Perak Saga: Mahkamah Korup atau Tidak?


Dengan keputusan mahkamah yang baru diumumkan, apakah Pakatan kini masih terus mahu menyanyikan lagu pengamal undang-undang korup dan tidak telus? Apakah dengan keputusan memihak kepada Pakatan baru dikatakan telus dan tidak korup? Bukankah Barisan boleh menuduh mahkamah korup kerana keputusan tidak memihak kepada Barisan?

Sengaja saya persoalkan begini, kerana kerap juga saya melihat tuduhan yang dilemparkan terhadap apa jua keputusan yang tidak memihak Pakatan.  Telah saya katakan berulang kali, terutama di blog JMD, badan-badan yang tidak bermotifkan politik tidak boleh dicampur adukan dengan agenda politik seperti Mahkamah, Polis, MACC dan sebagainya. Mereka ini bertindak atas kapasiti mereka sendiri dalam menunaikan tanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan.

Sebagaimana komen yang saya tinggalkan di Biddogdotcom,:

As much as I agree that the behaviour of Pakatan’s DUNs are unacceptable, I have to say that Barisan’s supporters’ reaction towards their words also not that appropriate.

We can be angry, we can feel unease, but we should not follow their foot tracks. However, jawab tetap jawab, cuma biarlah dengan cara yang molek.

People are watching, reading and hearing…

For me, what ever the results of hearing this monday, both loses..Pakatan lose for their unacceptable behaviour and Barisan lose for being unable to show class to upstage Pakatan, be it by action, words, or reasons to justify such act.

“Tragedi” pemerintahan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu bermula di Perak (dengan pembunuhan JWW Birch..apakah “tragedi” demokrasi Malaysia harus bermula di Perak?

~ ODS

Bagi saya, dua-dua kalah. Barisan seharusnya melakukan apa yang perlu untuk memastikan peralihan kuasa berlaku dengan telus dan kurang bermasalah. Bagi Pakatan pula, tidak perlu bertindak ganas dan tidak beretika. Dua-dua kalah, dua-dua gagal berfungsi dengan baik.

Apakah ini yang kita mahu? Tika ekonomi masih tidak menentu, kita masih berpolitik tak sudah. Bagi Barisan, lakukan apa yang seharusnya anda lakukan. Buat Pakatan, hentikanlah tuduhan melulu. Saya mungkin tidak sealim mana, tetapi tuduhan mahkamah korup, tidak adil dan sebagainya yang dilemparkan kini ingin saya tahu apa jatuh hukumnya dengan keputusan memihak kepada Dato Seri Nizar Jamaluddin. Jika jatuhnya fitnah, dosa itu siapa nak tanggung? Kepada siapa yang harus Pakatan minta maaf?

Hairan, mahkamah yang dituduh korup itu boleh memihak kepada Pakatan. Sedarlah, tidak semua bertindak berasaskan motif politik. Fikir-fikirkan…

ODS: Apakah kita akan terus bergolak? Saya rasa ya…

6 thoughts on “Perak Saga: Mahkamah Korup atau Tidak?

  1. BN should concentrate on improving themselves. Provide the best they can and live up to the slogans and rhetorics. All talk and no action pun tak guna.

    Conentrate efforts on the fence-sitters, which are huge in number. Don’t go the way of Pakatan with their ‘you’re not with us then you’re against us’ mentality.

    The time for politicking is over. Decision has been made. Work hard to win over the fence-sitters in the next GE.

    The reality of it is that pro-BN and pro-Pakatan fanatics will not change their allegiance. It is the fence-sitters who must be won over. To do that means to do work. Real work. Reviving the economy, combating corruption, ensuring a better delivery system through the Civil Service. Those kinds of grouses. Grouses that affect most if not all Malaysians.

    And for god’s sake, please come up with a solution to the PPSMI issue. Settle it once and for all. Do it or don’t do it but decide and act on it soon. People are tired of waiting. It indecisiveness like these that paint a picture of an ineffective government.

    But the goal is: win over the fence-sitters! They’re the ones that count….

    ODS: Thanks for your comment Tuan Melayu Lama.

