Who is the modern Si Kitol? Barisan or Pakatan?


I had this question lingering my mind for quite sometime. I’ve also read some postings, (like here, here, and here), expressing thoughts who is the modern Si Kitol. Amazingly, even some thoughts came in since 2002. I for one do not know who is the modern Si Kitol. Only that, I hope, we won’t have any Si Kitol.

“Si Kitol” in Malaysian history was a man, for his greed and lust was towards wealth and caused (one of the causes) Melaka to be conquered by Portugese. I know, Portugese conquered Melaka due to some factors, but amazingly, for someone consider as “orang biasa” could cause such effect. That’s why, the name “Si Kitol” always will be remembered.

However, in my point of view, in this modern age, “Si Kitol” can be one, or many. Why? Being reason that I feel there’s too much potential for many to be one. Be it from Barisan, Pakatan, or Barisan and Pakatan themselves.

I would say that some may opine Si Kitol should be someone from UMNO, since UMNO is one of the ruling party, but I beg to differ in different way or perspective. Si Kitol, can be someone not from UMNO.

This was  Tun Dr Mahathir’s speech when he was the President of UMNO in 1995. You can read here. Remember, at that point of time, Dato Seri Anwar Ibrahim was still in UMNO and holding position as Deputy President. He was an ardent UMNO supporter, but now in the opposite seat due to justice according to him.

Even though, some do not favor TDM (even calling him Ketam or Dr Belit..not to mention “nyanyuk“), but I feel what he said that time should be given some thought, especially in current political turmoil. These were TDM’s words:

 

Bagi pihak UMNO, Majlis Tertinggi dan saya sendiri, saya mengalu-alukan semua yang hadir terutama Ketua-ketua dan Wakil-wakil Parti-parti Komponen Barisan Nasional, veteran UMNO dan para tetamu sekalian.

2. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kita berada di sini, di Perhimpunan Agung UMNO ini, adalah dengan izin Allah Subhanahu wa Ta`ala juga dan kita bersyukur.

3. Demikianlah sebagai orang Islam kita memberi pujian kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala atas segala nikmat yang kita perolehi. Tidak siapa boleh menafikan bahawa beradanya kita dalam dewan ini adalah satu nikmat, dan ianya telah ditakdirkan.

4. Namun demikian kita boleh jadi tidak hadir dalam dewan ini dan ini juga takdir. Yang nyata ialah kita boleh membuat pilihan dalam keadaan tertentu dan pilihan kita itu boleh menjadi kenyataan atau tidak dengan izin Allah Subhanahu wa Ta`ala. Takdir tidak bermakna kita tidak boleh atau tidak perlu membuat pilihan atau membuat keputusan kita sendiri. Kita boleh. Walaupun apa yang kita buat telah ditakdirkan, tetapi kita akan terima balasan di akhirat kerana perbuatan kita, jika tidak pun di dunia.

5. Bukanlah tujuan saya hendak membuat syarahan agama pada pagi ini. Hanya saya ingin mengingati kita semua bahawa jika kita membuat baik, kita akan mendapat balasannya dan jika kita pilih untuk membuat yang tidak baik, kita juga akan menanggung padahnya. Dalam kebanyakan keadaan, pilihan berada di tangan kita dan kitalah yang bertanggungjawab terhadap apa juga tindakan yang kita lakukan.

6. Saya berdiri di sini sebagai Presiden Parti UMNO.Sebagai Presiden saya diperlukan berucap di Perhimpunan ini untuk memenuhi agenda dan tradisi kita.

7. UMNO adalah istimewa. Di Malaysia mengikut tradisi sehingga kini Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri. Ini hanyalah tradisi. Ia tidak menjadi sebahagian daripada peruntukan undang-undang tubuh UMNO. Sudah tentu ia juga tidak menjadi sebahagian daripada Perlembagaan negara Malaysia.

8. Oleh kerana ia semata-mata tradisi maka tidaklah mustahil jika Presiden UMNO tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

9. Tetapi sejak kita merdeka Presiden UMNOlah yang menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO jugalah yang menjadi Timbalan Perdana Menteri. Perkara ini menjadi tradisi sebenarnya kerana UMNO, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, sejak dari awal lagi telah menjadi parti politik yang terbesar dalam negara dan menjadi rakan yang kanan dalam Perikatan dahulu dan Barisan Nasional sekarang.

10. Kerana UMNO merupakan parti terbesar dan menjadi tunggak kepada Perikatan dan Barisan Nasional, maka Presiden UMNO diperakui oleh semua ahli UMNO dan rakan-rakan dalam Barisan Nasional sebagai berhak menjadi Perdana Menteri apabila Barisan Nasional menang.

11. Kita, ahli UMNO, perlu sedar akan hakikat ini.Bukanlah hak kita untuk mengetuai Barisan Nasional dan mengisi jawatan Perdana Menteri selama-lamanya. Yang menyebabkan kita mendapat kedudukan yang istimewa ini ialah kerana kekuatan Parti UMNO dan kemenangan Barisan Nasional.

12. Mesyuarat Perwakilan ini adalah yang pertama diadakan selepas Pilihanraya Umum yang kesembilan di negara tercinta ini. Kemenangan Barisan Nasional dan kemenangan UMNO dalam Pilihanraya ini adalah yang terbesar sekali yang biasa dicapai oleh kita. Dan ini mencerminkan kekuatan semasa UMNO dan Barisan Nasional.

13. Masa depan UMNO, Barisan Nasional dan Malaysia ternampak cerah. Impian kita untuk meningkatkan lagi prestasi politik, ekonomi dan sosial orang Melayu dan Bumiputera lain, insya-Allah akan menjadi kenyataan.Usaha-usaha kita untuk menjayakan dasar-dasar untuk menghapuskan kemiskinan dan ketidakseimbangan antara kaum pasti akan berhasil kerana tidak akan ada banyak gangguan politik daripada parti-parti lawan.

14. Inilah harapan kita sejurus selepas kemenangan besar dalam Pilihanraya 1995.

15. Dengan kemenangan ini apakah kita sudah sampai ke puncak? Dari puncak tidak ada apa-apa lagi untuk didaki dan dinaiki. Dan kita tidak perlu lagi alat dan cara yang telah menjayakan kita. Tetapi sebenarnya kita belum sampai ke puncak. Kita masih boleh mendaki bersama ke tempat yang lebih tinggi jika kita tidak gugurkan sifat-sifat dan budaya yang telah membawa kita ke tahap ini.

16. Puncak biasanya tidak luas. Tidak ramai yang boleh berada di puncak sepertimana ramai yang terdapat di bahagian bawah puncak dan di dataran. Oleh itu, jika ada pergelutan di puncak tentu akan ada yang jatuh ke bawah. Tetapi mungkin juga semua akan terjatuh kerana pergelutan di puncak.

17. Dalam perjuangan manusia, puncak tidak ditetapkan. Ia boleh ditentukan oleh pejuang sendiri. Dengan itu ada bangsa yang naik tidak begitu tinggi dan sampailah mereka ke puncak gunung perjuangan mereka. Kemudian mereka tidak boleh naik lagi.

18. Ada bangsa lain yang tidak mampu mendaki gunung perjuangan sama sekali, bahkan tidak mempunyai niat atau cita-cita untuk mendaki ke mana-mana dan oleh itu terus tinggal di bawah, di dalam lembah.

19. Tetapi ada bangsa yang bergerak sebagai satu pasukan, menyusun langkah secara teratur dan tertib, mempunyai ketua yang mendahului pasukan yang merintis, menebas dan menebang jalan yang selamat untuk dijejak oleh ahli-ahli pasukannya, tidak lupa akan mereka yang di belakang dan di bawah serta bergerak berhati-hati secara terancang. Bangsa yang berpasukan yang tertib ini pasti akan dapat sampai ke puncak perjuangan yang lebih tinggi.

20. Bangsa yang tertib dan berpasukan kukuh ini, bangsa yang tidak berebut-rebut ketika mendaki dan semasa berada di puncak, bangsa yang mulia budayanya, akan menjadi bangsa yang agung, bertamadun tinggi, dihormati dan disegani.

