Isu Kalimah Allah, Erykah Badu & Islam


Untuk kali ini, saya tidak ingin berbicara panjang. Saya fikir cukup 2 laporan akhbar Harakah, beberapa patah perkataan dan beberapa keping gambar untuk saya sampaikan mesej.

Pertama:

Arabic

Arabic

Kedua:

Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Ketiga:

English

English

Keempat:

Erykah Badu

Erykah Badu

Kelima:

Erykah: The Star bakal terima hukuman hari ini

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Lima editor akhbar The Star termasuk yang bertanggungjawab memasukkan gambar penyanyi Erykah Badu yang bertatu perkataan ‘Allah’  dalam akhbar itu 27 Februari lalu dipanggil berjumpa dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, pagi ini.

 erykah_tanpanamaallah

(Gambar poster konsert Erykah tiada tatoo nama Allah telah The Star menggunakan gambar yang ada nama Allah)

Mereka dijangka akan menerima hukuman daripada KDN berhubung penyiaran gambar kontroversi Erykah itu yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

Akhbar The Star di dalam halaman Star 2 – Music pada muka surat 17 pada artikel bertajuk Living off the wall menyiarkan gambar penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat itu yang jelas menampakkan tatu perkataan ‘Allah’ dalam tulisan Arab di dadanya.

Artikel itu berkaitan dengan konsert Erykah yang diadakan di Pusat Konvevsyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 29 Februari.

Ekoran bantahan umat Islam termasuk Pemuda PAS Malaysia, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan membatalkan konsert itu.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, The Star sendiri menjangka mereka akan dikenakan tindakan oleh KDN kali ini selepas dua kali menerima amaran ekoran menyiarkan bahan yang menaikkan kemarahan umat Islam.

“Kami jangka, paling kurang pun kena gantung tiga hari atau seminggu,” kata sumber berkenaan kepada Harakahdaily.

Keenam:

Erykah: The Star enggan jumpa Pemuda PAS

GOMBAK, 10 Mac: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memberitahu pihaknya telah menerima jawapan daripada akhbar The Star berhubung pertemuan bagi membincangkan isu Erykah Badu yang diterbitkan oleh akhbar berkenaan.

Ketuanya, Nasruddin Hassan memberitahu Harakahdaily jawapan tersebut diterima melalui faks semalam.

“Mengenai cadangan pertemuan DPPM dengan Ketua Pengarang dan Pengarang akhbar The Star seperti mana yang kita putuskan pada 5 Mac yang lalu, pihak DPPM telah menerima maklum balas mengatakan mereka tidak bersedia untuk bertemu.

“Pihak akhbar The Star tidak menyatakan lebih terperinci kenapa mereka enggan menerima pelawaan tersebut dan mereka hanya mengatakan belum bersedia, jawapan kita perolehi semalam melalui faks,” jelasnya.

Nasruddin turut menyatakan cadangan pertemuan dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad belum mendapat kata putus sehingga sekarang.

“Manakala pertemuan dengan Tun Mahathir kita belum menerima jawapan lagi kerana kita dimaklumkan bahawa beliau berada di luar negara.

“Walaupun cadangan pertemuan itu pada 12 Mac tetapi pihak DPPM bersedia jika Tun Mahathir mempunyai cadangan untuk meminda pada tarikh lain termasuk juga bentuk pertemuan tersebut,” sambungnya lagi.

Pada 5 Mac lepas DPPM telah mengutuskan surat kepada akhbar The Star dan Mahathir bagi membincangkan isu-isu yang menjadi kontroversi di negara ini.

Perbincangan dengan The Star mengenai kemasukan penyanyi antarabangsa Erykah Badu yang telah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam kerana terdapat tatu perkataan ‘Allah’ di dadanya.

Tun Mahathir pula terhadap hukum hudud yang mana sebelum ini beliau mengatakan hudud tidak ada di dalam Al-Quran.

Juga disertakan dua gambar ini:

kasut 1

tulisan-kalimah-allah-pada-kasut

Saya akhiri artikel dengan perkataan-perkataan berikut:

Picture1

Picture2

Picture3

Soalan dijalanan: Adakah “Allah” di Erykah Badu, di kasut-kasut ini Allah yang diimani oleh umat Islam? Kenapa ada yang harus marah? Kenapa PAS bantah? Pastikah tatu itu merujuk Allah yang disembah umat Islam?

Apakah terjemahan yang betul bagi “God” dalam Bahasa Melayu?

About these ads

One response to “Isu Kalimah Allah, Erykah Badu & Islam

  1. Pingback: #OhMyEnglish: Keep Your Nose Clean & Don’t Fuck Up « On Da Street·

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s