Penanti: Pakatan gemarkan Pilihanraya?


Saya sesungguhnya merasa hairan dengan lagat dan aksi Pakatan, terutama sekali Parti Keadilan kerana pada pandangan saya tidak begitu adil dalam memperjuangkan nasib rakyat. Sejak PRU12, Pilihanraya Kecil Penanti merupakan pilihanraya kecil kedua untuk rakyat Pulau Pinang sahaja. Dahulu, isterinya meletakkan jawatan MP untuk memberi laluan dan peluang untuk DS Anwar untuk bertanding. Kini, sejumlah rakyat Pulau Pinang dijangkakan perlu keluar mengundi kerana bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang meletakkan jawatan dan DUNnya sekali untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran dan keluarga.

Tiada salah untuk diadakan pilihanraya kecil, tetapi pada pendapat saya biarlah dengan alasan yang munasabah dan amat perlu diadakan untuk kepentingan rakyat. Mari kita perhatikan sebab-sebab lima pilihanraya kecil diadakan sebelum ini sejak PRU12:

Permatang Pauh: PRK diadakan berikutan DS Dr Wan Azizah meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada DS Anwar untuk bertanding. Permatang Pauh dimenangi oleh Parti Keadilan semasa PRU12.

Kuala Terengganu: PRK perlu diadakan berikutan kematian Allahyarham Datuk Razali Ismail. Kuala Terengganu merupakan kawasan Parlimen yang dimenangi oleh Barisan Nasional ketika PRU12.

Batang Ai: PRK perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dato’ Dublin Unting Ingkot. Batang Ai ialah kawasan DUN yang dimenangi oleh Barisan semasa PRU12.

Bukit Gantang: PRK perlu diadakan berikutan kematian Roslan Shaharum, daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung.

Bukit Selambau: PRK diadakan berikutan kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meletak jawatan.

Dan kini:

Penanti: PRK dijangka diadakan berikutan perletakkan jawatan Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Penanti dikuasai PKR semasa PRU12.

Mengapa saya tulis “dijangka”? Ini kerana saya mengharapkan agar Barisan tidak membariskan sebarang calon untuk PRK Penanti ini. Tiga kawasan yang dilepaskan merupakan kawasan mereka dan berlakunya PRK kerana wakil mereka meletak jawatan. Tidak seperti tiga lagi PRK, dimana dua wakil Barisan dan satu wakil PAS meninggal dunia dan sememangnya perlu diadakan PRK untuk memilih pemimpin baru.

Lebih-lebih lagi, andai Barisan membariskan calon, pertamanya akan melibatkan kos untuk berkempen. Keduanya, dengan imej Barisan yang belum betul-betul pulih, hanya hasil amanah dan tanggungjawab yang diberi rakyat semasa PRU12 yang boleh memulihkan Barisan, bukan dengan kempen PRK yang tidak mengubah tampuk pemerintahan negeri-negeri yang dikuasai Pakatan. Jika kalah, Pakatan akan bersorak seolah-olah dapat merampas kawasan daripada Barisan, padahal kawasan PRK itu merupakan kawasan mereka sebelum itu.

Oleh itu, saya menggesa agar DS Najib dan Barisan untuk terus berusaha keras memimpin rakyat untuk mengatasi kemelut ekonomi yang melanda negara ini dan tidak lagi melayan karenah Pakatan dengan PRK yang disebabkan oleh mereka.

Cukuplah dengan terlalu banyak berpolitik. Kebajikan dan nasib rakyat perlu dibela. Bukan melalui PRK-PRK, tetapi usaha yang berterusan untuk memastikan rakyat Malaysia terus hidup aman, makmur dan maju dalam segenap bidang.

Soalannya: Apakah langkah seterusnya, DS Najib? DS Anwar kita dah tahu – PRK lebih penting dari jana ekonomi untuk rakyat.

One thought on “Penanti: Pakatan gemarkan Pilihanraya?

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s