~ There are many ways people talk on the street... but it is up to you to reflect how do people talk on the street. If you wish for a betterment, reflect it on your words...
Category Archives: Alam Rumahtangga & Keluarga
Compilation of articles in regards to marriage and family from Islamic point of view
Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, terdapat satu video klip yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca. Silalah ambil masa untuk mendengar apa yang disampaikan oleh Ustaz Don Danial..
Nukilan OnDaStreet: Biarpun berulang kali saya mendengar klip ini, ianya tetap akan menghadirkan keinsafan dan hiba kepada diri ini. Manakan tidak.. terbayang siapakah yang akan menguruskan jenazah saya ketika saya sudah tiada lagi, dan apakah akan diurus dengan cara sebaiknya. Apakah anak saya akan dapat menguruskan saya dengan baik, atau orang lain kerana dirinya tidak cukup ilmu atau tertutup pintu hati untuk menguruskan jenazah saya nanti (nauzubillah). Cukupkah ilmu yang diajar kepada anak untuk dirinya untuk dunia dan akhirat? Itulah yang amat merisaukan saya.. bagaimana pula anda?
Sama-samalah kita renungi apa yang disampaikan dan kita perbaiki diri kita untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik, insyaAllah.
Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, saya ingin mengambil sedikit kesempatan dengan berakhirnya sebuah drama bersiri Tentang Dhia yang disiarkan di TV3 dan siri akhirnya disiarkan semalam.
Ya, ianya hanyalah sebuah drama, kisah itu tidak berkaitan dengan kisah yang masih hidup atau yang telah mati. Namun, ada bait, ada babak yang benar berlaku dalam kehidupan sebenar, hanya watak dan jalan ceritanya mungkin sedikit berbeza. Mungkin, pada yang sekadar menontonnya, ada yang menangis.. namun saya pasti, yang benar-benar mengalami satu atau dua babak dalam drama itu, pasti terasa lebih pilu.
Saya tahu ramai yang mengutuk ibu mertua Dhia, dan ada yang mengutuk Zikir kerana sekejap suami yang baik, ada ketikanya tidak. Namun, itulah dilema yang ada ketika si suami dan isteri lalui, baik baru berkahwin mahupun sudah berpuluh tahun berkahwin dan sudah beranak pinak. Dilema yang kadangkala berpunca daripada mahukan apa untuk diri sendiri, tanpa memikirkan tanggungjawab dan peranan orang lain.
Sebagai contoh, dari satu sudut, Zikir perlu menurut ibunya kerana keutamaan baginya, ibu tetap lebih tinggi daripada isteri. Namun, ibu perlu faham yang anaknya itu sudah ada tanggungjawab lain yang perlu diurus dan dijaga. Dan itulah antara hakikat kehidupan, dimana setiap satu daripada kita yang perlu memenuhi lebih daripada satu tanggungjawab, dan tanggungjawab itu bukan hanya satu arah atau satu jalan. Ibu dan bapa punya tanggungjawab terhadap anak, dan begitu juga kepada anak kepada ibu bapa. Disinilah, semua pihak harus punya toleransi dan tidak boleh bersikap terlalu mementingkan diri sendiri.
Kepada mereka yang telah berkongsi kisah, terutama di dua artikel ini (ini dan ini), saya doakan agar Allah mempermudahkan urusan masing-masing. Di blog ini juga telah dikongsikan juga beberapa artikel dalam kategori ini yang boleh dijadikan panduan untuk alam rumah tangga. Bacalah, renungilah dan ambillah tindakan yang bersesuaian.
Kepada peminat siri Tentang Dhia, jadikanlah juga kisah itu antara pedoman dan sesuatu yang boleh difikirkan. Jika benci watak ibu Zikir, janganlah jadi seperti itu, terutama apabila anak kita pula yang ada tanggungjawab sebagai suami atau isteri kepada insan lain.
Secebis kisah Tentang Dhia..
Semoga Allah menjadikan insan yang lebih baik dan mempermudahkan urusan kita di sini dan disana..
Tajuk Tazkirah Jumaat kali ini adalah 5 rukun nikah yang seharusnya setiap pasangan yang mahu, sedang dan sudah berkahwin tahu dan faham. Pada kebiasaannya rukun nikah akan ditanya oleh tok kadi sebelum bermulanya akad nikah.
Namun, samada sedar atau tidak, ramai yang tahu, tetapi pengisiannya belum tentu lagi. Begitu juga dengan khutbah ringkas sebelum akad nikah dimulakan. Benar, tok kadi yang akan membacakan, memberi pesanan dan peringatan, tetapi berapa ramai yang benar-benar menghayati khutbah tersebut? Ramai yang akan terangguk-angguk, memberi isyarat untuk pengantin lelaki faham akan khutbah itu, dan pengantin lelaki akan mengangguk juga tanda faham. Ini kebiasaan yang berlaku.
Namun, di sebalik anggukan itu, apakah benar anggukan itu bererti? Apakah anggukan itu tanda “ya, aku dengar”, atau “ya, aku faham”, atau “ya, aku tengah dengarlah ni”?
Kepada pasangan-pasangan yang bakal berkahwin, ambillah iktibar. Perkahwinan itu akan ada saat indah dan kurangnya. Semasa indah, semuanya manis. Namun, pabila tidak, disitulah kita perlu beringat dan bersabar. Ingatilah pesanan-pesanan yang baik, dan paling tidak, khutbah nikah yang telah dibacakan sejurus sebelum akad nikah.
Kepada yang sudah berkahwin, ingatilah kembali apa yang terkandung dalam khutbah nikah dan segala ilmu dan persediaan sebelum berkahwin. Ingati dan renungilah kembali akan hak dan tanggungjawab serta batas kita. Ini juga termasuklah peringatan jika anak-anak kita yang berkahwin. Sebagaimana anda mahukan peluang menguruskan keluarga bersama pasangan sendiri, berikanlah ruang untuk mereka menguruskan rumahtangga mereka.
Semoga Tazkirah Jumaat kali ini dapat direnungi dan dihayati. Semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik.
Dengan kesempatan ini juga, memandangkan artikel-artikel berkaitan rumahtangga mendapat hits setiap hari, saya menyediakan satu kategori khas untuk pembaca merujuk artikel-artikel berkaitan di sini.