Saga PPSMI: Terjawab Sudah…


Akhirnya, kerajaan Malaysia mengambil keputusan memansuhkan PPSMI berkuatkuasa 2012. Setelah beberapa tahun murid-murid “disajikan” dengan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa inggeris, mereka akan kembali menggunakan bahasa ibunda. Menurut Menteri Pelajaran kita, ini bukan keputusan politik, dan saya percaya barisan menteri kita sudah mengambil kira pelbagai sudut sebelum membuat keputusan tersebut.

Tidak lama dahulu, terdapat beberapa cadangan yang diambil kira dalam perkiraan membuat keputusan, antaranya:

  • Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;
  • Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda pada peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;
  • Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;
  • Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;
  • Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah;
  • Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda pada Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam; dan
  • Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah atau memansuhkan mata pelajaran Sains pada Tahun Satu hingga Tiga tetapi mengajar Sains dalam subjek lain.
  •  

    Nampak gaya, satu pun tidak termasuk dalam “penstrukturan semula PPSMI”, sebaliknya terus dimansuhkan dan kembali kepada bahasa ibunda masing-masing.

    Secara peribadi, saya lebih suka dengan cadangan awal seperti yang tercatit di atas. Setidak-tidaknya, anak-anak kita tidak begitu terkejut tika melangkah ke peringkat varsiti yang kebanyakan rujukan masih didalam bahasa inggeris. Mungkin agaknya Kementerian Pengajian Tinggi dan Dewan Bahasa Pustaka serta pejuang bahasa sudah punya perancangan dalam penterjemahan ilmu-ilmu sains ke dalam Bahasa Malaysia.

    Cuma satu kemusykilan saya buat pejuang bahasa malaysia – jika anda mahu memartabatkan Bahasa Malaysia, tidak haruskah anda juga memastikan rakyat Malaysia fasih berbahasa Malaysia sebagaimana alasan anda untuk mendesak kerajaan Malaysia memansuhkan PPSMI?

    Harapan OnDaStreet: Pejuang bahasa telah berjaya dalam salah satu usaha memartabatkan Bahasa Malaysia. Jangan berhenti, kerana tidak semua rakyat Malaysia betul-betul fasih berBahasa Malaysia. Perjuangan memartabatkan Bahasa Malaysia belum selesai. Banyak lagi usaha perlu digiatkan, termasuklah memastikan alih bahasa di televisyen betul terjemahannya, buku-buku ilmiah dalam bahasa inggeris dapat digunakan bila tiba saat mereka melangkah ke peringkat pengajian tinggi dan sebagainya.

    Teruskan usaha anda!!!🙂

    5 thoughts on “Saga PPSMI: Terjawab Sudah…

    1. Guru Melayu keluaran Universiti sekarang pun tidak pandai cakap Inggeris,apa akan jadi apabila kerajaan tidak dapat martabatkan Bahasa Inggeris selepas 2012. Pelajar-pelajar yang masuk kelas remove di tahun 1970an cukup mahir cakap Inggeris dan ada sesetengahnya menjadi guru di linkungan umur 40an dan mahir cakap Inggeris sekarang..Itulah hasilnya sekarang. contohnya daripada Maktab Perguruan mereka sambung belajar ke Universiti dan tidak bermasalah untuk buat rujukan buku yang ditulis dalam bahasa inggeris. Begitu juga kepada pegawai-pegawai kerajaan yang lain (yang masuk kelas remove dan sekolah inggeris) ,mereka sangat mahir berbahasa inggeris.Adakah langkah kerajaan memansuhkan PPSMI wajar untuk 20 tahun akan datang untuk menghasilkan generasi baru yang mahir berbahasan inggeris?Berkemungkinankah kesilapan hari ini akan menyebabkan pelajar melayu akan tetap ketinggalan dalam sudut keilmuan bahasa inggeris.Orang Cina dan India tidak ada masalah dengan Bahasa inggeris kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua mereka disetiap masa.

      ODS: Terima kasih saudara Wan Suhaimy.

      Saya cuma tertanya-tanya..jika Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua mereka..di mana letaknya Bahasa Malaysia bagi mereka ini? Fasih atau tidak? Kalau fasih, pada saya masih boleh diterima…kalau tidak, bagaimana pula?

      Apa komen pejuang bahasa yang mahu memartabatkan Bahasa Malaysia?🙂

    2. Assalamualaikum Sdr,
      Sedarkah kita bahawa dengan dasar baharu ini kita telah memperlekehkan bahasa melayu bukannya memartabatkan sebagaimana kata YB menteri pelajaran. SJKC/T akan menggunakan bahasa mereka makanya apa yang ada pada bahasa Melayu?. Kenapa kerajaan takut untuk dengan tegas mewajibkan pembelajaran/pengajaran di semua jenis sekolah dlm bahasa Malaysia agar bahasa Melayu betul-betul dimartabatkan. Di mana konsep satu Malaysia. satu bahasa…entahlah Saudara harga politik untuk orang Melayu terlalu murah dan nilainya untuk orang bukan Melayu terlalu tinggi. Syabas Malaysia!

