Raja Adil & Raja Zalim


“Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah” merupakan prosa klasik Melayu yang menggambarkan betapa pemerintah yang adil akan dituruti oleh rakyat, tetapi pemerintah yang zalim tidak mendapat kesetiaan rakyat dan harus digulingkan. “Disembah” disini bukan bermaksud Melayu menyembah pemerintah, kerana tika prosa ini timbul, Islam sudah tersebar di Nusantara, dan sudah tentu, Melayu tahu beza “menyembah” Sultan dan mentauhidkan Allah.

Prosa klasik ini lebih dikaitkan kepada kata-kata daripada Hang Jebat kerana kecewa melihat Hang Tuah yang setia kepada Sultan Mansur Shah dihukum bunuh kerana fitnah. Namun, terdapat satu lagi kisah klasik Melayu yang kata-kata ini digunakan buat kesekian kalinya – Kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Kedua-dua kisah ini mempunyai beberapa titik persamaan, iaitu melibatkan tindakan Sultan dan ianya melibatkan kematian. Di dalam kisah Tuah & Jebat, Sultan Mansur Shah dianggap zalim kerana menjatuhkan hukum bunuh terhadap Hang Tuah yang setia hanya kerana fitnah. Jebat (atau sesetengah kisah mengatakan Lekir) menuntut bela atas “kematian” Tuah.

Manakala dalam kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Sultan Mahmud Shah II dianggap zalim kerana menghukum bunuh Dang Anum kerana memakan buah nangka Taman DiRaja. Perut Dang Anum yang sarat mengandung dibelah. Sudah tentu, si suami yang dihantar ke medan perang – Laksamana Bentan, kecewa dan marah dengan tindakan Sultan Mahmud Shah II tersebut.

Prosa klasik ini lebih merupakan salah satu catatan sejarah silam nusantara Melayu yang diabadikan oleh rakyat Malaysia dan cuma bacaan umum.

Sehinggalah ianya digunakan kembali dalam konteks politik, terutama sejak kerajaan PR Perak tumbang. Sila baca dan cari istilah “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah” dan tafsirkan “kezaliman” sultan-sultan tersebut:-

– http://bustamann.blogspot.com/2008/03/right-now.html ;

http://frankmahfuz.blogspot.com/2009/02/raja-adil-disanjung-raja-zalim.html ;

http://perisik-rakyat.com/2009/02/tahniah-rasuahumnobn-malaysiakini.html?showComment=1233832800000 ;

http://kerajaanrakyat.com/?p=3859 ;

http://dinie86.blogspot.com/2008/03/raja-adil-raja-di-sembah-raja-zalim.html ;

http://aneroid09.blogspot.com/2009/02/kisah-raja-zalim-dan-raja-adil.html ;

http://www.khalidjaafar.org/2009/02/menyembah-mohon-derhaka-1.html ; dan

http://rockybru.com.my/2009/02/ketuanan-pakatan-rakyat.html 

Adakah sultan-sultan ini zalim? Bagaimana yang dikatakan zalim? Zalim kerana tidak memperkenankan calon Menteri Besar dan kerajaan negeri? Zalim kerana tidak menuruti kehendak politik? Zalim kerana bertindak menyingkirkan Menteri Besar dan kerajaan negeri?

Dalam pautan yang diberikan diatas, ianya melibatkan Barisan Nasional (kisah di Terengganu pada 2008 ) dan juga Pakatan Rakyat (kisah di Perak yang masih hangat). Penyokong kuat parti-parti politik ini pasti berhujah, mereka ini bertindak bagi pihak rakyat. Betulkah?

Dari kacamata saya, ya saya akui, mereka menang majoriti, tetapi bukan 100% mewakili rakyat. Jadi bagaimana? Terdapat satu lagi kuasa bagi mengimbangi kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat, iaitu Sultan atau Raja. Merekalah, dalam ertikata lain, juga mewakili rakyat. Bezanya, mereka tidak mentadbir secara “direct” dan urusan pentadbiran diserah kepada kerajaan negeri. Mereka ini sebagai mengimbangi kuasa yang diserahkan kepada kerajaan negeri yang dipilih rakyat. Mereka ini juga merupakan Ketua Agama bagi negeri masing-masing. Sila baca sini (dan mungkin sini) untuk huraian yang panjang lebar. Kerana itu, buat negeri-negeri yang bersultan, Menteri Besar dan kerajaan negeri kepimpinannya mengangkat sumpah dihadapan Sultan; negeri-negeri tidak beraja, ketua menteri dan kerajaan negeri pimpinannya mengangkat sumpah dihadapan ketua negeri masing-masing.

