BN = Bini Najib?


I am browsing Harakahdaily.net when I bumped into this news thread: Istilah baru BN ialah ‘Bini Najib’. Frankly, I’m quite suprised with the title which made me read the content. The content sounded like this:

NIBONG TEBAL, 30 Jun (Hrkh)BN bukan lagi Barisan Nasional atau barang naik tetapi mempunyai istilah terbaru iaitu ‘Bini Najib’ kata Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar.

Ujarnya ketika berceramah sempena Majlis Makan Malam di Dewan JKKK Sungai Chenaam, Nibong Tebal semalam, pemerintahan sekarang seolah diterajui sama oleh isteri Perdana Menteri yang dikaitkan dengan gadis Monggolia, Antantuya.

“Dulu kita dengar BN barang naik. Itulah dijaja oleh orang ramai terutamanya ketika hari penamaan calon tapi hari ini satu istilah baru telah dicipta oleh mereka yang mahir menamakan singkatan perkataan iaitu Bini Najib, ” terangnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Bagi beliau, istilah itu jika dikaji ada kebenaranya apabila Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yu ketika melawat Malaysia bukan sahaja mengadakan pertemuan dengan Najib yang juga Perdana Menteri tetapi mempunyai pertemuan khas dengan isterinya.

Perbuatan itu jelasnya, merupakan tindakan terbaru yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara dan tdak pernah dilakukan olah mana-mana pemimpin negara luar mengadakan pertemuan khas dengan isteri Perdana Menteri secara individu.

“Kalau di kaji ada kebenaranya. Bila Lee Kuan Yu melawat Malaysia selepas mengadakan pertemuan dengan Najib, Lee juga mengadakan pertemuan dengan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Itu yang menghairankan masyarakat kenapa dan apa motif perjumpaan itu. Lazimnya, pertemuan isteri diadakan berasingan itupun dengan isteri pelawat sahaja, ” tegas Mahfuz.

Bukan sahaja timbul kehairanan di kalangan rakyat bahkan di kalangan wartawan yang membuat liputan pertemuan tersebut.

Jika Datin Seri Rosmah mahu membersihkan isu ini beliau perlu menjawab hasil pertemuan itu.

Adakah tindakan Rosmah itu membuktikan bahawa Najib bukan mengemukakan wawasan sendiri malahan mempunyai kaitan dengan isterinya yang cuba campur tangan terhadap pentadbiran negara, katanya.

Dulu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dikaitkan dengan menantunya, Khairy Jamaludin yang sering dilihat masuk campur tentang pentadbiran negara kali ini Najib pula menerima nasib yang sama bukan daripada menantunya sebaliknya ‘Bininya’.

Menyentuh mengenai kenyataan Najib kononya slogan ‘1 Malaysia’ berjaya diserapkan ke hati keseluruhan rakyat negara ini beliau menyifatkan, ia hanya mimpi semata-mata mengantikan slogan Islam Hadhari tajaan Tun Abdullah bila mengambil alih pemerintahan pada penghujung tahun 2003 lalu.

Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah menetapkan sahaja slogan untuk memajukan negara mengelak daripada diperkenalkan setiap kali pertukaran kepimpinan.

“Kita tengok mana dia Islam Hadhari yang dijaja oleh ulamak Umno dan kepimpinannya semasa era kepimpinan Tun Abdullah. Begitu juga Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir serta Bersih , Cekap dan Amanah yang pernah menjadi trend percakapan orang kuat BN di kedai-kedai kopi, ” tambah Mahfuz dalam program anjuran PAS Kawasan Nibong Tebal itu lagi.

Turut berucap pada majlis itu ialah wakil Kelab Penyokong PAS Pulau Pinang, C. J Ong, Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim dan Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Ustaz Haji Hasan Abdul Razak.

Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Haji Abdul Rahman Ramjan dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Helmi Harun. – azm _

With all due respect, I’m disturbed with this attitude. PAS is potraited as bearing Islamic way of life and methodology. Should Najib or anyone, especially muslims being an opposition to PAS, I supposed that PAS should treat them as they should – as a  muslim or worthy opponent. Rememeber this “Tazkirah” whereby it was written:

Seorang Muslim yang tidak melaksanakan solat tidak layak menjadi pemimpin. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim nabi bersabda, “Sebaik-baik pemimpinmu ialah mereka yang kamu kasihi dan mereka mengasihimu dan kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpinmu ialah mereka yang kamu benci dan mereka membencimu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutukmu.’ Sahabat-sahabat pun berkata, ‘Bolehkah kami menentang mereka?’ Jawab Nabi, ‘Tidak, selama mana mereka tetap menegakkan solat’.”