21. Dalam sejarah orang Melayu dan Bumiputera lain di Malaysia mungkin tidak pernah mereka mencapai kedudukan yang terhormat seperti pada hari ini.

22. Pada tahun 1511, Portugis telah menawan Melaka dan dengan itu orang Melayu telah kehilangan kemerdekaan mereka.Selama hampir 500 tahun orang Melayu dijajah, dihina, dipijak dan diperhambakan. Portugis, Belanda, British, Jepun, Siam, bahkan siapa sahaja terpaksa mereka pertuankan.

23. Setelah sekian lama dijajah dan dihina, kita telah berjaya membebaskan diri kita semula. Ramai juga yang terkorban dalam usaha ini. Dato Bahaman, Mat Kilau, Rosly Dobi, Mat Salleh, Dato Sagor dan lain-lain lagi. Tidak kurang berbakti ialah pemimpin-pemimpin seperti Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Ismail, Tun Hussein dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

24. Setelah pengorbanan dan perjuangan mereka berhasil apakah kita berhak mensia-siakan kemerdekaan yang diperolehi selepas lima abad ditindas dan diperhambakan?

25. Pada tahun 1511, Sultan Melaka mungkin berpendapat bahawa kesultanannya akan kekal selama-lamanya. Hari ini kita tahu yang ianya tidak kekal. Apakah tidak mungkin kemerdekaan kita juga tidak kekal, bahkan hilang dalam sekelip mata, kerana kecuaian kita?

26. Saya bukan bertujuan untuk menggemparkan sesiapa. Yang saya sebutkan ini ialah yang nyata dan berkemungkinan. Kita mungkin tidak akan dijajah semula sepertimana British dahulu menjajah kita. Tetapi penjajahan dan penghinaan ke atas kita boleh dibuat dalam berbagai-bagai cara dan bentuk.

27. Alhamdulillah, sekarang kita bebas. Kita boleh menyuarakan pendapat kita dengan lantang. Ekonomi kita kukuh dan tidak mudah diperalatkan oleh mana-mana negara asing untuk mengugut kita. Kita tidak perlu mengampu sesiapa.

28. Kemerdekaan dan kebebasan kita ini adalah kerana hingga kini kita berjaya menggunakan demokrasi untuk mendirikan Kerajaan yang stabil dan berwibawa yang dapat membangunkan negara.

29. Di banyak negara lain apabila sahaja demokrasi diamalkan, maka rakyat dan pemimpin hilang haluan. Berpuluh parti politik ditubuhkan sehingga tidak ada satu pun yang cukup besar untuk menubuhkan Kerajaan yang berwibawa.

30. Lagipun, selepas pilihanraya, pihak yang kalah selalu membuat angkara. Mereka mengadakan mogok sepanjang masa, mengadakan tunjuk perasaan, menggugat keamanan dan membunuh secara buta tuli sehingga rakyat berasa cemas dan tidak selamat. Dengan itu negara menjadi lemah dan tidak dapat dibangunkan.

31. Sistem demokrasi yang memberi kuasa kepada rakyat tidak boleh menentukan kejayaan, bahkan tidak juga boleh menjamin keadilan bagi rakyat. Barat cuba mengagungkan demokrasi dengan mendakwa “suara ramai adalah suara keramat”. Tetapi suara ramai tidak semestinya keramat, bahkan tidak semestinya baik atau adil. Rakyat sendiri boleh menindas rakyat bahkan boleh memusnahkan rakyat dan negara sendiri. Contohnya banyak dan tidak perlu saya sebutkan.

32. Jika rakyat ingin menjayakan demokrasi, maka mereka mestilah bijak dan sedar akan had atau “limit” kuasa mereka.”Power corrupts and absolute power corrupts absolutely.” Kuasa membawa kepada korupsi atau rasuah dan kuasa yang tidak terhad membawa kepada korupsi atau rasuah yang juga tidak terhad. Rakyat yang berkuasa boleh juga menjadi korup, sama seperti pihak-pihak lain yang berkuasa. Dan dalam demokrasi rakyat berkuasa.

33. Pengasas UMNO telah memilih demokrasi untuk parti dan untuk negara kerana kita tidak lagi dapat menerima sistem feudal. Mereka percaya bahawa rakyat tidak akan membuat sesuatu yang akan membinasakan diri mereka sendiri dan menghancurkan negara.

34. Tetapi rakyat adalah manusia biasa yang dipengaruhi bukan sahaja oleh akal fikiran tetapi juga nafsu. Dalam keadaan tertentu kerap juga nafsu berjaya mengalahkan perhitungan akal, menyebabkan manusia sanggup membinasakan diri sendiri.

35. Keadaan sekarang berbeza dengan keadaan di waktu UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Jika pada suku ketiga abad dua puluhan orang Melayu terdesak kerana tekanan penjajah serta kemiskinan dan kemunduran mereka berbanding dengan kaum-kaum lain di Malaysia, dalam suku keempat abad dua puluhan, orang Melayu dan Bumiputera lain sudah tidak berasa terancam lagi. Mereka memiliki kuasa dan sudah maju. Wang ringgit sudah tidak menjadi masalah. Ada yang menjadi “millionaire”, bahkan ada yang menjadi “billionaire”.
36. Bagi kebanyakan yang betul-betul berjaya tidak banyak yang membawa masalah. Mereka hanya ingin terus menjalankan urusan mereka.

37. Tetapi ada yang berjaya sedikit yang tidak sabar, yang tamak dan tidak pernah kenyang, yang ingin kepada jalan yang lebih mudah untuk menjayakan cita-cita besar diri mereka.

38. Mereka ini iri hati dan benci dengan segala-galanya. Jika mereka tidak dapat naik secara tertib dan teratur, mereka akan cuba naik secara apa sekalipun, dengan apa juga alat. Dahulu mereka benci orang asing yang kaya. Hari ini mereka benci orang yang sekaum seagama dengan mereka kerana sebab yang sama. Mereka sendiri tidak pernah menyumbang sesuatu pun untuk bangsa. Mereka hanya mempunyai “mulut jering”, suka mengumpat dan mencaci orang lain. Mereka menganggap merekalah sahaja manusia yang bersih dan adil sedangkan sebenarnya mereka lebih kotor. Dan mereka tidak pernah sedikit pun berbakti kepada bangsa.

39. Parti kita tidak sunyi daripada mereka ini. Sebagai ahli parti kita semua berhak, kita semua mempunyai tempat dalam UMNO. Tetapi janganlah kerana inginkan tempat, kerana iri hati, kita sanggup memusnahkan UMNO dan mungkin mengharamkannya sekali lagi. Peristiwa 1987 tidak harus berulang. Peristiwa pahit itu patut dijadikan satu pelajaran bagi kita.

40. Perjuangan UMNO masih di peringkat awalan. Memang benar mereka yang merebut jawatan dalam UMNO tidak lagi terdiri daripada guru-guru dari sekolah kampung tetapi peniaga dan pengusaha. Ini bukan perkembangan yang tidak sihat.

41. Dasar-dasar dan pendekatan Kerajaan yang dipimpin oleh Parti tuan-tuan dan puan-puan, iaitu UMNO, telah berjaya di luar dugaan. Dari sebuah negara mundur yang bergantung hanya kepada sedikit sumber alam; dari sebuah negara di mana Bumiputera menjadi kaum yang miskin, kita sudah menjadi salah sebuah negara membangun yang termaju di dunia. Dan Bumiputera tidak lagi menjadi golongan yang termiskin. Sebaliknya mereka berjaya dalam bidang profesional, sebagai peniaga kecil dan besar dan sebagai pengusaha yang setanding dengan pengusaha bangsa-bangsa lain di dunia.

42. Walaupun masih ada Bumiputera yang sanggup menjual nama, menjadi Ali dalam kongsi Ali Baba; walaupun ada yang masih bergantung kepada sokongan dan ugutan politik untuk mendapatkan sesuatu untuk diri sendiri, tetapi sudah ramai yang berjaya, berjaya dalam bidang perusahaan, perniagaan, kewangan, kontrak bekalan dan binaan. Peniaga kecil dan sederhana Bumiputera pun tidak daif dan melarat lagi.

