Untuk kali ini, saya tidak ingin berbicara panjang. Saya fikir cukup 2 laporan akhbar Harakah, beberapa patah perkataan dan beberapa keping gambar untuk saya sampaikan mesej.
Pertama:
Kedua:
Ketiga:
Keempat:
Kelima:
Erykah: The Star bakal terima hukuman hari ini
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Lima editor akhbar The Star termasuk yang bertanggungjawab memasukkan gambar penyanyi Erykah Badu yang bertatu perkataan ‘Allah’ dalam akhbar itu 27 Februari lalu dipanggil berjumpa dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, pagi ini.
(Gambar poster konsert Erykah tiada tatoo nama Allah telah The Star menggunakan gambar yang ada nama Allah)
Mereka dijangka akan menerima hukuman daripada KDN berhubung penyiaran gambar kontroversi Erykah itu yang menimbulkan kemarahan umat Islam.
Akhbar The Star di dalam halaman Star 2 – Music pada muka surat 17 pada artikel bertajuk Living off the wall menyiarkan gambar penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat itu yang jelas menampakkan tatu perkataan ‘Allah’ dalam tulisan Arab di dadanya.
Artikel itu berkaitan dengan konsert Erykah yang diadakan di Pusat Konvevsyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 29 Februari.
Ekoran bantahan umat Islam termasuk Pemuda PAS Malaysia, pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan membatalkan konsert itu.
Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, The Star sendiri menjangka mereka akan dikenakan tindakan oleh KDN kali ini selepas dua kali menerima amaran ekoran menyiarkan bahan yang menaikkan kemarahan umat Islam.
“Kami jangka, paling kurang pun kena gantung tiga hari atau seminggu,” kata sumber berkenaan kepada Harakahdaily.
Keenam:
Erykah: The Star enggan jumpa Pemuda PAS
Ketuanya, Nasruddin Hassan memberitahu Harakahdaily jawapan tersebut diterima melalui faks semalam.
Juga disertakan dua gambar ini:
Saya akhiri artikel dengan perkataan-perkataan berikut:
Soalan dijalanan: Adakah “Allah” di Erykah Badu, di kasut-kasut ini Allah yang diimani oleh umat Islam? Kenapa ada yang harus marah? Kenapa PAS bantah? Pastikah tatu itu merujuk Allah yang disembah umat Islam?
Apakah terjemahan yang betul bagi “God” dalam Bahasa Melayu?









