Tazkirah Jumaat: Ilmu Tanpa Amal


Boleh dikatakan, kita kini hidup di zaman yang penuh dengan cabaran. Dari hari ke hari, ilmu yang sedia ada didada belum tentu cukup untuk menjamin seseorang itu kekal dihadapan. Penguasaan ilmu semakin ditekankan, tidak kira peringkat umur. Yang di sekolah, “A” matlamatnya; Untuk yang bekerja, sijil pembuka jalan; pengurusan pula dinilai keberkesanannya.

Oleh itu, untuk tazkirah minggu ini, saya ingin berkongsi artikel menarik yang saya baca di laman blog hasanadlio, yang bertajuk Hati Penuh Ilmu Jadi Penggerak Amal Soleh, hasil nukilan Dr Juanda Jaya. Beliau adalah bekas Naib Mufti Sarawak.

BUKU boleh menjadi pendorong motivasi dengan syarat ia dibaca kerana Allah dan penuh penghayatan.

Ilmuwan Islam perlu jadi ejen pembaharuan corak pemikiran ummah selari nilai al-Quran, hadis
BUKU adalah khazanah ilmu. Sebuah buku boleh membuat pembacanya menangis, menguatkan azam yang hampir padam, mencerahkan pemikiran dan menghanyutkan perasaan ke satu muara yang bernama kepuasan ilmu.

Buku boleh menjadi pendorong motivasi dengan syarat ia mesti dibaca dengan niat kerana Allah dan penuh penghayatan. Ramai membaca dengan fikiran dan hati kosong, akhirnya mereka tidak mendapat apa-apa. Ada pula yang membaca tetapi menolak nilai baik di dalam buku itu dengan cara menutup ruang untuk melakukan diskusi ilmiah antara maklumat lama dan yang baru dibaca.

Berhati-hatilah dengan fahaman yang sengaja diselitkan tanpa disaring. Jangan pula tidak bertanya kepada pakar terhadap pemahaman yang kurang jelas dipaparkan dalam buku yang dibaca.

Bagi mereka yang tiada masa untuk membaca, agaknya mereka mesti menjawab satu soalan penting:

“Mengapa untuk menonton dan melepak sentiasa ada masa sedangkan untuk buku langsung tiada masa? Mengapa mampu mengeluarkan duit untuk keperluan yang bukan asasi tapi untuk membeli buku bukan main berkira? Kalau anak tak rajin membaca, ibu bapa seharusnya berasa bertanggungjawab secara tak langsung dalam membentuk persekitaran yang kering ilmu itu. Gerbang ilmu adalah membaca dan minat membaca itu perlu dipupuk sejak kecil.

Begitu pula dalam memahami Islam, seseorang mesti mendalami dan menghayati buku yang membuka gerbang maklumat mengenai Islam. Dengan membaca mengenai Islam seseorang sudah membuka hatinya untuk cahaya Allah Taala. Hati yang penuh dengan ilmu menjadi penggerak seluruh amal salih, maka bagaimanakah keadaannya apabila hati tidak menyimpan walau secebis ilmu mengenai Islam?

Fenomena dalam diri umat Islam kini adalah ramai mengalami krisis buta agama. Wujudnya golongan terlalu meremehkan ilmu Islam. Mereka hanya puas dengan ilmu asas yang dipelajari ketika di sekolah rendah saja, seperti ilmu fardu ain yang terlalu cetek bahasanya sehingga pemikiran dan pemahaman mereka mengenai Islam terbatas.

Bukankah ramai sudah berasa cukup apabila sudah khatam al-Quran ketika usia mumaiyiz dan tiada lagi usaha untuk mengkaji tafsirnya? Apabila anak kita mengambil pengkhususan sains, matematik atau perubatan maka menuntut ilmu agama seolah-olah tidak lagi menjadi fardu ‘ain, akhirnya terlepaslah ikatan agama itu daripada jiwa sedikit demi sedikit jika tiada usaha keras untuk kembali kepada hidayah Allah Taala.

Menuntut ilmu Islam tidak semestinya secara formal seperti mengambil kuliah khusus di institusi pengajian Islam. Seorang pakar bedah atau arkitek, wartawan atau ahli politik dan pakar ekonomi misalnya perlu membaca mengenai maklumat Islam terkini dan berdiskusi dengan ilmuwan Islam untuk mendapatkan bimbingan menghayati agama sebagai satu cara hidup.

Apabila mereka tidak mengikuti pelajaran lanjutan mengenai ilmu al-Quran dan sunnah, besar kemungkinan mereka semakin asing dengan agama. Lahirlah generasi buta agama dan hanya tahu agama itu setakat mendirikan sembahyang, bukan diaplikasi untuk mengatur ekonomi dan politik dunia.

Di samping itu, wujudnya golongan masyarakat awam yang belajar Islam daripada sumber tidak jelas, sehingga buta dalil dan nas. Mereka belajar setakat mengikut kata-kata orang yang dianggap sebagai ‘ahli agama’ tanpa diajar untuk beramal mengikut dalil sahih bersandar kepada sunnah Rasulullah SAW.