      ODS: Waalaikumussalam. Saya pun agak kecewa dengan perkembangan terkini. Namun saya juga mahu melihat langkah kerajaan (terutamanya mereka yang berjuang dalam memartabatkan Bahasa Malaysia) yang seterusnya.

      Terima kasih di atas komen saudara.🙂

    3. i am back. Martabatkan BM doesn’t equal to bringing our country backward. When everyone is moving forward, why are we making decision that is politically popular and not really considering the future of students?

      Well, I am not too sure of the rural folks and I feel for them. As for me, I will make English, the first language for my family and we will continue to move forward. BM will be my second language (as ods knows i don’t even know how to read/write my own mother tongue) and my national language.

      As far as I could recall, because I have been using english for some time, I didn’t really have much problem when it comes to math in english when I was in college. And I knew many of my course mates who suffered inferiority in english because all the papers are marked in UK, hence many of them failed.

      It’s reality whether you like it or not.

      To the pejuang bahasa, I hope they will have open mind to know that now is about “survival” and let’s put aside all the pride about EXCEllent in BM or “must have” mother tongue under our belt.

      Can you get a job in Australia, Japan, HK, UK, Germany if you can either speak/write in BM or Mandarin or Tamil?

      That’s really a food for taught. All any MASTERs courses conducted in BM or Mandarin for our local Uni?

      ODS: It has been quite sometime since your last comment here. Thank you for your comment, jebat’s fren.

      Anyway, I do agree with the importance and the usage of English, especially in relation to usage in higher level education. There are lots of books and researches in English language that is beneficial for our development.

      Trying to cope with outside challenges and upholding “national assets” got to be hand in hand. That is why I’m preferring restructuring of PPSMI rather than abolish it and in the same time having more English teachers.

      Why?

      Simple.. I’m wondering whether the additional English teachers have better grasp in English than current English teachers.. or just about the same..

      To teachers, especially to those who have taught me, I’m posing the above question to some of teachers that not in good quality. There are some that I think just in an “ala kadar” quality, which contributed some strong points in abolishing PPSMI towards lack of quality teachers.
      I’m lucky to have excellent teachers like the ones I have to teach and guide me.🙂

    4. Salam ODS,

      Kenapa mereka yang menentang PPSMI DAN Mahyuddin sendiri asyik mengulang2 hal memartabatkan BM ? TDM dah berulang2kali sebut yang PPSMI bukannya tentang belajar bahasa Inggeris tapi belajar ilmu yang diajar dalam bahasa Inggeris. Kenapalah bengap sangat diaorang ni …

      Tentang murid2 luarbandar, saya bolehla dikategorikan berada diluar bandar besar tapi taklah kampung. Cuma penduduknya mentaliti masih kampung. Iya rata2 murid2 sekolah rendah menghadapi masalah dalam membuat kerjarumah, apalagi ibubapa mereka sendiri tak faham Bahasa Inggeris. Jadi jalan keluar yang senang – komplen, komplen , komplen, dan hentam PPSMI.

      Saya pernah beberapa kali bercakap dengan ibubapa sebegini. Soalan saya pada mereka – ok, awak tak pandai inggeris, memanglah masalah nak ajar anak2 mengulangkaji matapelajaran dalam bahasa Inggeris dirumah. Tapi adakah perkara yang sama awak nak keatas anak2 awak bila mereka dah besar nanti dan punya anak2 sendiri ?

      Yalah, sekarang cakap pun tak guna dah. But seriously, I’m worried dengan kerajaan pimpinan Najib sekarang… sepertinya ingin mengulangi kesilapan2 Paklah dulu.

      PPSMI dan hancur di sekolah2… tapi sebut hal bola, apakata bahasa Inggeris 100% dalam bolasepak kita ? baru maju bro… !🙂

      ODS: Terima kasih saudara dinturtle di atas komen saudara. Kita tunggu perlaksanaan yang seterusnya, terutama daripada mereka yang menentang PPSMI atas dasar memartabatkan Bahasa Malaysia (sebab SJK guna bahasa selain Bahasa Malaysia). Apakah itu tandanya memartabatkan tika ada rakyat Malaysia sendiri tidak belajar Sains & Matematik dalam Bahasa Malaysia (mengambil kira alasan yang sama ketika dalam usaha pemansuhan PPSMI)?

      Bahasa Inggeris untuk bola sepak? Aduhai..saya tidak boleh bayangkan..kerana dengan style sahaja gaji dan tinggi…(kalau tahap macam tahap bola sepak Inggeris, tak mengapalah juga)😀

    You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s