43. Hari ini jika kereta mewah lalu di jalan, besar kemungkinan ianya dimiliki oleh Melayu dan Bumiputera.Eksekutif Bumiputera dibayar gaji tinggi bukan kerana mereka Bumiputera tetapi kerana kecekapan dan kepakaran mereka.

44. Dan negara ini, negara Malaysia, walaupun masih ditakrif sebagai negara membangun, tetapi pembangunannya, kemudahan infra strukturnya, bentuk dan susunan bandar-bandarnya, tidak seperti negara membangun. Ianya lebih dekat kepada negara maju.

45. Pengangguran yang dahulu menjadi masalah, hari ini sudah pun diatasi. Tidak ada siapa yang harus menganggur melainkan mereka sengaja tidak mahu bekerja, atau terlalu memilih kerja atau tempat bekerja.

46. Kadang-kadang kekayaan datang dengan mendadak. Tanah yang dibeli dahulu dengan harga RM500 seekar tiba-tiba bernilai RM250,000 seekar.

47. Mungkin ramai daripada para wakil bosan mendengar tentang kejayaan Malaysia, tentang nasib baik kita, tentang kekayaan orang itu dan orang ini di antara kita. Mungkin ada yang berkata: “yalah ada orang Melayu jadi milliona tetapi aku masih makan koay teow sedangkan mereka makan “lobster”. Aku juga ingin “lobster”.”

48. Kerajaan tidak boleh menghidangkan “lobster” kepada sesiapa. Yang boleh dilakukannya ialah menyediakan peluang dan melicinkan proses. Mereka yang makan “lobster” hari ini dahulu makan koay teow di tepi jalan. Ada antara mereka yang tidak berjaya, atau yang belum berjaya. Kita tidak pernah berjanji semua Bumiputera akan berjaya. Dan peluang yang kita beri adalah mengikut kemampuan. Memberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah PhD di Universiti kepada orang yang tidak lulus SPM tidak berguna.

49. Saya akui bahawa kadang-kadang ternampak peluang dan pertolongan diberi kepada orang-orang tertentu sahaja. Jika kita selidik, mereka yang berjaya dan kaya raya, yang menjadi pengusaha terkenal atau “developer” dan kontraktor terkenal, yang dibenar membeli syarikat ribuan juta ringgit, kita akan dapati bahawa sebelum mereka ini diberi peluang dan sokongan, mereka telah menunjukkan kebolehan mereka dahulu, kerap kali tanpa apa-apa pertolongan khas. Selepas itu mereka diberi peluang sedikit. Jika mereka berjaya, mereka diberi peluang yang lebih besar, sehinggalah mereka maju setanding dengan pengusaha, peniaga dan hartawan bukan Bumiputera. Jika proses ini nampak cepat, sebabnya ialah apabila kita kejar orang di hadapan kita, kita perlu lebih pantas daripada mereka. Jika tidak, bagaimana boleh kita “catch up” dengan mereka. Harus kita ingat bukan mereka sahaja yang naik. Bumiputera lain juga dapat menumpang kejayaan mereka.

50. Kerajaan telah dengan sengaja, tetapi secara tidak rasmi, mengenalpasti pengusaha dan peniaga kecil yang berbakat, yang bertanggungjawab, yang serius. Mereka ini diberi peluang meningkatkan prestasi mereka sedikit, mungkin sebagai eksekutif dalam syarikat-syarikat tertentu atau sebagai pengusaha PUNB atau pemilik francais dan berbagai-bagai cara lagi. Jika setelah diuji mereka didapati berkebolehan, maka peluang mereka akan ditambah dan seterusnya. Kita cuba lakukan semua ini secara cermat supaya tidak lagi berlaku dengan leluasa amalan menjual saham Bumiputera, Ali-Baba, menjual syarikat, menjual peluang, menjual lesen, menjual nama dan lain-lain lagi.

51. Alhamdulillah, walaupun ramai yang gagal, ramai juga yang berjaya. Hakikatnya ialah pendekatan ini adalah lebih baik, lebih selamat, lebih mungkin berjaya daripada cara lama, yang melibatkan pemberian saham, peluang, tanah, lesen dan lain-lain kepada sesiapa sahaja yang mempunyai nama Bumiputera tanpa mengambilkira prestasi, latar belakang atau kemampuan mereka. Sebahagian besar daripada apa yang diberi ini dijual kepada orang lain untuk mendapat kekayaan cepat.Malangnya kekayaan ini tidak kekal. Dalam jangka yang pendek mereka kembali untuk meminta lagi.

52. Banyak lagi pendekatan yang boleh dicipta dan dilaksanakan yang akan dapat menjayakan matlamat mengimbangkan Bumiputera dengan bukan Bumiputera dalam bidang ilmu, ekonomi dan sosial.

53. Bumiputera Malaysia adalah antara sebilangan kecil daripada kaum etnik Melayu yang berjaya. Mereka berjaya bukan kerana asas etnik tetapi kerana berjaya mencipta budaya dan tamadun yang sesuai dengan kejayaan. Bagi orang Melayu budaya mereka diperkayakan dengan penerimaan agama Islam. Lebih daripada itu mereka bernasib baik kerana ajaran Islam yang mereka terima adalah yang sederhana, tidak keterlaluan dan sempit.

54. Tetapi budaya dan tamadun mana-mana kaum berubah dari masa ke masa. Jika sesuatu kaum itu tertekan mereka mungkin menjadi lemah jika budaya yang ada pada mereka pada masa itu tidak mampu mempertahankan mereka. Sebaliknya bagi mereka yang mempunyai budaya yang baik, apabila ditekan dan dihimpit mereka merapatkan barisan, meningkatkan ketahanan dan melawan cabaran.

55. Di waktu orang Melayu menghadapi British kerana rancangan Malayan Union selepas Perang Dunia Kedua, mereka berasa terhimpit dan bangsa Melayu yang setia kepada negeri masing-masing telah menolak perasaan kenegerian untuk bersatupadu sebagai bangsa Melayu. Hasilnya ialah mereka berjaya dalam perjuangan mereka sehingga mencapai kemerdekaan dan membebaskan diri daripada kemiskinan dan kedaifan dalam berbagai-bagai bidang.

56. Malangnya apabila tekanan dan himpitan sudah berkurangan perpaduan mula hilang nilai dan kepentingannya.Yang kita lihat dan kita alami sekarang ialah proses ini, proses lupa daratan kerana sudah tidak terhimpit lagi.

57. Budaya yang terbentuk sekarang ialah budaya materialis yang tidak bertanggungjawab.

58. Budaya inilah yang kita lihat sekarang. Percayalah jika bangsa yang termaju di dunia pun boleh runtuh apabila hilang budaya yang cemerlang, apatah lagi kita yang belum pun menjadi bangsa yang termaju. Tentu kita akan hancur dengan lebih cepat lagi.

59. Rebutan-rebutan yang berlaku di peringkat cawangan, bahagian dan pusat yang diusahakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab akan menghancurkan parti dan bangsa kita.Mungkin mereka akan berjaya menjadi ketua cawangan, ketua bahagian, memegang berbagai-bagai jawatan dalam parti, tetapi semua ini tidak akan membawa apa-apa makna atau keuntungan apabila parti sudah ditewas dan tidak lagi menjadi Kerajaan. Mungkin mereka menjadi ketua bahagian dalam negeri yang sudah jatuh ke tangan parti lain, tetapi nikmat masih boleh dirasai kerana parti kita berkuasa di peringkat pusat. Tetapi yakinlah dengan menularnya budaya yang buruk ini kita mungkin juga tidak akan menguasai peringkat pusat. Kita akan menjadi pemimpin tanpa kuasa apa-apa, pemimpin parti yang kalah.

