Dengan nama Allah: Apakah Pak Lah, Anwar Ibrahim, Haji Hadi & Niz Aziz hendak lakukan?


Hari ini, suatu berita yang kurang sedap saya dengari. Sebagai seorang Muslim, saya tertanya, apakah yang sudah terjadi. Perkataan Allah sudah boleh digunakan oleh agama lain selain Islam di Malaysia. Pada mulanya, saya kurang percaya apabila membaca blog Cendana, tetapi apabila terbacakan BERNAMA, nyatalah, ia bukan gurauan.

Setelah beberapa blog berhujah tentang penggunaan “Allah” dalam penyebaran agama Kristian, seperti sini, sini, sini, sini dan sini, di mana blog-blog ini menerima komen yang pro dan kontra, ianya seumpama mencurah air di daun keladi. Kerana apa? Kerana ianya sekadar hangat di blog sahaja. Mungkin, ada pihak yang meletakkan kesalahan hanya kepada UMNO dan Barisan, tetapi, apa pula sumbangan parti yang memperjuangkan Islam? Apa pula sumbangan pemimpin Islam yang bukan berada di dalam UMNO dan Barisan? Apakah hanya Jabatan Agama Islam, UMNO dan Barisan sahaja yang bertanggungjawab? Apakah Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Nik Aziz dan pemimpin yang beragama Islam hanya tahu duduk diam atau membangkang perkara lain sahaja? Apakah kerana UMNO ialah kerajaan, maka mereka sahaja yang dipertanggungjawabkan?

Perlu diingat, memang UMNO dan Barisan adalah kerajaan majoriti, tetapi pemimpin-pemimpin Islam yang lain juga dipilih rakyat. Bermakna, Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Nik Aziz, Husam Musa dan pemimpin Islam yang lain juga harus bertanggungjawab. Perjuangkan Islam kan? Bagaimana jika antara yang asas – nama Tuhan Islam sendiri – Allah, boleh dipergunakan oleh agama lain? Jika benar apa yang tertulis ini:

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato’ Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah ‘Allah’ malah ia sering digunakan oleh umat Kristian dan Yahudi sejak dari dahulu.

“Cuma jika Allah itu dikaitkan dengan perbuatan dan pemujaan syirik seperti mendua atau mentigakan Tuhan, itu adalah bertentangan dengan agama dan 1syarak dan dilarang umat Islam mengikut serta; tetapi jika mereka merujuk Tuhan yang sama tidak mengapa,” katanya ketika dihubungi Harakah

didapati benar, saya tidak dapat memberikan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan saya.

Apakah kerana ideologi politik yang berbeza, pemimpin Islam tidak dapat mempertahankan Islam. Ini bukan masa menuding jari, tetapi pemimpin Islam di Malaysia sebagai permulaan patut bersatu. Ketepikan perbezaan atas nama Allah.

Mungkin, kepada golongan ulama, mereka tiada masalah dalam membezakan “Allah” yang disebutkan untuk agama Kristian, tetapi bagaimana pula bagi mereka yang cetek pengetahuan agama? Saya pasti, Tuan Haji Hadi dan Nik Aziz tahu. Anwar Ibrahim juga patut tahu. Jangan lepas tangan kepada Pak Lah dan barisan menterinya.

Perjuangan menegakkan Islam bukan hanya terletak kepada pemimpin utama, malah segenap lapisan masyarakat Islam.

Takbir bukan hanya untuk PAS, tetapi untuk Islam seluruhnya. Anda, Pak Lah, Haji Hadi, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, sebagai pemimpin Islam yang dipilih rakyat, apakah anda telah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan nama Allah? Anda tentu arif, pemimpinlah yang akan mula disoal tika di akhirat nanti. Apakah anda boleh menjawabnya?

“Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”.

Andai nama Allah tiada lagi istimewanya, apakah tindakan kamu, wahai saudara seIslamku?

Kemaskini @ 8.27 malam, 28 Februari 2009.

Alhamdulillah, apabila terdengarnya kenyataan akhbar daripada Syed Hamid Albar, lega sedikit dihati ini. Namun, saya pasti, kisah ini belum berakhir. Masih jauh perjalanan ini.

Dalam pada itu, tertanya dihati, sejak tersebarnya khabar penggunaan perkataan Allah oleh pihak Kristian di Malaysia, tiada kenyataan akhbar mahupun kenyataan pemimpin Islam daripada Pakatan Rakyat. Cuma beberapa bloggers sudah sibuk menyuarakan pendapat.

