Tazkirah Jumaat:MENJADI TEMAN KE SYURGA


Tika menuntut di luar negara, saya pernah menjadi Pengerusi Majlis Kefahaman dan Pemikiran Islam sebuah kelab. Tika itu, salah satu usaha yang saya cuba lakukan adalah meng”e-mail”kan tazkirah buat bacaan ahli kelab dan juga sesiapa dalam lingkaran e-mel tersebut.

Rasanya, elok juga saya mulakan balik usaha saya yang dulu. Sekurang-kurangnya artikel yang saya pilih dapat saya baca, fikirkan dan mengingatkan diri saya untuk menjadi lebih baik dari hari semalam.

Artikel ini diambil dari laman web Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland, bertajuk  MENJADI TEMAN KE SYURGA. Artikel ini telah disiarkan pada 20hb Februari 2009 yang lepas.

Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang hanya layak bagiNya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya” (3:102)

Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati ini berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada diri kita. Setiap kali kita mendekatkan diri kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hati untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapai, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraih. Muhammad Ahmad Rasyid pernah mengatakan “ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan”, seolah-olah memberitahu kepada kita betapa sukarnya mendapat sebuah ketaqwaan yang sebenar.

“Hanya dengan ketaqwaan jitu, sebuah teman mampu menjadi pembimbing yang bersama-sama memandu hidup ini kearah destinasi yang diredhai-Nya”

Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi ‘teman ke syurga’, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

 

“CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku”

(Hadith Qudsi)

 

Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada “teman ke syurga”. Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya. Kerana menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan pula teman ke syurga. Ayuh, perbaiki diri !

ODS: Sebuah artikel yang menarik buat tatapan, pembacaan, peringatan dan amalan. Sesungguhnya kita terkadang terlupa dan terleka. Asas yang kita sangka sudah kukuh, belum lagi tersusun rapi. Ambillah masa muhasabah diri, dan perbaiki kelemahan diri…

Wallahualam…

 

One thought on “Tazkirah Jumaat:MENJADI TEMAN KE SYURGA

  1. Salam ODS,

    Our religion offers a complete recipe for human beings to achieve success in dunia dan akhirat. However what makes our religion be closely related to the act of terrorism? It is the people that take the religion for their own gain – threatening, manipulating, and promising other people a free visa to heaven if they follow certain order.

    It’s aslo happening in this country as we speak. Certain group of people are hiding behind a religious tag line to create impression that they are clean and not corrupted. But the truth is not only God knows but many people know.

    I plan to write something on ppsmi – but yet I’ve got to find the time, running really busy now.

    Have a good weekend and Wassalam.

    ODS: Salam Mr Singh,

    Truly indeed that Islam have provided complete recipe for mankind for those who wanted to believe it. Well of course, as we are heding to the end, we have been told that Muslims will be like a bubbles in the sea – many but too weak. Due to various reasons, including interpretations of how we should live and implement Islamic ways of life.

    Have been waiting for your next postings…Been busy I presume..

    Thanks for your comments Mr Singh.🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s