#GE13: Amanat @abdulhadiawang… Politikal Atau Agama? Penting Atau Tidak?


Merujuk kepada blog dinturtle, saya fikirkan ini satu isu yang menarik untuk dibincangkan. Menarik juga kerana ada pihak proPR yang dapat saya lihat menganggap isu ini menunjukkan isu ini isu lapuk dan UMNO tiada modal.

Benarkah?

Apakah benar “Amanat Haji Hadi” ini satu isu lapuk, isu yang boleh dipandang tiada mata, atau UMNO tiada isu?

Saya ingin mengupas bukan dari sudut politik.

Tolaklah bagaimanapun, hakikatnya…

  • Ada yang mati kerana percaya dengan Amanat itu ditujukan kepada UMNO dan Barisan Nasional… apa jadi kepada mereka ini?
  • Ada yang solat berasingan imam kerana percaya jika imam tu ahli UMNO, solatnya tidak sah…jika solat berasingan waktu ditempat sama, tidak mengapa.. tapi, bagaimana jika dilakukan ketika solat jemaah yang awal itu belum selesai lagi? Apa jadi pada jemaah kedua yang bermula ketika jemaah pertama belum selesai?
  • Ada pasangan yang bercerai berai.. siapa yang tanggung dosa atas “masjid” yang telah diruntuhkan atas beranggapan pasangan itu kafir dan tidak lagi Islam?

Persoalan diatas bukan dari sudut politik, tetapi agama dan sosial. Gaya hidup yang berubah kerana amanat ini disampaikan.

Tolaklah bagaimanapun, nafikanlah bagaimanapun.. yang pasti, ada hidup yang diubah dan ada yang mati kerananya.

Jika “beban” DS Najib adalah pada DS Rosmah, “beban” DS Anwar pada pelbagai isu moral termasuk jam Omega yang masih susah nak ditunjukkan.. “beban” TG Haji Hadi adalah pada “amanat” ini…

Soalan dijalanan: Apa lagi kesan amanat ini yang bukan dari sudut pandang politik (jika ada)?

About these ads

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s