Timbullah rekaan dalam ibadat yang menyalahi cara ibadat Rasulullah SAW dan salafus salih. Di sinilah tugas dan peranan ilmuwan Islam. Mereka mesti menonjolkan diri di tengah masyarakat, berdiri kukuh sebagai ejen pembaharuan di dalam mencorakkan pemikiran masyarakat selari dengan nilai al-Quran dan al-Sunnah yang asli.

Pendekatan membaca kitab yang muktabar semestinya dipertingkatkan, budaya ilmu hendaklah menjadi keutamaan dalam pendekatan dakwah, penceramah yang juga pakar agama janganlah kedekut menjelaskan seterang-terangnya nas dan dalil yang menguatkan isi ceramah mereka supaya tidaklah umat ini dibiarkan buta dalil sehingga beramal tanpa sandaran kukuh.

Peganglah dengan kuat amanah ilmu dengan menyampaikan yang benar tanpa selindung. Janganlah kerana bimbang ‘pasaran saham’ diri merudum, maka amanah kebenaran itu dibenam kerana takut ‘hilang pasaran arus perdana’.

Inilah disiplin ilmu yang diperlukan umat Islam yang terjajah oleh pemikiran tidak bertanggungjawab angkara perbuatan khianat mereka yang enggan mendedahkan fakta agama yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih.

Kekeringan ilmu dan pendedahan nas sahih masih menjadi masalah utama di dalam membezakan antara budaya dan agama. Seolah-olah agama asli seperti yang dibawa Rasulullah SAW dicampuradukkan sehingga memesongkan keasliannya.

Ada yang dipaksa saudara maranya mengadakan kenduri tahlil sempena kematian ahli keluarganya padahal mereka bukan orang kaya, anak yatim yang memerlukan nafkah itu terpaksa merelakan wang hak mereka untuk menjamu orang yang belum tentu mahu menolong mereka jika ditimpa kesusahan.

Yang lebih teruk lagi ustaz mesti diberi sagu hati mengikut adat setempat. Yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat juga dapat bahagian, selepas dikuburkan mayat itu lalu diupah juga pembaca al-Quran untuk menyampaikan pahala kepada si mati.

Akibat tidak didedahkan dengan dalil dan nas sahih, maka bercampur ibadat itu dengan bidaah dan amalan rekaan yang tidak pernah dilakukan Rasulullah SAW, bahkan ia adalah dicela oleh Islam. Baginda SAW mengancam pelaku penyelewengan agama ini di dalam sabdanya yang bermaksud:

“Demi Allah , akulah yang paling takut kepada Allah dan yang paling bertakwa, barang siapa yang berpaling daripada sunnahku maka dia bukan dari kalangan aku.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Al-Imam Ibnu al-Qayim ketika merungkaikan maksud surah al-Hujurat ayat 2 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras, seperti kerasnya suara sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari.”

Beliau berkata: “Jika meninggikan suara mengatasi suara Nabi menjadi penyebab terhapusnya amalan, maka bagaimana pula kedudukan seseorang yang mendahulukan pendapat, akal, siasah dan pengetahuannya daripada apa yang dibawa Nabi SAW, sudah tentulah amalannya lebih mudah terhapus.”

Betapa berbahaya membiarkan umat tenggelam dalam kejahilan! Apabila keadaan umat yang buta ilmu ini dibiarkan berlarutan, maka tidak hairan akan muncul ajaran sesat di tengah masyarakat. Mereka yang suka menambah agama atau menyembunyikan maklumat agama yang sahih ini, tidaklah jauh berbeza dengan sikap rahib Yahudi dan pendeta Nasrani yang suka menokok tambah agama mereka.

Di samping itu jika kejahilan ini tidak segera diatasi maka tidak mustahil generasi baru yang dilahirkan akan membuang identiti agama dalam keperibadiannya. Mereka akan hidup semata-mata mencari kenikmatan dunia. Apabila agama dikalahkan oleh hawa nafsu dan mempertuhankan harta benda maka tunggulah kehancurannya.

Seperti ramalan Rasulullah SAW kebenaran pasti terjadi, yang bermaksud:

“Demi Allah bukan kefakiran yang aku khuatir terhadap kamu semua. Aku khuatir apabila dunia dibentangkan kepada kamu seperti dibentangkan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba seperti mereka sehingga dunia membinasakan kamu seperti ia sudah membinasakan mereka.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kebutaan terhadap agama menjadi punca kelalaian manusia. Tanpa agama manusia menjadi buas umpama binatang. Sifat kemanusiaan hilang tanpa suluhan ilmu dan nasihat agama. Bagaimanakah jika masyarakat kehilangan orang bijak dan bermoral di tengah-tengah mereka?

Tanggungjawab ilmuwan Islam jujur dan berwibawa tanpa memandang pada fanatisme kumpulan atau mazhab tertentu diharap dapat memperbetulkan keadaan dan mengubati kejahilan dan kelalaian umat ini. Setiap Muslim mesti membuka pemikirannya untuk menghayati Islam mengikut Sunnah Rasulullah SAW sahih dan amalan salafus salih yang benar.

