Selamat Hari Guru 2009


Tanggal 16 Mei setiap tahun, insan-insan yang bergelar guru dirai. Mereka merupakan antara pelopor yang menjadikan siapa kita hari ini, selain ibu dan bapa kita. Mereka mengajar kita membaca, mengira dan menulis. Setidak-tidaknya asas ilmu diajar selain cuba membentuk kita menjadi manusia yang berguna. Saya juga pasti, di sekolah-sekolah, tiada satu sekolah pun yang mottonya bertemakan sesuatu yang kurang baik.

Buat Guru-Guru,

Teruskan usaha mendidik dan membentuk anak-anak Malaysia. Tanpa sumbangan anda, siapalah kami. Mana mungkin kita boleh menulis, , membaca, mengira jika tidak diajar. Bak nukilan Allahyarham Usman Awang:

Guru O Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Selamat Hari Guru. Semoga budi dan bakti terus ditabur untuk membentuk anak-anak Malaysia yang berilmu dan bersahsiah, tidak hanya maju dari segi kelayakan akademik, tetapi juga menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat dan negara.

Khas buat guru-guru Sekolah Dato’ Abdul Razak, tidak kira dari zaman di Johor Bahru ke Tanjung Malim, seterusnya ke Seremban dan kini di Sungai Gadut,

“One of the most important aspects of this transformation, for that is what it is, is the emphasis on greater opportunities for young kampung Malays to receive the benefit of secondary education by living and working together in a residential school and fitting themselves for the future with the knowledge of two languages. Malay, the national tongue and English, the language of the world”

Allahyarham Tun Abdul Razak
Majalah SEDAR, Vol. 1 (1957-58)

Terima kasih cikgu. Setidak-tidaknya usaha, budi dan bakti cikgu-cikgu membolehkan saya dan SDARians berilmu untuk berjasa. Terima kasih juga kerana mendokong aspirasi dan transformasi pendidikan nasional. Mungkin betul seloroh seorang cikgu..yang sebenar-benar “Always A SDARian” bukan sahaja kami pelajar-pelajar SDAR, tetapi juga cikgu-cikgunya sekali…

sdar

Terima Kasih dan Selamat Hari Guru!

Persoalan ODS: Apakah Hari Guru lama kelamaan hanya sekadar satu hari, tanpa pengisian dan penghayatan daripada pelajar-pelajar, murid-murid dan penuntut-penuntut? Jika dulu nakalnya pelajar membawa kepada kejayaan hari ini, tetapi nakalnya pelajar kini membawa kepada kesusahan hati ibubapa, guru, masyarakat dan negara. Nakalnya pelajar dahulu bila dirotan, ditambah lagi oleh ibu bapa..tetapi  nakalnya pelajar kini tidak boleh disentuh, nahas padahnya. Tidak dibelasah guru itu, kereta dicalar dipancitkan tayarnya.

Apakah nilai guru buat dirimu?

2 thoughts on “Selamat Hari Guru 2009

  1. sajak ni sy pernah perform on stage semasa sambutan hari guru di zaman sekolah rendah.

    seingat saya..perkataan hulu terengganu tu dahulunya adalah – long pasia

    kerana guru..kami di sini..
    terima kasih cikgu..

    ODS: Terima kasih Suarajagat kerena berkongsi pengalaman..🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s