Tazkirah Jumaat: Perniagaan Jadi Haram?


Pertama sekali, mohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan Tazkirah Jumaat pada beberapa Jumaat lepas. Kesibukan masa tidak mengizinkan saya berkongsi sebarang Tazkirah apabila sampai masanya.

Untuk Tazkirah Jumaat kali ini, ingin saya kongsikan artikel berikut:

Assalamualaikum & salam sejahtera … Sebagaimana yang kita semua tahu berniaga adalah 9/10 daripada punca rezeki yang telah Allah pastikan untuk kita. Namun perniagaan yang dijalankan perlulah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh agama islam agar tidak menjadi haram. Kini berbagai jenis perniagaan telah muncul didunia ini. Berniagalah dengan mengikut etika yang terbaik agar perniagaan bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata-mata malahan dapat membuat amal jariah sekaligus memanfaatkan rezeki dengan zakat yang dikeluarkan. Berniagalah dengan baik kerana berniaga juga adalah Sunnah Rasulullah SAW. Suatu ketika Nabi s.a.w. pernah ditanya berkenaan sesuatu pekerjaan yang paling mulia, lantas Baginda s.a.w bersabda; “(Pekerjaan tersebut adalah) Jual beli yang mabrur (diredhai) dan pekerjaan seseorang yang dilakukan dengan usahanya sendiri”. (Riwayat Al-Bazzar dan Ahmad)

5 unsur yang menyebabkan satu-satu perniagaan menjadi HARAM

  1. RIBA  : 1 dirham hasil riba yang dimakan oleh seseorang dalam mengetahui bahawa itu adalah riba, dosanya lebih besar daripada berzina sebanyak 36 kali (Riwayat Ahmad)
  2. ZALIM  : Sekalipun satu-satu perniagaan itu cukup syaratnya daripada segi hukum, ia tetap haram sekiranya jelas ada kesan menganiaya orang lain
  3. JUDI  : “Wahai orang beriman, sesungguhnya khamar, berjudi, sembelihan untuk berhala, mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji, termasuk amalan syaitan. Maka jauhilah agar kamu mencapai kejayaan” (Surah al-Maidah 5: 90)
  4. GHARAR  : Gharar bermaksud samar2 atau tidak jelas. Unsur ini akan wujud dalam perniagaan yang berorientasikan penipuan. “Sesiapa yang memperdaya kami, dia bukanlah daripada kalangan kami (orang beriman)” – [Riwayat Muslim]
  5. HARAM  : Syariat telah mengharamkan beberapa barangan daripada jual beli seperti arak, bangkai dan sebagainya. Islam juga mengharamkan beberapa cara jual beli seperti jual beli dua akad jenis jual beli dalam satu, jual beli daripada orang yang tidak waras dan sebagainya.

 

sumber tazkirah | majalah al-Ustaz /alhikmahsj.com

Nukilan OnDaStreet: Adalah diharapkan artikel ini dapat berikan faedah. Kepada mereka yang berniaga, berhati-hatilah. Janganlah apa yang diusahakan menerusi perniagaan menjadi haram.

Wallahualam… :)

You are part of people on the street. My opinion might not as good as yours. Come, please share your thoughts with us!!!

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s