Pemuda UMNO: Antara Sudah, Sedang dan Belum Matang


Sejak semalam, tidak dapat tidak, berbagai artikel, ulasan, komen dan bicara terbang melayang mengenai kemenangan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bercampur baur hingga pening saya membacanya. Ada yang berbunyi hampa (sudah tentu penyokong Mukhriz dan Khir), ada yang bersorak gembira (siapa lagi kalau bukan penyokong Khairy), dan ada juga yang menumpang “menyokong” (penyokong Pakatan pun sokong? Hairan…)

Apa jua keputusan, saya mengajak diri saya dan para pembaca melihat dari sudut intelektual. Di sini, saya berikan 8 blog yang saya lawati dan pada pandangan saya menarik dengan artikel dan ulasan yang diterima oleh penulis blog dan juga komen balas. Sila perhatikan bahasa dan idea hujah yang diberikan, baik artikel mahupun komen:-

– Dato Sakmongkol dengan: On Responsibility & KJ – The New Ketua Pemuda;

– Jebat Must Die: Congratulation to the winners & UMNO General Assembly and its Objective;

– Bila Harimau Sudah Mula Menaip: Khairy: King Of Recount;

– Azli Shukri: Di Sini Jalan Mula Bengkok & Terima Kasih Para Perwakilan;

– Rocky’s Bru: And the winners are…;

– Another Brick: Penyokong Khairy Mengaku Rasuah, Maka Bermulalah Cabaran Khairy;

– Wenger J Khairy: Anti Khairys Still Don’t Get It; dan

paling menarik untuk saya – Penarik Beca: Berani Rasuah, Berani Rebah.

Blog Penarik Beca itu menarik pada saya bukan kerana memperolokkan Khairy, tetapi rentetan peristiwa yang diberikan dalam artikel tersebut pada malam pengumuman keputusan. Perhatikan bahagian artikel tersebut dan cuba kita bayangkan bagaimana keadaannya. Apakah situasi itu menunjukkan Pemuda perlu mengikut darah mudanya, atau harus menggunakan akal untuk mengawal emosi?

Benar, biarpun satu undi, Khairy tetap berhak dinobat sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Benar, kemenangan Khairy diselubungi isu “kesalahan” beliau dalam kes politik wang, dan tidak dapat tidak, walaupun belum disabit kesalahan oleh SPRM, kemenangan Khairy dilihat membawa rebah kepada UMNO (oleh komen-komen yang sudah diberikan).

Benar, yang berhak mengundi semasa Pemilihan di Persidangan UMNO hanya Perwakilan, bukan Rakyat.

Benar, rakyat yang akan menentukan pilihan mereka pada masa pilihanraya kelak.

Oleh itu, soalan saya…apakah dengan peristiwa semalam, 25 Mac 2009 di Perhimpunan Agung UMNO menunjukkan Pemuda UMNO sudah, sedang atau belum matang?

 

5 thoughts on “Pemuda UMNO: Antara Sudah, Sedang dan Belum Matang

  1. ODS,

    Pemuda UMNO sejak dari dulu matang, sebab itu mereka menggunakan platform demokrasi untuk memilih pemimpin mereka..

    Dalam setiap pertandingan akan ada rasa tidak puas hati (hatta pertandingan kuiz peringkat sekolah pun ada kes macam ni)..

    Rasa tidak puas hati itu menunjukkan mereka bersungguh dalam setiap pertandingan (sifat positif) dan penyokong Mukriz berhak untuk meluahkan rasa tidak puas hati..

    Yang menariknya, penyokong KJ pula tidak meraikan kemenangan tersebut macam menang piala dunia FIFA kerana sedar mereka tidak menang semua..

    Justeru, saya melihat insiden itu secara positif..

    Berbanding dengan orang yang selalu mengaku lebih islam dan lebih alim daripada orang lain, jika mereka tidak suka dengan seseorang pemimpin mereka lebih suka mengumpat sesama sendiri, bercakap belakang dsb..

    Kesimpulannya, dalam meraikan kejayaan perlu ada kesederhanaan dan meluahkan rasa hati pun perlu ada kesederhanaan..Justeru selepas ini perlu rapatkan barisan dan teguhkan setiakawan..

