Esok Maal Hijrah Dah? 1 Muharam 1434H???


Esok Maal Hijrah? Dah 1 Muharam 1434H? Betul? Cuba tengok kalendar balik, periksa.. eh, betul lah.. 1 Muharam 1434H.

Biasanya, akan adalah orang menanam atau memasang azam tahun baru. Namun, berapa ramaikah yang “keep track” azam itu dan berapa banyakkah dan istiqamahkah ianya ditunaikan?

Bagi sesetengah, tahun lepas, tahun kini dan melangkah ke tahun baru pun, tiada bezanya. Lebih malang jika lagi teruk daripada sebelumnya.

Dimanakah anda? Lebih baik, sama atau lagi teruk?

Memandangkan blog ini banyak juga menyentuh senario politik Malaysia… Berubahkah ia? Berhijrahkah ia? Bagaimana pula dengan “pejuang-pejuang” politik di Malaysia? Ke arah yang lebih baik atau tidak?

Sudah agak lama saya perhatikan, terutamanya apabila isu Islam dan YB Nurul Izzah banyak diperbincangkan oleh banyak pihak. Dengan secara tiba-tiba, ramailah pakar-pakar agama. Blog-blog yang pernah ada memainkan kisah politik lucah (tidak kira sebelah BN atau PR), turut sama terpancarlah sinar Islamnya.

Seseungguhnya. saya seronok dengan tiba-tiba ramai yang arif dalam bab agama Islam ini. Ya, saya seronok.

Baguslah ada kesedaran untuk Islam itu… tetapi janganlah hanya terang apabila ada isu. Pancarkanlah ia dalam tulisan-tulisan yang lain. Terjemahkanlah dalam amal dan perbuatan. Biarpun sekadar “copy dan paste”, eloklah daripada “copy dan paste” yang bukan-bukan.

Bagi yang kerjanya asyik mempertikai sahaja, cubalah teguh sedikit pendirian itu. Apabila pihak itu tidak kelihatan usaha untuk Islamnya, kamu pertikai. Apabila diperlihatkan mereka ada usaha, kamu pertikai dan memperlekehkan pula. Sikap apakah ini? Seharusnya, apabila ada nampak usaha ke arah Islam, galakkan, bukan perlekehkan.

Sewajarnya, jika Islam agama kamu, peganglah seeloknya. Sebarang usaha ke arah kebaikan, selagi tidak melanggar akidah dan syariat, sokonglah, bantulah.. tidak kira parti apa yang kamu wakili, hatta parti roket sekalipun.. asalkan kamu itu bersaksikan tiada tuhan selain Allah, Muhammad S.A.W itu Rasul Allah.

Kita akan melangkah ke tahun Hijrah yang baru… tetapi, saya fikir, biarpun kesedaran Islam itu makin banyak.. tidak semua masih dapat mengamalkannya secara istiqamah…

Satu peringatan untuk diri sendiri dan mereka yang sudi…

Selamat menyambut Maal Hijrah :)

Soalan dijalanan: Tahun Hijrah makin bertambah.. terhijrahkah kita ke arah kebaikan melalui ilmu, amal dan perbuatan?

About these ads

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s