60. Berpindah kepada parti lawan pun mungkin tidak bermakna kerana dasar parti-parti lain tidak meyakinkan pencapaian kejayaan, kemajuan dan pembangunan yang kita lihat hari ini, termasuk meneruskan kejayaan Bumiputera.

61. Bukanlah maksud saya bahawa hanya parti ini di bawah pimpinan yang ada hari ini sahaja yang berkemampuan membangunkan negara. Mungkin akan muncul daripada tokoh-tokoh yang mendapat jawatan sekarang, pemimpin yang lebih berwibawa, lebih mampu daripada yang ada sekarang. Mungkin. Tetapi risikonya tinggi. Jika mereka yang naik ini naik kerana rasuah, kerana cara-cara yang buruk, kemungkinan mereka menjadi pemimpin yang bersih, yang tidak akan menggunakan rasuah dalam urusan tugas mereka dan mampu membangunkan negara adalah tipis.

62. Jika saya dibenarkan menasihat, sebagai orang tua dalam parti, tolak sahaja mereka yang terlalu sangat ingin menjadi pemimpin sehingga sanggup menumbuk rusuk, mengumpat, memfitnah, merosakkan harta benda dan sebagainya. Mereka yang seperti ini akan menghancurkan parti, menghancurkan bangsa dan menghancurkan negara.

63. Sesuatu bangsa itu maju atau mundur kerana budayanya.Budaya pemimpin penting tetapi budaya pengikut tidak kurang pentingnya. Dalam demokrasi terutamanya, yang penting, yang akan menentukan nasib bangsa, ialah budaya rakyat biasa.

64. Ahli-ahli biasa mungkin berkata bahawa mereka tidak terlibat dengan pengurusan parti. Mereka setakat mengundi untuk ahli-ahli jawatankuasa cawangan sahaja. Justeru itu, apa salahnya jika mereka mendapat sedikit bagi diri mereka. Sedikit sahaja. Hanya untuk memberi satu undi kepada si polan-si polan. Yang lain mereka tidak terlibat. Rasuah kecil tidak akan membawa apa-apa kesan kepada negara.

65. Jika diadakan sedikit proses tender untuk undi di kampung, di cawangan, apa salahnya? Lagipun tentu di peringkat atas lebih banyak rasuah berlaku. Salahkah kalau kami mendapat sedikit bagi diri kami? Demikian cara menghalalkan dalam hati perbuatan yang salah. Kalau aku tidak, orang lain akan buat juga, orang atasan lebih lagi.Apa salahnya aku juga mendapat sedikit?

66. Akan ada yang berkata, yang bercakap itu pun samalah.Dua kali lima, lima kali dua juga. Takkanlah dia tidak lesap sedikit pun untuk dia? Dan kita berasa lega apabila kita percaya kesalahan kita, dosa kita, kecil berbanding dengan orang lain.

67. Dan dengan itu rasuah menjadi sebahagian daripada budaya bangsa.

68. Ingatlah Melaka jatuh kerana ketamakan Kitol dan Raja Mendeliar. Ingatlah negeri-negeri Melayu dijajah kerana kakitangan Kerajaan mengaut sebahagian daripada hasil yang mereka kutip sehingga yang sampai kepada raja tidak banyak lagi. Dengan itu apabila dijamin oleh Kapitan Cina hasil yang lebih banyak raja menyerahkan pungutan cukai kepada Kapitan Cina.

69. Demikianlah proses keruntuhan sesuatu bangsa. Ia tidak selalunya bermula dari atas. Dengan penyelewengan yang kecil di peringkat bawahan pun keruntuhan boleh berlaku.

Yakinlah, dari bawah atau dari atas, penerimaan amalan apa sekalipun akan berkembang sehingga ia menjadi amalan keseluruhan masyarakat, keseluruhan bangsa. Di masa itu ia sudah menjadi budaya bangsa. Jika yang diterima itu buruk, buruklah padahnya. Budaya menentukan baik buruknya pencapaian sesuatu masyarakat, sesuatu bangsa.

70. Budaya yang buruk ini tidak terhad kepada penerimaan amalan rasuah. Sesetengah bangsa itu suka memecah perpaduan dengan mengasingkan suku-suku kerana sebab-sebab yang diciptakan. Ada bangsa yang dipecah mengikut bangsawan dan yang bukan bangsawan, mengikut kelas-kelas atasan dan kelas bawahan; mengikut kononnya paras keagamaan, mengikut kebersihan dan ketulenan keturunan kononnya, kerana tidak dicampur dengan darah orang asing, orang luar, dan lain-lain.

71. Percubaan di Malaysia untuk membeza-bezakan Melayu mengikut keturunan amat merbahaya. Orang Melayu tidak begitu ramai. Hampir semuanya jika diselidiki mempunyai nenek moyang yang tidak begitu tulen. Mereka yang ingin menekan ketulenan mereka mungkin akan mendapati kumpulan mereka tidak cukup untuk menguasai politik di kampung pun,jauh sekali di seluruh negara. Tiada gunanya bermuafakat antara Melayu yang diiktiraf sebagai tulen jika akhirnya kita menjadi minoriti yang tidak berpeluang memimpin negara.

72. Malah di Malaysia yang penduduknya berbilang kaum, Bumiputera dan bukan Bumiputera juga perlu saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Ini dapat dilihat dalam pilihanraya di mana kemenangan Bumiputera bergantung kepada sokongan bukan Bumiputera, dan sebaliknya kemenangan bukan Bumiputera juga bergantung kepada sokongan Bumiputera.

73. Jika saya dibenarkan menasihati sekali lagi, jangan sesiapa cuba mengasingkan diri kerana mereka lebih tulen Melayunya, seperti juga kita tidak harus memisahkan diri kita dan orang Melayu lain kerana kononnya kita lebih Islam.

Perbuatan sedemikian mengkhianati bangsa dan agama kerana akhirnya kita akan menjadi kumpulan yang kecil, minoriti yang lemah dan akan ditindas dan dikuasai oleh orang lain.

74. Yang kita harus yakin ialah bangsa kita yang selama 500 tahun telah dijajah, mundur, miskin, tidak berteknologi, tidak pandai berniaga atau mengeluar apa-apa barangan yang canggih; adalah bangsa yang tidak kurang berpeluang dan berkemungkinan untuk menjadi bangsa yang termaju; yang mampu bersaing dengan sesiapa sahaja; yang dapat menguasai semua ilmu dan menjadi bangsa yang bermaruah dan dihormati oleh dunia.

75. Hari ini pun kita telah, sedikit sebanyak, menebus maruah bangsa kita. Tidak lagi kita menjadi bangsa yang dihina dan dijajah. Sedikit sebanyak kita telah menjadi bangsa contoh, bangsa yang berkemampuan mentadbir diri sendiri, mendirikan negara yang maju, yang mampu mengeluarkan barangan buatan yang canggih setanding dengan barangan buatan negara maju; yang mampu bersaing dengan jayanya dalam pasaran antarabangsa.

76. Jika dahulu kita memberi galakan kepada orang asing dari negara maju untuk melabur di negara kita supaya kita dapat memajukan ekonomi kita, hari ini kita orang Melayu dan Bumiputera dijemput untuk melabur dalam berbagai-bagai bidang yang canggih di negara-negara asing, dari Eropah hingga ke Afrika, dari Asia hingga ke Amerika Selatan. Dan kita dapat melabur dengan jayanya.

77. Semua ini kita tidak pernah mimpi dahulu tetapi sekarang ia menjadi kenyataan. Bangsa yang dijajah dan dihina dulu, bangsa yang miskin dan tidak pandai berniaga, sekarang dilamar dan dipohon untuk membantu membangunkan ekonomi negara-negara asing melalui pelaburan modal dan kepakaran.

78. Kita boleh tepuk dada dan berbangga sedikit asalkan kita sedar kita belum cukup maju dan belum cukup selamat.

79. Jika kita ingin selamat kita perlu mengejar kemajuan sehingga jika kita jatuh sekalipun, kita tidak akan menjadi semula bangsa yang terhina, yang ditindas dan dipijak-pijak. Justeru itu, janganlah kita berpecah-belah kerana kononnya ada antara kita yang lebih tulen atau yang lebih Islam daripada Melayu lain.