    In fact, both should do more work rather than talk cock. I’m getting tired. Speaking of which, we will get more tired as I see Perak Government will be dissolved as Pakatan cannot rule well with 28 Barisan DUNs + 3 Bebas DUNDs against 28 of Pakatan.

    Pilihanraya lagi…the active years of SPR..well, more suitable to say, the most active years of SPR in Malaysian history and interesting part of Malaysian history – Ekonomi tak tentu, asyik asyik pilihan raya saja, macam tiada keroje lain.😀

  2. Bro,.Worst comes to worst a by-election fer d 3+1 jumpers wud suffice,..i gess,no..err,..Sidang 7 May tu amacam,..heheh..rasa2 nya Speaker baru adalah Ganeson so mungkin ada vote of no-no confidence?? heheh,..wat else can I say,..I tink wat d Judge says means sumting else dat is let everyting follow procedure,..patut ada vote of no confidence n its suppose to b in black n white,.. tapi still Sultan Perak did ask d trio n so kira valid gak le kalo nak pertikaikan,..i tink thrs more to come later on,..takkan Sultan Perak nak diam coz di salahkan indirectly..ape pun dis is politic,..i.e. making d possible impossible n d impossible possible,..heheh..syok gak kes2 Mission Impossible ni ekk,..wakaka,..wat else can I say,…heheh,..(,”)

    ODS: Yup Brader, what I can see we are heading for a state by-election and the whole of Perak voters will have a day off to vote for their State Government.

    This what I meant by Barisan should show their class to upstage Pakatan. Follow by the rules and regulations. Do what must be done (sounds like Darth Sidious giving instruction to Anakin aka Darth Vader). Pakatan on the other hand, should not act like samseng. Even though Pakatan get back the power, I believe it will be hard to work with Sultan Perak and Perak Royal Family after this.

    As for Sultan of Perak, I believe HRH has done his job in his own capacity as a non-political leader to ensure his rakyat is not jeopardise by political struggle.

    Oh well, Kejor Yeop Kejor. Apa yang dikejor, jangan dikendung berciciran.😀

    Thanks for your comment bro.

  3. Salam ODS,

    Saya lebih tertarik untuk memberi komen pasal penggantungan SUK dan Penasihat Undang2 negeri Perak oleh DS Nizar. Saya mencadangkan mereka berdua ini menyaman DS Nizar atas penggantungan yang tidak berasas tersebut malah mungkin boleh dikira sebagai “constructive dismissal”.

    Pada saya isu penggantungan itu lebih dekat dengan kita kerana seperti mereka, kita juga adalah pekerja yang menurut arahan bos. Berbanding isu perundangan dan perlembagaan, biarlah orang undang2 yang komen dan berbicara.

    Bila kita menulis perkataan kerajaan, suku kata asasnya adalah “raja” yang memberi maksud pentadbiran itu berasaskan raja. Maka, disimpulkan bahawa bos yang paling utama adalah raja dan diikuti oleh MB sebagai ketua bagi semua kakitangan raja tersebut.

    Seperti di dalam sebuah syarikat, raja itu dianggap shareholder dan MD/CEO adalah seorang pegawai yang dilantik oleh shareholder untuk menjadi ketua bagi semua pegawai syarikat. Jadi, MD/CEO tarafnya seperti MB sebuah negeri.

    Jika kita meletakkan diri kita di dalam keadaan mereka (SUK dan state legal adviser), apabila raja melantik seorang lain sebagai MB maka semua pegawai kerajaan seharusnya menurut perintah MB baru dan menganggap MB yang lama sudah lucut jawatannya. Adakah mereka ini patut dihukum jika mereka menurut perintah yang dibuat oleh MB yang dilantik raja?

    Jika DS Nizar tidak berpuashati dengan tindakan mereka maka beliau sepatutnya marahkan bos mereka iaitu MB dan Sultan. Tetapi DS Nizar hanya saman DS Zambry walhal DS Zambry tidak mungkin jadi MB jika Sultan Perak tidak perkenaan. DS Zambry hanya makan gaji daripada Sultan dan Perak adalah milik Sultan bukannya milik DS Zambry mahupun DS Nizar.

