Tazkirah Jumaat: Ujian, ujian dan ujian…


Kali ini, saya fikir, dengan keadaan yang sukar buat kita, eloklah kita bertenang seketika. Politik Malaysia masih lagi macam esok nak Pilihanraya, padahal dah setahun lebih berlalu..tak sedar agaknya ekonomi tak menentu..sudah-sudahlah tu..janganlah dicari salah sahaja.

Buat Muslimin dan muslimat, ayat ini pasti kita biasa dengar (terima kasih kepada khairunazwa sebab saya google, blog anda yang saya jumpa dulu):

Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) .

Mungkin yang bukan muslim juga boleh renungkan ayat ini. Saya harap biarlah lebih terbuka fikiran itu, daripada asyik terfikir yang tak elok sahaja.

Juga sebuah artikel yang menarik hasil nukilan mossavi bertajuk “Mengapa Allah menguji manusia“.

Dalam kehidupan harian, pasti kita semua berhadapan dengan bermacam-macam masalah. Masalah kerja, maalah business, masalah cinta, masalah dalam persahabatan, masalah keluarga dan sebagainya.

Masalah yang kita hadapai samada akan membuat kita jatuh atau bangun semula, sebenarnya bergantung kepada bagaimana cara kita menghadapinya. Through obervations and understanding of life’s obstacles and Allah, I’ve analyzed the following (someone’s gotta make me stop analyzing things hehehe my poor brain) :-

  • Allah menurunkan masalah seolah-olah seperti MENGARAHKAN kita supaya berubah. Sesuatu permasalahan itu umpama api yang membuat kita merasa panas. Oleh itu, kita tidak akan senang duduk untuk menghilangkan rasa ‘panas’ itu. Lalu kita sentiasa berfikir dan berikhtiar bagaimana untuk menghilangkan ‘kepanasan’ tadi untuk memperolehi keadaan yang sejuk dan normal. Kita bermotivasi untuk membuat perubahan dalam hidup. Ia juga satu cara dimana kita kerap memberikan perhatian dan meminta pertolongan dari Allah swt. Nyatalah bahawa permasalahan itu mempunyai hikmah agar kita terus mencuba, tidak berputus asa dan menyarankan kita agar selalu mengingati dan memohon daripada NYA.
  • Allah menurunkan masalah untuk MENGUJI kita. Kemampuan kita tidak akan diketahui jika tidak diuji. Sama seperti murid-murid disekolah, setelah bertahun-tahun menghadiri kelas, jika tidak menduduki peperiksaan atau ujian, tidak akan di ketahui tahap kemampuan masing-masing. Begitulah juga dengan kita, sesuatu ketika dan waktu, Allah akan menurunkan masalah untuk menguji tahap kemampuan kita. Kelemahan aqidah akan membuat kita putus asa dan sesat. Tetapi kekuatan iman dan minda akan menaikkan kita ke taraf yang lebih tinggi.
  • Allah menurunkan masalah untuk MELINDUNGI kita. Contohnya – seorang sahabat telah diberhentikan kerja kerana tidak akur pada arahan ketua jabatan nya. Walhal ketuanya itu menjalankan perniagaan aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Tidak lama selepas itu, ketuanya itu telah dipenjarakan atas kesalahan jenayah komersial, manakala syarikat tersebut telah dipaksa untuk berhenti operasi seketika. Tidak kah kejadian ini suatu hikmah dimana ia telah melindungi sahabat kita tadi dari kemungkaran? (yakni sumber pendapatan haram).
  • Allah menurunkan masalah untuk MENYEMPURNAKAN kita. Bila kita menangani masalah dengan cara yang positif dan betul, secara tidak langsung, ia membentuk dan memperbaiki nilai diri kita. Ia membina character dan peribadi kita positively. Kesengsaraan membuatkan kita cekal dan tekun mencari penyelesaian. Ketekunan tadi menimbulkan ketahanan diri dalam menghadapi ujian hidup yang berikutnya. Dan ketahanan diri itu pula menimbulkan sebuah pengharapan …… harapan yang tidak akan mengecewakan. Insha’allah.

So, apa yang ada ditangan kita sebenarnya? Kehidupan kita. We manouvre our own lives mengikut kepentingan kita sendiri. Contohnya diri saya sendiri ….. saya kagum dengan cara Allah menurunkan ujian nya terhadap saya dan keluarga. Ia telah banyak membaiki kehidupan dan persepsi kami.

Mutiara Kata – Anak2 yang bakal berjaya tidak semestinya datang dari keluarga yang kaya atau ibubapa yang berkedudukan. Begitu juga sebaliknya, anak2 yang gagal tidak semestinya berasal dari keluarga yang miskin atau ibubapa yang bercerai. Wang dan harta hanyalah perhiasan dunia dan tidak semestinya menjaminkan ketenangan. Keimanan dan ketenangan jiwa tidak boleh dijual beli kerana ia merupakan suatu anugerah kerohanian yang tidak ternilai harganya disisi Allah.

Wallahualam.

 ODS: Semoga apa yang ternukil itu dapat memberi manfaat buat kita. Seharian, setiap masa kita diuji..yang membezakan kita apakah kita mampu menghadapinya dengan elok atau tidak.

Kita boleh terus menerus menuding jari untuk setiap musibah, tetapi kita akan terus kekal andai kita sendiri tidak bergerak. Mencari punca untuk menyelesaikan masalah itu elok, tetapi mencari punca tapi tidak buat apa tiada gunanya.

Contoh, andai sampan kita bocor sedikit disebabkan terkena tunggul di air, kalau kita marahkan tunggul itu tapi biarkan air masuk ke sampan, ada harapan kita turut tenggelam.

Wallahualam…🙂

2 thoughts on “Tazkirah Jumaat: Ujian, ujian dan ujian…

  1. susah nak tenang malaysia ni ods..ada2 ja masalahnya..

    ODS: Setiap kita ada masalah..yang membezakan bagaimana kita menghadapinya…

    Kerana itulah, dalam mana-mana institusi, pemimpin memikul tanggungjawab yang berat. Jika pemimpin tidak tenang, bukan sahaja dirinya jadi haru biru, orang disekeliling pun turut kena tempiasnya.🙂

    Welcome back after few weeks of silence.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s