80. Kita hidup dalam zaman maklumat, “information age”, zaman telekomunikasi canggih, zaman internet, jaring komputer antarabangsa, yang meluahkan maklumat yang terdahulu dan terkini sepanjang masa, setiap hari, 24 jam.

81. Maklumat, ilmu dan berita tidak datang siap terjemah secara otomatik kepada bahasa Melayu untuk kepentingan dan kegunaan kita. Maklumat datang di zaman ini dalam bahasa komputer, bahasa yang dicipta oleh cerdik pandai yang bukan berbahasa Melayu.

82. Kita boleh berkata kita akan tunggu sehingga maklumat yang kita kehendaki diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Ini mungkin jika kita ada masa yang panjang dan ada ribuan penterjemah. Tetapi setelah kita tolak penguasaan bahasa asing kerana kononnya sayang kepada bahasa kita, dari manakah akan datang ribuan penterjemah ini jika tidak ada siapa pun yang mempelajari bahasa asing sehingga ke peringkat mampu menterjemah bahasa teknikal asing kepada bahasa teknikal kita yang belum pun dicipta?

83. Mungkin juga kita wujudkan satu kumpulan daripada kaum bangsa kita yang dibenar untuk mempelajari bahasa asing, termasuk bahasa Inggeris yang sama ada kita suka atau tidak suka, sudah menjadi bahasa antarabangsa. Mereka ini akan menjadi penterjemah kita. Apakah setiap orang daripada kita boleh diiringi oleh seorang penterjemah apabila kita ingin mengguna internet dan lain-lain alat canggih teknologi maklumat? Dapatkah kita gunakan perkataan “teknologi” jika kita tidak faham apa maknanya dalam bahasa asalnya?

84. Saya sayangkan bahasa Melayu. Saya telah memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu sebelum kebanyakan juara bahasa Melayu dilahirkan. Saya sedar bahawa bahasa adalah jiwa bangsa. Saya sedar bahawa bahasa memberi jatidiri kepada bangsa.

85. Tetapi saya juga sedar bahawa ada bahasa yang hidup tetapi bangsanya sudah mati.

86. Saya sayangkan bahasa Melayu, bahasa bangsa saya, bahasa ibunda saya. Tetapi saya juga sayang kepada bangsa saya. Bahasa tanpa bangsa tidak bermakna. Bangsa tanpa bahasa juga tidak bermakna. Kita bukan perlu bahasa sahaja dan kita bukan perlu bangsa sahaja. Kita perlukan bahasa dan bangsa bersama-sama.

87. Adalah lebih baik bahasa kita kekal sebagai bahasa bangsa yang maju daripada menjadi bahasa bangsa yang mundur dan sudah hilang dari muka bumi ini.

88. Di zaman maklumat ini manusia yang tidak mempunyai maklumat walau bagaimana fasih sekalipun dalam bahasa sendiri akan ketinggalan zaman, akan mundur dan akan dijajah oleh orang lain.

89. Kita mempunyai pilihan. Oleh itu pilihlah. Dan bertanggungjawablah akan pilihan kita itu. Sebagai seorang demokrat saya terima keputusan ramai, walaupun saya mati kerananya.

90. Umat Islam di zaman ini tidak mempunyai kedudukan yang sepatutnya. Daripada menjadi kuasa dunia, dengan empayar yang terbesar dan tamadun yang tinggi; daripada menjadi umat manusia yang mendahului umat yang lain dalam bidang-bidang ilmu pengetahuan, sains dan teknologi; daripada menjadi pengamal disiplin dan pemilik pasukan-pasukan tentera yang tertib dan gagah; daripada umat yang menguasai ilmu pelayaran dan falakh; umat Islam kini sudah menjadi umat yang lemah, berpuak-puak dan bermusuh-musuhan sesama sendiri; kurang mempunyai ilmu pengetahuan, tidak memiliki sains dan teknologi yang canggih, dan mundur dalam segala-galanya.

91. Apakah ini disebabkan oleh agama Islam? Jika ya, tentulah umat Islam tidak pernah menjadi masyarakat yang termaju dan terkuat di dunia? Tetapi kita tahu bahawa penganut agama Islam, dalam jangkamasa hanya seratus tahun selepas wafat baginda Rasullullah s.a.w., telah berjaya menakluk dan mengembangkan agama dan budaya Islam dari Sepanyol di Barat hingga ke negara China di Timur. Empayar Rom dan Parsi tumbang di tangan umat Islam dan ramai daripada mereka menerima bukan sahaja agama Islam tetapi juga budaya Islam.

92. Daripada peristiwa dalam sejarah Islam ini, yang jelas ialah Islam menjadi kepercayaan yang mencerahkan dunia gelap Jahiliah, menjadi suatu kuasa untuk pemodenan, pengembangan ilmu dan pendorong kajiselidik sains dan teknologi. Jika hari ini umat Islam lemah dan mundur sebabnya bukan kerana mereka menganut agama Islam. Sebabnya ialah kerana semakin lama semakin banyak tafsiran yang berbeza-beza dibuat oleh orang-orang tertentu sehingga umat Islam keliru dan berpecah-belah.

93. Daripada agama yang satu di zaman Rasulullah s.a.w., Islam berpecah kepada dua apabila pengikut Saidina Ali memisahkan diri daripada pengikut-pengikut Muawiyah.Kemudian kumpulan Ahli Sunnah dan Kumpulan Syiah berpecah lagi menjadi kumpulan-kumpulan yang mempunyai tafsiran yang tersendiri mengikut pemimpin masing- masing. Kemudian kumpulan-kumpulan ini juga berpecah. Demikianlah sehingga ke hari ini proses perpecahan masih berterusan. Proses perpaduan dan penyatuan jarang diusahakan dan jarang sekali berjaya.

94. Di negara kita selain daripada kepercayaan orang PAS bahawa PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS, satu dakwaan yang amat bertentangan dengan asas agama Islam kerana secara langsung ia menidakkan keIslaman 1,000 juta umat Islam di dunia yang tidak menjadi ahli PAS, bahkan menafikan keIslaman ibu bapa dan nenek moyang orang PAS sendiri; ada pula pengikut-pengikut berbagai-bagai tarikat dan kumpulan, termasuk sekarang ini kumpulan Syiah dan anti-hadis.

95. Entah kerana apa, pihak-pihak yang alim dan arif tidak berminat untuk menjelaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jemaah kepada hadis. Selain daripada menegaskan bahawa puak Sunni memegang kepada Sunnah Nabi, penjelasan tidak dibuat bahawa pegangan ini bukan pegangan buta tuli yang tidak mengambilkira sahih atau tidaknya sesuatu hadis itu.

96. Kita tidak diberitahu bahawa Bukhari dan Muslim dan beberapa lagi manusia biasa yang terpelajar, tidak menerima semua yang dikatakan hadis. Setelah mengkaji dengan teliti 600,000 hadis, Bukhari hanya menerima 7,000. Muslim pula mengkaji 300,000 hadis dan hanya menerima 4,000. Ada hadis yang diterima oleh Bukhari, tetapi tidak disahkan oleh Muslim, murid kepada Bukhari. Tetapi yang tidak diterima oleh Muslim, pihaknya menjelaskan bahawa mungkin ada yang sahih. Tetapi tentulah banyak daripada baki 296,000 yang ditolak adalah tidak sahih dan mungkin ada hadis yang diterima sebagai sahih, tetapi mungkin tidak sahih. Jika kita tidak lupa bahawa Bukhari, Muslim, Tarmizi dan tokoh-tokoh Islam lain yang mengkaji hadis 200 tahun selepas wafat Nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia biasa dengan segala kelemahan manusia, dan mereka bukan Nabi, tentulah kita tidak harus memecah-belahkan umat Islam daripada Ahli Sunnah hanya kerana tafsiran dan dakwaan kesahihan atau tidaknya hadis-hadis yang dikaji oleh pengkaji hadis ini.

