Tazkirah Jumaat: Perang Dalam Diri


Dalam masa terdekat, saya telah menulis dua artikel yang berkaitan dengan peperangan. Itu yang telah berlaku secara zahirnya. Namun, kita sebagai hamba Allah, akan sentiasa diuji dan “dalam keadaan berperang”, tetapi bukan perang yang menuntut nyawa dan darah, tetapi perang terhadap diri sendiri.

Syaitan telah berjanji kepada Allah bahawa dia akan cuba merosakkan seberapa ramai anak adam. Dan kita juga menghadapi ancaman dari dalam – nafsu kita. Keran itu, tidak hairanlah, walaupun syaitan dirantai dibulan Ramadhan, masih ada yang tidak solat, berpuasa dibulan Ramadhan, malah ada yang melakukan kemungkaran dibulan yang mulia tersebut. Mungkin, artikel berikut yang diterbitkan pada 17 Mei 2001 yang bertajuk “Berjihad menentang kelemahan diri sendiri”. Artikel ini saya jumpai di sini.

Berjihad menentang kelemahan sendiri

Oleh: DR. ISMAIL IBRAHIM
KETIKA membicarakan tajuk jihad dalam ruangan ini minggu lalu, saya telah tegaskan bahawa pengertian jihad itu haruslah difahami dengan sebaik-baiknya oleh orang Islam agar pelaksanaan jihad itu tidak disalahertikan.

Satu perkara yang jelas, jihad dalam pengertian berperang sabil tidak timbul sama sekali dalam masyarakat sesama Islam. Sebab itulah golongan Islam yang mendakwa bahawa mereka melancarkan serangan ke atas saudara seagama mereka atas nama jihad, tidak dapat diterima sama sekali.

Ini kerana dalam masyarakat Islam pada ketika ini terdapat golongan Islam yang mempunyai pandangan yang berbeza sesama mereka, sama ada dalam fahaman politik, mazhab atau kepercayaan tertentu, telah menyerang sesama sendiri atau bersedia dengan lembing dan parang untuk berbunuh-bunuhan sesama mereka atas nama jihad.

Hal ini terang-terang berlawanan dengan konsep asal jihad dalam bentuk perang sabil yang dilancarkan kerana mempertahankan kesucian agama dengan mempunyai sebab-sebab yang dibenarkan agama, bukan kerana sebab-sebab kabilah, etnik atau kefahaman politik sempit.

Di dalam al-Quran pun seperti yang telah saya perturunkan petikannya di dalam tulisan yang lalu, Allah s.w.t memberi izin kepada orang Islam untuk berperang setelah mereka dianiayai dengan kejamnya oleh musuh-musuh mereka, iaitu dengan merampas rumah tangga dan harta benda mereka, dan seterusnya mengusir mereka dari tanah watan tercinta, serta mengancam nyawa dan maruah mereka.

Maka tindakan berperang oleh orang-orang Islam ketika berada dalam keadaan yang amat kritikal dan terdesak itu merupakan tindakan untuk mempertahankan diri dan harta benda mereka, serta mempertahankan maruah agama dan umatnya daripada pencerobohan musuh yang terang-terang memusuhi mereka semata-mata kerana mereka beriman kepada Allah s.w.t.

Oleh itu tidak timbul sama sekali isu perang jihad sesama Islam, kerana kedua-dua belah pihak adalah terdiri dari golongan yang beriman kepada Allah s.w.t dan sama-sama mengakui Tuhan Yang Maha Esa serta menunaikan ibadah dan tanggungjawab yang sama kepada agama yang satu.

Bagaimanapun tumpuan umat Islam sekarang yang mendesak ialah berjihad menentang kelemahan dan kemunduran diri sendiri.

Kelemahan dalam bidang akidah, ilmu pengetahuan, keupayaan kebendaan dan kedaulatan dalam gelanggang antarabangsa merupakan beberapa bidang kehidupan yang perlu diberikan perhatian untuk diperangi dan diperbaiki.

Kelemahan ini sekiranya dibiarkan berterusan maka ia akan menjejaskan maruah dan keagungan agama Islam itu sendiri.

Kekuatan akidah dan ilmu pengetahuan haruslah diatasi agar umat menjadi kuat dan terkemuka. Kekuatan ekonomi dan teknologi merupakan kekuatan asas untuk mempertingkatkan kedudukan umat Islam dalam memperjuangkan kedaulatannya di dunia moden pada hari ini.

Di samping itu kekuatan tersebut juga merupakan syarat penting untuk umat Islam mengembalikan maruah dan kehormatan dirinya yang selama ini sering dicabul dan diperkecil-kecilkan oleh masyarakat antarabangsa.

Amaran Allah s.w.t kepada orang-orang Islam bahawa mereka dimusuhi kerana mereka beriman kepada-Nya memang berlaku pada ketika ini, iaitu dimanifestasikan oleh permusuhan yang timbul di kalangan masyarakat apabila orang-orang Islam akan diperangi dan dijadikan sebagai sasaran permusuhan dalam berbagai-bagai bentuk kekerasan secara langsung atau tidak langsung.

Penganiayaan yang berlaku kepada penganut Islam yang diperangi, dibunuh, dirampas harta benda dan rumah tangga mereka dapat kita saksikan secara terang di dunia hari ini.

Umat Islam yang dirampas negara dan kekayaan mereka dengan secara paksaan itu pula nampaknya tidak mempunyai hak untuk mendapatkan kembali negara dan kedaulatan mereka, malah perjuangan mereka untuk mendapatkan hak mereka itu akan dianggap sebagai perbuatan jenayah dan keganasan yang seharusnya dimusuhi oleh seluruh dunia.

Hal ini merupakan satu kelalaian daripada umat Islam sendiri, kerana Allah s.w.t telah pun mengingatkan mereka bahawa apabila terjadi permusuhan terhadap orang Islam yang mengaku bahawa mereka beriman kepada Allah, maka satu permusuhan lain akan berlaku, iaitu tindakan merampas rumah tangga dan harta benda mereka serta mengusir mereka dari tanah air mereka sendiri.

Di dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 dan 9 juga Allah s.w.t mengingatkan kita tentang perkara ini, iaitu dalam firman-Nya yang bermaksud :

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu kerana agama, dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil..”

Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barang siapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim

Kandungan ayat ini juga menjelaskan tentang permusuhan terhadap umat Islam yang sering berlaku dalam bentuk memusuhi akidah dan merampas hak orang Islam yang terdiri daripada harta benda dan negara mereka.

Maka orang yang bermusuh dengan umat Islam dalam bentuk itu tidaklah harus dijadikan rakan, apa lagi menjadi ketua dan pemimpin.

Mereka menentang agama dan akidah, dan menceroboh kehormatan dan hak serta maruah Islam. Maka mereka inilah yang harus ditentang, bukan menen-tang sesama seagama.

e-mel: ismail@ikim.gov.my

Nukilan OnDaStreet: Perjuangan bermula daripada diri sendiri kerana jika si pejuang tidak membuktikan apa yang cuba diperjuangkan, perjuangan itu kosong dan tidak bererti. Dan untuk berjuang itu, iman, taqwa, ilmu, amal dan akal perlu disatukan disamping keupayaan lain yang diperlukan. Bayangkan, jika kita berazam untuk lulus peperiksaan, tetapi malas belajar, selalu tidur dan main-main, esok nak ujian tetapi tak tahu nak tidur dan bersedia, berapa peratus kemungkinan kita akan berjaya?

Sama-sama kita renungkan dan mengambil tindakan yang sewajarnya…

Wallahualam…

One thought on “Tazkirah Jumaat: Perang Dalam Diri

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s