Tazkirah Jumaat: Al-Kisah Untuk Difikirkan Hikmahnya


Untuk tazkirah kali ini, ingin saya kongsikan satu nukilan yang ringkas, tetapi disebalik kisah itu harus kita fikirkan apakah kita antara satu golongan itu. Masih ingatkan kita berita tentang jemaah yang sedang bersolat dibunuh di selatan Thai tidak lama dahulu? Artikel kali ini ada sedikit kebetulan persamaannya, tetapi apa yang kita mahu nilaikan, di mana kita jika keadaan itu berlaku. Artikel ini saya ambil dari tazkirah.wordpress yang disiarkan pada 25 Disember 2008 yang lalu. Sama-sama kita baca dan nilaikan pengajaran yang kita boleh dapat dari artikel ini:

Assalamualaikum…

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini….
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja..

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih…

Bayangkan benda ini berlaku pada anda…..

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah… tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik :

“Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu…

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

“Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat”…. sambil kedua lelaki tersebut bersedia untuk sama-sama bersembahyang berjemaah….

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah…

” Sedih kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman… “

” Sedih kan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya…
kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi…”

“Sedih kan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembah yang raya…”

“Sedih kan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran”

“Sedih kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapiberlumba-lumba mengejar dunia”

“Sedih kan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

Dan lebih Sedih lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak
berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama..

Sedih kan???
Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling Sedih sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain… berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masamembaca? berapa banyak????

Wallahualam..

Sumber : Pesanan ikhlas dari seorang kawan

Nukilan OnDaStreet: Kisah ini ada unsur SG dan PG sikit, tetapi apa yang cuba disampaikan lebih kepada apakah kita betul-betul ikhlas demi Allah, atau sekadar bicara di mulut semata. Saya tidak mahu kita menjadi seorang yang judgmental, kerana yang tahu dan menilai tahap iman sendiri hanyalah Allah dan diri sendiri. Kalau diri sendiri rasa tidak cukup, cuma diri sendirilah yang tahu dan patut tahu apa yang perlu dilakukan. Bukan hak kita untuk menilai seseorang itu beriman atau tidak.

Cuma, ada unsur yang kurang enak di sini. Satunya ialah, solat jumaat perlu sekurang-kurangnya 40 orang. Di dalam kisah ini, ada lebih, tetapi cuma lari sebab takut mati. Kurang elok si pengugut itu kata pada tok imam untuk mulakan solat jumaat. Niat baik, tetapi tak betul cara.

Mari kita renungi kisah yang tak berapa kelakar ini dan sama-sama ambil pengajaran tentang lanjutan komen selepas kisah “pengganas” itu (di bahagian “Sedihkan..”).

Wallahualam…

 

3 thoughts on “Tazkirah Jumaat: Al-Kisah Untuk Difikirkan Hikmahnya

  1. Salam Sejahtera Tuan Rumah,

    Tazkirah Tuan sungguh menarik hati.

    Sebelum membaca Al-Fatihah di dalam rakaat pertama solat, kita ada membaca ayat yang lebihkurang begini alih-bahasa (maaf, saya bukan seorang yang ahli):-

    “aku hadapkan wajahku ke WajahMu….”

    “Sesungguhnya hidupku, matiku, hanyalah untukMu….”

    Kalau begitu rupanya bertempiarannya “Kepercayaan Kepada Tuhan” (Rukun Iman), “Kesaksian kepada Tiada Tuhan Melainkan Allah (Rukun Islam)”, bolehkah dikatakan bahawa “penyerahan (Islam)”kita ini cukup sifatnya?

    atau adakah kita seekor burung kakaktua yang hanya tahu berkata-kata sekurang-kurangnya 5 kali sehari? manis dibibir sahaja….

    Illahi…..hanya Engkau maksudku…

    Tiada apa segala sesuatu yang ku punya, tidak diri ini, tidak jua sedetik hirupan nafas ini…

    “SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA”

    NJ

    ODS: Terima kasih saudara NJ di atas komen saudara NJ.

    Ya, sebelum surah Al-Fatihah, kita membaca Iftitah yang membawa maksud:

    “Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
    Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
    Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
    dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
    Sesungguhnya solatku,
    ibadatku,
    hidupku,
    matiku
    adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
    Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
    menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.”

    Pengertian, penghayatan masing-masing, hanya Allah dan tuan empunya diri yang tahu.

    Wallahualam..🙂

  2. ramai orang yang bergegar2 bila bercakap tentang Islam..tapi bila perlu untuk berjuang.. mereka lari dan kecut.
    tazkirah yang menarik ODS.

    ODS: Terima kasih saudara SuaraJagat. Kredit seharusnya lebih kepada penulis asal atau paling tidakpun dari mana saya ambil tazkirah kali ini. Saya cuma berkongsi ilmu sahaja.

    Cuma, saya harapkan jangan sampai semenyimpang sebagaimana pendedahan ajaran Islam di blog saudara.🙂

  3. assalamualaikum…alhamdullilah cerita tuan memang baik dan bnyak input yg dapt jika sesiapa yg bertuah membacanya…. kebnyakan mnusia zaman skarng ramai yg petah berckap tentang agama..tetapi melaksnakanya berat sekali… setengah tu ada jew orang becerita tentang agama dia pun turut serta memberitahu gak tentang agama..tp,solat 5 waktu pun tidak…erm,…. sedih di buatnya kalu di pikirka…n ada jgak berkata tentang sunnah rasullullah…tp…kalu dah dengar azan yg menyebut tentang kebesaran nama allah tu….xberganjak pun nak pergi madrasah atau masjid tuk tunaikan solat n makmurkan rumah allah…n ada 2 bila azan same kuat suara kita dengan laungan azan tu…ermmm… kalu di pikir malu la kita….hhuhu… skarng ni ramai yg islam keluar islam..n yg bkan islam memeluk islam…. pikir2 kan lah mana letaknya islam dlam diri kita yg sdah islam ini…adakah ia skadar nama yng indah bila di sebut atau sebaliknya… memng btul lah pe yn diktakn hadis…. umat akhir zaman akan lalai dgn kenikmatan dunia n lupe akan tanggjwab kepada yang ESA…dunia skarng ada juaga madrasah n masjid itu ikut parti politik….huhu.. kalu dpikirkan mnusia sudah mula taksub dgan politik itu sendiri….sdangkan kita sesama islam n menyembah ALLAH YANG ESA.,,,xsptutnya terjadi sedemikian….dimanakah kta sekarng???? herm….hrap yg msih sedar akan kesilapan ini marilah kita same2 menadah tangan kepada ilahi..agar umat islam berstu kembali.. insyaallah..

    ODS: Terima kasih addin. Jika ada yang dapat mengambil isi dan input yang baik, alhamdulillah. Kredit seharusnya diberikan kepada penulis asal artikel ini. Saya sekadar berkongsi mana-mana yang saya fikirkan sesuai untuk dikongsikan bersama agar kita menjadi lebih baik daripada hari semalam.

    Saya pun berharap agar umat Islam dapat kembali memperkuatkan kesatuan ummah. Amal ma’aruf, nahil mungkar.🙂

    Terima kasih sekali lagi saudara addin.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s