97. Kita masih terima hadis tetapi janganlah kerana pendapat pentafsir ini berbeza-beza maka kita berpecah-belah kerana pegangan kita kepada pengesahan oleh mana-mana pentafsir. Sudah tentu hanya kerana tokoh yang beragama Islam yang mendirikan parti politik untuk bertanding dalam pilihanraya membuat tafsiran tentang agama Islam, kita tidak harus membenarkan persaudaraan Islam dihancurkan.

98. Malangnya ada antara orang tertentu yang suka menyebutkan hadis yang tidak disahkan oleh mana-mana ulama yang terkenal, untuk menyokong pendapat atau pendirian mereka. Hadis-hadis yang lemah ini kerap digunakan untuk membantu pendapat persendirian dan kerap pula ditokok-tambah. Dengan ini ramailah yang semakin terkeliru dan selisih faham antara umat Islam menjadi lebih banyak dan lebih mendalam.

99. Hari ini kita mempunyai orang yang suka menekankan pendapat peribadi mereka sebagai ajaran Islam. Demikian ada yang menjadi pakar rujuk dan apabila ditanya apa pandangannya tentang bersalaman dengan wanita yang bukan muhrim, jawabnya ialah adalah lebih baik bergelumang dengan babi daripada bersalaman dengan wanita yang bukan muhrim.

100. Apakah wanita Islam lebih kotor daripada babi? Dari manakah kita dilahirkan jika tidak dari perut seorang wanita? Apakah isteri kita, ibu kita, anak perempuan kita harus dianggap lebih kotor daripada babi oleh orang lain?

101. Jika umat Islam menghadapi masalah, perpecahan, keganasan, pemerintahan yang lemah atau yang berkuku besi, sebahagian daripada sebabnya ialah tafsiran yang melulu oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan yang cetek pengetahuan. Kerana orang seperti inilah terdapat sekarang di beberapa buah negara Islam huru-hara dan keganasan dengan beribu-ribu umat Islam dicedera dan dibunuh. Jika pengganas ekstremis Islam ini berjaya sekalipun, yang mereka warisi ialah huru-hara yang tidak berhenti-henti. Lihatlah peristiwa di beberapa negara Islam sekarang.

102. Umat Islam bukan dijadikan Tuhan dengan otak yang beku.Mereka sama sahaja dengan manusia lain. Tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh menguasai semua ilmu di dunia; tidak boleh mencipta dan mengeluarkan barangan yang canggih; tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh mendisiplinkan diri dan mentadbir masyarakat mereka dengan tertib, kemas dan baik; tidak ada sebab kenapa mereka tidak boleh maju di dunia di samping beribadat untuk akhirat secara seimbang.Tidak ada sebab kita tidak menghargai kurniaan Tuhan kepada orang Islam, terutamanya akal fikiran dan tenaga. Jika umat Islam hari ini lemah, sebabnya ialah kerana tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh orang yang berkepentingan akan ajaran Islam, tafsiran yang menjadikan umat Islam, yang sepatutnya dinamik, satu umat yang lemah dan tidak bermaya.

103. Jika kita umat Islam ingin maju, kita boleh maju.Tidak ada larangan agama terhadap kemajuan di dunia. Yang dikehendaki ialah imbangan di antara dunia dan akhirat.

104. Ahli-ahli UMNO nampak seolah-olah serba-salah apabila menghadapi parti dan pihak yang suka memperalatkan Islam kerana sedikit sebanyak ahli-ahli UMNO sendiri tidak yakin bahawa UMNO adalah pendukung agama Islam, dan ahli-ahli UMNO bukan sahaja sama dengan orang lain tetapi sebenarnya lebih mendukung Islam daripada mereka yang mendakwa memperjuangkan Islam. Kita tidak suka membuat dakwaan yang bukan-bukan, seperti sebuah parti politik yang mendakwa bahawa Islam adalah mereka, dan mereka adalah Islam.

105. UMNO adalah parti yang benar-benar mendukung dan mempertahankan ajaran Islam. Walau pun ada dalam UMNO orang yang bukan Islam, mereka tidak menghalang UMNO daripada memperjuangkan agama Islam yang sebenar. Ini bukanlah kali pertama orang Islam berbaik-baik dan berdamping dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan mereka. Dalam sejarah Islam, orang Islam biasa berhijrah ke negara Kristian untuk mendapat perlindungan daripada puak Jahiliah. Dalam sejarah Islam orang bukan Islam tinggal bersama, dilayan dengan baik, bahkan berkhidmat dengan kerajaan- kerajaan Islam dan tentera-tentera Islam. Kita tidak disuruh memerangi orang bukan Islam melainkan mereka bermusuh dengan kita. Dan ahli-ahli UMNO yang bukan Islam adalah sahabat kita dan tidak memerangi kita.

106. Oleh itu ahli-ahli UMNO yang majoriti beragama Islam tidak perlu segan silu apabila kita mendakwa UMNO sebagai benteng pertahanan Islam. UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan Malaysia sudah tentu lebih berjasa kepada Islam daripada PAS yang tidak bersetuju kita bebas daripada belenggu British dan menentang tuntutan kemerdekaan oleh UMNO. Jika PAS menang sebahagian besar kerusi dalam Pilihanraya 1955, mungkin kemerdekaan pada 1957 tidak tercapai. Dan jika ianya tidak tercapai tentulah British akan berusaha melemahkan lagi orang Melayu, supaya jika akhirnya Tanah Melayu merdeka, Melayu tidak boleh menjadi majoriti di Malaysia dan memiliki kuasa politik. Jika ini berlaku apakah mungkin kedudukan Islam dan orang Islam di negara ini tidak akan tergugat? Justeru itu, kerana hasil perjuangan ini sahaja pun dakwaan bahawa UMNO menyelamat dan mempertahankan Islam di Malaysia mempunyai asas yang kukuh.

107. Jika kita ingin Islam maju, dihormati dan disegani, adalah penting kita mempelajari sejarah umat Islam yang sebenar. Dalam sejarah negara-negara Islam terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Islam yang menyebabkan umat Islam semakin mundur, semakin lemah sehingga akhirnya hampir semua wilayah Islam ditakluk dan diperintah oleh musuh-musuh Islam. Jika kita tahu akan kesalahan yang sebenar, kita akan dapat mengelak daripada mengulanginya. Malangnya tekanan kepada pelajaran sejarah negara-negara Islam amat sedikit dan tidak ada tumpuan diberi kepada kesalahan dan kesilapan pemimpin dan rakyat negara Islam. Dengan itu kita tidak mendapat banyak pengajaran dari sejarah umat Islam. Dan kita ulangi segala kesalahan berkali-kali. Dengan itu hampir tidak ada negara Islam di zaman ini yang gagah dan maju; sebaliknya kebanyakannya mengalami huru- hara, rusuhan serta peperangan sesama sendiri, dan letupan bom di sana-sini. Ada pihak di Malaysia yang ingin melihat huru-hara di negara ini seperti di beberapa negara Islam lain semata-mata kerana mereka tidak memegang kuasa pemerintahan.

108. UMNO dan Kerajaan pimpinan UMNO bertanggungjawab terhadap pengetahuan agama Islam dan sejarah umat Islam di kalangan umat Islam di Malaysia. Masanya sudah tiba untuk kita mengkaji penyampaian ajaran Islam di seluruh negara, untuk kita tentukan mereka yang menyampaikan ajaran Islam tidak mempunyai kepentingan lain, untuk kita membendung kegiatan menyesat dan menyelewengkan akidah umat Islam, untuk kita tentukan umat Islam berpegang kepada ajaran yang diterima oleh Ahli Sunnah Wal Jemaah dengan tidak mencampuradukkan ajaran-ajaran dan tafsiran-tafsiran lain oleh orang yang ingin menonjol kelebihan Islam mereka, untuk kita mengetahui apakah kesalahan sebenar yang dilakukan oleh umat Islam sehingga umat yang menjadi khalifah di dunia ini dihalau, dihina, dibunuh dan ditakluk oleh musuh-musuh Islam.