    Allah selamatkan KJ! heheheheh

    ODS: Terima kasih Syahrul. Mengajak satu hal, orang yang nak diajak pun satu perkara, kerana mesti ada sebabnya kenapa penyokong KJ tidak menyambut kemenangan seperti menang Piala Dunia mahupun mana-mana kemenangan calon untuk pergerakan UMNO yang lain di Perhimpunan yang sama. Mungkin gambaran ini boleh membantu (mengambil kira dengan seramai ini, mana mungkin mereka dibayar dengan RM200 dan kain pelikat..agaknya la kut):-

    http://depa-kata.blogspot.com/2009/03/kjrasuahkjrasuah.html

    Mungkin ya, mungkin tidak Pemuda UMNO kini matang. Kerana itulah saya letakkan persoalan ini untuk kita sama-sama renungi.

    Oh ya. Kenapa tidak Allah selamatkan UMNO? Kenapa tidak Allah selamatkan Malaysia? Kenapa harus Allah selamatkan KJ? 🙂

  2. Allah selamatkan KJ dari kekalahan…itu maksud saya…

    Emmm sudah bosan la dengar

    Kalah pilihanraya sebab KJ,
    KL banjir salah KJ,
    Tol naik salah KJ,
    Smart tunnel tutup salah KJ,
    Tarif elektrik naik sebab IPP salah KJ,
    Gaji x naik salah KJ
    Kereta pancit salah KJ,
    Lembu berak atas jalan salah KJ,
    Company x bagi hisap rokok salah KJ……

    Bosan leeerrrr bro..

    ODS: Sekadar soalan sahaja…tapi taklah sampai banjir, tol, smart tunnel, tarif elektrik, gaji, lembu berak pun salahkan KJ..(macam pernah dengar sahaja)

    Saya rasional, tapi lemparan komen yang kurang elok sudah mula diberi. Harakah pun dah bersuara.

    Beginilah, kita fikirkan bersama..bagaimana untuk menjawab jika Pakatan memainkan isu ini apabila tiba pilihanraya? Mari fikir-fikirkan…

  3. Ok setuju, we should move forward…

    Pada saya, strategi untuk menangkis Pakatan (ops! x silap saya ODS neutral kan?) boleh ditiru daripada cerita “Prison break”..

    Secara ringkasnya, apabila kita dikejar seseorang sebegitu lama sehingga kita ni naik bosan, kita patut pusing belakang, kejar balik orang tu dan berdepan dengan orang tersebut..selesaikan cara gentlemen.. Kalau tidak sampai bila2 pun asyik kejar mengejar..

    Justeru, UMNO kena berani berhujah dengan Pakatan di gelanggang Pakatan.. Jangan asyik nak mengISAkan atau ban Pakatan..

    Kalau apa yang kita buat itu betul kenapa nak takut dengan kritik..

    Walaupun BN ada majority, tidak semua apa yang BN buat itu betul dan tidak semua apa yang dikatakan Pakatan itu salah..
    Negara ini diperintah oleh BN tapi bukan hak milik mutlak BN..Perintahlah bersama2 (unity government)

    ODS: UMNO boleh cuba cadangan anda.

    Cuma, saya rasa saudara Syahrul tahu dan sedia maklum, dalam politik, kalau dah terpalit, boleh jadi acara lari berganti-ganti. Isu lama jadi tidak begitu lama.

    Nak lawan berhadapan? Jika cukup kuat, silakan. Tetapi, dalam pemerhatian saya, bila lawan gentleman, tidak begitu lama gentleman nya. Kalau di ambil contoh debat Khairy-Husam, saya perhatikan bukan contoh yang baik. Debat Anwar-Shabery pun tidak. Mengapa? Sebab kita boleh lihat aksi taichi mahupun putar alam. Dalam debat Khairy-Husam, isu Hudud ditimbulkan, saya tidak rasa Husam menjawab secara terus. Begitu juga soalan-soalan kepada Khairy. Tidak dijawab secara jelas. Debat Anwar-Shabery pula, Anwar berikan satu cadangan yang berdasarkan andaian yang nampak indah (sebab rakyat tengah marah pasal minyak), dan Shabery pula “hentam” Anwar pasal isu peribadi (ini isu 90-an…lama, tapi timbul balik sebab dah nama pun boleh jadi isu), bukan pasal minyak.