Mungkin Pak Lah boleh bertanyakan Syed Hamid secara peribadi, tetapi, bagaimana pula Haji Hadi Awang dan Anwar Ibrahim? Harakah menyiarkan berita menghentam UMNO mengenai sumber dana, ekonomi dan institusi raja. Anwar Ibrahim pula menghentam UMNO mengenai isu Karpal Singh. Apakah mereka ini tidak kisah mengenai isu nama Allah ini? Maaf buat penyokong Pakatan, saya sedikit sebanyak tertanya keikhlasan pemimpin Islam anda dalam mempertahankan agama Allah. Biarpun ianya mungkin terhad kepada ayat-ayat di Bible, apakah tidak terfikir, sedutan-sedutan ayat Bible itu boleh digunakan dalam dakwah?

Tolonglah wahai pemimpin-pemimpin Islam di Malaysia ini, ketepikan perbezaan ideologi politik dalam mempertahankan Islam. Buat penyokong PAS, jika anda boleh berguling dan mengibarkan bendera Palastine kerana tumbangnya kerajaan negeri Perak kamu, kenapa tiada tindakan susulan berkenaan penggunaan nama Allah oleh Kristian di dalam Bible? Dalam tempoh 24 jam yang lalu (sebelum KDN mengeluarkan kenyataan penarikan balik), tiada kedengaran laungan penentangan. Saya cuma dapat lihat menyalahkan UMNO sahaja. Apakah itu perjuangan Islam mu?

Berikut adalah kenyataan akhbar daripada BERNAMA:

28 Februari, 2009 19:15 PM

KDN Batal Warta Berhubung Penggunaan Perkataan “Allah”

By: Ramjit

KOTA KINABALU, 28 Feb (Bernama) — Kementerian Dalam Negeri telah membatalkan warta kerajaan yang membenarkan penggunaan bersyarat perkataan “Allah” dalam penerbitan agama Kristian, berkuatkuasa serta merta.

Sambil mengakui bahawa ada kesilapan dalam menggubal warta itu yang menyebabkan kekeliruan berhubung isu itu, Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata keputusan kerajaan untuk melarang penggunaan perkataan itu dalam penerbitan majalah Herald tetap berkuatkuasa sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.

Baru-baru ini, kerajaan melarang terbitan Herald dalam edisi Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan sebagai sebahagian dari syarat untuk membenarkannya terus menerbitkannya dalam Bahasa Inggeris, China dan Tamil.

“Terdapat semakan semula kehakiman dalam perkara ini dan saya serahkan kepada mahkamah untuk memutuskannya. Saya berpendapat ada kesilapan dalam warta itu. Apabila kita membuat kesilapan, saya mesti akui ia perlu diteliti secara menyeluruh.

“Tetapi oleh kerana perkara itu sudah silap…maka lebih baik kita buat pembetulan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Syed Hamid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini yang meminta kerajaan menarik balik keputusan itu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.

Yang Dipertua YADIM Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, kerajaan tidak bertindak secara bijak apabila membenarkan penggunaan kalimah itu oleh penerbitan Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan boleh membawa kepada tindakan agresif.

Akhbar hari ini melaporkan Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan KDN bahawa penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Warta kerajaan yang diwartakan 16 Feb itu berbunyi: “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian”.

— BERNAMA

 

Kemaskini 12 pagi, 2 Mac 2009.

Menurut BERNAMA, Tuan Guru Nik Aziz dipetik sebagai berkata : “Menyentuh penggunaan nama Allah oleh masyarakat bukan Islam beliau berkata perkara itu dibolehkan, bagaimanapun terserahlah kepada kerajaan Pusat untuk menentukannya..”

“Saya tidak mahu campur tangan dalam perkara ini, kerajaan Pusat yang membuat keputusan, kerana sebelum ini mereka anggap penggunaan God itu Allah, itu salah,” katanya.

Sehubungan dengan itu terserah kepada kerajaan pusat menentukan tindakan dan berharap ianya tidak menimbulkan kebimbangan orang ramai

Sesungguhnya, jika benar apa Tuan Guru katakan itu, saya tidak tahu hendak berkata apa-apa. Mungkin kerana, saya mengharapkan yang lebih baik. Dalam mengatakan ianya dibolehkan, tetapi menyerahkan tanggungjawab kepada Kerajaan Pusat yang setakat ini bertindak ke arah bertentangan.

Maaf Tuan Guru dan penyokong PAS, walaupun saya tahu tanggungjawab terletak di tangan pemerintah, saya mengharapkan sokongan daripada Tuan Guru, kerana Tuan Guru juga adalah pemimpin yang dipilih rakyat, dan saya pasti majoritinya umat Islam yang bertuhankan Allah. Saya harap, sesiapa yang boleh menerangkan kepada saya, kenapa Tuan Guru kata ianya dibolehkan?

Ilmu saya tidak setinggi mana-mana ulama, tetapi, yang saya tahu, kalimah syahadah saya berbunyi “Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH, dan aku naik saksi Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.”

5 thoughts on “Dengan nama Allah: Apakah Pak Lah, Anwar Ibrahim, Haji Hadi & Niz Aziz hendak lakukan?