In between those words, I’m able to see that “if you can hate them and they hate you”, but I can’t see the part where name calling is allowed. As a normal human being, we do have hatred and anger feeling inside, but by Islamic way of life, we are taught how to channel our anger and hatred in a good manner. So far in my life as a muslim, I have never been thought to name calling or bad naming others. If one should remember how I opposed against name calling campaign launched by Khairy’s camp – “Padedoh and PAS Kluk Klek”. The same goes with this (especially coming from someone who represents a party who fights in the name if Islam). I do not find this entertaining or gaining political mileage except for a humiliation for someone who claimed to be “menegakkan hukum Allah”.

Should be there any issue in regards to why Lee Kuan Yew have a meeting with Najib’s wife on his formal visit, a muslim should take this as an opportunity to name calling. If you feel to raise question, please, but no name calling.

And should you ask, may I ask this – why a Mentor Minister of Singapore visits nearly all political party leaders in Malaysia? Why should Mahfudz raise such petty issue and name calling, whislt not questionong why Lee Kuan Yew meet Tuan Guru Nik Aziz? Is there any diplomatic or business relationship between Kelantan and Singapore?

I’m dissapointed with this kind of attitude coming from someone from a party claiming to be Islamic. I know this is small, yet significant to show how the mentality is.

I’m not going to argue more on PAS for now as I see that PAS’s supporters see their leaders as “maksum”. I’m just dissapointed, and thus, can someone can tell me…

Question: Do muslims are allowed to name calling other muslims?

5 thoughts on “BN = Bini Najib?

  1. Salam Bos,

    Cant help but smiled at BN = bini najib…. cute ! so very creative of Pas. Tak nak komen apa2 hal ni, so much news in the air sampai saya sendiri mungkin terpengaruh ‘sedikit’. Dan really la, nak tengok berapa ramai pemimpin Umno akan ke depan mempertahankan maruah first lady kita..

    But the name calling part, ur last question also so cute. The answers so obvious, i say answers ’cause one party will say, ‘NO WAY’ while Pas will say ‘CAN WHAT. Nik aziz kata Allah pun mencarut’ And we get back to square one…

    Saya tak pandai menulis, jadi saya nak cadangkan pada tuan sekiranya dapat nukilkan satu artikel yang menyelami sanubari seorang ahli Pas. I mean, coming up with a profile of seorang ahli Pas. Saya sendiri tertanya2 juga, there are professionals, well educated Malays bukan saja orang kampung , how these people could be so taksub, believing all whatever their ulamas throw at them. All their logical thinking, their inquisitive minds that they use so much in daily life suddenly in ‘off mood’ when faced with their ulamas’ fatwa.

    Thank you..

    ODS: Terima kasih di atas komen tuan dinturtle.

    Tidak dinafikan, isu ini akan kembali ke asal, seolah tiada penyelesaian. Bagi saya, Islam itu mudah dan indah. Dan sepanjang saya menerima pendidikan asas agama saya, tidak pernah guru saya mengajar kita dibolehkan mempersenda nama orang lain, hatta sebenci mana sekalipun. Jika ada orang yang mengatakan ianya boleh dan mengambil contoh yang saudara berikan, saya tidak boleh menerimanya. Jika benar Allah pun mencarut (astaghfirullah al azim), apakah hak kita sebagai hambaNya untuk mencarut? Apatah lagi mencarutkan umat Islam sendiri? Tidak pernah saya baca kisah pemimpin-pemimpin Islam dari zaman Rasulullah hinggalah zaman kegemilangan Islam mencarutkan umat Islam yang lain. Jika ada, sila berikan kisahnya dan sumber kisah tersebut. Jika boleh, sertakan sekali ayat Al-Quran yang membolehkannya atau sunnah Rasulullah dan perawinya sekali.