109. Daripada apa yang telah saya sebutkan ini tentulah jelas orang Melayu dan Bumiputera lain di Malaysia belum selamat. Kejayaan kita hari ini amat kecil. Benar kita tidak lagi dijajah. Benar kita sekarang tidak lagi menjadi kaum yang termiskin dan daif di negara ini. Benar ramai daripada kita yang sudah kaya raya, ramai yang berilmu pengetahuan, mempunyai kedudukan yang tinggi dan menguasai Kerajaan. Benar kita boleh menggunakan kuasa politik kita, bahkan undi kita yang satu itu untuk memaksa Kerajaan tunduk kepada kita.

110. Tetapi kita harus ingat bahawa semua yang ada pada kita boleh dipisahkan daripada kita dan kita sekali lagi menjadi bangsa yang daif dan termiskin, dan secara tidak langsung dijajah.

111. UMNO tidak menang kerana ahli UMNO ramai; 2.4 juta sekarang. Jika UMNO bergantung kepada undi ahli UMNO sahaja dalam pilihanraya, kita akan menang hanya beberapa kerusi sahaja di kawasan-kawasan di mana orang Melayu adalah majoriti dan hampir semua mereka ahli UMNO. Dan kita tahu di kawasan-kawasan seperti ini pun UMNO boleh kalah kerana bukan semua orang UMNO menyokong calon UMNO.

112. Di kawasan-kawasan lain UMNO bergantung kepada orang Melayu dan Bumiputera yang bukan ahli UMNO, kerana yang menjadi ahli UMNO adalah minoriti daripada pengundi-pengundi di kawasan berkenaan. Orang yang bukan ahli UMNO menyokong UMNO kerana dalam persepsi mereka UMNO berjuang untuk kepentingan mereka sebagai orang Melayu/Bumiputera, UMNO berjuang untuk agama Islam dan untuk negara Malaysia serta untuk mempertahan dan meningkatkan maruah bangsa, agama dan negara.

113. Jika dalam persepsi orang bukan ahli UMNO, UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan negara dan sebaliknya untuk diri orang tertentu yang tamak dan angkuh, orang yang menggunakan wang untuk membeli sokongan dalam parti, orang yang tidak pernah bersyukur, yang berebut-rebut untuk mendapatkan tempat dan jawatan, mustahil mereka akan memberi sokongan kepada calon-calon UMNO dalam pilihanraya.

114. Sebaliknya jika kerana pertandingan merebut jawatan atau untuk menjadi calon terlalu hebat, mungkin ramai ahli UMNO pun tidak akan menyokong calon UMNO kerana calon itu bukan daripada kumpulan mereka. Ini memang biasa terjadi, dan ia boleh menjadi sebahagian daripada budaya UMNO.

115. Seperti saya sebutkan tadi mungkin ada yang berpendapat bahawa yang penting bukan jadi calon atau wakil rakyat, yang penting ialah menjadi Ketua Bahagian. Sebagai Ketua Bahagian mereka akan mendapat kedudukan istimewa, akan mendapat jawatan dalam badan-badan tertentu, akan dilihat berdamping dengan pemimpin-pemimpin negara dan dengan itu akan mendapat sesuatu bagi diri mereka.

116. Mereka yang berfikiran demikian harus ingat, segala harapan mereka akan menjadi abu jika kerana budaya buruk yang diamalkan UMNO kehilangan banyak kerusi sehingga tidak lagi dapat mendirikan Kerajaan baik di peringkat negeri atau di peringkat pusat.

117. Hari ini ada negeri di mana UMNO sudah tidak menjadi Kerajaan. Rebutan jawatan yang berlaku hanyalah kerana persepsi bahawa dengan Kerajaan Pusat dikuasai oleh UMNO, maka mereka akan mendapat kedudukan yang istimewa. Jika cita-cita mereka begitu terhad, iaitu hanya untuk memenangi tempat dalam parti tetapi bukan untuk memenangi kembali Kerajaan negeri, maka kejayaan mereka akan merugikan mereka dan parti juga. Kejayaan yang sebenar hanya boleh dicapai jika kita dapat membelakangkan kepentingan diri dan mengutamakan parti. Percayalah, kita akan mendapat lebih banyak nikmat daripada hanya menjadi pemimpin dalam parti yang kalah.

118. Ingatlah persepsi sekarang bahawa orang Melayu tidak lagi menghadapi apa-apa bahaya adalah salah. Ingatlah persepsi bahawa orang Melayu akan terus berkuasa, UMNO akan berkuasa selama-lamanya, BN sudah tentu akan menjadi Kerajaan di peringkat Pusat dan di kebanyakan negeri, orang bukan Melayu dan parti-parti komponen bukan Melayu tetap akan menyokong UMNO dan menjayakan BN; adalah persepsi yang salah.

119. Ingatlah bagaimana orang Melayu dan Islam di sebuah negeri dengan begitu mudahnya menyokong parti-parti lawan dan memberi kejayaan kepada mereka sehingga orang Melayu dan Islam tidak ada tempat di negeri itu lagi.

120. Malaysia aman dan maju jaya kerana UMNO. Tanggungjawab kita jauh lebih besar daripada tanggungjawab mana-mana parti lain dalam Barisan Nasional atau di luarnya. Bagi UMNO bukan kemenangan dalam pilihanraya sahaja yang penting tetapi juga pengurusan pentadbiran negara supaya maju, gagah dan dihormati.

121. Kita telah berjaya setelah hampir 40 tahun memerintah, membuktikan bahawa orang Melayu dan Islam dengan Bumiputera lain mampu bukan sahaja mentadbir sebuah negara, tetapi juga mentadbirkannya dengan cekap dan berkesan. Walaupun biasanya tidak mudah negara berbilang kaum dan agama aman, tetapi negara kita aman, penduduk berbagai-bagai kaum berdamping rapat hingga dapat merayakan bersama perayaan masing-masing. Kita tahu bagaimana di negara lain, kerana hanya sedikit perbezaan pendapat, rakyat yang sebangsa dan seagama pun berperang dan menghancurkan segala harta dan bangunan, membunuh dan mencederakan bukan sahaja pasukan perang tetapi juga orang awam, termasuk orang tua, wanita dan kanak-kanak. Bahawa ini tidak berlaku di negara kita, sedikit sebanyak, adalah kerana kecekapan pemerintahan yang diterajui oleh UMNO.

122. Negara kita bukan sahaja aman, ia juga begitu maju sehingga ia menjadi contoh kepada seluruh dunia. Kemajuan ini bukan tercapai dengan sendirinya. Ia bukan kerana negara kita mempunyai sumber alam yang banyak dan berharga. Kemajuan ini dicapai kerana perancangan, kerana dasar-dasar, kerana peningkatan kecekapan pentadbiran, kerana tidak dilanda rasuah, kerana pegangan kepada nilai-nilai mulia yang secocok dengan ajaran agama, kerana usaha yang gigih yang tidak tahu penat lelah oleh semua anggota pemerintahan dan pentadbiran, dan kerana kesederhanaan.

123. Oleh itu, peliharalah UMNO sebagai satu tanggungjawab yang mulia. Singkir dan hapuskanlah sifat-sifat yang hina, ketamakan tempat dan kuasa. Hentikanlah rebutan jawatan. Utamakanlah pengabdian diri kepada bangsa, agama dan tanahair. Bersyukurlah dengan nikmat Tuhan. Perjuangan untuk diri sendiri tidak kekal. Hanya perjuangan untuk bangsa, agama dan tanahair yang lebih kekal dan yang lebih bermakna.

124. Sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh sebuah parti politik, sama ada yang demokratik atau tidak, ialah peralihan kepimpinan. Biasanya proses peralihan ini membawa masalah, kadang-kadang sehingga menghancurkan parti.

125. Dalam sejarah UMNO, peralihan pucuk pimpinan sudah berlaku empat kali. Alhamdulillah, walaupun perpecahan pernah berlaku kerana peralihan kepimpinan, ianya tidak menjadi kebiasaan.