  1. Great angle!
    Yes, what should PAS and PKR do about this?… PAS especially. This is a valid question you have put forward, and this isn’t a `main-main’ or “small” issue; as we have read from the posts at Jebat Must Die and Demi negara especially.

    ODS: Yes. More over I’ve been visiting this one blog – http://khamleng.wordpress.com exchanging views and thoughts on Islam, malay, Barisan, Pakatan, UMNO, PAS etc..

    I’m hoping that they put their difference out in the name of Allah. A test to Pak Lah’s Hadhari and PAS’ Negara Islam sincerity. Anwar? I have no comments.

  2. spot on mate…..

    must rise above politics on this one

    ODS: Yes satD. Thanks for visiting. Hope our voice this time will be heard by all the Islamic leaders in Malaysia.

  3. ODS,

    The former mufti of Perlis drmaza also said that the word “Allah” can be used by non-muslim. He said, by doing that the muslim actually promote Allah to the non-muslim.

    Pengerusi JAKIM clarified that the non-muslim can only use the word “Allah” if they are referring to Yang Maha Esa. Since their god (or gods) is not “Esa” then I guess they cannot use the word la.

    So the statement by Pengerusi JAKIM is the most acceptable “orang ugama’s”explanation at this moment.

    For Nik Aziz, you have to remember that he is half ulama half politician. So his statement is 50% politically motivated and another 50% based on “ajaran ugama”. To play safe (since PAS is scared of lawyers in PKR and DAP esp Mr Kerpal), he just says that the word Allah can be used by non-muslim without further eloboration.

    If he is a 100% ulama, he will continue eloborate the matter.His other 50% stopped him from eloborate further.

    In your previous article you mentioned that “PAS is stronger without Pakatan”. I want to support the statement with the following:

    “PAS is stronger without Pakatan in achieveing its objective of forming full fledged Islamic country in Malaysia”

    “PAS is stronger WITH Pakatan in winning more seats in general and by-elections”

    “Unfortunately, PAS cannot get both”.

    In my opinion, PAS should be dissolved and former PAS members then should form a new gerakan islam. Those members who wish to continue in politic should join any political party in Malaysia but all of them must have common agenda i.e. fighting for the forming of islamic administration in Malaysia. The kepimpinan of that gerakan islam supervises the conduct and action of its members so that they do not forget their common agenda (especially if they are kepimpinan of the ruling political party). Itupun kalau mereka ikhlas dalam perjuangan islam la.

    ODS: Thanks BP-KL-KTN for your comment.

    Harakah has published follow up article backing TGNA’s statement. They are using ayat from Surah Al Ikhlas ( I quote from Harakah): “Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.”

    A good extract from Al Quran. No doubt. However, for this part and (partly related to your comment, coincidently), I am in middle of writing another article.🙂

  4. Mesti lihat berita terbaru di Utusan Malaysia 3 April 2009, ketika berkempen untuk pilihanraya di Batang Ai Sarawak. Beliau dilaporkan berkata”larangan penggunaan kalimah Allah” ini adalah perbuatan UMNO.

    Mengikut Abdullah Yassin, guru wahhabi Anwar Ibrahim, dalam satu ceramah agama di Masjid Ibnu Sina Taman Titiwangsa bahawa Ah Chong, orang Kristian dan sebagai nya percaya bahawa bumi kita ini dijadikan oleh ‘Tuah Alah’, beliau mengejekkkan telo China tua. Ini kata beliau ialah tauhid orang kafir yang melakukan syirik dengan menyembah perantaraan seperti patong dsb nya. Makna nya kita orang Islam jangan lah berpendapat bahawa dengan bertauhid sahaja sudah mencukupi, kerana orang orang kafir juga mempunyai tauhid.

    Untuk kita yang bermazhab Shafie yang percayakan sifat 20, maka kita menolak konsep tauhid rububiyah yang di ketengahkan oleh pendakwah wahhabi.

    Selain daripada Anwar, orang politik yang kuat dengan fahaman wahhabi, yang saya tahu, ialah Zuraidah Kamaruddin, Hassan Ali dan Saari Sungib.

    ODS: Terima kasih mdshah.

    Jika menurut Utusan, akhirnya, menerusi ceramah politik dalam kempen Batang Ai, DSAI telah bersuara.

    Secara umumnya, jika mdshah dan pembaca membaca diskusi yang seterusnya, terutama hujah-hujah saudara arah dan pemberi-pemberi komen, sedikit sebanyak memberi idea kenapa walaupun agama lain boleh, tetapi dinasihatkan supaya tidak boleh.

    Tak mengapalah, DSAI sebelum ini menggambarkan dirinya penuh Islamik, dan penyokongnya berhujah seolah dirinya maksum. Jika DSAI boleh tanggung tanggungjawab sebagai pemimpin ISLAM dan dapat bertindak sewajarnya jika ramai umat Islam murtad sebab keliru dengan nama Allah, biarkanlah…🙂

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s