    Dalil akal saya mengatakan, jika dibolehkan, saya rasa sebarang perbincangan dan perdebatan akan berada di luar batasan. Ini mengambil kira sedikit sebanyak nama panggilan yang tidak enak ini akan mempengaruhi emosi. Dan apabila emosi menguasai diri dan mengatasi akal, tidak mustahil sesi menggunakan mulut boleh bertukar sesi “kegiatan fizikal”.

    InsyaAllah, jika ada ahli PAS yang sanggup dikisahkan dan dinukilkan, saya sudi menyelami dan menukilkan pengalamannya. Setakat yang saya kenal dan berkawan, ada yang baik budi pekertinya, dan tidak kurang juga ada kurang sedikit pengamalan hidup berlandaskan syarak (bukan tidak tahu, tetapi butir perbuatannya tidak seperti kata-katanya). Kerana itulah, walaupun ada yang kurang elok, saya tetap hormati PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

    Terima kasih sekali lagi di atas komen tuan dintrutle.🙂

  2. hmmm. interesting article.

    every fibers in my body say that name calling is unethical, unlawful and plain wrong.

    however i have (in several occasions) come across enemies of islam called by various names.

    laknatullahiwajhah. wajah yang dilaknat allah. i think i’ve heard/read someone being called that before.

    i may be wrong. please enlighten me. thanks.

    ODS: Thank you lordapes for your comment.

    In regards with what you’ve came accross are name calling, we should look it from what context does the name being used. I believed it should be not from a muslim towards a muslim and it is in religious context to describe such sins being done.

    Using your context given, I supposed we can read it in articles (either “laknat” or “curse”), discussions that using verse from Quran (for Muslims) or Bible (for Christians). However, these words used in the context of beliefs and religion, not used in political difference.

    And to discuss on religious context, I am far from holding any credibility or ability to do so.

    However, if there is such context that harsh name calling for “laknat” or “curse” is allowed in political context, please provide which verse or which sunnah, so that we can see that if Islam allow us to use such words for name calling to the other political side.

    Thank you.🙂

  3. mcm biasa la ODS. its pas afterall? thats their style.

    ODS: Kalau ya pun style, mereka membawa imej Islam. Dan setahu saya, kita tidak diajar untuk menamakan (dengan mengejek nama) umat Islam yang lain dengan sedemikian rupa.

    Saya harap seseorang boleh menjelaskan hal ini jika ada pernah terlintas sebarang kisah sahabat menama (ejekan) sahabat yang lain.

    Terima kasih.

  4. bicara sang lidah melambangkan wajah hati..
    kalau tak silap saya Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
    “Orang mukmin itu ialah apabila orang lain merasa selamat dari tangan dan lidahnya”

    renung2kan dan selamat beramal..🙂

    ODS: terima kasih di atas komen anda, suarajagat. Input daripada anda amat dihargai. Buat pengetahuan, artikel suarajagat banyak berkisar tentang ajaran sesat di Malaysia.🙂

  5. Yang kawan engkao tu Piggy Singh, dia kasi hentam KJ tu ok ke?

    ODS: Untuk saya, mana-mana yang memberi nama panggilan yang kurang elok, saya tidak setuju. Masalahnya, dah jadi tabiat orang kita.

    Saya juga tidak boleh mengatakan caranya salah atau cara saya yang betul. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya. Kalau tidak setuju, pembaca ada hak untuk terus tidak membaca, memberi teguran ataupun komen.

    Akan tetapi, berbanding Piggy Singh mahupun mana-mana bloggers Pakatan, Barisan mahupun neutral, saya fikir pemimpin seharusnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada orang yang dipimpin.

    Saya pernah suarakan pandangan saya ketika menulis “Kill! Kill! Kill! Die! Die! Die!” and also “From Padedoh to Kluk Klek“. Terpulang kepada saudara/saudari dan pembaca untuk menilainya.

    Pada pandangan saya, hentam KJ atau hentam sesiapa sekalipun, biarlah apa yang dinukilkan bertanggungjawab dan berdasarkan sumber yang boleh dipegang dan dipercayai dan berunsurkan ilmiah, bukan tohmahan mahupun tuduhan liar. Tidak kurang juga, biarlah beradab dan membawa kepada perubahan yang lebih positif.🙂

    Terima kasih diatas pertanyaan saudara/saudari Anti Big Dog.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s