    Seperti di Perlis dan Terengganu, jika Sultan tidak berkenaan maka tidak akan jadi MB lah seseoang calon tu. Bezanya di negeri2 tersebut dengan Perak adalah BN AKUR dengan calon pilihan Sultan manakala di Perak PR ENGKAR titah Sultan.

    Seperti yang ODS tulis sebelum ini, kesimpulannya jika 2 ekor gajah bergaduh akibatnya kita ni pekerja dan rakyat biasa yang berada di tengah2 tersepit.

    ODS: Harapnya “gajah-gajah” ni fikirkanlah “kancil” ini. Jangan sampai “tikus” masuk belalai gajah sampai gajah susah nak bernafas, sudah…

    Terima kasih Syahrul atas komen anda.🙂

  4. Salam Saudara On Da Street,

    If I may….

    Saudara Syarul,

    That’s an excellent idea mate! The two should sue Nizar and gang for wrongful dismissal.

    After all, Civil Servants are hired in accordance to Article 132 of the Federal Constitution. It is not up to one MB’s (or ‘pending’ MB’s) whim and fancy to dismiss anyone with whom he has a grudge against.

    To take it up a notch, the State Assembly Secretary should also do the same against former Speaker Sivakumar.

    Give them a dose of their own medicine. Drag them to court!

    ODS: Salam Saudara Melayu Lama,

    Sekadar untuk perbincangan lanjut…

    Bagaimana jika Pakatan juga mengambil pendekatan yang sama (iaitu menyaman DS Zambry dan Barisan) untuk apa yang telah dilakukan oleh Barisan sepanjang tempoh Barisan menjadi Kerajaan Negeri kerana, secara teknikal terkini, DS Nizar diisytihar MB yang sah. Bermakna, menggunakan interpretasi yang sama, apa jua yang dilakukan Barisan dalam tempoh masa DS Nizar “tidak lagi menjadi MB” secara teknikalnya tidak sah.

    Apakah kita akan menyaksikan aksi saman menyaman? Dengan sumber mana pampasan akan dibayar kepada pihak yang menuntut ganti rugi jika ini berlaku?

    Sekadar untuk kita fikirkan bersama…🙂

  5. Saudara On Da Street,

    Good query! Suits filed should be against the individual. Hence, the source should also be from the individual’s own resources. Shame against the State Second and State LA were brought upon them by an individual: Nizar.

    On the question of Zambry’s legality in exercizing his duties, as I understand it (I may be wrong), a stay of execution puts whatever decision on ‘hold’ hence the status quo for now.

    If saman-menyaman is the order of the day then so be it. It is time these people be responsible for their actions. They cannot just suspend and disgrace others just because they are not in agreement. They must learn that for every action there will be an equal and opposite reaction.

    It may even act as a hinderance to future politicians, regardless which side they’re on, to think before acting.

    Salam.

    ODS: Salam Saudara,

    Sebenarnya, bab saman menyaman saya sudah terfikirkan sejak diumukan keputusan semalam kerana melihatkan gelagat Barisan dan Pakatan. Tentang bubar dan pilihanraya semula merupakan perkara kedua.

    Diakui, Zambry kelihatan “sah” tika menjalankan tugas semasa DS Nizar bukan MB, tetapi DS Nizar boleh menggunakan teknikaliti perundangan untuk memihak kepadanya.

    Dari kacamata saya, jika saya DS Nizar, saya akan saman atas “kerugian” yang diakibatkan oleh Dr Zambry dan Barisan dalam tempoh Zambry menjadi MB. “Kerugian” dalam erti kata beliau mungkin tidak akan berbuat begitu.

    Tapi itu hanya kemungkinan.

    Saya cuma harapkan tidak, sebab inilah masanya untuk DUA-DUA bertindak matang dan hentikan kekecohan ini.

    Terima kasih atas komen saudara..🙂

  6. Saudara,

    First para should read ‘State Sec’ not ‘State Second’.

    These auto-fill devices keep putting in incorrect words.

    My apologies….

    Salam.

    ODS: Duly noted. Harapnya pembaca juga sedar akan kesilapan yang tidak disengajakan ini…

    Sekali lagi, terima kasih atas komen anda Saudara Melayu Lama🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s