Berbalik kepada soalan-soalan saya. Apakah dalam kisah moden 2 tahun ini (2008 dan 2009) Sultan bertindak zalim? Siapa yang dizalimi?

Dalam kes Terengganu, apakah BN dizalimi? Dalam bentuk yang bagaimana? Apakah tindakan Sultan itu menghancurkan negerinya sendiri? Apakah negerinya tergadai sebagaimana tergadainya Singapura kepada British dahulu? Apakah Terengganu tidak makmur? Saya rasa Menteri Besar Terengganu yang dipilih sedang menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Bagi kes Perak, apakah PR dizalimi? Dalam bentuk yang bagaimana? Runtuh kerajaan PR Perak bukan bermakna runtuhnya Perak dan rakyat Perak hidup melarat. Kerajaan PR Perak merasakan mereka dizalimi kerana mereka tidak lagi diperkenankan Sultan Perak. Mereka mengatakan rakyat marah. Rakyat yang mana satu? Saya tidak rasa 100% jumlah rakyat di Perak, kerana mengikut kedudukan DUN, seri 28 sama. Bermakna, bukan 100% rakyat marah. Nak kira kepala rakyat? Kiralah, tetapi saya pasti, jumlah peratusannya bukan 100% rakyat Perak.

Dalam kedudukan seri 28-28, bermakna tiada siapa yang lebih. Ada 3 DUN bebas. Kiranya, disini ada 3 pihak – PR, BN dan Bebas. Jika hendak kata PR yang wajar terus memerintah, BN pun boleh kata yang sama. DUN Bebas sudah tentu tak boleh, sebab mereka bertiga sahaja. Jadi, siapa yang berhak menentukan? Di sinilah letaknya fungsi Sultan. Jika tiada sultan, dan nak tunggu keputusan Mahkamah, pasti kacau bilau jadinya. Pilihanraya semula? Seronoklah rakyat Perak cuti satu hari mengundi. Dan saya kurang pasti samada keputusannya nanti memihak PR kembali.

Maka, apakah Sultan Perak bertindak zalim untuk memastikan tiada perebutan kuasa di Perak? Apakah Sultan Perak zalim menentukan rakyatnya tidak terlibat dalam kancah perebutan kuasa di Perak?

Bagi isu PR yang menimbulkan Undi Tidak Percaya terhadap Dato Seri Nizar, saya lebih berpendapat kepada PR cuba membeli masa, kerana, jika ianya diadakan sekalipun, dengan DUN Bebas sudah menyatakan sokongan terhadap BN, (dan mengambil kira BN akan sokong BN dan PR sokong PR), keputusannya 31-28, dan secara tidak langsung, terlucut juga jawatan MB daripada Dato Seri Nizar.

Sesungguhnya, kekecohan ini tidak patut timbul jika setiap pemimpin amanah dan tidak mengkhianati pilihan rakyat. Usaha melompatkan pemimpin yang diusahakan DSAIlah punca kekalutan ini bermula. Cita-cita 16 September inilah yang mengorak kekalutan senario politik tempatan. Melompatlah (melompat parti, bukan aksi melompat secara fizikal) kerana apa jua alasan, baik ditawarkan sesuatu atau tidak, ianya tetap salah dari segi etika dan moral.

Seharusnya, apabila ADUN Bota melompat ke PR, sekurang-kurang PAS yang memperjuangkan Islam harus bersuara. Setidak-tidaknya PAS boleh menasihati Dato Nasa untuk melepaskan jawatan ADUNnya kerana tindakan Dato Nasa boleh dianggap mengkhianati kepercayaan rakyat, bukan mengucapkan tahniah.

Andai hujah Sultan itu manusia dan tidak terlepas dari melakukan kesalahan, saya kira pemimpin PR dan BN juga tidak terlepas melakukan kesalahan. Jangan kerana sesuatu yang sementara itu hilang, salah orang lain yang dicari. Padahal ada jari-jemari sendiri yang menuding ke arah diri sendiri.

“KURNIAAN” itu bukan “HAK”, tetapi adalah “ANUGERAH”.

Wallahualam…

Persoalan dijalanan (Ondastreet) – Apakah benar Sultan Perak bertindak zalim?

p/s: Robbie Keane dari Spurs ke Liverpool, dan kembali ke Spurs setelah 6 bulan. Apakah Robbie Keane juga dikira lompat “parti”?