Seelok-eloknya dilepaskan segala kontroversi mazhab yang membawa perpecahan dan penyakit hati, dan kembalilah kepada yang asal dan tinggalkan rekaan palsu hasil tangan manusia yang durjana.

Usahalah mengkaji setiap inci permasalahan ibadat dan juga situasi semasa dengan pendekatan nas dan dalil sahih, dan berpeganglah kepada paksi al-Quran dan al-Hadis ketika pembacaan dan kajian dilakukan.

Setiap Muslim mesti berusaha memahami Islam. Walaupun dia tidak berada di alam persekolahan lagi, dia tetap berkewajipan menunaikan fardu ain yang ditaklifkan ke atasnya iaitu menuntut ilmu agama sepanjang hayat. Tidak akan diterima alasan agama ini tidak sampai kepadanya kerana Nabi SAW diutuskan dan Baginda meninggalkan dua panduan sebagai penyelamat umat iaitu, al-Quran dan hadis.

Mulakan dengan amalan membaca keduanya kemudian mengkaji dengan teliti bagi memperbaiki diri dengan mengambil hidayah Allah . Dekatilah ulama yang mengikuti sunnah Nabi SAW dan tundukkan hati dengan ilmu yang dibekalkan berlandaskan wahyu Ilahi.

Ambillah sebanyak-banyak bekalan ilmu demi keselamatan dunia dan akhirat. Langkah pertama, bacalah kemudian bertanyalah kepada yang alim dan pakar dalam bidang itu.

 

ODS: Saya mengharapkan ilmu yang kita sudah pelajari itu dapat digunakan untuk tujuan kesejahteraan umum, gunakanlah untuk tujuan yang baik. Sejak di bangku sekolah, saya biasa diperingatkan dengan seungkap kata..

“Ilmu Tanpa Amal Umpama Pokok Tanpa Buah”

Tiada guna ilmu itu disimpan jika tidak diamalkan. Seumpama pokok, redang dan menyejukkan, tetapi tiada guna jika mineral dan zat  disimpan dan tidak diagihkan untuk pokok itu hidup segar dan tidak dapat menghasilkan buah. Redangnya hanya tika ia gagah, tetapi tiada lagi setelah tiba masanya. Begitulah juga dengan kita. Bayangkan jika ilmu itu disimpan oleh cendikia, tetapi tidak diamal dan dikongsi bersama. Lambat laun ilmu yang disimpan itu tidak akan menghasilkan masyarakat yang berilmu dan maju.

Adalah diharapkan, kita dapat mengambil iktibar daripada artikel ini. Semoga kita dapat menjadi hamba Allah yang lebih baik dari hari ke hari.

Wallahualam…

 

4 thoughts on “Tazkirah Jumaat: Ilmu Tanpa Amal

  1. Salam ODS,

    I used to know ODS as a sports critic, now I learnt that ODS is also an Ustaz.

    Have joined FB? Mantra put your name as participants for SSUS forum on her FB wall.

    Kalau you dah join, add yourself to Azeeza Abdullah, and myself as well.

    Wassalam.

    ODS: Salam Mr Singh,

    A sports critic I maybe, but since our sports scene pun not that hot (especially on the football pitch), bagi peluang la untuk atlit kita berusaha bersedia dengan lebih baik.

    On the other hand, for this “Tazkirah” actually just a continous effort of berkongsi ilmu. This was done even before I became “OnDaStreet”. Artikel-artikel itu pun nukilan orang lain yang saya rasa elok dikongsi buat peringatan, paling kurang pun untuk diri saya sendiri.🙂

    FB? Not yet. Have thought about it, but have not register in FB (for now). I’ll add you when I do. As for the forum tonite, I’ll be away for scheduled commitments. On the same note, I’m honoured to be part of it (considering myself still as a petty blogger🙂 )

    For the mean time, if there’s anyone claiming he/she is OnDaStreet, certainly it is not me. Haha

  2. salam..
    nampaknya saudara ODS dah dpt gelaran ‘ustaz’.
    menarik posting kali ni..
    ya, ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah.
    malah, beramal juga boleh menjadi suatu usaha dakwah biarpun tanpa bicara.
    action speaks louder than words. tak gitu?

    ODS: “Ustaz” amat tidak sesuai kerana saya rasa ilmu agama saya tidaklah sedalam mana. Saya cuma mengambil artikel yang ringkas dan asas untuk tatapan, perbincangan dan penilaian bersama. Ringkas dan asas dalam erti kata yang boleh dijadikan amalan untuk kesejahteraan bersama.

    Dan sudah tentu, apabila ilmu itu diamalkan, “action will speak loder than words”.🙂

  3. salam ondastreet…maybe u shld come join me at face book..we can have a direct interactive discourse

    ODS: Will do some day Dato, but not in the meantime. I’ll let you know as soon I feel comfortable with Facebook. Haha😀

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s