day, bila jalan, lain macam lenggok.. perasan orang dok puji. Tapi ada satu soalan yang dia agak sukar nak beri alasan – dimana teman2 seperjuangan dari bangsa lain terutama rakan2 Dap.

    Kalau dalam permainan catur, mereka umpama askar/pawn yang bertaburan di papan, punya nilai kecil, rela dikorbankan pemain sebagai strategi seterusnya.

    Ini antara peluru yang telah diberikan pembangkang sendiri. Capitalise on that. Blog lain banyak yang menyentuhnya tapi cuma sekali itu je. Gunakan cara pembangkang, ulang2 tanyakan hal yang sama. Banyak dah peluru lama hanya digunakan sekejap, padahal ia boleh diguna pakai lagi berulangkali.

    senario ini yang banyak saya perhatikan – pembangkang tetap ulang2 isu lama walau banyak mana penjelasan diberikan. Bila isu baru timbul, mereka exploitkan sepenuhnya. sekiranya mereka kalah dalam isu baru itu, mereka kembali ke isu2 lama.Dan mereka yang anti pembangkang (tidak semestinya proBN), mereka sentiasa defensive, sibuk mempertahankan diri dengan setiap isu baru yang timbul.

    just my 2 cents take.

    ODS: Komen saudara mengingatkan saya kepada salah satu strategi dalam aktiviti perbahasan yang saya ceburi semasa di peringkat sekolah. Tidak dapat tidak, realitinya tidak jauh beza dengan tugas pembangkang membangkang apa jua yang dibawa oleh pihak kerajaan.

    Akan tetapi setidak-tidaknya, hakim perbahasan boleh memutuskan menang kalah, dan habis di gelanggang perbahasan. Namun, melihatkan mentaliti ahli politik kita dan “ketaksuban” penyokong-penyokongnya ketika ini, ketidak matangan jelas terpampang selain disertakan budaya yang tidak menyihatkan.

    Ahli-ahli politik kita selalu berkata, rakyat Malaysia semakin bijak menilai, tetapi ketika ini saya rasa seperti sesetengah ahli politik kita (serta penyokongnya) pula yang makin kurang bijak menilai dan bertindak sewajarnya.

    Terima kasih diatas komen saudara Dinturtle.🙂

  4. i saw many demo done by UMNO too. how come you don’t write something to condemn UMNO?

    UMNO demo in Penang, UMNO demo in bar council, UMNO demo at the Palestinian embassy, UMNO demo near some embassies some time back, UMNO demo in ipoh …. why didn’t the police arrest and catch them?

    rule of law is only applicable to non-UMNO. UMNO is above the law whether you agree or not.

    Without UMNO in Malaysia, definitely is a safer and better country.

    ODS: Yes, without any doubt, some UMNO members did do some demo and in fact, I did condemn them. If you care to read my article entitled “More ammos for Pakatan from UMNO“, you’ll find a para that I specifically condemn such act. I wrote:

    I do not know why should UMNO held the rally, really. I do not see other party do the rally. Where’s MCA, MIC, DAP and even PKR? Funny part, UMNO and PAS are the only parties doing the rally (I say PAS only due to I can only see serbans..if not just PAS, I stand corrected). I guess, I have to agree with Dato Ti on this – Melayu, Politik tak henti-henti. The second funny part is, KJ managed to do a rally, but none was arrested but Khir Toyo, on the other hand meet with failure. In the run for KP post, KJ seemed to be having the advantage with the Khir Toyo’s failure. However, I stand corrected when DAP Youth lodge a police report on KJ’s rally. So, 1-1, except for Dato Mukhriz. The PR’s argument do make sense in a way. Why should be double standard on rallies done. If it is illegal by law, one should not above all. So, if I am a PR member, I will ask the rakyat, where’s UMNO leader(s) head’s at? And certainly I will get some nod from rakyat. More ammos!”

    Subsequently, when MIC Youth did a rally in Penang for the Kg Buah Pala case,the youth leader also got arrested. In which, I do agree with the arrest done by the police.

    If readers care to read all my articles, this blog is against any kind of act that disturb the harmony and peace of Malaysians. Any act that can distrupt majority of Malaysians, be it done by politicians from Barisan or Pakatan or any NGOs or individuals, OnDaStreet does not agree with such act.

    Thank you.🙂

  5. All I can conclude is that UMNO has pushed the rakyat too far…too far…and we are retaliating based on what UMNO has done.

    It will not end until we see the collapse of UMNO (same with MCA and MIC). UMNO has no choice but to go. This is the chanting of those who are against UMNO. For many years, we have been very patient with the screw ups done by UMNO and it’s enough.

    What I meant by retaliating is not going on street for physical violence. It’s to bring UMNO down through vote and will not give it any chance to rule this country anymore. You may think it’s impossible but I think anything is possible. Even a black can become the President of United States.

    So is the fall of UMNO.

    ODS: It has been quite sometime since your last appearance here.🙂

    Well, if UMNO and Barisan did and do bad things and worse than Pakatan, by all means (just like you’ve said), show and push them by votes, not by retaliating is not going on street for physical violence.

    Thank you for your comment.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s