126. Saya bersyukur kerana semasa saya mengambilalih kepimpinan parti tidak wujud apa-apa masalah. Sekarang saya sudah memimpin parti selama lebih empat belas tahun dan saya sekarang berusia 70 tahun. Tentulah akan tiba masanya, tidak lama lagi, untuk pemimpin baru menerajui parti.

127. Jika diizinkan biarlah saya nyatakan di sini hasrat saya supaya peralihan yang akan berlaku tidak akan membawa apa-apa bencana kepada parti. Niat saya ialah untuk menyerahkan kepada pengganti saya sebuah parti yang kukuh, bersatupadu dan berwibawa. Dan dalam tradisi UMNO, pengganti kepada Presiden ialah Timbalan Presiden.

128. Usaha untuk menimbul syak-wasangka di antara Presiden dan Timbalannya tidak harus dibuat, terutama oleh ahli-ahli parti. Biarlah orang asing dan musuh-musuh UMNO dan negara melakukan perbuatan yang keji ini. Tujuan mereka ialah untuk melemah dan memecah-belahkan UMNO supaya apabila peralihan kepimpinan berlaku Presiden baru akan mendapat hanya separuh sahaja daripada UMNO, iaitu mereka yang menyokongnya sahaja. Penyokong Presiden lama akan kecewa dan menarik diri daripada parti. Mungkin juga mereka akan menentang parti. Dan ini sudah tentu akan melemahkan parti.

129. Ingatlah apa yang berlaku pada tahun 1987. Yang kalah telah pergi ke mahkamah dan hasilnya parti diharamkan. Dan apabila gagal menubuh dan memimpin UMNO yang baru, mereka telah menubuhkan parti sendiri, bekerjasama dengan parti lawan dan menentang UMNO.

130. Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi masalah 1987. Tetapi sisa-sisa perbalahan itu tidak menguntungkan kita.

131. Oleh itu, izinkan saya mencadangkan supaya apabila tibanya masa untuk peralihan kepimpinan, tidak ada perbalahan akan berlaku. Sebaliknya UMNO diserah bulat-bulat, secara tertib dan terselamat kepada Presiden baru.

132. Secara ikhlas saya nyatakan bahawa niat saya ialah untuk menyelamatkan parti, menyelamatkan bangsa dan menyelamatkan negara. Saya berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala supaya diizinkan-Nya kita melalui peralihan kepimpinan parti kita dengan cara yang selamat.

 

This was the speech by TDM. Even though it was said in 1995, some of the key points “accidentally” do relevant to current situation. Since Perhimpunan Agung UMNO is just around the corner, I hope, even this old man is no longer in UMNO, what has been said should be thought and act accordingly.

And as for who is Si Kitol, he, she or they can be either from Barisan, Pakatan, or even normal people like us. We may not be conquered by any foreign countries, but the modern Si Kitol or Kitols can cause Malaysians to suffer, politically or economically.

Question from Ondastreet – who do you think potentially to be  the modern Si Kitol?

 

4 thoughts on “Who is the modern Si Kitol? Barisan or Pakatan?

  1. so long the speech, but i got what you are saying. who is si kitol? you have the answer in your pockets. maybe in mine, as well.

    ODS: The speech is long indeed. Except if TDM present himself. Haha.

    I’ve bolded some part of the speech which I feel relevant to current situation.

    Who is Si Kitol? I guess some may know who I assume who has the best potential to be one!😀

  2. lets come clean

    1. pak lah
    2. anwar
    3. kj

    or you have a better one?

    ODS: The names mentioned have the potential to be one. Perhaps some would list Najib (due to Perak issue & Mongolia case), Tony Fernandez (LCCT Labu issue). Infact, I will not be suprised if some even put TDM too.

    Of course, my take would be DSAI, as he is the cause for such political turmoil. USA Presidential was their punchline when Obama won, but never take the example of McCain who sits quite and respect the PEOPLE’s choice. US has move forward after their election (which came later then us!), but we still in political struggle.

    However, I stand corrected if soon we discover there is/are some other Si Kitol(s).😀

  3. ODS,

    May be you is one of the potential Kitol… hehehe just kidding!

    My list, as follows, is based on power and motive they have and possibility of such actions done by them;

    1. DSAI (low power, obvious motive, high possibility)
    2. Husam Musa (low power, obvious motive, high possibility)
    3. Pak Lah (low power, less motive, moderate possibility)
    4. TDM (low power, less motive, moderate possibility)
    5. KJ (low power, suspected motive, low possibility)
    6. DS Najib (high power, no motive, low possibility)
    7. TGNA (low power, no motive, low possibility )
    8. TGHH (low power, no motive, low possibility)

    Only DS Najib has high power since he is PM2be.
    Pak Lah low power bcoz he is resigning.

    TDM has moderate possibility becoz he said that he wants to migrate from Malaysia if DSAI become PM. As such, if DSAI really become PM I suspect that he will “menjaja” bad stories about Malaysia in international arena (same thing with what DSAI did).

    ODS: I’m the next Si Kitol? Wow..hmm..haha

    Nice simple analysis. However, I wonder what’s your take in the event if Pak Lah does not step down after this? Afterall, TDM has mentioned even in 1995 that President UMNO isn’t a guarantee to be PM.

    On the second note, if TDM decided to “menjaja” bad stories, I guess that point of time, he himself and whatever he achieved as PM will be regarded as good as gone. Nothing. Nada.

    Stilll, I hope, no Si Kitol or Si Kitols.🙂

  4. ODS,

    1. That is why I rate Pak Lah “moderate possibility” because I believe Pak Lah will not do that but the possibility is always there. Pak Lah was NOT nominated for UMNO Presidency. As such, he must vacant the UMNO President position this March. If you think that DS Najib will be trapped into legal (or murder or whatever) case and thus make him not suitable for UMNO President, the Deputy President will assume the President’s role and take PM position (very strange if past president take over the position back – looks very2 stupid).

    They only way Pak Lah can retain the PM position is by hoping into PR with at least 30 MPs and all PR component parties agree that Pak Lah is their chief. Then of course he will make DSAI his Deputy.

    As such, the person in Malaysia that both BN and PR must “HANDLE WITH CARE” at this moment is Pak Lah. I think that is the reason for Mukriz’s latest statement.

    2. TDM’s statement that he might migrate overseas if DSAI become PM make me wonder whether he is a true “negarawan”. If he cannot agree with Pak Lah and KJ and bashing them thru mass media, international seminars as well as che det blog, why don’t he do the same thing if DSAI become PM?

    I agree that he made Malaysia a progressive country and promoted Malaysia in international arena. We should thank him on that.

    But, he also, maybe without his intention, created problems that passed on to the next generation.

    A true “negarawan” or leader admit mistakes, provides solutions and faces all problems.

    ODS: Thanks BP-KL-KTN.

    “Handle with Care” huh? I have to agree, but as fragile as he can be, Rakyat also reaching the stage of fragile -with some of his over-night decisions (e.g. GE announcement, Oil Price increament but slow reduction).

    Problems will arise no matter what, and the leaders for each era should try their best to address the problem. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein and TDM has their own challenge during their reign. Did they blame for any short comings to previous leaders? Maybe there were some remarks, but never one of them and team solely let the problems to haunt us. TDM might criticized Tunku, but at near end, TDM admitted it is hard to change Malays. But does it stop TDM to try on? No.

    However, maybe due to technology, we can see such statements and blame put on TDM. Shouldn’t the new breed of leaders who have been sent to acquire such knowledge be able to attend such problems? As far as I can recall, I don’t recall my lecturers telling me put them blame on who ever before you in the event you cannot solve any problem. Address the root of the problem, yes, but blaming game is not part of any lectures I attended. Unless of course, teachers nowadays teach their student to blame others but not to oneself.

    But alas, I agree with your last sentence – A true “negarawan” or leader admit mistakes, provides solutions and faces all problems. If TDM do what he said sarcastically, then maybe we should consider to call him “Negarawan”.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s