Saya fikir, sejak saudara Anas Alam Faizli kongsikan tentang peratusan calon muslim vs non-muslim, telah tersebar peratusan itu, malah diolah pula dalam bentuk lain – “calon melayu vs calon bukan melayu” oleh Bersih 3.0 (yang menggunakan gambar profil PR?)
Ini apa yang saudara Anas Alam Faizli kongsikan beberapa kali:
Meskipun nombornya berbeza-beza (kerana melayu tidak semesti Islam?.. jadi siapa calon PR yang bukan Islam tetapi Melayu?), saya ambil lebih 51% calon PR adalah muslim melayu iaitu paling tidak, 63.96% calon PR adalah calon muslim.
OK, dalam satu artikel yang lalu, saya ada menulis:
Antara PAS, UMNO dan PKR, saya melihat sebenarnya yang lebih mampu adalah PAS dan PKR. Manakan tidak, UMNO berpasangan dengan MCA dan MIC (selain beberapa lagi parti komponen), yang mana majoriti kepimpinan MCA dan MIC adalah bukan Islam. Maka, untuk mereka faham hudud itu hanya untuk umat Islam mungkinlah agak sukar.. berbanding PAS dalam Pakatan Rakyat.
Manakan tidak, PAS berpasangan dengan DAP dan PKR, yang mana majoriti kepimpinan tertinggi PKR adalah orang Islam. Maka, adalah sewajarnya, memberi kefahaman dan mendapat majoriti sokongan untuk menjadikan sebahagian Buku Jingga dan agenda Pakatan Rakyat adalah lebih mudah.
Jelas, saya sudah katakan dari awal (biarpun tanpa senarai calon PRU13), sebenarnya, dalam pihak PR sendiri, sewajarnya samada PR mahu melaksanakan hudud sudah boleh diputuskan oleh majoriti PR yang dipimpin/calon kepimpinan adalah orang Islam.
Baiklah, sekarang kita sudah tahu sekurang-kurangnya 63.96% calon PR adalah muslim, yang mana saya kurang pasti adakah 100% dari 63.96% ini dalam kempen mereka, mereka akan kata “Ya, kita akan laksanakan hudud apabila kita tawan Putrajaya nanti”..
Terus terang, indikasi samada hudud ini sekadar polemik politik atau benar-benar kerana Allah dikalangan PR, saya nilaikan dari kemampuan untuk dimasukkan dalam Buku Jingga dan Manifesto PR sendiri.
Bayangkan, jika 63.96% calon PR ini kata “Ya untuk laksana hudud”, rakyat sudah boleh lihat ianya termaktub dalam Buku Jingga dan Manifesto.
Malah, untuk menjadikan ianya satu realiti di peringkat lebih tinggi iaitu Parlimen (andai mereka, iaitu Pakatan Rakyat, menang), mereka hanya perlu beberapa MP sahaja (baik BN atau bebas (jika ada)) untuk undi setuju melaksanakan hudud. Hanya 2.97% (iaitu hanya 6 MP) diperlukan untuk menjadikan hudud satu realiti!!!
Maka, sekali lagi, dalam bentuk tulisan blog pula, TOLONGLAH usahakan dalam Pakatan Rakyat sendiri, dan bukan cari gaduh dengan UMNO dan BN yang sememangnya sudah menjadi “sworn enemy” yang telah dinyatakan oleh proPAS sebagai terkeluar dari Islam disebabkan tidak melaksanakan hudud!
Usahakan secara berhikmah, bukan polemik politik! Yakinkan rakyat benar PR akan laksanakan hudud dengan selesaikan secara muktamad, bukan “agree to disagree” buat kesekian kalinya!
Kompilasi artikel ODS tentang hudud boleh diikuti di sini.
Soalan dijalanan: Apa jadi pada PAS jika hudud tidak dapat dijalankan? Apa jadi pada DAP jika hudud dapat dilaksanakan?
Apakah salah satu semakin kurang relevan nanti?





Seeking reforms: Samad (centre) flanked by Ambiga and Bersih committee member Hishamuddin Rais at the press conference to announce the protest.