    Kalau semua boleh ambil yang jernih, buang yang keruh, tidak mengapa. Dapat lawan gentleman dan selesai isu, tidak mengapa..tetapi, bolehkah ahli politik kita lakukannya? Rakyat pula macam mana?

  4. Salam Old Friend,

    I knew that I should offer a long explanation for keeping myself silent. But before I went missing I told you here that I was in the mode of protesting something.

    I guess this Shahrul is just another setia-kat-wang pom pom boys.

    Perhaps Shahrul boy could tell my why Khairy recieved different reception by UMNO members on the day the new line up was announced?

    This Shahrul pom pom boy should focus on the issue money talks and bullshit walks, but as usual setia-kat-wang never wanted to discuss the matter.

    Another advice Shahrul boy, don’t confuse people with divine intervention like pertolongan Allah while at the same you denied the obvious, that KJ spent tonnes of money to ensure his victory.

    And ODS, Tok Pa recieved the highest votes, which showed majority of member wanted change for the party, but not PEMUDA DEFINITELY.

    Wassalam.

    ODS: Welcome back my friend.

    Well, Syahrul is not part of the setiakawan pom pom guys. His comments have been good and justified, especially when we were discussing about Allah’s name and PAS issues.

    In regards to Pemuda UMNO issue, I consider I am a bit dissapointed, but I can take it on the chin. Let us see what the new line up, be it the seniors, Wanita, Pemuda and Puteri can do to make things better.

    Of course, the issue lingering with KJ certainly be one point for Pakatan as in whatever way, “rasuah” ( be it by oneself or through agent) is one of the things that can tarnish one’s reputation, especially considering majority Malaysian are muslims.

  5. Piggy Singh,

    Sorry if my comment offended you but like ODS said I am not KJ pom pom boys. In fact, KJ doesn’t even know me.

    Anyway, you are just another typical commentator/blogger who like to twist other person’s tag line or change other person’s name. My advice to you, please respect others although he/she is your competitor/enemy or has different opinion than yours.

    I support KJ not because he is KJ but because of the future plan of Malaysia politics in particular UMNO that KJ is promoting. And because of KJ, I want register my name to become Pemuda UMNO and Pemilih (voter in Election). If Mukriz is the one who promoting that plan, he will receive my support too.

    Like KJ said, he obatined 38% vote only but that is the highest. In other words, he convicted but allowed to contest, he contested and win altough with only 38% votes. He followed the rules of the game. Like in football, he was yellow carded but allowed to continue the game until 90 minutes are over.

    During the debat in “hujah”, Mukriz said that Hindraf should be “ISA”ed since they created chaos in KL and disturbed the majority of Malaysian (majority means BN supporters). Can we apply this to Pemilihan Pemuda? (BTW, I dont agree with this approach)

    Of course you will say KJ did not obtained 51% but you have to remember that this is 3-corner competition. The winner is determined based on who obtained the highest vote among the three. If Mukriz wins with 38% vote only, I will still respect the decision of the delegates.

    We still support DS Najib although PR continously accuses him that he (or his wife) took part in murdering Altantunya. UMNO leaders always say that DS Anwar Ibrahim “tidak ditakdirkan Allah menjadi PM walaupun begitu hampir kepada jawatan tersebut”. So similar to Mukhriz/Dr Khir, “mereka tidak ditakdirkan Allah untuk menang jawatan Ketua Pemuda”. That is my point.

    You have accused KJ spent tonnes of money to win. I hope you have all the evidence to support you accusation. And as usual, the word “obvious” is used to justify that all evidences have been given by the accuser.

    ODS,

    Bila saya menyuarakan tentang “kejar balik orang tersebut” saya tidak bermaksud hanya debat sahaja. Ia termasuklah perbincangan, mesyuarat dsb. Saya bersetuju jika berhujah maka penghujah lebih terarah untuk jadi hero party sahaja berbanding menghuraikan isu tersebut untuk kebaikan rakyat.

    ODS: Pandangan anda diterima dan dihormati. Debat merupakan satu cara, dan satu lagi BN dan UMNO betul-betul buat kerja, bukan “kerja”. Di sinilah sebagaimana orang kata, walk the talk. Rakyat kini (sepatutnya dah boleh) menilai dari sudut itu (kerana dua-dua pihak berdegar-degar bercakap)🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s