5 thoughts on “Raja Adil & Raja Zalim

  1. well said ODS. you are totally correct.

    ODS: Thank you Doc. I’m just trying to rationalise what’s happening. Too much use of this prosa klasik, which I think some take it exactly word by word, without considering the history usage of “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disembah”.🙂

  2. http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=388527

    Al-Fatihah buat Allahyarham Roslan Shaharudin. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    Dari kacamata politik, biarlah kekosongan kerusi Parlimen di Perak ini dapat menyelesaikan kekusutan di Perak. Siapa yang rakyat pilih, kita serah kepada rakyat Perak. Bukan Pakatan “Rakyat” yang tentukan.

    Wallahualam…

  3. ondastreet,

    satu artikel yang menarik, teruskan menulis, terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.

    isu di Perak ini akan membuka minda ramai dari segi kesedaran terhadap keprihatinan terhadap politik, perlembagaan dan keperluan untuk menghormati institusi raja dan sultan yang juga membentuk tiang utama dalam sistem kerajaan Malaysia.

    sama-sama kita ambil iktibar, dan ubah corak politik malaysia agar tidak mengikut acuan politik semasa yang caca-merba.

    ODS: Terima kasih juga kerana sudi singgah di blog saya. Saya juga mengharapkan dengan isu Perak ini menjadi iktibar akan sikap sesetengah ahli dan penyokong politik, dan juga dapat dikurangkan berpolitik agar kita dapat tumpukan usaha membangunkan ekonomi Malaysia dan mengharungi krisis ekonomi sedunia.

  4. “Beraja di mata, bertuan di hati” – best describe when anyone in power… Its the rakyat that they have forgotten that we could be above all…

    ODS: Susah juga tu Mantra, sebab ada dikalangan yang berkuasa tidak “beraja dimata, bertuan di hati”…

    Terima kasih kerana sudi melawat.🙂

  5. “Maka, apakah Sultan Perak bertindak zalim untuk memastikan tiada perebutan kuasa di Perak? Apakah Sultan Perak zalim menentukan rakyatnya tidak terlibat dalam kancah perebutan kuasa di Perak?”

    Zalim=tidak melakukan sesuatu ditempatnya.

    Mungkin tindakan sultan perak ni tidak lah zalim, tetapi ada cara yang lebih teratur dan wajar untuk melaksanakan perubahan kerajaan mengikut undang2 tubuh negeri. Setakat ini tidak ada siapapun menafikan undang2 tubuh negeri tentang pertukaran MB itu..dan tidak ada siapa pun menokok tambah peranan sultan dalam peraturan yang tertulis. Jadi kenapa x ikut? Rules are meant to be broken kah?
    Rasanya kalau ikut cara yang betul, xde jadi isu. Tidak kira beli masa atau tidak..sekurang-kurangnya ada written fact mengikut luhur perlembagaan yang menunjukkan MB dan kerajaan perlu ditukar…

    ODS: Saya tidak menolak penentuan kuasa kerajaan negeri berjalan agak tidak lancar. Pada saya, yang berlaku, ada sebab musabab yang kita, sebagai rakyat biasa, tidak tahu. Undang-undang memang ada, tetapi kita harus tidak lupa, ramai antara kita yang bukan arif sangat dengan undang-undang. Interpretasi undang-undang kadang-kala boleh dibuat untuk kepentingan diri.

    Yang lebih ironiknya, ramai lah pula yang arif undang-undang selepas Sultan Perak membuat keputusan.

    Beginilah, kita semua berakal kan? Buatlah secara elok. Janganlah dihina Sultan sebegitu rupa. Pakar undang-undang setiap parti ada. Karpal nak saman Sultan, Nizar dah saman Zambry. Biarlah mahkamah tentukan. CUma, yang saya tak berapa faham ialah sampai ada yang bawa bendera Palastine tu pun kelakar la juga. Perak bukan Semenanjung Gaza.

    Jika pun Dato Seri Nizar berhak menjadi MB, saya pasti, dengan apa yang sudah berlaku, menyukarkan apa jua perjalanan pentadbiran negeri Perak. Jika anda berada di tempat Sultan, anda rasa anda akan senang hatikah melantik orang yang dah hina anda sedemikan rupa?

    Dalam pada ada yang kata TDM puncanya, Karpal nak gunakan juga hasil tinggalan TDM nak saman Sultan. Kalau ya Sultan bersalah, silalah bertindak. Tetapi jangan dihina sedemikian rupa. Gunakan akal, bukan emosi dan amarah.

    Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya.

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s