Guru Kini Mudah Cepat Sakit


Berikut adalah laporan berita yang saya dapati daripada Berita Harian:

Ustaz tampar murid ejek nama di sekolah

Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my


Muhamad Naufall menunjukkan bekas lebam di pipi kiri selepas di tampar oleh seorang ustaz.

Ibu dakwa tidak dimaklumkan kejadian

SINTOK: Seorang murid Tahun Empat sebuah sekolah rendah di sini, bengkak dan lebam di muka selepas ditampar seorang ustaz yang tidak puas hati dengan tindakan murid terbabit mengejek namanya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika murid terbabit, Muhammad Naufall Arif Azalan, 10, dikatakan dalam perjalanan memasuki kelasnya sejurus selesai perhimpunan pagi di sekolahnya itu.

 

Ia dikatakan berlaku akibat mangsa mengejek nama ustaz terbabit kepada rakannya sebelum rakannya memberitahu guru berkenaan yang kemudian naik berang. Berikutan itu, ustaz berkenaan mencari mangsa keesokannya kerana geram dengan ejekan yang dilemparkan terhadapnya.

Mangsa mendakwa dia ditampar empat kali oleh ustaz terbabit sehingga menyebabkan dia terhempas ke dinding bangunan sekolah.

“Kejadian itu turut disaksikan rakan tetapi mereka hanya mendiamkan diri dan tidak berani untuk membantu kerana takut dimarahi. Saya pun tidak berani melawan kerana bimbang dipukul lebih teruk lagi oleh guru terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Resak, Jalan Sintok, semalam.

Sementara itu, ibu mangsa, Che Mahanum Abdul Hamid, 43, berkata, dia terkilan kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kejadian itu kepada mereka dan hanya menyedarinya ketika menjemput anak keduanya itu di sekolah tengah hari kelmarin.

Katanya, dia terkejut apabila diberitahu Muhamad Naufall yang dia ditampar guru agama terbabit selepas melihat pipi kiri lebam dan dahi bengkak.

“Suami saya yang juga anggota polis di Balai Polis Kangar pergi ke rumah guru terbabit untuk mendapatkan penjelasan tetapi dia tetap menyalahkan anak kami.

“Saya kemudian membawanya ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. Mujur doktor memberitahu anak saya hanya cedera ringan dan tiada kecederaan dalaman. Kami kemudian membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, kira-kira jam 12 malam kelmarin,” katanya.

Che Mahanum berkata, guru itu tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap anaknya sehingga mendatangkan kecederaan sebaliknya menegur dengan cara baik sebagai memberi pengajaran.

~ Berita Harian, 16 Julai 2009

Ini antara kisah tempatan pada hari ini. Sesungguhnya, saya tidak tahu apa yang benar-benar berlaku diantara ustaz/guru dengan murid tersebut. Samada benar guru tersebut tidak bertanggungjawab, atau murid tersebut tidak menghormati gurunya.

Namun, jika melihatkan kepada puncanya dan sebagaimana yang diajar kepada saya tentang adab guru dan murid, maaf jika saya katakan murid tersebut gagal menghormati guru tersebut. Ya, dia seorang budak, tetapi jika tidak dididik dengan baik, mungkin lagi parah apabila meningkat dewasa. Ya, dia sekadar mengejek gurunya, tetapi bukankah itu tanda tidak menghormati guru? Dimanakah nilai adab dan sopan menuntut ilmu?

Dari satu segi pula, mungkin agak keterlaluan jika ditampar sampai lebam. Mungkin, niat di hati hendak mengajar, tetapi terlebih “dos”.

Inilah dilema guru-guru kita sekarang. Serba salah dibuatnya. Jika setakat menasihat menggunakan mulut, saya rasa belum cukup. Ada sahaja yang masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Mungkin juga tak masuk pun mana-mana telinga.

Akan tetapi, bila diambil tindakan disiplin, bersiap sedialah dengan kedatangan ibubapanya ke sekolah. “Kenapa anaknya dihukum sedemikian rupa” bakal ditanya, seolah anak-anak itu maksum sahaja lagaknya.

Kasihan guru-guru kita. Boleh sakit hati, sakit jantung dan sakit mental jadinya. Begitu susah hendak mendidik anak-anak bangsa. Tidak seperti dahulu, ibubapa siap menyerahkan rotan dan minta anak mereka dihukum, janji jangan patah riuk atau parah semata-mata untuk mendidik.

Dilema di jalanan: Apakah kemunculan “Anakku Sazali” bakal ditambah dari hari ke hari?

3 thoughts on “Guru Kini Mudah Cepat Sakit

  1. Kesian murid dan ibubapanya.

    Sepatutnya ustaz mencilikan mulut pelajar tersebut dan bukan menampar pipinya kerana yang bersalah adalah mulut, dan ibubapa pula patut disuruh berlari keliling padang kerana kurang memberi didikan kepada anaknya.

    ODS: Cili? Kalau 20 tahun dahulu, mungkin berhasil, tetapi tidak sekarang. Yang kasihan adalah guru, serba salah dibuatnya…

    Terima kasih kluangman di atas komen anda.🙂

  2. ibu bapa zaman sekarang berlebih-lebihan dalam memanjakan anak.
    saya setuju untuk katakan bahawa murid tersebud tidak beradap..lebih tepat lagi – biadap @ kurang ajar.
    bila anak buat salah, guru beri hukuman. tetapi ibu bapa tak terima anak mereka dihukum.

    bukankah anak yang biadap melambangkan bagaimana orang tuanya dan didikan yang diterima sejak dari rumah?

    org kata bapa borek, anak rintik..

    jadi… anak ini rintik kerana ibu bapanya borek..

    ODS: Mungkin ya, mungkin tidak. Terima kasih diatas komen saudara.🙂

  3. sekarang, guru tak ada harapan. hopeless ….. i may sound negative but it’s a fact.

    i won’t be surprised now some secondary students are more brilliant and intelligent compared to the teachers. the teachers should be taught and not teach.

    ODS: Hopeless? Maybe some do, but some don’t. The very least they are trying to do thier job. Only the question is, whether they commited or not? (Actually this question goes to ALL profession, be it PM or even maids.🙂 )

    Thank you for your comment, jebat’s fren.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s